Cancercare Archives - hijrahtakaful.com https://hijrahtakaful.com/category/cancercare/ Takaful & Kehidupan Sun, 03 Dec 2023 23:30:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.5.5 https://hijrahtakaful.com/wp-content/uploads/2020/05/cropped-Logo-1-32x32.jpg Cancercare Archives - hijrahtakaful.com https://hijrahtakaful.com/category/cancercare/ 32 32 176772263 Kisah Rumah Besar Tapi Masih Nak Minta Zakat https://hijrahtakaful.com/2023/12/03/kisah-rumah-besar-tapi-masih-nak-minta-zakat/ Sun, 03 Dec 2023 14:54:51 +0000 http://hijrahtakaful.com/2023/12/03/kisah-rumah-besar-tapi-masih-nak-minta-zakat/ Kisah ini dikongsikan oleh Lembaga Zakat Selangor yang menceritakan perasaan terkejut mereka bila pihak asnaf menduduki rumah yang begitu besar tetapi masih meminta zakat. Baca kisah itu di FB LZS di [sini]. Bila admin baca kisah mereka, memang amat menyedihkan dan betapa berat ujian yang menimpa mereka dan betapa sabar dan tabahnya mereka menghadapi ujian […]

The post Kisah Rumah Besar Tapi Masih Nak Minta Zakat appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Kisah ini dikongsikan oleh Lembaga Zakat Selangor yang menceritakan perasaan terkejut mereka bila pihak asnaf menduduki rumah yang begitu besar tetapi masih meminta zakat. Baca kisah itu di FB LZS di [sini]. Bila admin baca kisah mereka, memang amat menyedihkan dan betapa berat ujian yang menimpa mereka dan betapa sabar dan tabahnya mereka menghadapi ujian hidup.

Ceritanya berkenaan suami isteri dengan 3 orang anak yang masih belajar di pusat pengajian tinggi. Suami menghidap kanser tahap 4 dan tidak lagi bekerja. Mereka tinggal sementara sahaja di rumah besar itu yang dimiliki oleh kakak beliau.

Semua wang simpanan dan kwsp telah habis digunakan untuk tujuan rawatan kemoterapi di hospital swasta hingga terpaksa keluar rumah sewa kerana tidak lagi mampu membayarnya.

Daripada cerita ini, orang ramai diseru berzakat dengan lembaga zakat agar wang zakat dapat disasarkan kepada golongan yang amat memerlukan sokongan kewangan. Hukum membayar zakat adalah wajib dan merupakan sebahagian dari rukun Islam yang 5.

Selain itu, sewaktu kita masih sihat, ikhtiar lah untuk mencarum dalam plan takaful hibah yang ada manfaat bayaran sakit kritikal yang tinggi bukannya seperti trend ejen-ejen sekarang yang memberikan perlindungan sehingga berjuta untuk manfaat kematian dan keilatan kekal tanpa manfaat sakit kritikal.

Sayugia peranan takaful itu sendiri adalah persediaan kewangan ketika musibah maka perlu untuk meniliti manfaat-manfaat yang diberikan ketika memohon dan bukan sekadar melihat pada nombor sahaja. Jika anda inginkan khidmat nasihat takaful percuma boleh terus klik [SINI] untuk terus ke aplikasi whatsapp saya. Kongsikan post ini jika bermanfaat.

Zul Perunding Takaful

The post Kisah Rumah Besar Tapi Masih Nak Minta Zakat appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
801
Mengapa Harga Ubat Penyakit Kanser Sangat Mahal? https://hijrahtakaful.com/2021/08/31/mengapa-harga-ubat-penyakit-kanser-sangat-mahal/ Tue, 31 Aug 2021 05:40:06 +0000 http://hijrahtakaful.com/?p=280 Kanser merupakan satu penyakit yang mengerikan kerana rawatannya bukan sahaja sukar malah memerlukan kos yang cukup tinggi. Menurut fakta, di Malaysia 82 orang lelaki menghidap kanser pada setiap 100ribu orang, dan 102 orang perempuan menghidapi kanser setiap 100ribu orang. Perempuan lebih cenderung berbanding lelaki untuk mendapat kanser. Bagi lelaki, kanser yang paling kerap berlaku adalah […]

The post Mengapa Harga Ubat Penyakit Kanser Sangat Mahal? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Kanser merupakan satu penyakit yang mengerikan kerana rawatannya bukan sahaja sukar malah memerlukan kos yang cukup tinggi. Menurut fakta, di Malaysia 82 orang lelaki menghidap kanser pada setiap 100ribu orang, dan 102 orang perempuan menghidapi kanser setiap 100ribu orang. Perempuan lebih cenderung berbanding lelaki untuk mendapat kanser.

Kes kanser di Malaysia. Sumber: TheStar

Bagi lelaki, kanser yang paling kerap berlaku adalah kanser usus, diikuti dengan paru-paru dan prostat. Manakala bagi wanita pula adalah kanser payudara, usus dan servix. Di kalangan kanak-kanak bawah 14 tahun pula adalah leukimia dan kanser limfoma di kalangan umur 15 hingga 24 tahun. Kanser merupakan penyebab punca kematian kedua tertinggi di Malaysia dan juga di dunia.

Rawatan untuk kanser pula memerlukan kos yang amat tinggi. Selain perlu menjalankan rawatan kemoterapi, radioterapi dan juga pembedahan membuang sel kanser, kos untuk ubat bagi mencegah sel kanser dari merebak juga cukup mahal. Kenapa ubat untuk kanser begitu mahal?

Iphone 12

Seperti peranti telefon pintar yang boleh terjual beratus juta unit, kos penyelidikan dan pembangunan dapat dibahagikan dengan unjuran unit jualan yang menyebabkan telefon boleh dijual dengan harga lebih rendah. Walaupun begitu, harga sebuah iPhone masih juga agak mahal.

Berbeza dengan ubat untuk kanser, kerana penyakit ini sangat rumit maka kos penyelidikan dan pembangunan untuk ubatnya juga sangat tinggi. Dikatakan dalam satu tahun kos R&D menelan belanja sehingga 2.6 bilion dolar Amerika. Oleh kerana unjuran jualan tidak seperti telefon pintar dan kos penyelidikan yang cukup tinggi maka sebab itu ubat untuk kanser menjadi sangat mahal. Mari kita lihat harga ubat kanser di pasaran ketika ini.

Memang menggerunkan melihat harga ubat kanser namun inilah yang perlu dibayar jika kita menghidap penyakit merbahaya ini. Persoalannya, bagaimana kita mampu menyediakan wang sebanyak ini bila diarahkan doktor untuk membeli ubat-ubat seperti ini?

Salah satu caranya adalah dengan mencarum dalam medical card seawal mungkin dan pastikan medical card mempunyai had tahunan yang tinggi dan relevan dengan kenaikan kos rawatan bagi jangkamasa panjang. Sebagi contoh medical card MediPro dari Zurich Takaful menawarkan pembayaran kos rawatan susulan selama 180hari, 90 hari lebih lama berbanding dengan medical card lain di pasaran. Ini membolehkan pesakit kanser membayar perbekalan ubat kanser walaupun tidak diwadkan.

Zurich Takaful MediPro Medical Card

MediPro mempunyai had tahunan yang tinggi bermula dari RM1 juta hingga RM2juta tanpa had seumur hidup dengan pelbagai ciri-ciri perlindungan baru yang pertama di pasaran membolehkan ianya menjadi medical card yang terlengkap dan komprehensif. Baca info lanjut berkenaan Zurich Takaful MediPro di [sini] atau klik [sini] bagi pertanyaan melalui aplikasi whatsapp.

The post Mengapa Harga Ubat Penyakit Kanser Sangat Mahal? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
280