• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
hijrahtakaful.com

hijrahtakaful.com

Takaful & Kehidupan

Adakah Boleh Buat Insuran Sendiri Dengan Beli Emas?

May 20, 2023 by hijrahtakaful

Ada satu perkongsian di media sosial yang mana beliau membuat insuran sendiri dengan cara menyimpan RM5 sehari dan bila cukup 2 bulan beliau akan membeli goldbar 24K 1 gram. Bila keadaan terdesak berlaku, beliau akan jual gold bar tersebut untuk mendapatkan tunai segera. Adakah tindakan ini bagus atau bagaimana?

Walaupun ianya tidak salah atau betul, mari kita lihat pro dan kontra berkenaan konsep yang digunakan beliau. adakah ianya mampu menangani keperluan insuran sebenar dirinya? Mari kita bincangkan.

1. Jika berlaku kematian, walaupun mempunyai simpanan emas yang banyak, harta itu perlu melalui faraid. Ianya sukar untuk diagihkan dan sekiranya waris anda memerlukn perbelanjaan perlu melalui proses yang lama. Berbanding hibah takaful yang terus dibayar kepada penama sijil.

Gambar rajah daripada http://www.faraid.gov.my/Faraid/index.do

2. Berapa lama perlu diambil untuk menjadikan simpanan sekurang-kurangnya RM100 ribu? Jika menabung sebanyak RM5 sehari, bermaksud sebulan ada RM150. Jadi jumlah RM100 ribu memerlukan 55 tahun untuk dikumpulkan! Berbanding dengan bayaran hibah RM150 sebulan anda sudah mempunyai dana sehingga RM400 ribu. Sekarang mana yang lebih mudah?

3. Ketika terdesak, mencairkan emas dalam keadaan rugi. Ini kerana anda tidak akan dapat nilai emas setara dengan nilai belian anda lebih-lebih lagi waktu harga pasaran emas menjunam jatuh. Bagi takaful pula, bayaran jumlah perlindungan asas adalah dijamin.

Harga emas ada turun naik

4. Dan juga jika simpanan emas sudah cukup haul, maka perlu keluarkan wang zakat untuk emas -emas tersebut. Terpaksa pula kena keluar duit untuk bayar benda yang menjadi “takaful sendiri”.

Jadi kesimpulannya di sini, jika anda mahukan perlindungan takaful jika berlaku apa-apa musibah pada anda, saya nasihatkan ambil sahaja pelan takaful yang terbukti memberi jaminan kewangan kepada anda tanpa melalui proses yang sukar seperti yang tertulis di atas. Hubungi penasihat takaful anda di [sini] untuk khidmat nasihat percuma.

Filed Under: Takaful, Takaful hayat Tagged With: hibah takaful

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Adakah MRTA/MRTT Membayar Rumah Anda Jika Hidap Sakit Kritikal?
  • Kos Rawatan Perubatan Meningkat Lebih 100% Sejak Tahun 2000
  • 2 Hari Menunggu Untuk Dapatkan Katil Hospital di Malaysia
  • Antara Takaful dan Hartanah mana lebih baik jika ditimpa musibah?
  • Dicerai Suami Setelah Menghidap Kanser Tahap Empat

Recent Comments

    Archives

    • August 2024
    • July 2024
    • June 2024
    • March 2024
    • December 2023
    • October 2023
    • September 2023
    • August 2023
    • June 2023
    • May 2023
    • April 2023
    • March 2023
    • February 2023
    • January 2023
    • December 2022
    • November 2022
    • October 2022
    • September 2022
    • February 2022
    • January 2022
    • December 2021
    • November 2021
    • October 2021
    • September 2021
    • August 2021
    • July 2021
    • June 2021
    • May 2020
    • April 2020

    Categories

    • Cancercare
    • Hibah
    • Kerjaya Takaful
    • Kesihatan
    • Medical Card
    • Pengurusan kewangan
    • Produk Zurich Takaful
    • Takaful
    • Takaful hayat
    • Testimoni
    • Uncategorized

    Meta

    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org

    Copyright © 2024 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in