• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
hijrahtakaful.com

hijrahtakaful.com

Takaful & Kehidupan

Langkah-Langkah Untuk Menjadi Seorang Ejen Takaful

February 9, 2023 by hijrahtakaful

Ramai di kalangan kita yang ingin menjadi ejen takaful tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk bermula. Sebenarnya, untuk menjadi seorang ejen takaful bukanlah sesukar yang disangka. Jika tahu cara-caranya dan tips-tips yang diperlukan, percayalah memang sangat-sangat mudah untuk anda. Di hantaran blog kali ini saya akan kongsikan langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk menjadi seorang ejen takaful.

1) Lulus Peperiksaan Takaful Basic Examination (TBE)

Setiap mereka yang ingin menjadi ejen takaful mesti perlu untuk menduduki peperiksaan Takaful Basic Examination (TBE). Bagi tujuan ini, calon-calon perlulah mendaftar terlebih dahulu di www.takafuleexam.com. Bagi mereka yang ingin menjadi ejen untuk takaful keluarga (life dan family) perlu untuk ambil part A dan C.

Kos untuk exam TBE ini adalah RM80 dan untuk bayaran ini biasanya akan dibayar semula oleh syarikat takaful yang anda ingin sertai. Umpamanya modal untuk exam TBE ini adalah percuma kerana ia akan dibayar balik kepada anda jika lulus. Jadi, bagi mudah lulus exam TBE ini, anda perlu untuk bersedia lebih awal dengan membaca nota-nota dan juga buat latih tubi berdasarkan contoh-contoh soalan. Anda boleh dapatkan semua nota-nota dan contoh-contoh soalan dari introducer anda. Exam ni tidak susah untuk lulus jika mengikut tips-tips yang disebutkan tadi.

>>Lihat bagaimana potensi income seorang ejen takaful di sini —>

Adakah Berbaloi Menjadi Ejen Takaful Samada Full Time atau Part Time?
Potensi income ejen takaful

2. Daftar dengan syarikat takaful yang anda ingin sertai

Setelah lulus exam TBE, langkah seterusnya adalah membuat pendaftaran sebagai ejen di syarikat yang akan anda sertai. Pendaftaran ini amat mudah kerana ia dilakukan secara online oleh introduser anda. Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah 1. Salinan kad pengenalan 2. Salinan sijil TBE 3. Sijil SPM atau Ijazah, 4. Gambar bersaiz passport dan 5. Butiran seperti alamat, maklumat pasangan dan juga maklumat akaun bank (untuk kemasukan bayaran komisen). Setelah pendaftaran selesai, dalam masa 1 hingga 2 hari anda akan diberikan kod ejen dan secara rasminya anda telah menjadi seorang ejen takaful yang akan membantu masyarakat mendapatkan perlindungan kewangan akibat musibah atau bencana.

3. Mengikuti latihan asas bagi etika dan kaedah penjualan

Kaedah Pantas Menjadi Usahawan Takaful
Kaedah Pantas Usahawan Takaful

Selepas mendapat kod ejen, anda memang sudah boleh mula menjual takaful namun sebagai ejen baru, satu program latihan wajib perlu anda hadir di mana anda akan diberikan penerangan berkenaan dengan tatacara sebagai seorang ejen dan juga proses kitaran jualan takaful. Jika anda gagal menghadiri kursus wajib ini, walaupun anda membuat hantaran kes yang banyak namun anda akan tidak mendapat komisyen anda kerana telah disekat sebagai tindakan anda gagal untuk menghadiri latihan wajib tersebut.

>>Lihat bagaimana potensi income seorang ejen takaful di sini —>

Adakah Berbaloi Menjadi Ejen Takaful Samada Full Time atau Part Time?

Tiada ruginya untuk anda mencuba menjadi ejen takaful kerana platform ini telah terbukti melahirkan usahawan yang berjaya dan paling penting dengan modal yang sangat minima tanpa perlu menyewa premis dan juga menyimpan stok barangan. Jika anda tidak mahu fikir banyak, ini adalah solusinya. Admin sedia membantu anda untuk merealisasikan impian anda. Klik [SINI] untuk terus ke whatsapp admin. Harap hantaran ini memberi manfaat dan juga sharekan dengan rakan-rakan yang lain.

Filed Under: Kerjaya Takaful, Pengurusan kewangan, Produk Zurich Takaful Tagged With: kerjaya takaful

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Adakah MRTA/MRTT Membayar Rumah Anda Jika Hidap Sakit Kritikal?
  • Kos Rawatan Perubatan Meningkat Lebih 100% Sejak Tahun 2000
  • 2 Hari Menunggu Untuk Dapatkan Katil Hospital di Malaysia
  • Antara Takaful dan Hartanah mana lebih baik jika ditimpa musibah?
  • Dicerai Suami Setelah Menghidap Kanser Tahap Empat

Recent Comments

    Archives

    • August 2024
    • July 2024
    • June 2024
    • March 2024
    • December 2023
    • October 2023
    • September 2023
    • August 2023
    • June 2023
    • May 2023
    • April 2023
    • March 2023
    • February 2023
    • January 2023
    • December 2022
    • November 2022
    • October 2022
    • September 2022
    • February 2022
    • January 2022
    • December 2021
    • November 2021
    • October 2021
    • September 2021
    • August 2021
    • July 2021
    • June 2021
    • May 2020
    • April 2020

    Categories

    • Cancercare
    • Hibah
    • Kerjaya Takaful
    • Kesihatan
    • Medical Card
    • Pengurusan kewangan
    • Produk Zurich Takaful
    • Takaful
    • Takaful hayat
    • Testimoni
    • Uncategorized

    Meta

    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org

    Copyright © 2024 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in