Seperti yang saya kongsikan dalam hantaran blog sebelum ini, kos rawatan dialisis adalah sangat mahal dan seseorang amat perlu sokongan kewangan yang kukuh bagi menjamin kebolehterusan rawatan dibuat. Amatlah mendukacitakan jika had tahunan yang diberikan syarikat takaful atau insuran anda terlalu rendah. Merujuk gambar di atas, had dialisis/kanser cuma RM2,000 setahun sedangkan kos sebenar adalah dari 3 hingga 4 ribu sebulan! Jadi amat penting untuk anda mengetahui had yang dilindungi medical card anda. Jika had terlalu rendah, adalah disarankan untuk anda mencari medical card yang lebih baik had tahunannya agar jika anda menghidap sesuatu penyakit, rawatan berterusan boleh dijalankan tanpa memikirkan kos yang tinggi.
Sebagai ganti, anda boleh memilih medical card MediAfya dari Zurich Takaful yang menawarkan had perlindungan sehingga RM250ribu untuk rawatan pesakit luar (dialisis, kemoterapi dan lain-lain lagi) dan ianya adalah tambahan kepada had perlindungan sedia ada maksudnya, ia tidak mengurangkan had perlindungan untuk penyakit-penyakit lain. Rujuk [pautan ini]di bawah untuk maklumat lanjut tentang MediAfya.
Anda disarankan untuk secepat mungkin memohon medical card kerana syarat utama penerimaan adalah anda mesti masih sihat. Jika anda sudah mempunyai penyakit, berkemungkinan besar permohonan akan ditolak. Sila klik [sini] untuk terus ke aplikasi wasap untuk maklumat lanjutan. Cepat sebelum terlambat.