• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
hijrahtakaful.com

hijrahtakaful.com

Takaful & Kehidupan

Menangis Berhari-Hari, Rupanya Anak Menghidap Sinusitis & Bil Rawatan RM11 ribu Dibayar Medical Card

September 19, 2021 by hijrahtakaful

Kali ini saya ingin berkongsi kisah seorang client yang menelefon dan menyatakan keadaan anaknya yang sering sakit kepala dan menangis. Beliau ingin mendapatkan rawatan doktor pakar. Untuk info, beliau telah mencarum takaful medical card untuk anak beliau sejak dari tahun 2018 lagi. Saya pun menyuruh beliau pergi ke KPJ Selangor untuk tujuan rawatan.

Guarantee Letter Diluluskan pihak Takaful

Oleh kerana kali pertama beliau mahu menggunakan medical card, beliau masih agak kurang faham. Dapat SMS makluman guarantee letter telah diluluskan sebanyak RM2500. Ianya adalah jaminan yang dikeluarkan oleh pihak takaful untuk hospital memulakan prosedur rawatan.

Setelah dilakukan process scanning dan ujian klinikal makmal, anaknya menghidap penyakit sinusitis. Apakah sebenarnya penyakit Sinusitis? Ia merupakan penyakit keradangan dan pembengkakak sel-sel yang menyelaputi rongga muka. Usah risau jika anda alami penyakit ini kerana rata-rata masyarakat di Malaysia kerap alami masalah kesihatan ini. Rongga muka berfunsi untuk mengurangkan berat tengkorak kepala dan menghasilkan bunyi yang elok sewaktu bercakap. Rongga muka yang sihat diisi udara dan tidak dipenuhi cecair. Namun, jika ia mengalami keradangan, ia akan diisi cecair dan jika jangkitan kuman berlaku, cecair tersebut boleh berubah menjadi warna hijau dan menimbulkan gejala lain seperti demam dan sebagainya. Sumber: DoctorOnCall

Setelah semua prosedur rawatan selesai, doktor terus monitor untuk beberap hari supaya penyakit benar-benar telah sembuh. Alhamdulillah anak beliau tidak lagi mengalami gejala sakit kepala seperti sebelum ini. Jumlah kos rawatan sebanyak RM11087.10 kesemuanya telah dibayar oleh pihak Zurich Takaful. Ternyata keputusan beliau untuk mencarum dalam takaful adalah tepat dan dapat mengelakkan daripada mengeluarkan wang simpanan sendiri untuk perbelanjaan kos rawatan.

Filed Under: Medical Card, Testimoni

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Adakah MRTA/MRTT Membayar Rumah Anda Jika Hidap Sakit Kritikal?
  • Kos Rawatan Perubatan Meningkat Lebih 100% Sejak Tahun 2000
  • 2 Hari Menunggu Untuk Dapatkan Katil Hospital di Malaysia
  • Antara Takaful dan Hartanah mana lebih baik jika ditimpa musibah?
  • Dicerai Suami Setelah Menghidap Kanser Tahap Empat

Recent Comments

    Archives

    • August 2024
    • July 2024
    • June 2024
    • March 2024
    • December 2023
    • October 2023
    • September 2023
    • August 2023
    • June 2023
    • May 2023
    • April 2023
    • March 2023
    • February 2023
    • January 2023
    • December 2022
    • November 2022
    • October 2022
    • September 2022
    • February 2022
    • January 2022
    • December 2021
    • November 2021
    • October 2021
    • September 2021
    • August 2021
    • July 2021
    • June 2021
    • May 2020
    • April 2020

    Categories

    • Cancercare
    • Hibah
    • Kerjaya Takaful
    • Kesihatan
    • Medical Card
    • Pengurusan kewangan
    • Produk Zurich Takaful
    • Takaful
    • Takaful hayat
    • Testimoni
    • Uncategorized

    Meta

    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org

    Copyright © 2024 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in