• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
hijrahtakaful.com

hijrahtakaful.com

Takaful & Kehidupan

Adakah Berbaloi Menjadi Ejen Takaful Samada Full Time atau Part Time?

August 29, 2021 by hijrahtakaful

Kerjaya sebagai ejen takaful

Pasti ramai yang terfikir adakah berbaloi untuk menjadi ejen jualan takaful samada part time atau full time? Ya sudah tentu kerana mereka hanya melihat secara umum dan tidak membuat penyelidikan secara terperinci. Yang pasti ada satu tanggapan yang ejen-ejen ni mengacau hidup orang kerana mungkin perlu jumpa prospek untuk menerangkan berkenaan kepentingan takaful dalam kehidupan seharian. Jadi tanggapan umum bahawa kerja ejen ini adalah leceh dan busy body. Namun, mengapa industri takaful sentiasa berkembang dan semakin ramai orang menyertai untuk menjadi ejen? Mari kita lihat perubahan yang berlaku dimasa ini.

Kehidupan sekarang berbanding dahulu

Jika zaman dahulu datuk nenek kita bekerja sebagai petani dan mempunyai tanah mereka sendiri. Walaupun pendidikan hanya peringkat SPM, semua barang dibeli dengan cash. Bila meninggal dunia, tanah dibahagikan kepada waris dan digunakan untuk mendapatkan pendapatan.

Berbeza hari ni bila manusia terlalu ramai, revolusi perindustrian telah pun bermula dengan ramai bekerja makan gaji dengan lumayan. Cukup bulan terima gaji. Tiada tanah tiada apa. Cuma bila meninggal dunia atau hilang upaya bekerja, gajinya dibawa sekali atau hilang. Timbul masalah bagaimana nak teruskan kehidupan bila berhadapan dengan masalah ni. Kompeni takkan teruskan bayar gaji bulan2 kepada anak isteri. Jangankata bekalan, tapi beban hutang pula ditinggalkan.

Kewujudan life insurance adalah untuk mengatasi masalah begini di mana syarikat insurance akan bayar pampasan kepada waris untuk gantikan income yang hilang. Umat Islam juga perlukan pelan kewangan sebegini dan wujudlah pelan *takaful keluarga* yang patuh syarak. Sebabnya, waris anak, isteri orang Islam juga perlu makan dan keperluan2 lain.

Alhamdulillah dengan kesedaran masyarakat yang semakin baik tentang perlunya takaful bagi penyelesaian kewangan akibat musibah, pasaran takaful telah terbuka luas. Lebih banyak peluang terbuka bagi mereka yang nampak dalam bidang takaful. Sebab itu kita lihat semakin ramai orang mendaftar menjadi ejen jualan takaful kerana potensi pendapatan yang bakal diperoleh mereka.

Jadi bagaimanakah potensi income yang bakal diperolehi oleh seorang ejen takaful samada part time atau full time? Mari kita lihat satu perbandingan mudah antara perniagaan takaful berbanding runcit biasa.

Gambar di atas adalah perbandingan income antara jualan runcit dan takaful. Untung jualan runcit adalah bergantung kepada jumlah jualan pada bulan tersebut. Jika tidak menjual, tiada income. Jumlah keuntungan jualan runcit adalah RM1075 setahun. Manakala takaful, oleh kerana ia menggunakan sistem komisyen, income berterusan dapat dijana walaupun ada bulan yang tiada sales. Dengan cara ini, ejen ini akan mendapat gaji bulanan sebanyak RM1075 dan jumlah komisen RM6150 dalam tahun tersebut.

Pada tahun kedua pula mereka yang membuat jualan runcit kekal dengan income yang sama manakala mereka yang membuat perniagaan takaful menerima “gaji” bulanan sebanyak RM2025 sebulan dan jumlah komisen setahun sebanyak RM17800. Jadi jumlah komisen untuk untuk tahun pertama dan kedua adalah sebanyak RM23950 jauh lebih banyak dari keuntungan dari jualan runcit. Dalam perniagaan takaful, walaupun anda tidak dapat buat sales dalam bulan-bulan tertentu komisyen masih lagi dibayar. Jika dilihat, mereka yang berada dalam industri takaful seperti menerima kenaikan gaji (dari komisyen) setiap bulan. Jadi adakah ini boleh dicapai? Nampak dari segi teori memang mudah. Mari kita lihat pendapatan sebenar seorang ejen bermula dia menceburi bidang takaful secara part time.

2016

Gambar di atas adalah income statement seorang ejen. Bermula dia dalam bidang takaful pada 2016. Lihat komisyen nye meningkat dari bulan ke bulan. Pada 2016, dia menerima jumlah komisyen sebanyak RM1754. Sedikit? Ya sedikit ini kerana tahun pertama adalah tahun yang amat penting kerana perlu banyak join training untuk melengkapkan ilmu jualan. Tidak usah pandang sangat komisyen jika buat secara part time. Tumpukan kepada latihan teknikal.

2017

Pada tahun 2017, komisyen bulanan semakin meningkat dan jumlah komisyen tahunan adalah sebanyak RM7,593.00 iaitu peningkatan sebanyak 332%.

2018

Tahun 2018 merekodkan pendapatan meningkat dari RM7,984 kepada RM11,426 iaitu peningkatan sebanyak 43% dari tahun 2017. Purata “gaji” bulanan dalam RM952. Alhamdulillah pendapatan tambahan kepada gaji sedia ada.

2019

Tahun 2019 pula meningkat dengan lebih banyak lagi dari RM11,426 ke RM22,074, peningkatan sebanyak 93%. Alhamdulillah waktu ini “gaji” bulanan dalam perniagaan sudah hampir mencecah RM2 ribu sebulan.

Berdasarkan bukti pendapatan ini, ternyata teori perniagaan runcit vs takaful yang kita bincangkan sebelum ini memang menjadi. Bayangkan income meningkat setiap bulan dan ianya TIADA HAD. Berbanding kerja makan gaji yang kenaikan hanya sekali setiap tahun itupun jika ada. Di sini bukan kita hendak kata kerja makan gaji itu tidak bagus, ya itu pun cukup bagus cuma di takaful peluang anda lebih terbuka luas.

>>Klik sini untuk cara pantas menjadi usahawan takaful<<

Kaedah Pantas Menjadi Usahawan Takaful

Dalam perniagaan takaful, bukan menjanjikan hari ini sertai esok terus kaya. Tuan-tuan, tidak ada pekerjaan yang mudah dalam dunia ini. Semuanya memerlukan latihan dan pengorbanan untuk berjaya. Tapi di takaful, ianya lebih berbaloi kerana dalam masa yang singkat anda dapat mencapai pendapatan yang tinggi jika anda istiqomah dan lakukan dengan kaedah yang betul. Semua latihan dan sokongan akan diberikan selepas anda diterima menjadi ejen. Jika anda berminat ingin menceburi perniagaan takaful, boleh terus ke aplikasi whatsapp saya di [sini].

Zul Pakar Takaful

Whatsapp: http://0192757055.wasap.my

Filed Under: Kerjaya Takaful

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Adakah MRTA/MRTT Membayar Rumah Anda Jika Hidap Sakit Kritikal?
  • Kos Rawatan Perubatan Meningkat Lebih 100% Sejak Tahun 2000
  • 2 Hari Menunggu Untuk Dapatkan Katil Hospital di Malaysia
  • Antara Takaful dan Hartanah mana lebih baik jika ditimpa musibah?
  • Dicerai Suami Setelah Menghidap Kanser Tahap Empat

Recent Comments

    Archives

    • August 2024
    • July 2024
    • June 2024
    • March 2024
    • December 2023
    • October 2023
    • September 2023
    • August 2023
    • June 2023
    • May 2023
    • April 2023
    • March 2023
    • February 2023
    • January 2023
    • December 2022
    • November 2022
    • October 2022
    • September 2022
    • February 2022
    • January 2022
    • December 2021
    • November 2021
    • October 2021
    • September 2021
    • August 2021
    • July 2021
    • June 2021
    • May 2020
    • April 2020

    Categories

    • Cancercare
    • Hibah
    • Kerjaya Takaful
    • Kesihatan
    • Medical Card
    • Pengurusan kewangan
    • Produk Zurich Takaful
    • Takaful
    • Takaful hayat
    • Testimoni
    • Uncategorized

    Meta

    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org

    Copyright © 2024 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in