• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
hijrahtakaful.com

hijrahtakaful.com

Takaful & Kehidupan

Kenapa Caruman Medical Card Mengalami “Repricing”

November 22, 2021 by hijrahtakaful

Pada tahun 2020, penyedia perkhidmatan insurans dan takaful sepatutnya membuat penilaian semula harga caruman atau “repricing”, namun pelan itu telah ditangguhkan seketika kerana wabak pandemik dan untuk mengekalkan perlindungan perubatan mampu milik. Menurut Bank Negara Malaysia, pihak insurans dan takaful sedang menilai dengan terperinci akibat menangguhkan pelan untuk penilaian semula harga yang biasanya dilakukan setiap tempoh 3 atau 5 tahun. Risiko tuntutan meningkat mendadak pasca pandemik juga diambil kira. BNM juga memberi amaran berkenaan kesan tidak seimbang akibat kenaikan ini kepada pemegang sijil.

Penilaian semula harga adalah satu ciri asas medical card bagi memastikan bayaran balik tuntutan dapat dikekalkan secara mampan selaras dengan fungsi insuran atau takaful perubatan itu sendiri.

Insuran atau takaful perubatan akan menjadi tidak mampan bila caruman yang dikutip tidak cukup untuk membayar jangkaan kos tuntutan, perbelanjaan dan kadar keuntungan pengendali takaful. Menurut bank pusat itu, adalah membimbangkan bila pihak operator takaful dan insuran lambat menilai semula kadar caruman diwaktu sebelum pandemik.

Bank Negara juga memberi amaran jika penangguhan terlalu lama untuk membuat penilaian semula caruman akan menyebabkan caruman naik mendadak kemudian hari bagi mengejar kadar inflasi kos perubatan yang tinggi. Ini boleh menyebabkan mereka yang tidak mampu untuk membayar premium baru hanya tinggal pilihan yang terhad memandangkan peningkatan usia dan keadaan status kesihatan semasa.

Bank pusat itu juga menyatakan, bagi memberikan penyelesaian lebih adil kepada kedua-dua pihak iaitu operator takaful dan pencarum, operator takaful perlu membuat polisi dalaman bagi mentadbir penilaian semula harga secara konsisten untuk lebih adil kepada para pelanggannya.

Sumber: Theedgemarket

Zurich Takaful juga telah mengumumkan penilaian semula caruman kad perubatan pelanggannya untuk pelan-pelan lama di mana had perlindungan tahunan rendah RM50K, RM100K mereka dengan harga baru yang agak tinggi. Namun begitu, bagi membolehkan pelanggan memperoleh perlindungan jangkamasa panjang dengan jangkaan inflasi kos perubatan dua digit setiap tahun, Zurich Takaful menawarkan program “takeover policy” kepada plan baru mereka iaitu MediPro di mana untuk plan MediPro ini had tahunan bermula RM1juta hingga RM2juta. Medipro merupakan pelan rider kepada pelan takaful keluarga Zurich Takaful. Hubungi wakil Zurich Takaful anda untuk maklumat lanjut.

Filed Under: Medical Card Tagged With: Medical card repricing

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Adakah MRTA/MRTT Membayar Rumah Anda Jika Hidap Sakit Kritikal?
  • Kos Rawatan Perubatan Meningkat Lebih 100% Sejak Tahun 2000
  • 2 Hari Menunggu Untuk Dapatkan Katil Hospital di Malaysia
  • Antara Takaful dan Hartanah mana lebih baik jika ditimpa musibah?
  • Dicerai Suami Setelah Menghidap Kanser Tahap Empat

Recent Comments

    Archives

    • August 2024
    • July 2024
    • June 2024
    • March 2024
    • December 2023
    • October 2023
    • September 2023
    • August 2023
    • June 2023
    • May 2023
    • April 2023
    • March 2023
    • February 2023
    • January 2023
    • December 2022
    • November 2022
    • October 2022
    • September 2022
    • February 2022
    • January 2022
    • December 2021
    • November 2021
    • October 2021
    • September 2021
    • August 2021
    • July 2021
    • June 2021
    • May 2020
    • April 2020

    Categories

    • Cancercare
    • Hibah
    • Kerjaya Takaful
    • Kesihatan
    • Medical Card
    • Pengurusan kewangan
    • Produk Zurich Takaful
    • Takaful
    • Takaful hayat
    • Testimoni
    • Uncategorized

    Meta

    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org

    Copyright © 2024 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in