• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
hijrahtakaful.com

hijrahtakaful.com

Takaful & Kehidupan

Apakah Yang Dimaksudkan “Medical Underwriting”?

November 21, 2021 by hijrahtakaful

Semua permohonan takaful yang baru akan melalui proses “Underwriting” atau dalam bahasa Melayu mudah adalah pemeriksaan terperinci sebelum sesuatu permohonan boleh diluluskan. Dalam takaful medical card, setiap permohonan akan diperiksa sejarah tuntutan disamping pemeriksaan kesahihan fakta pemohon. Proses “underwriting” ini dilakukan dengan ketat bagi memastikan tiada penipuan dalam permohonan. Jika underwriting lulus, maka beruntunglah kepada pemohon kerana perlindungan untuk kos perubatan telahpun diluluskan. Walaubagaimanapun, pihak takaful masih mempunyai hak untuk melakukan siasatan ke atas tuntutan yang dibuat dari masa ke masa jika didapati maklumat yang mencurigakan. Ada kes di mana pemohon memalsukan maklumat di mana mereka tidak pernah mengalami apa-apa sejarah kemasukan hospital sebelum ini dan dapat dikesan ketika proses underwriting.

Bagi kes mereka yang ingin menukar syarikat takaful atas sebab tertentu seperti tidak berpuas hati dengan kenaikan harga, ataupun had tahunan yang rendah dan sebagainya, anda perlu melalui proses “underwriting” semula dengan syarikat baru itu. Jika sudah mempunyai penyakit mungkin permintaan anda akan ditolak ataupun jika syarikat terdahulu menerima sesuatu keadaan sedia ada tanpa syarat, syarikat baru itu belum tentu menerimanya. Nasihat kepada pemegang medical card adalah supaya bersama dengan satu-satu syarikat untuk jangka masa yang lama bagi memudahkan urusan tuntutan.

Ada juga syarikat yang menawarkan “takeover policy” untuk pemohon memindahkan medical card mereka kepada syarikat lain tanpa memulakan semula tempoh menunggu wajib. Biasanya proses “takeover” ini untuk mereka yang sihat dan tidak ada tuntutan yang besar. Kami di Zurich Takaful menawarkan “takeover policy” untuk mereka yang masih sihat dan mempunyai had perlindungan yang rendah kepada medical card Zurich Medipro kami dengan had tahunan bermula dari RM1juta. Sila klik [sini] untuk terus ke aplikasi whatsapp saya.

Filed Under: Medical Card Tagged With: underwriting, Zurich Takaful

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Adakah MRTA/MRTT Membayar Rumah Anda Jika Hidap Sakit Kritikal?
  • Kos Rawatan Perubatan Meningkat Lebih 100% Sejak Tahun 2000
  • 2 Hari Menunggu Untuk Dapatkan Katil Hospital di Malaysia
  • Antara Takaful dan Hartanah mana lebih baik jika ditimpa musibah?
  • Dicerai Suami Setelah Menghidap Kanser Tahap Empat

Recent Comments

    Archives

    • August 2024
    • July 2024
    • June 2024
    • March 2024
    • December 2023
    • October 2023
    • September 2023
    • August 2023
    • June 2023
    • May 2023
    • April 2023
    • March 2023
    • February 2023
    • January 2023
    • December 2022
    • November 2022
    • October 2022
    • September 2022
    • February 2022
    • January 2022
    • December 2021
    • November 2021
    • October 2021
    • September 2021
    • August 2021
    • July 2021
    • June 2021
    • May 2020
    • April 2020

    Categories

    • Cancercare
    • Hibah
    • Kerjaya Takaful
    • Kesihatan
    • Medical Card
    • Pengurusan kewangan
    • Produk Zurich Takaful
    • Takaful
    • Takaful hayat
    • Testimoni
    • Uncategorized

    Meta

    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org

    Copyright © 2024 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in