• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
hijrahtakaful.com

hijrahtakaful.com

Takaful & Kehidupan

Sampai Berguling-guling Kerana Sakit Batu Hempedu, Syukur Rawatan Cepat Dibayar Medical Card

September 4, 2021 by hijrahtakaful

Bertemu lagi kali ini dalam hantaran blog mengenai kisah client membuat tuntutan kad perubatan ketika saat mencemaskan. Alhamdulillah rawatan cepat dapat dilakukan di hospital swasta dan semua bil rawatan dibayar oleh kad perubatan yang dicarumnya. Ternyata keputusan beliau untuk mencarum dalam takaful kad perubatan ternyata tepat kerana disaat genting dan kecemasan, dapat membantu dalam memberi rawatan yang cepat.

Semua bermula pada satu malam beliau terjaga dari tidur disebabkan sakit belakang bahagian belikat kanan. Ingatkan salah posisi tidur tapi sakitnya merebak sehingga ke rusuk kanan sampai berguling-guling menahan sakit. Beliau yang sudah tidak tahan tidak menunggu lama terpaksa memandu sendiri ke hospital swasta berdekatan kerana isterinya mempunyai bayi kecil.

Penyakit batu hempedu merupakan sebuah penyakit yang dikenali sebagai ‘gallstone’. Ia adalah suatu keadaan yang boleh disebabkan oleh pengumpulan bahan-bahan semulajadi seperti kolesterol, kalsium, garam bilirubin, dan juga bendasing seperti jangkitan-jangkitan parasit ataupun bakteria di dalam hempedu. Bahan-bahan ini akan membentuk ketulan-ketulan yang kelihatan seperti batu-batu pelbagai saiz.

Ia merupakan sebuah kondisi yang tidak jarang berlaku terutamanya kepada populasi barat. Di negara Amerika Syarikat, keadaan ini dialami oleh seramai 6% daripada kalangan lelaki dan 9% daripada kalangan wanita. Di negara Itali pula sebuah kajian telah mendapati bahawa seramai 18% daripada kalangan wanita dan 9.5% daripada kalangan lelaki mengalami batu hempedu. Faktor-faktor etnik juga turut mempengaruhi kekerapan insiden-insiden penyakit yang berlaku.

Di dalam kebanyakan kes, jika batu hempedu ini tidak diuruskan dengan baik, kejadian yang dikenali sebagai ‘acute cholecystitis’ di mana pesakit akan mengalami kesakitan yang berlaku secara mendadak pada bahagian ulu hati dan kadang kala kesakitan yang dikenali sebagai referred pain dapat dirasai pada bahagian bahu kanan. ‘Acute cholecystitis’merupakan keadaan yang berlaku apabila dinding hempedu mengalami keradangan.

Seramai 20% daripada kalangan pesakit-pesakit yang mempunyai batu hempedu akan menunjukkan simptom-simptom. Manakala selebihnya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ataupun simptom.

Sumber: doctoroncall

Alhamdulilah GL kemasukan hospital telah diluluskan dan terus doktor membuat proses scan. Keputusan scan ternyata adalah batu dalam kantung hempedu. Doktor juga memberikan cara bagaimana untuk merawat sakit batu hempedue tersebut.

Alhamdulillah semua urusan pembedahan telah berjalan dengan baik tanpa apa-apa masalah besar. Bil rawatan berjumlah RM18,484.95 semua dibayar oleh pihak Zurich Takaful kepada hospital. Duit simpanan beliau dapat diselamatkan kerana awal-awal sudah mencarum dalam takaful medical card. Apa yang penting semua dapat sihat kembali dan menjalankan kehidupan seperti biasa.

Mencarum dalam takaful kad perubatan atau medical card bukanlah satu perkara yang sia-sia. Walaupun ada yang beranggapan ianya satu pembaziran. Ingatlah semakin usia kita meningkat, semakin tinggi kos rawatan yang diperlukan. Jadi bersedialah lebih awal dengan bijak.

Filed Under: Medical Card, Testimoni

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Adakah MRTA/MRTT Membayar Rumah Anda Jika Hidap Sakit Kritikal?
  • Kos Rawatan Perubatan Meningkat Lebih 100% Sejak Tahun 2000
  • 2 Hari Menunggu Untuk Dapatkan Katil Hospital di Malaysia
  • Antara Takaful dan Hartanah mana lebih baik jika ditimpa musibah?
  • Dicerai Suami Setelah Menghidap Kanser Tahap Empat

Recent Comments

    Archives

    • August 2024
    • July 2024
    • June 2024
    • March 2024
    • December 2023
    • October 2023
    • September 2023
    • August 2023
    • June 2023
    • May 2023
    • April 2023
    • March 2023
    • February 2023
    • January 2023
    • December 2022
    • November 2022
    • October 2022
    • September 2022
    • February 2022
    • January 2022
    • December 2021
    • November 2021
    • October 2021
    • September 2021
    • August 2021
    • July 2021
    • June 2021
    • May 2020
    • April 2020

    Categories

    • Cancercare
    • Hibah
    • Kerjaya Takaful
    • Kesihatan
    • Medical Card
    • Pengurusan kewangan
    • Produk Zurich Takaful
    • Takaful
    • Takaful hayat
    • Testimoni
    • Uncategorized

    Meta

    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org

    Copyright © 2024 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in