• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
hijrahtakaful.com

hijrahtakaful.com

Takaful & Kehidupan

Carum insurans sejak muda, kos kemoterapi Chef Wan cecah RM250,000

December 10, 2023 by hijrahtakaful

Selebriti terkenal, Chef Wan telah diketahui umum sedang menghidap penyakit kanser limfoma. Baru-baru ini seperti yang dilaporkan oleh akhbar, beliau memberitahu kos rawatan kemoterapi beliau mencecah RM250 ribu. Beliau bersyukur kerana kos itu dibayar sepenuhnya oleh syarikat insurans kerana beliau mencarum sejak umur 24 tahun lagi.

“Saya gembira sebab 100 peratus kos perubatan saya ditaja oleh syarikat insurans. Sejak berusia 24 tahun saya sudah mencarum insurans dan sepanjang saya dimasukkan ke hospital sebelum ini pun, kos ditanggung oleh pihak mereka.

“Bayangkan kalau batuk demam pun sudah cecah kos RM7,000 ke RM8,000 (masuk wad), inikan pula melibatkan jumlah puluhan ribu. Jadi bila kita sakit, hati rasa lega dan lapang. Kos bayar premium tahunan pun tidaklah terlalu banyak berbanding kos yang perlu ditanggung semasa sakit,” katanya menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram, hari ini.

Beberapa hari lalu, Chef Wan memaklumkan dia perlu dimasukkan ke hospital bermula hari ini bagi menjalani proses kemoterapi pertama selepas disahkan menghidap kanser limfoma.

Chef Wan juga memaklumkan dia mempunyai peluang kira-kira 70 hingga 80 peratus untuk sembuh dengan menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 13 kitaran dalam jangka tempoh 13 minggu.

Dalam masa sama, Chef Wan turut menasihatkan orang ramai agar membuat perancangan kewangan sejak awal sebagai persediaan ketika di hari tua kelak.

Kongsinya, sebagai manusia, kita tidak akan sama sekali mengetahui risiko dijangkiti pelbagai penyakit atau menghidap penyakit kritikal.

“Kalau anda mempunyai kehidupan yang baik semasa zaman muda, sudah tentu anda juga ingin kehidupan yang selesa ketika di hari tua kelak. Jangan ingat duit insurans ini tidak berguna masa kita tak sakit.

“Di hari tua, sekiranya kita tidak sakit pun, akan dapat semula pelaburan yang dicarum selama ini,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Filed Under: Medical Card Tagged With: MediAfya

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Adakah MRTA/MRTT Membayar Rumah Anda Jika Hidap Sakit Kritikal?
  • Kos Rawatan Perubatan Meningkat Lebih 100% Sejak Tahun 2000
  • 2 Hari Menunggu Untuk Dapatkan Katil Hospital di Malaysia
  • Antara Takaful dan Hartanah mana lebih baik jika ditimpa musibah?
  • Dicerai Suami Setelah Menghidap Kanser Tahap Empat

Recent Comments

    Archives

    • August 2024
    • July 2024
    • June 2024
    • March 2024
    • December 2023
    • October 2023
    • September 2023
    • August 2023
    • June 2023
    • May 2023
    • April 2023
    • March 2023
    • February 2023
    • January 2023
    • December 2022
    • November 2022
    • October 2022
    • September 2022
    • February 2022
    • January 2022
    • December 2021
    • November 2021
    • October 2021
    • September 2021
    • August 2021
    • July 2021
    • June 2021
    • May 2020
    • April 2020

    Categories

    • Cancercare
    • Hibah
    • Kerjaya Takaful
    • Kesihatan
    • Medical Card
    • Pengurusan kewangan
    • Produk Zurich Takaful
    • Takaful
    • Takaful hayat
    • Testimoni
    • Uncategorized

    Meta

    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org

    Copyright © 2024 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in