• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
hijrahtakaful.com

hijrahtakaful.com

Takaful & Kehidupan

Hibah Takaful Untuk Ibu Bapa Anda

May 2, 2020 by hijrahtakaful

Apabila melihat ibu bapa kita yang telah tua, hati kita pasti terdetik untuk berkata apa lagi yang perlu di buat untuk mereka di waktu emas begini. Lumrah kehidupan di dunia, walau siapapun kita, apa jua keadaan kita, pasti suatu hari nanti kita akan pergi jua. Adakala kita terfikir untuk berbuat kebajikan kepada mereka selagi ada hayat mereka. Jika anda ingin membantu dari segi pengurusan kewangan selepas mereka tiada, Zurich Takaful melalui pelan takaful Senior Gold dapat membantu anda untuk memudahkan urusan anda dengan caruman hanya serendah RM50 sebulan.

Kewajipan membayar hutang

Antara yang menjadi satu masalah selepas pemergian seseorang adalah hutangnya. Mungkin ibu bapa kita mempunyai hutang yang kita tidak ketahui dan ada pihak yang tampil menuntut selepas pemergiannya. Hutang adalah wajib di bayar walaupun sedikit apetah lagi jumlah yang banyak. Sebagai anak yang baik, adalah menjadi tanggungjawab untuk melunaskan hutang bagi pihak ibu bapa kita. Justeru, sejumlah wang diperlukan untuk itu. Jika salah seorang dari mereka masih ada, wang pampasan itu boleh digunakan untuk kelangsungan hidup pasangan mereka samada untuk digunakan sebagai wang belanja persendirian, perubatan dan sebagainya. Hari ini jika kita sendiri atau bersama adik beradik sepakat untuk mencarumkan ibu bapa dalam pelan Takaful Senior Gold, urusan itu akan menjadi lebih mudah.

Pampasan digunakan untuk sedekah jariah

Jika memang tiada apa yang perlu dibayar selepas pemergian mereka, wang pampasan yang diterima boleh disumbangkan kepada badan agama atau pusat kebajikan, tahfiz-tahfiz sebagai sumbangan sedekah jariah untuk mereka walaupun mereka sudah tiada. Sangat besar manfaat sedekah lebih-lebih lagi digunakan untuk tujuan agama.

Biaya upah haji

Wang pampasan juga sebahagiannya boleh digunakan untuk membiayai upah haji jika kedua-dua ibu bapa belum sempat menunaikan ibadah fardhu haji. Urusan badal haji telah dimudahkan untuk anda dan adik beradik. Jadi bagaimananya caranya untuk kita mencarum Takaful Senior Gold untuk ibu bapa kita?

Rajah 1: Takaful Senior Gold

Takaful Senior Gold ini layak dipohon oleh mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan carumannya serendah RM50 sebulan untuk 1 unit. Manakala orang yang dilindungi mestilah berumur 50 tahun hingga ke 80 tahun. Senior Gold adalah takaful yang DIJAMIN LULUS dan tiada pemeriksaan kesihatan diperlukan. Ia memberikan perlindungan 24jam di seluruh dunia dan carumannya tidak meningkat mengikut usia. Jika meninggal di luar negara, bayaran penghantaran pulang sehingga RM3000 disediakan dan pampasan kematian akibat kemalangan digandakan sehingga 500% .

Rajah 2: Manfaat, unit caruman dan nilai perlindungan

Caruman Takaful Senior Gold ini diwakili oleh unit dan caruman seunit dalam Rm50. Maksimum 10 unit boleh diambil atau RM500 sebulan. Jumlah yang dilindungi mengikut unit berubah mengikut umur kemasukan dan ia tidak akan berubah sehinggalah sijil matang. Kita ambil contoh Ali atau keluarga Ali hendak mencarum untuk ayahnya yang berumur 58 tahun sebanyak 3 unit atau RM150 sebulan. Berikut adalah manfaat yang diperolehi.

Jadual bayaran pampasan, anggaran nilai tunai & serahan

Jika satu unit pada umur 58 tahun mempunyai nilai perlindungan sebanyak RM10,170, 3 unit yang dicarum oleh Ali akan memberikan perlndungan sebanyak RM30,510 untuk kematian biasa. Untuk kematian akibat kemalangan pula, jumlah ini akan digandakan mengikut julat umur iaitu 500% untuk julat umur dari 50 hingga 65 tahun, 300% dari umur 66 hingga 80 tahun, dan 200% dari umur 80 tahun ke atas. Pampasan sehingga RM158, 261 jika kematian berlaku akibat kemalangan. Untuk info, caruman ini juga akan dilaburkan dalam unit amanah di mana ia akan mempunyai nilai tunai yang akan di bayar bersama pampasan kematian. Jika kematian akibat sebab biasa berlaku dalam tempoh 2 tahun selepas sijil berkuatkuasa, SEMUA CARUMAN AKAN DIPULANGKAN SEMULA + NILAI PELABURAN kepada pencarum dan tiada bayaran pampasan kematian akan dibayar. Namun jika berlaku kematian akibat kemalangan, bayaran pampasan kematian akan dibayar beserta dengan nilai tunai sjili. Jadi, ANDA TIDAK RUGI 100% MENCARUM DALAM TAKAFUL SENIOR GOLD KERANA SEMUA CARUMAN AKAN DIPULANGKAN SEMULA BERSAMA NILAI TUNAI JIKA KEMATIAN BERLAKU DALAM JANGKAMASA 2 TAHUN.

Andaikan ini merupakan satu jalan untuk anda berbakti kepada ibu bapa anda, teruskan niat baik anda. Kami sentiasa sedia membantu untuk memberi khidmat nasihat, menguruskan caruman dan perlindungan untuk anda. Jika anda berminat, anda boleh terus klik [SINI] untuk terus ke aplikasi WhatsApp saya. InsyaAllah pengorbanan anda yang sedikit ini akan memberikan makna yang sangat besar kepada mereka.

MAKLUMAN PENTING: Takaful Senior Gold telah ditamatkan dan digantikan dengan Produk Takaful Surecover dengan manfaat yang hampir sama dan umur kemasukan yang lebih awal.

Filed Under: Produk Zurich Takaful Tagged With: Takaful Senior Gold, Takaful untuk ibu bapa, Zurich Takaful

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Adakah MRTA/MRTT Membayar Rumah Anda Jika Hidap Sakit Kritikal?
  • Kos Rawatan Perubatan Meningkat Lebih 100% Sejak Tahun 2000
  • 2 Hari Menunggu Untuk Dapatkan Katil Hospital di Malaysia
  • Antara Takaful dan Hartanah mana lebih baik jika ditimpa musibah?
  • Dicerai Suami Setelah Menghidap Kanser Tahap Empat

Recent Comments

    Archives

    • August 2024
    • July 2024
    • June 2024
    • March 2024
    • December 2023
    • October 2023
    • September 2023
    • August 2023
    • June 2023
    • May 2023
    • April 2023
    • March 2023
    • February 2023
    • January 2023
    • December 2022
    • November 2022
    • October 2022
    • September 2022
    • February 2022
    • January 2022
    • December 2021
    • November 2021
    • October 2021
    • September 2021
    • August 2021
    • July 2021
    • June 2021
    • May 2020
    • April 2020

    Categories

    • Cancercare
    • Hibah
    • Kerjaya Takaful
    • Kesihatan
    • Medical Card
    • Pengurusan kewangan
    • Produk Zurich Takaful
    • Takaful
    • Takaful hayat
    • Testimoni
    • Uncategorized

    Meta

    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org

    Copyright © 2024 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in