• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
hijrahtakaful.com

hijrahtakaful.com

Takaful & Kehidupan

Salah Faham Tentang Takaful Hibah Yang Anda Perlu Tahu

May 28, 2023 by hijrahtakaful

Pasti ramai yang pernah dengar berkenaan hibah samada di media sosial, konti radio mahupun dari wakil takaful berdekatan anda. Adakah anda benar-benar faham berkenaan takaful hibah? Adalah takaful hibah ini hanya memberi manfaat kepada penama sahaja? Mari kita bincangkan.

Hibah adalah pemberian harta sebelum berlaku kematian. Faraid adalah pembahagian harta atau pusaka mengikut perundangan Islam kepada waris yang sah dan layak. Sekiranya seseorang meninggal dunia tanpa wasiat atau hibah, semua harta si mati yang dinamakan sebagai harta pusaka akan diagihkan mengikut hukum faraid. Secara mudahnya, hibah adalah satu kaedah pembahagian harta.

Jadi hibah dalam takaful adalah wang perlindungan takaful dihibahkan kepada seseorang penama dan jika pemilik sijil meninggal dunia, wang pampasan akan terus dibayar kepada penama. Inilah yang selalu disebut-sebutkan takaful hibah.

Namun, apa pula yang berlaku jika penama mengalami musibah menyebabkan dia lumpuh atau sakit kritikal [belum meninggal dunia]? Biasanya, konsep takaful ini ada orang yang memohon dan orang dilindungi. Jika pemohon adalah orang yang sama dengan orang yang dilindungi, pampasan akan dibayar kepada pemohon di bawah manfaat hilang upaya kekal atau sakit kritikal. Secara tidak langsung, waris juga mendapat manfaat kerana perlu menjaga orang tersebut yang sudah lumpuh atau tiada pendapatan kerana sudah tidak mampu bekerja. Dan tentunya belanja menjaga orang sakit ini sangat tinggi kosnya.

Senario kedua bagi pemilik dan orang yang dilindungi orang sama, pula adalah bila berlaku kematian, pampasan kematian akan dibayar kepada penama waris secara hibah. Contohnya, jika pampasan berjumlah RM500 ribu, akan dibayar terus kepada akaun penama.

Jika pemilik dan orang yang dilindungi bukan orang yang sama, jika berlaku musibah hilang upaya atau kematian pada orang yang dilindungi, bayaran pampasan akan dibayar kepada pemilik sijil takaful ataupun kepada penama lain jika ada secara hibah.

Jadi bagi mereka yang berkira-kira untuk ambil takaful, anda jangan salah faham. Sebenarnya, tujuan utama adalah untuk melindungi anda sendiri dan kedua adalah waris anda. Tiada erti kerugian jika anda ambil takaful. Saya sedia untuk membantu anda dapatkan hibah ataupun untuk khidmat nasihat percuma. Klik —> [sini] untuk terus ke aplikasi whatsapp admin.

Filed Under: Hibah, Takaful Tagged With: hibah takaful

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Adakah MRTA/MRTT Membayar Rumah Anda Jika Hidap Sakit Kritikal?
  • Kos Rawatan Perubatan Meningkat Lebih 100% Sejak Tahun 2000
  • 2 Hari Menunggu Untuk Dapatkan Katil Hospital di Malaysia
  • Antara Takaful dan Hartanah mana lebih baik jika ditimpa musibah?
  • Dicerai Suami Setelah Menghidap Kanser Tahap Empat

Recent Comments

    Archives

    • August 2024
    • July 2024
    • June 2024
    • March 2024
    • December 2023
    • October 2023
    • September 2023
    • August 2023
    • June 2023
    • May 2023
    • April 2023
    • March 2023
    • February 2023
    • January 2023
    • December 2022
    • November 2022
    • October 2022
    • September 2022
    • February 2022
    • January 2022
    • December 2021
    • November 2021
    • October 2021
    • September 2021
    • August 2021
    • July 2021
    • June 2021
    • May 2020
    • April 2020

    Categories

    • Cancercare
    • Hibah
    • Kerjaya Takaful
    • Kesihatan
    • Medical Card
    • Pengurusan kewangan
    • Produk Zurich Takaful
    • Takaful
    • Takaful hayat
    • Testimoni
    • Uncategorized

    Meta

    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org

    Copyright © 2024 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in