Kesihatan merupakan satu nikmat yang tiada tolok bandingnya. Kesihatan adalah harta yang sebenar. Ini kerana jika anda sakit, apa pun aktiviti anda seperti bekerja, mengurus diri dan lain-lain lagi menjadi sukar. Kos rawatan juga sangat tinggi dan pada kes-kes tertentu memerlukan belanja yang besar seperti kos pembedahan, pembelian implan, ubat-ubatan, kos penghospitalan dan banyak lagi.
Apabila sakit, satu perkara sahaja yang difikirkan iaitu bagaimana untuk dapatkan rawatan sesegera mungkin. Semua sedia maklum yang mana hospital kerajaan biasanya sesak dan perlu mengambil giliran yang panjang. Jadi, pilihan yang lain adalah hospital swasta. Namun kos perubatan hospital swasta adalah tinggi dan kebanyakan rakyat Malaysia tidak mampu untuk membayar kos sebanyak itu. Jadi apakah solusi kepada masalah ini?
Perlindungan takaful perubatan merupakan solusi kepada kos perubatan yang tinggi pada zaman sekarang. Banyak produk-produk takaful perubatan di pasaran namun tidak semua yang memberikan had perlindungan yang ideal dan mencukupi dan juga manfaat-manfaat lain yang boleh dikatakan ketinggalan. Atas sebab inilah Zurich Takaful memperkenalkan pelan takaful kesihatan MediAfya yang mampu milik dengan dengan beberapa ciri menarik yang ada padanya dan tiada pada medical card lain adalah;
1. Had kemasukan wad tiada had hari berbanding 180-240 hari untuk syarikat lain
2. Elaun tunai harian tinggi jika warded di hospital kerajaan (Elaun sama dengan harga bilik RM180-RM250/hari)
3. Had rawatan dialisis dan kanser pesakit luar yang tinggi
4. Rawatan kanta introkular sehingga RM5000
5. Had tahunan yang munasabah dengan kadar inflasi semasa dan akan datang.
Plan MediAfya ini adalah produk rider atau manfaat tambahan kepada plan induk Takaful Term 80, yang merupakan pelan pelaburan tunggal yang memberikan nilai tunai ke dalam sijil takaful. Dengan adanya pelan induk Term 80 ini membolehkan para pencarum mendapat perlindungan menyeluruh dari untuk kematian, hilang upaya kekal dan juga sakit kritikal yang menyebabkan kehilangan keupayaan bekerja.
>>lihat testimoni medical card Zurich Takaful di [sini]<<
Untuk makluman, pelan MediAfya ini mempunyai Ko Takaful sebanyak 10% atau maksimum Rm1,000 untuk bayaran jumlah bil hospital. Ko takaful ini bertujuan salah satu darinya adalah supaya pencarum membayar sebahagian kecil bil bagi mengekalkan caruman bulanan yang kompetitif. Contohnya, jika Ali masuk hospital pada bulan Januari 2023 dan dikenakan bayaran RM20,000 untuk bil hospital, maka ko takaful yang dikenakan adalah RM1,000. Jika pada bulan April Ali masuk hospital sekali lagi dengan bil RM19,000, maka jumlah ko takaful yang perlu dibayar adalah RM0. Ini kerana Ali sudah membayar maksimum ko takaful pada tahun semasa tersebut.
Bayaran ko takaful dikecualikan jika kemasukan wad adalah dari sebab kemalangan. Semua bil rawatan akan dibayar sepenuhnya oleh pihak Zurich Takaful. Ini adalah salah satu dari kelebihan produk MediAfya ini.
Sempena dengan pelancaran plan MediAfya ini, pihak Zurich Takaful memberikan rebate kepada peserta terawal dan tawaran ini sah sehingga 28 Februari 2023 rebutlag peluang ini segera.
MediAfya harga bermula dari serendah RM143/bulan untuk anda mendapatkan perlindungan nyawa dan hilang upaya kekal dan juga untuk kemasukan hospital tanpa tunai dengan medical card. Untuk maklumat lanjut, boleh terus klik [SINI] untuk terus ke aplikasi Whatsapp saya.