• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
hijrahtakaful.com

hijrahtakaful.com

Takaful & Kehidupan

Kartun Ganti Gaji Siri 1 – 6

August 13, 2021 by hijrahtakaful

Kesedaran mengenai takaful dikalangan rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam masih rendah dan sebab itu kadar pengambilan takaful keluarga masih berada ditahap 13% berbanding dengan insuran konvensional. Takaful diperlukan sebagai solusi kepada permasalahan kewangan akibat risiko musibah. Berikut adalah beberapa kartun dalam siri ganti gaji bertujuan untuk memupuk kesedaran takaful pada masyarakat.

1. Ambil takaful diri sewaktu sihat

Adalah normal bila takaful tidak diperlukan sewaktu kita sihat kerana definasi takaful itu sendiri adalah gantirugi untuk musibah yang berlaku. Perkara musibah seperti sakit kritikal, kemalangan dan kematian awal adalah perkara yang kita tidak mahukan dan datang tanpa dijangka. Perkara musibah biasa menyebabkan masalah kewangan dahsyat. Sebagai orang yang bijak sentiasa bersedia dengan mencarum takaful seawal yang boleh kerana lebih awal mencarum, lebih murah komitmen bayaran. Bila perkara musibah seperti sakit kritikal sudah berlaku, pastinya permohonan anda akan ditolak.

2. Hibah untuk waris

Hibah merupakan satu penyelesaian kepada kewangan setelah berlaku sesuatu kepada ahli keluarga seperti kematian awal. Hibah takaful merupakan satu jenis hibah bersyarat di mana harta dalam bentuk pampasan dipindahkan kepada penama hibah setelah berlakunya kematian. Hibah dapat membantu waris dari segi kewangan untuk meneruskan kehidupan setelah ketiadaan pencari nafkah.

3. Ambil pampasan sakit kritikal yang mencukupi

Apabila menghidap penyakit kritikal yang menyebabkan anda diberhentikan kerja, akan berlaku kesukaran kepada anda dan keluarga untuk meneruskan kehidupan seperti biasa akibat masalah kewangan. Rumah, kenderaan mungkin akan dilelong selain dari bil ubat-ubatan, api dan air yang masih perlu dibayar. Jika anda mempunyai pampasan penyakit kritikal yang mencukupi, anda boleh mengelakkan masalah-masalah tersebut dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

4. Ambil perlindungan medical card berlebihan dan tidak mengambil polisi hibah

Salah faham selalu berlaku bila anda mendahulukan medical card berbanding takaful hibah atau takaful hayat. Anda harus faham medical card hanya membayar bil hospital sahaja, namun kepayahan sebenar adalah apa yang berlaku selepas penghospitalan. Jika anda sudah tidak mampu bekerja, bermakna anda gaji anda sudah terhenti dan berlaku masalah untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Satu orang isteri bila ditinggalkan suami akibat kematian tidak boleh menggunakan medical card untuk membeli barang, tapi boleh dengan polisi takaful hibah/hayat.

5. Anda mungkin tidak perlukan takaful tapi keluarga anda sangat memerlukan

Bila anda sudah berniat untuk ambil takaful, bersegeralah. Acapkali ianya cuma berakhir dengan quotation atau sebutharga. Sebutharga belum lagi memberi perlindungan kepada anda. Jikalau anda tidak memerlukan takaful pun, pasti keluarga anda amat memerlukannya. Jangan bertangguh lagi, hubungi ejen yang berkepakaran untuk memberi khidmat nasihat untuk anda.

6. Jangan bertangguh dan ambil mudah takaful

Jika kita perhatikan, setiap pemiutang atau kata lain pihak yang memberi pinjaman mewajibkan untuk mengambil takaful bagi setiap pinjaman tidak kiralah samada pinjaman rumah, kereta, sijil simapanan ASB dan lain-lain lagi. Ini kita sangat faham dan membayar insuran/takaful yang ditetapkan. Namun bila ditanya tentang takaful untuk diri kita selalu bertangguh sehinggalah musibah datang yang memerlukan belanja yang besar.

Hantaran ini bertujuan untuk memupuk anda supaya faham akan risiko jika anda tidak atau belum mempunyai polisi takaful. Dapatkan khidmat nasihat percuma dari ejen yang berpengalaman untuk dapatkan plan takaful yang bersesuaian dengan anda atau anda boleh wasap saya di

http://0192757055.wasap.my

atau isikan butiran anda di borang di bawah dan pihak kami akan hubungi anda semula. Terima kasih

Filed Under: Takaful hayat

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Adakah MRTA/MRTT Membayar Rumah Anda Jika Hidap Sakit Kritikal?
  • Kos Rawatan Perubatan Meningkat Lebih 100% Sejak Tahun 2000
  • 2 Hari Menunggu Untuk Dapatkan Katil Hospital di Malaysia
  • Antara Takaful dan Hartanah mana lebih baik jika ditimpa musibah?
  • Dicerai Suami Setelah Menghidap Kanser Tahap Empat

Recent Comments

    Archives

    • August 2024
    • July 2024
    • June 2024
    • March 2024
    • December 2023
    • October 2023
    • September 2023
    • August 2023
    • June 2023
    • May 2023
    • April 2023
    • March 2023
    • February 2023
    • January 2023
    • December 2022
    • November 2022
    • October 2022
    • September 2022
    • February 2022
    • January 2022
    • December 2021
    • November 2021
    • October 2021
    • September 2021
    • August 2021
    • July 2021
    • June 2021
    • May 2020
    • April 2020

    Categories

    • Cancercare
    • Hibah
    • Kerjaya Takaful
    • Kesihatan
    • Medical Card
    • Pengurusan kewangan
    • Produk Zurich Takaful
    • Takaful
    • Takaful hayat
    • Testimoni
    • Uncategorized

    Meta

    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org

    Copyright © 2024 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in