• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
hijrahtakaful.com

hijrahtakaful.com

Takaful & Kehidupan

Testimoni: Hampir Tidak Dapat GL Kerana Bayaran Tertunggak Hampir 2 Bulan

April 21, 2020 by hijrahtakaful

Hai bertemu lagi kita dalam testimoni dan kisah tragik sepanjang pengalaman saya menjadi ejen takaful. Sebagaimana yang telah diberitahu sejak dari peringkat permohonan takaful, bayaran perlu dibuat dengan disiplin kerana tanpa bayaran, kad anda tidak aktif dan anda tidak dapat gunakan kita keadaan cemas dan genting. Sebab itu jika tidak mahu pening tentang bayaran takaful, digalakkan untuk membuat bayaran secara tahunan atau jika bayaran dengan mod bulanan, buat pemotongan dari akaun gaji. (Namun pastikan baki cukup dalam akaun). Kali ini saya akan kongsikan pengalaman menguruskan client yang hampir-hampir tidak mendapat GL disebabkan bayaran tidak dibuat pada waktu “grace period’ atau tempoh penangguhan.

Saya sentiasa monitor bayaran-bayaran client saya melalui sistem yang diberikan oleh Zurich Takaful dan jika berlaku kelewatan saya akan mengingatkan client tentang keperluan untuk buat bayaran segera. Namun kadang-kadang client buat endah dan tak endah sahaja. Perlu diingat tanggungjawab pembayaran caruman adalah terletak pada pemilik sijil sendiri dan bukan pada ejen. Dan semestinya jika berlaku kelewatan bayaran, mereka akan dihantar SMS peringatan daripada sistem. Tugas ejen juga adalah mengingatkan pada client dan setakat itu sahaja. Sebab apa, bila musibah akan berlaku kepada client kita tak tahu dan yang akan dapat manfaat juga adalah client itu sendiri. OK berbalik pada kes ini, bayaran tidak dibuat untuk 2 bulan dan mujur masih lagi belum lapsed atau luput. Dan permintaan client untuk warded telah ditolak kerana tiada bayaran dibuat. (Rujuk gambar pertama). Yang peliknya tahu pula bayaran tak dibuat tapi masih lagi hendak ke hospital swasta. Pada waktu itu, client ini mencarum dalam plan medical card standalone dengan caruman hanya RM67 sebulan setelah ditolak 20% diskaun tiada tuntutan.

Dengan tergesa-gesa saya dahulukan wang untuk bayaran melalui sistem. Bayaran melalui sistem dengan FPX akan cepat masuk ke dalam sistem Zurich Takaful berbanding dengan bayaran online banking yang memerlukan 1-2 untuk clearance. Client berjanji akan bayar balik wang yang telah saya gunakan. Hari semakin petang dan saya terus menerus menelefon pihak pengantara Mediexpress bertanyakan sudahkah bayaran yang dibuat masuk dalam sistem agar GL dapat dikeluarkan untuk client ini. Akhirnya berjaya juga GL dikeluarkan dan saya cukup berterima kasih kepada pihak pengantara kerana sangat membantu dalam hal tersebut. Untuk pengetahuan. pihak pengantara atau Managed Care Operation (MCO) adalah beroperasi 24 jam. Nah, datang dengan yakin pukul 10pagi macam tiada apa-apa masalah tetapi GL hanya lulus pukul 5 petang. Inilah akibat tidak cakna dengan bayaran untuk kad perubatan, Walau apa pun saya bersyukur client dapat warded dan berdoa agar sakitnya cepat pulih seperti sedia kala.

Setiap hari saya akan tanya keadaan client adakah sudah sembuh dan dibenarkan discaj dari hospital atau tidak. Beliau mempunyai pelan dengan bilik single namun pada waktu dia mula-mula masuk wad, tiada bilik single yang kosong dan beliau diletakkan dalam bilik double buat sementara waktu sebelum dipindahkan ke bilik single.

Alhamdulillah setelah 4 hari berada di hospital, client telah dibenarkan pulang ke rumah dan bil sebanyak RM4996.50 telah dibayarkan oleh pihak Zurich Takaful. Adakah di antara kita mampu mengeluarkan wang simpaan sebanyak itu untuk bil rawatan? Saya ingatkan kembali bahawa client sendiri perlu ambil berat tentang bayaran takaful sendiri agar perkara-perkara begini dapat dielakkan. Sepatutnya proses penghospital boleh berlaku dengan mudah tetapi kita sendiri yang mencari jalan yang payah. Di harap ini menajdi iktibar kepada rakan-rakan lain.

Filed Under: Testimoni Tagged With: medical card, testimoni, Zurich Takaful

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Adakah MRTA/MRTT Membayar Rumah Anda Jika Hidap Sakit Kritikal?
  • Kos Rawatan Perubatan Meningkat Lebih 100% Sejak Tahun 2000
  • 2 Hari Menunggu Untuk Dapatkan Katil Hospital di Malaysia
  • Antara Takaful dan Hartanah mana lebih baik jika ditimpa musibah?
  • Dicerai Suami Setelah Menghidap Kanser Tahap Empat

Recent Comments

    Archives

    • August 2024
    • July 2024
    • June 2024
    • March 2024
    • December 2023
    • October 2023
    • September 2023
    • August 2023
    • June 2023
    • May 2023
    • April 2023
    • March 2023
    • February 2023
    • January 2023
    • December 2022
    • November 2022
    • October 2022
    • September 2022
    • February 2022
    • January 2022
    • December 2021
    • November 2021
    • October 2021
    • September 2021
    • August 2021
    • July 2021
    • June 2021
    • May 2020
    • April 2020

    Categories

    • Cancercare
    • Hibah
    • Kerjaya Takaful
    • Kesihatan
    • Medical Card
    • Pengurusan kewangan
    • Produk Zurich Takaful
    • Takaful
    • Takaful hayat
    • Testimoni
    • Uncategorized

    Meta

    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org

    Copyright © 2024 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in