• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
hijrahtakaful.com

hijrahtakaful.com

Takaful & Kehidupan

Sebab Sebenar Mengapa Syarikat Takaful/Insuran Tidak Luluskan Pemohon Dengan Penyakit Sedia Ada

December 23, 2023 by hijrahtakaful

Semua orang sedia maklum tentang permohonan pelan takaful atau insuran tidak diluluskan untuk mereka yang mempunyai penyakit sedia ada. Ramai dari mereka yang kecewa dan marah mengapa permohonan mereka ditolak tapi tahukah anda apakah sebabnya?

Sebab utama adalah tidak lain tidak bukan adalah kos bayaran tuntutan yang akan melebihi caruman yang menyebabkan kerugian kepada pengendali takaful. Bagi mereka yang mempunyai penyakit sedia ada seperti serangan jantung, kanser, diabetes dan sebagainya, sudah tentu akan kerap mengunjungi hospital untuk mendapatkan rawatan. Sudah tentu bil yang tinggi perlu dibayat acapkali ke hospital (swasta).

Pernah satu ketika di Amerika Syarikat, golongan yang mempunyai penyakit sedia ini membantah mengapa mereka dinafikan untuk membeli insuran kesihatan. Alasan mereka adalah orang yang sudab mempunyai penyakit lebih peka kepada kesihatan daripada mereka yang sihat. Ada betulnya kenyataan ini kerana orang yang sudah mempunyai masalah jantung atau diabetes akan menjaga makan dan juga pergerakan mereka. Namun begitu, walaupun dengan penjagaan cermat mereka dapat mengelakkan dari mengunjungi hospital dengan kerap, Namun pesakit-pesakit ini akhirnya akan ke bilik bedah juga seperti melakukan bypass dan sebagainya yang menelan kos sangat mahal.

>>Medical card dengan had rawatan pesakit luar berganda klik sini<<

Begitu juga pesakit bagi pesakit kanser, walaupun kos kemoterapi mungkin tidak tinggi, tapi ubat-ubatan selepas kemoterapi yang dibawa balik itu yang sangat mahal harganya. Jadi mampukah syarikat pengendali takaful atau insuran menanggung kos tersebut.

>>Mengapa ubat kanser sangatlah mahal?-baca di sini<<

Oleh sebab itu bagi melindungi sistem takaful itu sendiri maka secara umumnya mereka yang sudah mempunyai penyakit sedia ada tidak layak untuk mengambil pelab takaful yang komprehensif (medical card dan perlindungan sakit kritikal).

Bagi mereka yang sudah mempunyai penyakit, anda masih lagi boleh memohon pelan hibah seperti pelan SURECOVER dan juga pelan AL-SHAMS dari Zurich Takaful. Dengan pelan ini memboleh orang yang sudah berpenyakit juga berpeluang membuat hibah kepada waris dan juga mewariskan harta kepada mereka. Kongsikan hantaran ini jika bermanfaat.

Zul Pakar Takaful

WA: http://0192757055.wasap.my

Filed Under: Medical Card, Takaful

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Adakah MRTA/MRTT Membayar Rumah Anda Jika Hidap Sakit Kritikal?
  • Kos Rawatan Perubatan Meningkat Lebih 100% Sejak Tahun 2000
  • 2 Hari Menunggu Untuk Dapatkan Katil Hospital di Malaysia
  • Antara Takaful dan Hartanah mana lebih baik jika ditimpa musibah?
  • Dicerai Suami Setelah Menghidap Kanser Tahap Empat

Recent Comments

    Archives

    • August 2024
    • July 2024
    • June 2024
    • March 2024
    • December 2023
    • October 2023
    • September 2023
    • August 2023
    • June 2023
    • May 2023
    • April 2023
    • March 2023
    • February 2023
    • January 2023
    • December 2022
    • November 2022
    • October 2022
    • September 2022
    • February 2022
    • January 2022
    • December 2021
    • November 2021
    • October 2021
    • September 2021
    • August 2021
    • July 2021
    • June 2021
    • May 2020
    • April 2020

    Categories

    • Cancercare
    • Hibah
    • Kerjaya Takaful
    • Kesihatan
    • Medical Card
    • Pengurusan kewangan
    • Produk Zurich Takaful
    • Takaful
    • Takaful hayat
    • Testimoni
    • Uncategorized

    Meta

    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org

    Copyright © 2024 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in