• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
hijrahtakaful.com

hijrahtakaful.com

Takaful & Kehidupan

Zurich Takaful ProEssential: Perlindungan Menyeluruh Dalam Satu Pelan Takaful

August 28, 2021 by hijrahtakaful

Dalam memilih pelan takaful, memang jarang ada syarikat yang begitu banyak menggabungkan banyak manfaat dalam satu pelan. Tujuannya adalah untuk memudahkan para peserta takaful untuk mendapatkan perlindungan yang komprehensif merangkumi semua aspek keperluan takaful pada zaman ini. Atas sebab ini Zurich Takaful telah melancarkan pelan Takaful ProEssential, yang mana pelbagai manfaat takaful seperti penggantian pendapatan, perlindungan sakit kritikal, perlindungan kemalangan dan bayaran kos rawatan diletakkan dalam satu pelan.

1. Perlindungan penyakit kritikal

Dengan perlindungan penyakit kritikal sehingga 51 jenis penyakit berbanding dengan 36 jenis penyakit yang biasa ditawarkan di pasaran, pelan ProEssential ini adalah lebih lengkap. Pentingnya perlindungan penyakit kritikal ini adalah kebanyakan orang pada hari ini apabila menghidap penyakit kritikal, biasanya akan hilang kemampuan bekerja dan akhirnya terpaksa berhenti baik atas diri sendiri ataupun arahan majikan yang pentingkan produktiviti. Dengan pampasan penyakit kritikal inilah tunai dibayar kepada orang yang dilindungi dan sedikit sebanyak dapat menampung belanja ketika gaji sudah tiada lagi

2. Perlindungan kemalangan

Manfaat tambahan jika berlakunya kemalangan. Manfaat bayaran semula bayaran rawatan akibat kemalangan yang dikeluarkan sendiri terlebih dahulu termasuklah bayaran ambulan membolehkan rawatan segera dapat dilakukan. Ini kerana apabila berlaku kemalangan yang memerlukan pembedahan, barangan seperti besi, implan dan lain-lain perlu dibeli terlebih dahulu dari vendor. Ini memerlukan tunai yang banyak kerana harga barangan ini tidak murah. Anda mahu atau tidak mahu mesti membayar dengan wang sendiri terlebih dahulu menyebabkan simpanan wang anda mungkin habis digunakan. Jadi dengan manfaat ini, wang anda sendiri yang digunakan terlebih dahulu itu akan dikembalikan semula selepas tuntutan diluluskan.

3. Penggantian pendapatan

Ini merupakan perkara terpenting yang perlu difikirkan sewaktu anda ingin memohon perlindungan takaful. Kenapa ianya penting? Sebabnya bukan diri anda sahaja, seluruh keluarga anda bergantung kepada pendapatan atau gaji anda. Jik berlaku sesuatu musibah seperti kematian atau hilang upaya kekal (lumpuh) pastinya anda tidak mampu bekerja lagi dan pendapatan juga hilang. Begitu juga bila berlaku kematian, apakah waris anda mampu meneruskan kehidupan dari segi kewangan?. Sudahlah tiada pendapatan, wang simpanan pun sudah habis tapi masih lagi perlu membayar pelbagai bil-bil, hutang-hutang dan yang lebih sukar bila keluarga tiada wang tunai untuk dibelanjakan.

Apabila diwadkan akibat penyakit dalam jangkamasa yang lama contohnya 3-4 bulan, anda tidak keluar bekerja dan pendapatan juga tiada namun masih perlukan wang tunai bagi perbelanjaan harian, hospital income adalah penyelesaiannya. Contohnya jika anda mempunyai hospital income RM150 sehari, jika anda diwadkan sebulan, anda boleh tuntut RM150 x 30hari = RM4500 tunai bagi menggantikan pendapatan yang hilang sewaktu diwadkan.

4. Pembayaran bil rawatan penghospitalan

Pelan takaful ProEssential juga mempunyai rider atau manfaat tambahan kad perubatan dengan had tahunan bermula dari RM1juta sehingga RM2juta bagi memberikan anda kelegaan jika berhadapan dengan bil rawatan yang tinggi dari hospital. Ini kerana, berlaku inflasi yang tinggi untuk kos rawatan saban tahun menyebabkan kad perubatan yang mempynyai had tahunan yang rendah sebagai contoh RM60 ribu tidak akan lagi dapat membayar semua tuntutan dari pihak hospital. Juga dana perubatan dari syarikat yang biasanya lebih rendah dari kad perubatan di pasaran dan ini berpotensi untuk menjadi masalah kepada pesakit.

Jangkaan kenaikan kos rawatan di Malaysia. Bersediakah anda?

Selain had tahunan yang cukup tinggi, manfaat, penambahbaikan kepada manfaat sedia ada seperi rawatan susulan setelah discaj ditambah dari 90hari kepada 180hari. Ini bermakna, jika orang yang dilindungi mendapat penyakit kanser, perbekalan ubat-ubat kanser yanv berharga RM8 ribu hingga RM16 ribu dibayar oleh Zurich Takaful selama 6bulan! Juga penyakit lain seperti pulmonary hipertension yang juga memerlukan ubat yang mahal juga ditanggung oleh kad perubatan ini. 180hari ni akan reset semula bila anda diwadkan semula.

Harga ubat kanser yang sangat mahal

Jadi jika waktu sihat anda tidak mampu, mampukah anda ketika anda sakit? Jadi kad perubatan MediPro adalah penyelesaian jangka panjang kepada risiko kos rawatan kesihatan anda.

Kad perubatan MediPro ini juga mempunyai manfaat-manfaat baharu yang pertama di pasaran seperi manfaat kesihatan mental, manfaat demam denggi pesakit luar dan juga manfaat penggantian kanta mata. Semua manfaat-manfaat ini memberikan solusi kepada keperluan kesihatan anda dan kelegaan minda kepada kos rawatan yang senantiasa meningkat pada harga yang sangat mampu milik.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk memilik pelan takaful ProEssential yang sangat komprehensif ini. Hubungi saya melalui aplkasi whatsapp di [sini] untuk info lanjut.

Filed Under: Medical Card, Takaful hayat

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Adakah MRTA/MRTT Membayar Rumah Anda Jika Hidap Sakit Kritikal?
  • Kos Rawatan Perubatan Meningkat Lebih 100% Sejak Tahun 2000
  • 2 Hari Menunggu Untuk Dapatkan Katil Hospital di Malaysia
  • Antara Takaful dan Hartanah mana lebih baik jika ditimpa musibah?
  • Dicerai Suami Setelah Menghidap Kanser Tahap Empat

Recent Comments

    Archives

    • August 2024
    • July 2024
    • June 2024
    • March 2024
    • December 2023
    • October 2023
    • September 2023
    • August 2023
    • June 2023
    • May 2023
    • April 2023
    • March 2023
    • February 2023
    • January 2023
    • December 2022
    • November 2022
    • October 2022
    • September 2022
    • February 2022
    • January 2022
    • December 2021
    • November 2021
    • October 2021
    • September 2021
    • August 2021
    • July 2021
    • June 2021
    • May 2020
    • April 2020

    Categories

    • Cancercare
    • Hibah
    • Kerjaya Takaful
    • Kesihatan
    • Medical Card
    • Pengurusan kewangan
    • Produk Zurich Takaful
    • Takaful
    • Takaful hayat
    • Testimoni
    • Uncategorized

    Meta

    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org

    Copyright © 2024 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in