• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
hijrahtakaful.com

hijrahtakaful.com

Takaful & Kehidupan

Mengapa Harga Ubat Penyakit Kanser Sangat Mahal?

August 31, 2021 by hijrahtakaful

Kanser merupakan satu penyakit yang mengerikan kerana rawatannya bukan sahaja sukar malah memerlukan kos yang cukup tinggi. Menurut fakta, di Malaysia 82 orang lelaki menghidap kanser pada setiap 100ribu orang, dan 102 orang perempuan menghidapi kanser setiap 100ribu orang. Perempuan lebih cenderung berbanding lelaki untuk mendapat kanser.

Kes kanser di Malaysia. Sumber: TheStar

Bagi lelaki, kanser yang paling kerap berlaku adalah kanser usus, diikuti dengan paru-paru dan prostat. Manakala bagi wanita pula adalah kanser payudara, usus dan servix. Di kalangan kanak-kanak bawah 14 tahun pula adalah leukimia dan kanser limfoma di kalangan umur 15 hingga 24 tahun. Kanser merupakan penyebab punca kematian kedua tertinggi di Malaysia dan juga di dunia.

Rawatan untuk kanser pula memerlukan kos yang amat tinggi. Selain perlu menjalankan rawatan kemoterapi, radioterapi dan juga pembedahan membuang sel kanser, kos untuk ubat bagi mencegah sel kanser dari merebak juga cukup mahal. Kenapa ubat untuk kanser begitu mahal?

Iphone 12

Seperti peranti telefon pintar yang boleh terjual beratus juta unit, kos penyelidikan dan pembangunan dapat dibahagikan dengan unjuran unit jualan yang menyebabkan telefon boleh dijual dengan harga lebih rendah. Walaupun begitu, harga sebuah iPhone masih juga agak mahal.

Berbeza dengan ubat untuk kanser, kerana penyakit ini sangat rumit maka kos penyelidikan dan pembangunan untuk ubatnya juga sangat tinggi. Dikatakan dalam satu tahun kos R&D menelan belanja sehingga 2.6 bilion dolar Amerika. Oleh kerana unjuran jualan tidak seperti telefon pintar dan kos penyelidikan yang cukup tinggi maka sebab itu ubat untuk kanser menjadi sangat mahal. Mari kita lihat harga ubat kanser di pasaran ketika ini.

Memang menggerunkan melihat harga ubat kanser namun inilah yang perlu dibayar jika kita menghidap penyakit merbahaya ini. Persoalannya, bagaimana kita mampu menyediakan wang sebanyak ini bila diarahkan doktor untuk membeli ubat-ubat seperti ini?

Salah satu caranya adalah dengan mencarum dalam medical card seawal mungkin dan pastikan medical card mempunyai had tahunan yang tinggi dan relevan dengan kenaikan kos rawatan bagi jangkamasa panjang. Sebagi contoh medical card MediPro dari Zurich Takaful menawarkan pembayaran kos rawatan susulan selama 180hari, 90 hari lebih lama berbanding dengan medical card lain di pasaran. Ini membolehkan pesakit kanser membayar perbekalan ubat kanser walaupun tidak diwadkan.

Zurich Takaful MediPro Medical Card

MediPro mempunyai had tahunan yang tinggi bermula dari RM1 juta hingga RM2juta tanpa had seumur hidup dengan pelbagai ciri-ciri perlindungan baru yang pertama di pasaran membolehkan ianya menjadi medical card yang terlengkap dan komprehensif. Baca info lanjut berkenaan Zurich Takaful MediPro di [sini] atau klik [sini] bagi pertanyaan melalui aplikasi whatsapp.

Filed Under: Cancercare, Produk Zurich Takaful

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Adakah MRTA/MRTT Membayar Rumah Anda Jika Hidap Sakit Kritikal?
  • Kos Rawatan Perubatan Meningkat Lebih 100% Sejak Tahun 2000
  • 2 Hari Menunggu Untuk Dapatkan Katil Hospital di Malaysia
  • Antara Takaful dan Hartanah mana lebih baik jika ditimpa musibah?
  • Dicerai Suami Setelah Menghidap Kanser Tahap Empat

Recent Comments

    Archives

    • August 2024
    • July 2024
    • June 2024
    • March 2024
    • December 2023
    • October 2023
    • September 2023
    • August 2023
    • June 2023
    • May 2023
    • April 2023
    • March 2023
    • February 2023
    • January 2023
    • December 2022
    • November 2022
    • October 2022
    • September 2022
    • February 2022
    • January 2022
    • December 2021
    • November 2021
    • October 2021
    • September 2021
    • August 2021
    • July 2021
    • June 2021
    • May 2020
    • April 2020

    Categories

    • Cancercare
    • Hibah
    • Kerjaya Takaful
    • Kesihatan
    • Medical Card
    • Pengurusan kewangan
    • Produk Zurich Takaful
    • Takaful
    • Takaful hayat
    • Testimoni
    • Uncategorized

    Meta

    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org

    Copyright © 2024 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in