• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
hijrahtakaful.com

hijrahtakaful.com

Takaful & Kehidupan

Adakah MRTA/MRTT Membayar Rumah Anda Jika Hidap Sakit Kritikal?

August 24, 2024 by hijrahtakaful

MRTA (Mortgage Reducing Term Assurance)/MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful) biasanya digunakan oleh pihak bank sebagai syarat mendapatkan pinjaman mereka. Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini ada pihak bank memberi kelonggaran kepada peminjam untuk memilih pakej insurans/takaful pinjaman perumahan masing-masing. Jadi sebenarnya manakah yang terbaik, menggunakan khidmat yang disediakan bank atau pilihan sendiri?

KEBAIKAN: 

Polisi MRTA/MRTT ini telah dirangka untuk memberikan perlindungan kepada pelanggan sepanjang tempoh polisi ini berkuatkuasa. Apakah perlindungan yang diberikan?

Sekiranya pelanggan meninggal dunia atau cacat kekal, jumlah pinjaman perumahan yang belum jelas akan dibayar balik kepada bank. Nilai bayaran mengikut polisi.

Perkara penting yang perlu ditekankan ialah manfaat insurans kredit dibayar terlebih dahulu kepada bank bukan kepada pelanggan, apabila pelanggan atau warisnya membuat tuntutan. Hanya jika terdapat baki selepas membayar balik pinjaman belum jelas, barulah wang tersebut akan diserahkan kepada pelanggan.(baki lebihan bayar bulanan hutang) 

KEKURANGAN: 

MRTA/MRTT tidak melindungi peminjam daripada PENYAKIT KRITIKAL!!! 

Tahukan anda 60% daripada kematian di Malaysia ialah kerana penyakit kritikal? Tiga penyakit kritikal yang utama masa kini:

Kanser

Penyakit Jantung

Strok

Bagaimana jika peminjam terkena salah satu penyakit kritikal dan BELUM meninggal?

Adakah MRTA/MRTT membayar pinjaman perumahan peminjam? jawapannya…TIDAK sama sekali!

Bagi pihak bank, jika peminjam masih hidup, walaupun sakit teruk, hutang tetap hutang, bayaran mesti dijelaskan apabila sampai masanya!

Realitinya, jika seseorg itu menghidap penyakit kritikal, boleh atau tidak individu tersebut bekerja seperti biasa? TIDAK! Kenapa? Sebabnya orang itu pasti akan pergi mendapatkan rawatan berulang kali sehingga sembuh. Apa akan jadi sekiranya pesakit tersebut bercuti tiga bulan berturut-berturut? Gaji tetap masuk seperti biasa? Adakah majikan akan sayang? atau bagi surat berhenti kerja? Anda pun tahu jawapannya…

Jika sudah diberhentikan kerja… boleh atau tidak peminjam bayar hutang rumah? Sudah tentu boleh, sekiranya ada duit simpanan, wang pelaburan, tanah, kad kredit, gelang emas, kereta… selepas habis dijual, apa akan jadi? Rumah kesayangan tidak mampu dibayar… lalu masuklah gambar rumah itu dalam lelong.com dan kesian kepada keluarganya…

Kenapa MRTA/MRTT tidak membayar pinjaman perumahan? Sebab peminjam masih hidup… dan tidak pula cacat kekal… Nah, nampak tak masalah ini? Berlaku atau tidak dalam masyarakat kita? Memang berlaku… tak percaya? Selalu-selalulah tengok ruangan akhbar kolum bankrap/muflis, anda akan jumpa jawapan disitu..

Apa pilihan yang ada?

Anda boleh memilih untuk MLTT (Mortgage Level Term Takaful)

Kenapa?

Sebabnya ialah MLTT melindungi tiga perkara:

1. Kematian

2. Kecacatan kekal

3. 36 Penyakit Kritikal (rider)

Sekiranya penyakit kritikal berlaku, syarikat takaful akan membayar lump sum CASH kepada pemegang polisi! Maka gunalah duit tersebut untuk melunaskan semua hutang-hutang rumah anda kepada bank, selesai! Syaratnya ialah..pastikan jumlah perlindungan (sum Cover/TPD benefit & 36 critical illness) bersamaan dgn nilai rumah anda…

Contoh :

Harga Rumah  RM300,000

MLTT perlindungan :

Kematian/Kecacatan Kekal  RM300,000

36 Penyakit Kritikal RM300,000

Jaminan perlindungan MLTT kekal pada nilai yang sama sepanjang tempoh selagi polisi tidak ditamatkan (RM300k) dan ada cash value, berbanding dengan MRTA, apa yang anda bayar hangus dan nilai perlindungan pula berkurangan mengikut tahun (itulah maksud “R” pada MRTA = reducing)…

Filed Under: Takaful

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Adakah MRTA/MRTT Membayar Rumah Anda Jika Hidap Sakit Kritikal?
  • Kos Rawatan Perubatan Meningkat Lebih 100% Sejak Tahun 2000
  • 2 Hari Menunggu Untuk Dapatkan Katil Hospital di Malaysia
  • Antara Takaful dan Hartanah mana lebih baik jika ditimpa musibah?
  • Dicerai Suami Setelah Menghidap Kanser Tahap Empat

Recent Comments

    Archives

    • August 2024
    • July 2024
    • June 2024
    • March 2024
    • December 2023
    • October 2023
    • September 2023
    • August 2023
    • June 2023
    • May 2023
    • April 2023
    • March 2023
    • February 2023
    • January 2023
    • December 2022
    • November 2022
    • October 2022
    • September 2022
    • February 2022
    • January 2022
    • December 2021
    • November 2021
    • October 2021
    • September 2021
    • August 2021
    • July 2021
    • June 2021
    • May 2020
    • April 2020

    Categories

    • Cancercare
    • Hibah
    • Kerjaya Takaful
    • Kesihatan
    • Medical Card
    • Pengurusan kewangan
    • Produk Zurich Takaful
    • Takaful
    • Takaful hayat
    • Testimoni
    • Uncategorized

    Meta

    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org

    Copyright © 2025 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in