• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
hijrahtakaful.com

hijrahtakaful.com

Takaful & Kehidupan

Al-Shams: Perlindungan Takaful Untuk Semua, Kelulusan Dan Penerimaan Terjamin

November 7, 2022 by hijrahtakaful

Bagi mereka yang pernah ditolak permohonan takaful mereka disebabkan penyakit ataupun dari golongan berumur yang berpenyakit seperti mak dan ayah kita, jangan berasa bimbang kerana kini Zurich Takaful membawakan satu produk iaitu Al-Shams. Al-Shams membolehkan golongan yang ditolak permohonan mereka untuk mempunyai hibah sebagai warisan kepada waris dan juga perlindungan hilang upaya kekal (HUKK) bagi diri mereka sendiri.

Apa yang menarik bagi takaful Al-Shams ini ialah penerimaannya dan kelulusan yang terjamin membolehkan sesiapa sahaja boleh ambil perlindungan takaful dengan harga yang berpatutan. Satu lagi ciri yang menarik adalah jika orang yang dilindungi meninggal dunia dalam masa 2 tahun dari tarikh sijil berkuatkuasa, semua caruman yang telah dibayar akan dipulangkan semula. Contoh: Ali mencarumkan ibunya yang sudah menpunyai penyakit sebanyak RM50 sebulan. Setelah 12 bulan mencarum, ibunya pula meninggal dunia. Caruman sebanyak RM50x12bulan-=RM600 yang telah dibayar akan dipulangkan semula kepada Ali . Jadi tiada apa-apakerugian di situ.

Manfaat Al-Shams

Gambar di atas adalah penerangan tentang apa yang anda bakal perolehi dengan takaful Al-Shams. Berbeza dengan produk takaful untuk orang berpenyakit sebelum ini seperti seniorgold (sudah ditamatkan) dan surecover adalah perlindungan untuk hilang upaya kekal keseluruhan (HUKK) dan Hilang upaya warga emas (HUWE). Takaful Al-Shams ini boleh juga diambil untuk kanak-kanak istimewa seperti down syndrome, autisme dan juga golongan berisiko tinggi seperti tentera dan polis dan sebagainya.

Jika kemalangan yang menyebabkan kematian di luar negara berlaku, maka waris akan mendapat pampasan 400% daripada jumlah yang dilindungi. Contoh: Jika Jumlah dilindungi RM200 ribu maka jika berlaku kes seperti ini pampasan akan digandakan 4 iaitu RM 800 ribu dan juga bayaran wang Ihsan RM2ribu.

Juga terdapat manfaat-manfaat lain seperti manfaat pemulihan tahunan hukk iaitu bayaran 5% dari jumlah perlindungan asas selama 5 tahun berturut-turut, lanjutan perlindungan untuk ahli keluarga dan hak istimewa penjagaan keluarga (Rujuk gambar di atas untuk perincian).

Jadual caruman Al-Shams

Jadual di atas menunjukkan caruman untuk takaful Al-Shams mengikut jumlah perlindungan dan julat umur. Caruman akan meningkat mengikut julat umur kerana peningkatan risiko kepada orang yang dilindungi menyebabkan kekerapan tuntutan yang lebih tinggi.

Kepada saudara-saudara yang membaca artikel berkenaan takaful Al-Shams ini, ambillah jika anda belum lagi mempunyai perlindungan takaful. Juga boleh juga ambilkan untuk ibu bapa kita atau anak-anak istimewa anda bagi melindungi mereka dari kemalangan yang tidak boleh dijangka. Atau kongsikan artikel ini kepada mereka yang anda rasa memerlukan. Boleh klik [sini] untuk ke aplikasi WhatsApp saya untuk pertanyaan lanjut berkenaan Al-Shams.

Filed Under: Produk Zurich Takaful Tagged With: Al shams

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Adakah MRTA/MRTT Membayar Rumah Anda Jika Hidap Sakit Kritikal?
  • Kos Rawatan Perubatan Meningkat Lebih 100% Sejak Tahun 2000
  • 2 Hari Menunggu Untuk Dapatkan Katil Hospital di Malaysia
  • Antara Takaful dan Hartanah mana lebih baik jika ditimpa musibah?
  • Dicerai Suami Setelah Menghidap Kanser Tahap Empat

Recent Comments

    Archives

    • August 2024
    • July 2024
    • June 2024
    • March 2024
    • December 2023
    • October 2023
    • September 2023
    • August 2023
    • June 2023
    • May 2023
    • April 2023
    • March 2023
    • February 2023
    • January 2023
    • December 2022
    • November 2022
    • October 2022
    • September 2022
    • February 2022
    • January 2022
    • December 2021
    • November 2021
    • October 2021
    • September 2021
    • August 2021
    • July 2021
    • June 2021
    • May 2020
    • April 2020

    Categories

    • Cancercare
    • Hibah
    • Kerjaya Takaful
    • Kesihatan
    • Medical Card
    • Pengurusan kewangan
    • Produk Zurich Takaful
    • Takaful
    • Takaful hayat
    • Testimoni
    • Uncategorized

    Meta

    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org

    Copyright © 2024 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in