Dalam takaful, terdapat pelan yang mempunyai pelaburan semula dan yang tidak ada pelaburan. Pelan yang mempunyai fungsi pelaburan semula membolehkan sesuatu sijil takaful itu mempunyai nilai tunai dalam jumlah tertentu mengikut hasil pelaburan yang disertai. Pelan yang tidak disertakan dengan pelaburan tidak mempunyai nilai tunai dan biasanya dengan bayaran bulanan yang lebih rendah.
Walaubagaimanapun, pelaburan adalah bukan tujuan utama untuk mereka yang mengambil takaful kerana tujuan takaful itu sendiri adalah untuk perlindungan kepada sesuatu musibah yang kita tidak rancang. Contohnya kemalangan, penyakit kritikal dan lain-lain lagi. Jadi adalah satu kesalahan BESAR bila menganggap takaful itu adalah satu instrument pelaburan.
Pelaburan dalam takaful dilakukan dengan cara sebahagian daripada caruman yang dibayar dimasukkan ke tabung pelaburan peserta atau participant investment account (PIA) dan dividen yang diperolehi akan di masukkan kedalam akaun tersebut.
Gambar di atas adalah contoh nilai tunai untuk satu polisi Zurich Takaful. Nilai tunai terkumpul untuk sijil ini adalah RM8,811.44. Sijil ini. Sijil ini mempunyai manfaat hibah RM300 ribu, lumpuh kekal RM300 ribu, pampasan tunai sakit kritikal RM150 ribu dan elaun hospital sebanyak RM150/hari dan lain-lain manfaat yang memberikan bayaran tunai kepada peserta jika berlaku musibah.
Nilai tunai sijil takaful boleh menjadi lebih tinggi jika sesuatu sijil itu berkuatkuasa lebih lama contohnya dalam jangkamasa 30 tahun. Terdapat juga produk yang memaksimakan pelaburan di Zurich Takaful seperti pelan Executive 20 dan juga ProInvest.
Dengan adanya nilai pelaburan ini, tidaklah caruman bulanan anda hangus seperti anda membayar takaful atau insuran untuk kenderaan yang mana tidak dapat tidak anda terpaksa juga membayar untuk membolehkan kenderaan anda dilindungi jika berlaku kemalangan.
Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang takaful dengan pelaburan, klik [sini] untuk terus ke aplikasi WhatsApp admin untuk penerangan lebih lanjut.