
Beberapa hari lepas dapat info dari client yang tiba-tiba mengalami sakit batu karang. Sakit yang amat sangat dan perlukan pembedahan segera. Seperti biasa saya nasihatkan ke hospital dan buat urusan GL dengan takaful. Setelah selesai beliau admit dan rawatan dimulakan. Setelah selesai, kos rawatan berjumlah RM16,666.21 kesemuanya dibayarkan oleh medical card Zurich Takaful beliau.

Kos sebanyak itu mungkin tidak mampu dibayar dengan wang simpanan sendiri dan untuk pembedahan seperti ini perlu menunggu giliran yang panjang di hospital kerajaan.
Medical card memang harganya mahal dan selalu mengalami kenaikan harga disebabkan inflasi kos rawatan yang tinggi. Berkenaan kos ini, banyak kali saya dah terangkan dalam post sebelum-sebelum ini. Mamak pun naik harga apatah lagi harga ubat-ubatan.
Anggap bila memiliki medical card ini adalah satu pelaburan jangka masa panjang. Seperti client ini, jumlah tuntutan tahun 2021 sahaja mencecah RM40 ribu. Bayangkan jika tanpa medical card, perlu mencari sendiri wang sebanyak itu untuk membuat rawatan.

Berbaloi atau tidak pelaburan yang client ini telah lakukan? Janganlah fikir bila tak guna medical card itu rasa rugi, bahkan sepatutnya kita bersyukur sebab dapat bantu sesama client lain untuk perlindungan bersama. Alhamdulillah apa yang penting dapat kembali sihat seperti sediakala.
