• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
hijrahtakaful.com

hijrahtakaful.com

Takaful & Kehidupan

Zurich Takaful MediPro: Kad Perubatan Dengan Had Tahunan Sehingga RM2 Juta

August 18, 2021 by hijrahtakaful

Kos rawatan di Malaysia dijangka akan terus meningkat jika mengambil kira kadar inflasi kos rawatan yang saban tahun mencecah 2 angka. Menurut apa yang dipaparkan di atas, sebagai contoh rawatan untuk penyakit serangan jantung jika pada tahun 2015 adalah dari RM10 ribu hingga RM30 ribu, ianya bakal menjadi dari RM67 ribu hingga RM202 ribu.

Kenaikan kos rawatan saban tahun ini disebabkan banyak faktor. Antara yang menjadi faktor terbesar adalah kos pembangunan dan penyelidikan ubat-ubatan yang mahal, penggunaan peralatan yang berteknologi tinggi, penurunan nilai ringgit dan juga kenaikan kos pengangkutan berikutan isu pandemik. Jika berterusan, berkemungkinan had perlindungan kad perubatan sedia ada di pasaran tidak lagi mencukupi menyebabkan pesakit terpaksa menambah sendiri bayaran jika bil hospital melebihi had perlindungan kad perubatan mereka. Perkara ini telah disedari oleh Zurich Takaful Malaysia dan satu solusi kepada permasalahan ini telah dikeluarkan dengan pelancaran produk medical card terbaru Zurich Takaful iaitu MediPro!

Selain memberikan memberikan had tahunan tertinggi di pasaran sehingga RM2juta dengan harga yang amat berpatutan, MediPro juga tidak mempunyai had sepanjang tempoh polisi atau dengan kata lain unlimited lifetime coverage. Juga dengan 3 manfaat tambahan yang pertama di pasaran iaitu manfaat perlindungan penyakit mental, manfaat bebas kanser, manfaat penyakit berjangkit bukan pandemik dan juga manfaat rawatan kanta mata inokular.

Rajah di atas menunjukkan perincian berkenaan kad perubatan Zurich Takaful MediPro mengikut pelan. Terdapat 4 plan yang boleh dipilih mengikut perbezaan jumlah had tahunan dan harga bilik. Kad perubatan MediPro tidak mengenakan apa-apa co-payment jika pelanggan ingin menaik taraf bilik sewaktu diwadkan. Hanya perlu bayar beza harga bilik sahaja.

Selain had tahunan yang cukup tinggi, manfaat, penambahbaikan kepada manfaat sedia ada seperi rawatan susulan setelah discaj ditambah dari 90hari kepada 180hari. Ini bermakna, jika orang yang dilindungi mendapat penyakit kanser, perbekalan ubat-ubat kanser yanv berharga RM8 ribu hingga RM16 ribu dibayar oleh Zurich Takaful selama 6bulan! Juga penyakit lain seperti pulmonary hipertension yang juga memerlukan ubat yang mahal juga ditanggung oleh kad perubatan ini. 180hari ni akan reset semula bila anda diwadkan semula.

Harga ubat kanser yang sangat mahal

Jadi jika waktu sihat anda tidak mampu, mampukah anda ketika anda sakit? Jadi kad perubatan MediPro adalah penyelesaian jangka panjang kepada risiko kos rawatan kesihatan anda.

Kad perubatan MediPro ini juga mempunyai manfaat-manfaat baharu yang pertama di pasaran seperi manfaat kesihatan mental, manfaat demam denggi pesakit luar dan juga manfaat penggantian kanta mata. Semua manfaat-manfaat ini memberikan solusi kepada keperluan kesihatan anda dan kelegaan minda kepada kos rawatan yang senantiasa meningkat pada harga yang sangat mampu milik.

>>Testimoni medical card Zurich Takaful klik sini<<

Pelan medical card ni adalah pelan rider dan bukan standalone. Ianya hanya boleh dimiliki dengan memohon pelan Zurich Takaful ProEssential sebagai pelan induk. Dengan manfaat bersama pelan Zurich Takaful ProEssential seperti hibah, pampasan penyakit kritikal, elaun kemasukan hospital, elaun hilang keupayaan dan banyak manfaat lain membolehkan anda mendapatkan perlindungan menyeluruh di bawah satu pelan sahaja.

Dengan tambahan rider medical card untuk pelan takaful ProEssential ini lengkaplah ianya sebagai satu pelan yang merangkumi keseluruhan penyelesaian kepada keperluan perlindungan anda bagi menghadapi perkara-perkara di luar jangka seperti sakit kritikal, kemalangan juga bagi waris jika dijemput kematian lebih awal.

Dengan kos rawatan yang begitu tinggi, mampukah kita untuk berhadapan dengan sakit atau penyakit? Dengan pelan ProEssential beserta dengan rider medical card inilah solusi atau penyelesaiaan kepada permasalahan ini. Untuk khidmat nasihat atau sebarang pertanyaan berkenaan produk ProEssential ini klik [sini] untuk terus ke Aplikasi whatsapp saya.

>Baca testimoni medical card Zurich Takaful di [SINI]<

Filed Under: Produk Zurich Takaful Tagged With: medical card, MediPro, ProEssential, Zurich Takaful

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Adakah MRTA/MRTT Membayar Rumah Anda Jika Hidap Sakit Kritikal?
  • Kos Rawatan Perubatan Meningkat Lebih 100% Sejak Tahun 2000
  • 2 Hari Menunggu Untuk Dapatkan Katil Hospital di Malaysia
  • Antara Takaful dan Hartanah mana lebih baik jika ditimpa musibah?
  • Dicerai Suami Setelah Menghidap Kanser Tahap Empat

Recent Comments

    Archives

    • August 2024
    • July 2024
    • June 2024
    • March 2024
    • December 2023
    • October 2023
    • September 2023
    • August 2023
    • June 2023
    • May 2023
    • April 2023
    • March 2023
    • February 2023
    • January 2023
    • December 2022
    • November 2022
    • October 2022
    • September 2022
    • February 2022
    • January 2022
    • December 2021
    • November 2021
    • October 2021
    • September 2021
    • August 2021
    • July 2021
    • June 2021
    • May 2020
    • April 2020

    Categories

    • Cancercare
    • Hibah
    • Kerjaya Takaful
    • Kesihatan
    • Medical Card
    • Pengurusan kewangan
    • Produk Zurich Takaful
    • Takaful
    • Takaful hayat
    • Testimoni
    • Uncategorized

    Meta

    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org

    Copyright © 2024 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in