Bercerita tentang musibah seperti penyakit kritikal, ianya selalu dikaitkan dengan kos. Kos apa? Ya pelbagai kos perlu dikeluarkan seperti kos rawatan dan lebih penting lagi adalah berkenaan dengan ganti gaji yang hilang akibat tidak mampu bekerja selepas menghidap penyakit kritikal.
Bila datang penyakit kritikal, ramai yang kata walaupun tiada perlindungan takaful, jika ada hartanah, hartanah itu dijual dan boleh gunakan duit dari hartanah yang dijual itu untuk menampung perbelanjaan. Ya atau tidak?
Jawapannya adalah boleh tetapi bila anda sakit, dan perlukan wang segera, adakah anda sanggup menunggu sehingga hartanah anda itu terjual? Sebenarnya tidak senang untuk menjual sesuatu hartanah kerana ia mengambil proses yang panjang dari 6 bulan hingga bertahun bergantung kepada bakal pembeli. Penjual mesti tak nak rugi jika jual terlalu murah. Mesti nak ikut harga semasa. Proses nak dapatkan buyer pun dah ambil masa lama. Belum lagi urusan pinjaman, lawyer dan sebagainya sebab itu sekurang-kurang ambil masa 6 bulan untuk selesai.
Takaful adalah instrumen terbaik bagi mengendalikan kos akibat musibah kerana proses claim yang lebih cepat (Jika tiada perkara meragukan). Contohnya jika anda terkena serangan jantung dan perlukan wang untuk pembedahan yang menelan kos RM80 ribu, jika anda mempunyai takaful kad perubatan, anda boleh melakukannya dengan segera dan kos itu akan dibayar oleh pihak takaful.
Jika anda perlukan khidmat nasihat takaful percuma, boleh terus ke aplikasi whatsapp untuk urusan temujanji.