Hibah Archives - hijrahtakaful.com https://hijrahtakaful.com/category/hibah/ Takaful & Kehidupan Fri, 16 Aug 2024 08:19:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.5.5 https://hijrahtakaful.com/wp-content/uploads/2020/05/cropped-Logo-1-32x32.jpg Hibah Archives - hijrahtakaful.com https://hijrahtakaful.com/category/hibah/ 32 32 176772263 Bahaya Pelan Hibah “Kosong” https://hijrahtakaful.com/2023/12/22/bahaya-pelan-hibah-kosong/ Fri, 22 Dec 2023 15:54:54 +0000 https://hijrahtakaful.com/2023/12/22/bahaya-pelan-hibah-kosong/ Bahaya Pelan Hibah “Kosong” Nampak seperti sudah menjadi trend ejen-ejen yang mempromosikan pelan hibah “kosong” kepada pelanggan takaful. Walaupun pampasan kematian dan keilatan/lumpuh kekal tinggi, namun adalah sangat merugikan pelanggan. Mengapa begitu? Apa yang dimaksudkan dengan pelan hibah “kosong”? Kosong di sini bermaksud pelan hibah yang hanya ada pampasan asas untuk kematian dan keilatan/lumpuh kekal […]

The post Bahaya Pelan Hibah “Kosong” appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Bahaya Pelan Hibah “Kosong”

Nampak seperti sudah menjadi trend ejen-ejen yang mempromosikan pelan hibah “kosong” kepada pelanggan takaful. Walaupun pampasan kematian dan keilatan/lumpuh kekal tinggi, namun adalah sangat merugikan pelanggan. Mengapa begitu?

Apa yang dimaksudkan dengan pelan hibah “kosong”? Kosong di sini bermaksud pelan hibah yang hanya ada pampasan asas untuk kematian dan keilatan/lumpuh kekal sahaja. Ejen biasa mempromosikan pampasan yang tinggi untuk kedua manfaat ini tanpa memberikan manfaat penting yang lain.

Memang pampasan asas akan tinggi kerana sebahagian besar caruman diletakkan dalam tabung yang sama.

Tapi jika pelan hibah anda adalah pelan kosong, bayaran pampasan asas akan dibayar hanya jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal sahaja. Jika anda hanya menghidap sakit kritikal seperti buah pinggang, jantung, kanser dan sebagainya yang menyebabkan anda tidak mampu bekerja, tiada pampasan akan dibayar kepada anda maka bermulalah masalah kewangan kerana anda tidak lagi mampu bekerja.

>>Kisah rumah besar tapi masih mahu mohon zakat klik sini<<

Sebaiknya pelan hibah ada disertakan dengan pampasan penyakit kritikal. Pampasan penyakit kritikal ini membolehkan anda mendapatkan tunai bagi menggantikan income anda setelah tidak lagi mampu bekerja. Sebaiknya perlindungan sakit kritikal adalah minima 2 tahun gaji semasa anda.

Contoh. Jika gaji anda RM3 ribu sebulan, pampasan sakit kritikal adalah RM72 ribu.

Dengan wang inilah anda boleh meneruskan kehidupan seperti biasa tanpa bersusah payah dan meminta-minta waktu anda di uji dengan penyakit kritikal.

Anda dinasihatkan untuk semak pelan hibah anda samada ada atau tidak manfaat sakit kritikal ini atau hubungi saya terus ke aplikasi whatsapp di [sini] untuk khidmat nasihat pantas dan percuma. Kongsikan hantaran ini jika bermanfaat.

Zul Pakar Takaful

WA: http://0192757055.wasap.my

The post Bahaya Pelan Hibah “Kosong” appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
813
Definisi Hibah Dalam Islam https://hijrahtakaful.com/2023/09/24/definisi-hibah-dalam-islam/ Sun, 24 Sep 2023 07:24:13 +0000 http://hijrahtakaful.com/?p=741 Definisi Hibah Suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan. Dalil Pensyariatan Hibah Al-Quran Firman Allah SWT: فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَيْءٍ مِّنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَّرِيئًا Yang bermaksud: “Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian daripada maskahwinnya maka makanlah […]

The post Definisi Hibah Dalam Islam appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Definisi Hibah

Suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan.

Dalil Pensyariatan Hibah

Al-Quran

Firman Allah SWT:

فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَيْءٍ مِّنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَّرِيئًا

Yang bermaksud: “Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian daripada maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.” (Surah al-Nisa’: 4)

Al-Hadis

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 تَهَادُوا تَحَابُّوا

Yang bermaksud: “Saling memberi hadiahlah kamu nescaya kamu akan saling sayang-menyayangi.” (Riwayat Al-Bukhari)

Rukun Hibah

  • Pemberi hibah;
  • Penerima hibah;
  • Barang yang dihibah; dan
  • Sighah (lafaz akad hibah)

Syarat Pemberi Hibah

  • Pemilik kepada barangan;
  • Mempunyai kelayakan untuk memberi hibah; dan
  • Mempunyai kuasa penuh untuk menggunakan hartanya.

Syarat Penerima Hibah

  • Berkelayakan menerima hibah termasuklah yang bukan mukallaf seperti kanak-kanak dan orang tak sempurna akal atau OKU. Namun, penjaga atau pemegang amanah boleh dilantik bagi pihak mereka;
  • Penerima hibah wujud ketika hibah dibuat; dan
  • Boleh menguasai harta yang dihibahkan (qabd).

Syarat Barang Yang Dihibah

  • Wujud ketika hibah dibuat;
  • Barangan tersebut mestilah barangan yang bernilai; dan
  • Mestilah daripada hak milik pemberi hibah.

Syarat Akad Hibah

  • Ijab dan qabul; dan
  • Tidak bertempoh.

Kadar Harta Yang Boleh Dihibah

Hukum Syarak memberikan kebebasan kepada pemilik harta untuk melakukan pemberian tanpa terikat kepada kadar tertentu. Bahkan, menurut ijmak, adalah harus bagi pemilik harta yang waras fikirannya menghibahkan keseluruhan hartanya. Namun, Rasulullah SAW mengingatkan kita supaya berlaku adil kepada anak-anak sebagaimana hadis daripada Nu’man bin Basyir r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

اتَّقوا اللهَ، واعدِلوا بين أولادِكم

Yang bermaksud: “Bertaqwalah kepada Allah s.w.t., dan berlaku adillah sesama anak-anak kamu.” (Riwayat al-Bukhari)

Elemen Qabd Dalam Hibah

Qabd adalah tindakan penerima hibah untuk menerima serahan, memegang atau menguasai barang yang dihibahkan oleh penghibah dan menjadikan barang itu milikannya. Qabd merupakan keperluan kepada hibah itu berkuatkuasa dan penerima hibah melakukan tasarruf.

Hibah Semasa Marad Al-Maut

Pemberi hibah yang melakukan hibah dalam keadaan marad al-maut iaitu keadaan di mana pemberi hibah sedang sakit tenat atau sakit yang membawa kepada kematian, maka hibahnya tidak boleh melebihi daripada satu pertiga hartanya dan tidak boleh dihibahkan kepada ahli waris. Ini memberi maksud bahawa hukum wasiat adalah terpakai. Sekiranya diberikan kepada ahli waris sama ada kurang dari satu pertiga atau lebih maka ia tertakluk kepada keizinan atau persetujuan daripada waris yang lain.

Pembatalan Hibah

Hukum asal hibah adalah memberi implikasi pemilikan yang lazim kepada penerima hibah. Oleh itu, pembatalan hibah adalah tidak boleh dilakukan. Ia sebagaimana hadis daripada Umar bin al-Khattab r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 فإنَّ العائدَ في هبتِه كالكلبِ يعودُ في قيئِه

Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang menarik kembali hibahnya adalah seperti seekor anjing yang menjilat kembali muntahnya.” (Riwayat al-Bukhari)

Namun, para fuqaha’ memberikan pengecualian iaitu dengan mengharuskan pembatalan hibah daripada seorang bapa, ibu, datuk atau nenek kepada anak atau cucunya. Ini bersandarkan kepada sebuah hadis daripada Abdullah bin ‘Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 لا يَحِلُّ للرجُلِ أنْ يُعطِيَ العَطِيَّةَ، فيَرجِعَ فيها، إلَّا الوالدَ فيما يُعطِي ولَدَه

Yang bermaksud: “Tidak halal bagi seorang yang telah menghulurkan satu pemberian menarik kembali pemberiannya melainkan pemberian seorang bapa kepada anaknya.” (Riwayat Abu Daud)

MAIS berbidang kuasa dan berkepakaran menyediakan perkhidmatan penyediaan Dokumen Perisytiharan Hibah dan pelaksanaan hibah selaras dengan Hukum Syarak dan undang-undang sedia ada.

Penyediaan Dokumen Perisytiharan Hibah

Penyediaan dokumen hibah perisytiharan hibah adalah satu kaedah yang membolehkan harta seseorang diisytiharkan untuk diagihkan kepada insan yang tersayang pada masa hidupnya terlebih dahulu. 

Jenis-Jenis Hibah

  • Hibah Mutlak;
  • Hibah Amanah; dan
  • Hibah Bersyarat

Klausa Utama dalam Hibah

  • Pengakuan waras fikiran dan kerelaan pemberi hibah;
  • Perisytiharan harta yang ingin dihibahkan;
  • Pernyataan pemberian harta yang dihibahkan;
  • Pelantikan Wasi dan Pemegang Amanah;
  • Tandatangan pemberi hibah dan saksi-saksi; dan
  • Tandatangan perakuan persetujuan penerima hibah dan saksi-saksi.

Kebaikan Hibah

  • Amalan sunat yang dianjurkan oleh Islam;
  • Memupuk kasih sayang dan mengeratkan silaturrahim;
  • Pemberian semasa hidup kepada sesiapa yang dikehendaki;
  • Pemberian tanpa had dan sunat menyamaratakan kepada anak-anak;
  • Penghibah masih boleh menikmati harta yang dihibahkan;
  • Alternatif penyelesaian masalah pembahagian secara faraid;
  • Dibuat mengikut kesesuaian dan taraf hidup penerima; dan
  • Perceraian tidak menjejaskan hak kepada pemberian hibah.

Hikmah Disyariatkan Hibah

  • Melahirkan kesyukuran terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.
  • Membantu menampung keperluan waris atau orang-orang fakir dan miskin yang tidak bernasib baik.
  • Mengeratkan ikatan silaturrahim sesama ahli waris.

Sumber: MAIS

The post Definisi Hibah Dalam Islam appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
741
Cara Ambil MRTT/MLTT Bagi Yang Sudah Mempunyai Penyakit Sedia Ada, Golongan Risiko Tinggi https://hijrahtakaful.com/2023/06/07/cara-ambil-mrtt-mltt-bagi-yang-sudah-mempunyai-penyakit-sedia-ada-golongan-risiko-tinggi/ Wed, 07 Jun 2023 14:48:28 +0000 http://hijrahtakaful.com/?p=720 Bagi mereka yang sudah mempunyai penyakit sedia ada, kebarangkalian untuk takaful anda diluluskan adalah tipis kerana anda sudah kehilangan kebolehlindungan takaful. Ada juga MRTT yang tuntutan ditolak disebabkan penyakit sedia ada ini. Jadi, apakah memang tiada peluang langsung untuk golongan ini mengambil perlindungan seperti MRTT ini? Ada kaedah lain yang boleh digunakan bagi menggantikan polisi […]

The post Cara Ambil MRTT/MLTT Bagi Yang Sudah Mempunyai Penyakit Sedia Ada, Golongan Risiko Tinggi appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Bagi mereka yang sudah mempunyai penyakit sedia ada, kebarangkalian untuk takaful anda diluluskan adalah tipis kerana anda sudah kehilangan kebolehlindungan takaful. Ada juga MRTT yang tuntutan ditolak disebabkan penyakit sedia ada ini. Jadi, apakah memang tiada peluang langsung untuk golongan ini mengambil perlindungan seperti MRTT ini?

Ada kaedah lain yang boleh digunakan bagi menggantikan polisi MRTT dan fungsinya sama juga dengan MRTT iaitu melindungi hutang pinjaman rumah. Di Zurich takaful, kita mempunyai produk Al-Shams, di mana penerimaan adalah terjamin walaupun sudah mempunyai penyakit sedia ada.

Contoh situasi: Ali adalah seorang guru berusia 38 tahun. Namun, nasib tidak menyebelahi beliau kerana sudah menghidap penyakit kencing manis. Permohonan untuk MRTT rumah yang beliau cd hendak beli berharga RM500K tidak lulus disebab penyakit sedia ada.

Dengan Zurich takaful Al-Shams, beliau memohon untuk perlindungan sebanyak RM300K + RM200K menjadikan jumlah keseluruhan RM500K, cukup untuk melindungi pinjaman perumahan yang dibuat. Ini membolehkan apabila berlaku kematian ataupun hilang upaya kekal disebabkan penyakit yang dihidapi mengakibatkan tidak lagi mampu bekerja, hutang hartanah tersebut dapat diselesaikan dengan wang pampasan daripada pelan takaful Al-Shams. Untuk info lanjut berkenaan takaful Al-Shams, klik [SINI] untuk terus ke aplikasi Whatsapp admin. Sharekan artikel ini jika bermanfaat.

The post Cara Ambil MRTT/MLTT Bagi Yang Sudah Mempunyai Penyakit Sedia Ada, Golongan Risiko Tinggi appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
720
Apa Yang Menyebabkan Tuntutan MRTT Tak Diluluskan? https://hijrahtakaful.com/2023/06/05/apa-yang-menyebabkan-tuntutan-mrtt-tak-diluluskan/ Mon, 05 Jun 2023 10:17:23 +0000 https://hijrahtakaful.com/?p=715 Jika anda adalah seorang pembeli rumah, sila ambil perhatian berkenaan hantaran ini. Baru-baru ini telah menjadi viral di media sosial di mana tuntutan MRTT RM600,000 tidak diluluskan menyebabkan masalah kewangan kepada seorang balu untuk meneruskan bayaran rumah yang di beli bersama suami beliau. Menurut info, tuntutan bayaran pampasan MRTT tidak diluluskan kerana setelah disiasat, suami […]

The post Apa Yang Menyebabkan Tuntutan MRTT Tak Diluluskan? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Jika anda adalah seorang pembeli rumah, sila ambil perhatian berkenaan hantaran ini. Baru-baru ini telah menjadi viral di media sosial di mana tuntutan MRTT RM600,000 tidak diluluskan menyebabkan masalah kewangan kepada seorang balu untuk meneruskan bayaran rumah yang di beli bersama suami beliau.

Menurut info, tuntutan bayaran pampasan MRTT tidak diluluskan kerana setelah disiasat, suami beliau telah mempunyai penyakit sedia ada semasa mengambil polisi MRTT dan mengikut prosedur takaful, segala penyakit yang sedia ada adalah tidak termasuk dalam syarat perlindungan. Jadi mengapa ini boleh terjadi?

Berkemungkinan sewaktu perjanjian polisi MRTT ditandatangani, beliau tidak memaklumkan kepada pihak syarikat takaful akan keadaan kesihatan beliau atau terlepas pandang dari kedua-dua pihak. Bila berlaku perkara begini, tuntutan akan menjadi rumit kerana banyak perkara yang perlu diperjelaskan untuk membuat rayuan termasuklah pergi ke klinik atau hospital untuk mencari rekod malah ada yang terpaksa turun naik mahkamah. Jadi untuk mengelakkan perkara ini berlaku;

1. Laporkan dengan lengkap keadaan kesihatan semasa anda sewaktu menandatangani polisi takaful.

2. Pastikan anda membaca dengan terperinci dan bertanya jika tidak pasti sebelum menandatangani sesuatu perjanjian.

3. Jangan terlalu berasa selesa dengan mempunyai takaful atau insurance rumah. Ada kes jumlah tahun perlindungan kurang dari tahun yang diperlukan untuk bayaran balik.

4. Sediakan dana atau aset untuk waktu kecemasan seperti tabungan tunai 6 bulan gaji.

5. Pastikan anda faham akan prosedur untuk MRTT atau MLTT pagi perlindungan pinjaman perumahan.

6. Proses kelulusan MRTT atau MLTT berkemungkinan ambil masa yang lama minimum 6 bulan. Pastikan anda, sebagai pencari nafkah, juga mempunyai takaful hibah sebagai backup kepada keluarga anda.

Bagi mereka yang sudah mempunyai penyakit sedia ada, bukanlah anda tidak boleh membeli rumah disebabkan sudah tidak layak untuk ambil MRTT atau MLTT, kini syarikat takaful mempunyai solusi dengan plan gerenti lulus Al-Shams dari Zurich Takaful. Klik link di bawah untuk maklumat terperinci berkenaan Al-Shams.

Takaful Al-Shams dengan caruman serendah RM50 sebulan memberikan anda kedamaian minda dengan melindungi hartanah anda jika berlaku kematian ataupun hilang upaya kekal akibat musibah. Klik [sini] untuk khidmat nasihat percuma.

The post Apa Yang Menyebabkan Tuntutan MRTT Tak Diluluskan? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
715
Salah Faham Tentang Takaful Hibah Yang Anda Perlu Tahu https://hijrahtakaful.com/2023/05/28/salah-faham-tentang-takaful-hibah-yang-anda-perlu-tahu/ Sun, 28 May 2023 01:34:27 +0000 http://hijrahtakaful.com/?p=703 Pasti ramai yang pernah dengar berkenaan hibah samada di media sosial, konti radio mahupun dari wakil takaful berdekatan anda. Adakah anda benar-benar faham berkenaan takaful hibah? Adalah takaful hibah ini hanya memberi manfaat kepada penama sahaja? Mari kita bincangkan. Hibah adalah pemberian harta sebelum berlaku kematian. Faraid adalah pembahagian harta atau pusaka mengikut perundangan Islam […]

The post Salah Faham Tentang Takaful Hibah Yang Anda Perlu Tahu appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Pasti ramai yang pernah dengar berkenaan hibah samada di media sosial, konti radio mahupun dari wakil takaful berdekatan anda. Adakah anda benar-benar faham berkenaan takaful hibah? Adalah takaful hibah ini hanya memberi manfaat kepada penama sahaja? Mari kita bincangkan.

Hibah adalah pemberian harta sebelum berlaku kematian. Faraid adalah pembahagian harta atau pusaka mengikut perundangan Islam kepada waris yang sah dan layak. Sekiranya seseorang meninggal dunia tanpa wasiat atau hibah, semua harta si mati yang dinamakan sebagai harta pusaka akan diagihkan mengikut hukum faraid. Secara mudahnya, hibah adalah satu kaedah pembahagian harta.

Jadi hibah dalam takaful adalah wang perlindungan takaful dihibahkan kepada seseorang penama dan jika pemilik sijil meninggal dunia, wang pampasan akan terus dibayar kepada penama. Inilah yang selalu disebut-sebutkan takaful hibah.

Namun, apa pula yang berlaku jika penama mengalami musibah menyebabkan dia lumpuh atau sakit kritikal [belum meninggal dunia]? Biasanya, konsep takaful ini ada orang yang memohon dan orang dilindungi. Jika pemohon adalah orang yang sama dengan orang yang dilindungi, pampasan akan dibayar kepada pemohon di bawah manfaat hilang upaya kekal atau sakit kritikal. Secara tidak langsung, waris juga mendapat manfaat kerana perlu menjaga orang tersebut yang sudah lumpuh atau tiada pendapatan kerana sudah tidak mampu bekerja. Dan tentunya belanja menjaga orang sakit ini sangat tinggi kosnya.

Senario kedua bagi pemilik dan orang yang dilindungi orang sama, pula adalah bila berlaku kematian, pampasan kematian akan dibayar kepada penama waris secara hibah. Contohnya, jika pampasan berjumlah RM500 ribu, akan dibayar terus kepada akaun penama.

Jika pemilik dan orang yang dilindungi bukan orang yang sama, jika berlaku musibah hilang upaya atau kematian pada orang yang dilindungi, bayaran pampasan akan dibayar kepada pemilik sijil takaful ataupun kepada penama lain jika ada secara hibah.

Jadi bagi mereka yang berkira-kira untuk ambil takaful, anda jangan salah faham. Sebenarnya, tujuan utama adalah untuk melindungi anda sendiri dan kedua adalah waris anda. Tiada erti kerugian jika anda ambil takaful. Saya sedia untuk membantu anda dapatkan hibah ataupun untuk khidmat nasihat percuma. Klik —> [sini] untuk terus ke aplikasi whatsapp admin.

The post Salah Faham Tentang Takaful Hibah Yang Anda Perlu Tahu appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
703
Anak Masuk Wad, Ibu Bapa Dapat Tunai RM700 https://hijrahtakaful.com/2023/05/13/anak-masuk-wad-ibu-bapa-dapat-tunai-rm700/ Sat, 13 May 2023 09:34:56 +0000 http://hijrahtakaful.com/2023/05/13/anak-masuk-wad-ibu-bapa-dapat-tunai-rm700/ Apabila anak masuk wad, pastinya ibu bapa turut berasa susah sebabnya perlu ambil cuti dan juga pekerjaan terganggu. Kalau yang sudah habis cuti akan jadi unpaid leave dan gaji akan berkurang. Lagi-lagi bagi mereka yang bekerja sendiri contohnya berniaga atau buat ehailing. Ini akan menjejaskan aliran tunai bulanan dan seterusnya menggangu belanja bulanan anda. Jika […]

The post Anak Masuk Wad, Ibu Bapa Dapat Tunai RM700 appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Apabila anak masuk wad, pastinya ibu bapa turut berasa susah sebabnya perlu ambil cuti dan juga pekerjaan terganggu. Kalau yang sudah habis cuti akan jadi unpaid leave dan gaji akan berkurang. Lagi-lagi bagi mereka yang bekerja sendiri contohnya berniaga atau buat ehailing. Ini akan menjejaskan aliran tunai bulanan dan seterusnya menggangu belanja bulanan anda.

Jika anak anda mempunyai polisi takaful yang ada manfaat elaun penghospitalan, anda akan mendapat bayaran tunai mengikut jumlah hari dan juga nilai bayaran per hari. Contoh seorang client saya di atas, polisi anak beliau mempunyai elaun penghospitalan sebanyak RM100 sehari. Disebabkan kemalangan kecil jatuh basikal, terpaksa diwadkan selama 7 hari. Jadi elaun tunai yang terhasil adala RM100 x 7hari = Rm700. Jadi disini walaupun Ibu Bapa kehilangan atau pendapatan terjejas disebabkan menjaga anak mereka, wang RM700 ini dapat menggantikannya.

The post Anak Masuk Wad, Ibu Bapa Dapat Tunai RM700 appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
669
Tarikh Akhir efiling LHDN 15 Mei 2023, Pelepasan Takaful Sehingga RM10K! https://hijrahtakaful.com/2023/05/13/tarikh-akhir-efiling-lhdn-15-mei-2023-pelepasan-takaful-sehingga-rm10k/ Sat, 13 May 2023 02:10:11 +0000 https://hijrahtakaful.com/?p=654 Peringatan untuk mereka yang belum lagi mengisikan borang maklumat percukaian untuk yang tiada sumber perniagaan, tarikh akhir anda boleh berbuat demikian adalah pada 15 Mei 2023. Anda boleh layari laman sesawang LHDN di [sini] untuk mengisi borang efiling anda. Kegagalan anda mengisi borang berkenaan boleh dikenakan denda oleh pihak LHDN. Bagi mereka yang mempunyai polisi […]

The post Tarikh Akhir efiling LHDN 15 Mei 2023, Pelepasan Takaful Sehingga RM10K! appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Peringatan untuk mereka yang belum lagi mengisikan borang maklumat percukaian untuk yang tiada sumber perniagaan, tarikh akhir anda boleh berbuat demikian adalah pada 15 Mei 2023. Anda boleh layari laman sesawang LHDN di [sini] untuk mengisi borang efiling anda. Kegagalan anda mengisi borang berkenaan boleh dikenakan denda oleh pihak LHDN.

Bagi mereka yang mempunyai polisi takaful, anda boleh mendapatkan pelepasan cukai sehingga RM10 ribu. Pelepasan yang tinggi ini adalah sejajar dengan matlamat kerajaan yang mahukan rakyat mempunyai perlindungan takaful bagi mengurangkan beban kewangan jika berlaku musibah.

Bagi kategori penjawat awam yang tidak mempunyai caruman kwsp, bagi polisi takaful hayat atau insuran nyawa, sehingga RM7 ribu pelepasan diberikan. Bagi kategori lain, pelepasan adalah RM3 ribu dan selebihnya adalah untuk pelepasan caruman kwsp.

Bagi kategori insuran pendidikan dan perubatan pula atau medical card, pelepasan sebanyak RM3 ribu diberikan untuk semua. Ini menjadikan pelepasan sehingga RM10 ribu jika anda seorang penjawat awam dan mempunyai polisi takaful yang banyak.

Yang belum mempunyai polisi takaful boleh klik [sini] untuk bantuan khidmat nasihat percuma. Dapatkan perlindungan damai minda sambil mengembalikan cukai yang dibayar kepada kerajaan.

The post Tarikh Akhir efiling LHDN 15 Mei 2023, Pelepasan Takaful Sehingga RM10K! appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
654
Hibah Takaful: Salah Satu Kaedah Pewarisan Harta https://hijrahtakaful.com/2023/01/01/hibah-takaful-salah-satu-kaedah-pewarisan-harta/ Sun, 01 Jan 2023 08:34:32 +0000 http://hijrahtakaful.com/2023/01/01/hibah-takaful-salah-satu-kaedah-pewarisan-harta/ Apabila seseorang Islam meninggal dunia tanpa membuat wasiat, maka hartanya akan dibahagikan mengikut kaedah faraid. Harta yang dibahagikan adalah harta setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dan lain-lain) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak. Kisah perebutan harta faraid bukan lagi kisah asing sehingga berlaku tohmah mentohmah, saman menyaman antara ahli keluarga. […]

The post Hibah Takaful: Salah Satu Kaedah Pewarisan Harta appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Apabila seseorang Islam meninggal dunia tanpa membuat wasiat, maka hartanya akan dibahagikan mengikut kaedah faraid. Harta yang dibahagikan adalah harta setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dan lain-lain) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak.

Kisah perebutan harta faraid bukan lagi kisah asing sehingga berlaku tohmah mentohmah, saman menyaman antara ahli keluarga. Kisah pelawak yang di saman RM60 ribu baru-baru ini juga perlu kita jadikan teladan supaya kita lebih cakna dalam pengurusan harta terutamanya berkenaan dengan wasiat.

Sekarang perkara wasiat lebih mudah dengan terdapatnya syarikat pengurusan wasiat di mana mereka menguruskan wasiat kita secara sah supaya tidak timbul perkara berbangkit di kemudian hari.

Selain dari itu, hibah takaful juga boleh dijadikan sebagai salah satu kaedah pewarisan harta, di mana sejumlah wang ringgit dalam bentuk pampasan dihadiahkan terus kepada waris pilihan anda. Harta hibah tidak termasuk dalam pembahagian faraid dan penama hibah adalah pewaris mutlak. Ia juga mampu mengelak perselisihan keluarga yang mungkin akan timbul dalam proses pembahagian harta. Dengan wang hibah itu, dapatlah waris meneruskan hidup seperti sediakala tanpa masalah kewangan meruncing.

Permohonan hibah sekarang lebih mudah malah ada plan yang mana permohonan adalah dijamin lulus walaupun sudah mempunyai penyakit kronik. Jika anda ingin tahu tentang hibah lebih lanjut, boleh hubungi admin atau klik [SINI] untuk terus ke aplikasi whatsapp.

The post Hibah Takaful: Salah Satu Kaedah Pewarisan Harta appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
544
Apa Isteri Perlu Buat Jika Suami Tak Mahu Buat Hibah? https://hijrahtakaful.com/2022/12/17/apa-isteri-perlu-buat-jika-suami-tak-mahu-buat-hibah/ Sat, 17 Dec 2022 12:33:18 +0000 http://hijrahtakaful.com/?p=527 Setiap isteri harus memastikan mereka mempunyai perlindungan hibah daripada suami mereka jika sesuatu perkara diluar jangkaan seperti kematian awal, kemalangan dan juga sakit kritikal berlaku pada suami mereka. Mengapa hibah ini sangat penting kerana bila suami tiada atau hilang keupayaan bekerja, maka segala perbelanjaan harian akan menjadi sulit dan sukar. Banyak contoh dimana keadaan isteri […]

The post Apa Isteri Perlu Buat Jika Suami Tak Mahu Buat Hibah? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Setiap isteri harus memastikan mereka mempunyai perlindungan hibah daripada suami mereka jika sesuatu perkara diluar jangkaan seperti kematian awal, kemalangan dan juga sakit kritikal berlaku pada suami mereka. Mengapa hibah ini sangat penting kerana bila suami tiada atau hilang keupayaan bekerja, maka segala perbelanjaan harian akan menjadi sulit dan sukar. Banyak contoh dimana keadaan isteri yang sukar bersama anak-anak setelah kehilangan suami mereka.

Beruntunglah jika suami yang mempunyai kesedaran awal dengan mengambil perlindungan takaful dan dihibahkan kepada isteri mereka. Namun bukan semua suami begitu, kerana mereka fikir takaful ini membazir dan tiada manfaat. Hatta RM50 pun mereka tak sanggup keluarkan untuk takaful yang banyak manfaat untuk keluarga mereka.

Jika suami anda tidak mahu ambilkan hibah untuk anda, sebagai isteri anda boleh mohonkan melalui nama anda dengan meletakkan suami anda sebagai orang yang dilindungi. Jika berlaku sesuatu pada suami anda seperti kematian awal, wang hibah akan dibayar terus kepada anda. Dengan hibah dapatlah anda meneruskan kehidupan pada hari mendatang tanpa kesukaran dari segi kewangan.

Hari ini, permohonan hibah dimudahkan termasuklah bagi mereka yang sudah berpenyakit. Maksudnya, sesiapa yang sudah mempunyai sakit kronik pun boleh diambilkan hibah bagi mewariskan harta segera kepada waris mereka dan juga manfaat kepada mereka jika berlaku keadaan hilang upaya. Ini boleh dipohon melalui pelan [TAKAFUL AL SHAMS] dari Zurich Takaful.

Hibah begitu penting pada zaman sekarang kerana kos hidup yang sangat tinggi dan segalanya memerlukan belanja kewangan yang banyak. Ambillah hibah sekadar yang mampu dan itu lebih baik dari tidak ambil langsung. Saya sedia membantu anda untuk dapatkan hibah mengikut kesesuaian bajet anda. Klik [sini] untuk terus ke aplikasi whatsapp saya. Jika hantaran ini membantu anda, kongsikan juga dengan rakan-rakan yang lain.

The post Apa Isteri Perlu Buat Jika Suami Tak Mahu Buat Hibah? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
527
Cipta Legasi dan Harta Warisan Dengan Hibah Takaful https://hijrahtakaful.com/2021/11/28/cipta-legasi-dan-harta-warisan-dengan-hibah-takaful/ Sun, 28 Nov 2021 03:22:27 +0000 https://hijrahtakaful.com/?p=441 Jika sebelum ini datuk nenek kita mempunyai tanah sendiri dan kebanyakan bekerja atas tanah sendiri. Mereka adalah pemilik dan sekiranya berlaku apa-apa, tanah boleh disewakan untuk mendapatkan hasil. Selepas meninggal dunia, tanah akan diwariskan kepada anak-anak dan mereka dapat manfaat untuk meneruskan kehidupan. Berbeza hari ni bila manusia terlalu ramai, revolusi perindustrian telah pun bermula […]

The post Cipta Legasi dan Harta Warisan Dengan Hibah Takaful appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Jika sebelum ini datuk nenek kita mempunyai tanah sendiri dan kebanyakan bekerja atas tanah sendiri. Mereka adalah pemilik dan sekiranya berlaku apa-apa, tanah boleh disewakan untuk mendapatkan hasil. Selepas meninggal dunia, tanah akan diwariskan kepada anak-anak dan mereka dapat manfaat untuk meneruskan kehidupan.

Berbeza hari ni bila manusia terlalu ramai, revolusi perindustrian telah pun bermula dengan ramai bekerja makan gaji dengan lumayan. Cukup bulan terima gaji. Tiada tanah tiada apa. Cuma bila meninggal dunia atau hilang upaya bekerja, gajinya dibawa sekali atau hilang. Timbul masalah bagaimana nak teruskan kehidupan bila berhadapan dengan masalah ni. Kompeni takkan teruskan bayar gaji bulan2 kepada anak isteri. Jangankata bekalan, tapi beban hutang pula ditinggalkan.

Kewujudan life insurance adalah untuk mengatasi masalah begini di mana syarikat insurance akan bayar pampasan kepada waris untuk gantikan income yang hilang. Umat Islam juga perlukan pelan kewangan sebegini dan wujudlah pelan *takaful keluarga* yang patuh syarak. Sebabnya, waris anak, isteri orang Islam juga perlu makan dan keperluan2 lain.

Maka polisi hibah adalah solusi untuk masalah kewangan selepas musibah. Hari ini jika anda asingkan sebahagian pendapatan anda 5-8% untuk takaful, kemungkinan besar masalah ini dapat diatasi.

Uruslah dan susun kewangan anda dengan baik dan bahagikan sebahagian kecil gaji untuk mencarum dalam takaful. Untuk bantuan dan khidmat nasihat, hubungi ejen yang pakar sekarang InsyaAllah. Klik [sini] untuk terus ke aplikasi WhatSapp saya bagi khidmat nasihat berkenaan hibah.

The post Cipta Legasi dan Harta Warisan Dengan Hibah Takaful appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
441