• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
hijrahtakaful.com

hijrahtakaful.com

Takaful & Kehidupan

Takaful Perlindungan Pembiayaan Rumah MRTA/T vs MLTA/T

October 5, 2021 by hijrahtakaful

APA ITU MRTA/MRTT?
Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) / Insurans Jangka Pengurangan Gadai Janji Ia adalah insurans konvensional yang paling popular untuk peminjam perumahan dan produk ini biasanya ditawarkan semasa memohon pinjaman atau pembiayaan daripada bank.

Mortgage Reduce Term Takaful (MRTT) adalah versi Islamik serta patuh Shariah. Ia adalah insurans hayat kumpulan premium tunggal yang membayar pinjaman rumah yang tertunggak anda sekiranya anda meninggal dunia atau ditimpa musibah kecacatan kekal (Total Permanent Disability/TPD)

Pembayaran MRTA/T pula dibuat sekaligus dan biasanya sudah ditotalkan sekali dalam pinjaman perumahan. Apabila berlaku kematian atau kehilangan upaya sehingga individu tidak lagi dapat bekerja seperti biasa, MRTA/T akan membayar baki jumlah pinjaman perumahan terus kepada institusi kewangan yang memberikan pinjaman.

APA ITU MLTA/MLTT ( Mortgage Level Term TAKAFUL (MLTT) / Takaful Jangka Tahap Gadai Janji )

Level Term ’ bermaksud, jumlah yang dilindungi oleh takaful akan kekal sepanjang tempoh plan diambil. Apabila berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal sehingga tidak lagi mampu bekerja, MLTT akan membayar baki pinjaman perumahan yang ada terus kepada bank, tetapi yang istimewanya, baki daripada jumlah yang dah dibayar untuk insurans pula akan diberi terus kepada penerima manfaat (beneficiary). MLTT ni bukan saja bertindak melindungi nilai pinjaman perumahan, tetapi turut menyediakan sumber kewangan tambahan pada keluarga yang ditinggalkan. Bayaran untuk MLTT tidak dikira sekali semasa anda menandatangani dokumen pinjaman perumahan, sebaliknya ia dibuat secara bulanan sepanjang tempoh pinjaman perumahan.

PERBEZAAN DAN KELEBIHAN

KENAPA MLTT berbanding MRTA/T?

1. Faktor usia – Semakin berusia MRTA/T pun semakin mahal. Jika kita membeli rumah pada usia tertentu adakah dapat perlindungan penuh?

2. Ada rumah tidak ditawarkan MRTA/T – Bukan semua rumah ditawarkan MRTA/T kerana ia tidak wajib. Banyak rumah lama-lama tiada MRTA/T.

Cara Ambil MRTT/MLTT Bagi Yang Sudah Mempunyai Penyakit Sedia Ada, Golongan Risiko Tinggi

3. Sakit kritikal tidak dilindungi – Jika menghidap penyakit kritikal, caruman bulanan masih perlu dibayar

4. Nilai tunai – Nilai tunai dalam MLTT dapat membantu dana kewangan untuk menyelesaikan pinjaman lebih awal.

5. MRTA ada keuntungan terakru – Caj keuntungan dimasukkan dalam pembiayaan.

Anda dinasihatkan untuk segera lihat kembali perjanjian pembiayaan perumahan anda samada MRTA/T diambil atau tidak. Ini kerana MRTA/T adalah tidak wajib. Ataupun jika anda ada ambil, tempoh perlindungan tidak sehingga akhir pembiayaan. Jika ya, dapat khidmat nasihat daripada wakil takaful yang pakar atau klik [sini] untuk terus ke aplikasi WhatsApp admin jika ingin admin bantu. Kongsikan hantaran ini kepada rakan-rakan atau kumpulan-kumpulan WhatsApp anda yang lain jika bermanfaat. Sekian, terima kasih.

Filed Under: Takaful, Takaful hayat Tagged With: hibah takaful, testimoni

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Adakah MRTA/MRTT Membayar Rumah Anda Jika Hidap Sakit Kritikal?
  • Kos Rawatan Perubatan Meningkat Lebih 100% Sejak Tahun 2000
  • 2 Hari Menunggu Untuk Dapatkan Katil Hospital di Malaysia
  • Antara Takaful dan Hartanah mana lebih baik jika ditimpa musibah?
  • Dicerai Suami Setelah Menghidap Kanser Tahap Empat

Recent Comments

    Archives

    • August 2024
    • July 2024
    • June 2024
    • March 2024
    • December 2023
    • October 2023
    • September 2023
    • August 2023
    • June 2023
    • May 2023
    • April 2023
    • March 2023
    • February 2023
    • January 2023
    • December 2022
    • November 2022
    • October 2022
    • September 2022
    • February 2022
    • January 2022
    • December 2021
    • November 2021
    • October 2021
    • September 2021
    • August 2021
    • July 2021
    • June 2021
    • May 2020
    • April 2020

    Categories

    • Cancercare
    • Hibah
    • Kerjaya Takaful
    • Kesihatan
    • Medical Card
    • Pengurusan kewangan
    • Produk Zurich Takaful
    • Takaful
    • Takaful hayat
    • Testimoni
    • Uncategorized

    Meta

    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org

    Copyright © 2024 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in