
Apabila seseorang Islam meninggal dunia tanpa membuat wasiat, maka hartanya akan dibahagikan mengikut kaedah faraid. Harta yang dibahagikan adalah harta setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dan lain-lain) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak.
Kisah perebutan harta faraid bukan lagi kisah asing sehingga berlaku tohmah mentohmah, saman menyaman antara ahli keluarga. Kisah pelawak yang di saman RM60 ribu baru-baru ini juga perlu kita jadikan teladan supaya kita lebih cakna dalam pengurusan harta terutamanya berkenaan dengan wasiat.
Sekarang perkara wasiat lebih mudah dengan terdapatnya syarikat pengurusan wasiat di mana mereka menguruskan wasiat kita secara sah supaya tidak timbul perkara berbangkit di kemudian hari.

Selain dari itu, hibah takaful juga boleh dijadikan sebagai salah satu kaedah pewarisan harta, di mana sejumlah wang ringgit dalam bentuk pampasan dihadiahkan terus kepada waris pilihan anda. Harta hibah tidak termasuk dalam pembahagian faraid dan penama hibah adalah pewaris mutlak. Ia juga mampu mengelak perselisihan keluarga yang mungkin akan timbul dalam proses pembahagian harta. Dengan wang hibah itu, dapatlah waris meneruskan hidup seperti sediakala tanpa masalah kewangan meruncing.
Permohonan hibah sekarang lebih mudah malah ada plan yang mana permohonan adalah dijamin lulus walaupun sudah mempunyai penyakit kronik. Jika anda ingin tahu tentang hibah lebih lanjut, boleh hubungi admin atau klik [SINI] untuk terus ke aplikasi whatsapp.
