Kerjaya Takaful Archives - hijrahtakaful.com https://hijrahtakaful.com/category/kerjaya-takaful/ Takaful & Kehidupan Wed, 24 Jul 2024 02:59:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.5.5 https://hijrahtakaful.com/wp-content/uploads/2020/05/cropped-Logo-1-32x32.jpg Kerjaya Takaful Archives - hijrahtakaful.com https://hijrahtakaful.com/category/kerjaya-takaful/ 32 32 176772263 Langkah-Langkah Untuk Menjadi Seorang Ejen Takaful https://hijrahtakaful.com/2023/02/09/langkah-langkah-untuk-menjadi-seorang-ejen-takaful/ Thu, 09 Feb 2023 14:20:41 +0000 http://hijrahtakaful.com/?p=591 Ramai di kalangan kita yang ingin menjadi ejen takaful tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk bermula. Sebenarnya, untuk menjadi seorang ejen takaful bukanlah sesukar yang disangka. Jika tahu cara-caranya dan tips-tips yang diperlukan, percayalah memang sangat-sangat mudah untuk anda. Di hantaran blog kali ini saya akan kongsikan langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk menjadi seorang […]

The post Langkah-Langkah Untuk Menjadi Seorang Ejen Takaful appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Ramai di kalangan kita yang ingin menjadi ejen takaful tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk bermula. Sebenarnya, untuk menjadi seorang ejen takaful bukanlah sesukar yang disangka. Jika tahu cara-caranya dan tips-tips yang diperlukan, percayalah memang sangat-sangat mudah untuk anda. Di hantaran blog kali ini saya akan kongsikan langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk menjadi seorang ejen takaful.

1) Lulus Peperiksaan Takaful Basic Examination (TBE)

Setiap mereka yang ingin menjadi ejen takaful mesti perlu untuk menduduki peperiksaan Takaful Basic Examination (TBE). Bagi tujuan ini, calon-calon perlulah mendaftar terlebih dahulu di www.takafuleexam.com. Bagi mereka yang ingin menjadi ejen untuk takaful keluarga (life dan family) perlu untuk ambil part A dan C.

Kos untuk exam TBE ini adalah RM80 dan untuk bayaran ini biasanya akan dibayar semula oleh syarikat takaful yang anda ingin sertai. Umpamanya modal untuk exam TBE ini adalah percuma kerana ia akan dibayar balik kepada anda jika lulus. Jadi, bagi mudah lulus exam TBE ini, anda perlu untuk bersedia lebih awal dengan membaca nota-nota dan juga buat latih tubi berdasarkan contoh-contoh soalan. Anda boleh dapatkan semua nota-nota dan contoh-contoh soalan dari introducer anda. Exam ni tidak susah untuk lulus jika mengikut tips-tips yang disebutkan tadi.

>>Lihat bagaimana potensi income seorang ejen takaful di sini —>

Potensi income ejen takaful

2. Daftar dengan syarikat takaful yang anda ingin sertai

Setelah lulus exam TBE, langkah seterusnya adalah membuat pendaftaran sebagai ejen di syarikat yang akan anda sertai. Pendaftaran ini amat mudah kerana ia dilakukan secara online oleh introduser anda. Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah 1. Salinan kad pengenalan 2. Salinan sijil TBE 3. Sijil SPM atau Ijazah, 4. Gambar bersaiz passport dan 5. Butiran seperti alamat, maklumat pasangan dan juga maklumat akaun bank (untuk kemasukan bayaran komisen). Setelah pendaftaran selesai, dalam masa 1 hingga 2 hari anda akan diberikan kod ejen dan secara rasminya anda telah menjadi seorang ejen takaful yang akan membantu masyarakat mendapatkan perlindungan kewangan akibat musibah atau bencana.

3. Mengikuti latihan asas bagi etika dan kaedah penjualan

Kaedah Pantas Usahawan Takaful

Selepas mendapat kod ejen, anda memang sudah boleh mula menjual takaful namun sebagai ejen baru, satu program latihan wajib perlu anda hadir di mana anda akan diberikan penerangan berkenaan dengan tatacara sebagai seorang ejen dan juga proses kitaran jualan takaful. Jika anda gagal menghadiri kursus wajib ini, walaupun anda membuat hantaran kes yang banyak namun anda akan tidak mendapat komisyen anda kerana telah disekat sebagai tindakan anda gagal untuk menghadiri latihan wajib tersebut.

>>Lihat bagaimana potensi income seorang ejen takaful di sini —>

Tiada ruginya untuk anda mencuba menjadi ejen takaful kerana platform ini telah terbukti melahirkan usahawan yang berjaya dan paling penting dengan modal yang sangat minima tanpa perlu menyewa premis dan juga menyimpan stok barangan. Jika anda tidak mahu fikir banyak, ini adalah solusinya. Admin sedia membantu anda untuk merealisasikan impian anda. Klik [SINI] untuk terus ke whatsapp admin. Harap hantaran ini memberi manfaat dan juga sharekan dengan rakan-rakan yang lain.

The post Langkah-Langkah Untuk Menjadi Seorang Ejen Takaful appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
591
Peluang Kerjaya Bersama Zurich Takaful: Insentif Sehingga RM9,000 Sebulan! https://hijrahtakaful.com/2023/01/31/peluang-kerjaya-bersama-zurich-takaful-insentif-sehingga-rm9000-sebulan/ Tue, 31 Jan 2023 14:36:36 +0000 https://hijrahtakaful.com/?p=575 Berita baik untuk mereka yang berminat dalam bidang pemasaran dan jualan, Zurich Takaful mempelawa mereka yang berminat untuk menyertai program Zurich Alpha Force (ZAF) untuk dengan insentif bulanan yang lumayan apabila anda berjaya untuk mencapai sasaran jualan yang telah ditetapkan oleh syarikat. Jika anda mencapai target RM9,000 ACE dalam sebulan, melalui program Alpha, anda akan […]

The post Peluang Kerjaya Bersama Zurich Takaful: Insentif Sehingga RM9,000 Sebulan! appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Berita baik untuk mereka yang berminat dalam bidang pemasaran dan jualan, Zurich Takaful mempelawa mereka yang berminat untuk menyertai program Zurich Alpha Force (ZAF) untuk dengan insentif bulanan yang lumayan apabila anda berjaya untuk mencapai sasaran jualan yang telah ditetapkan oleh syarikat.

Jika anda mencapai target RM9,000 ACE dalam sebulan, melalui program Alpha, anda akan dibayar RM3,000 sebulan secara tetap. Jika anda mencapai sasaran RM20,000 ACE, anda akan dibayar RM7,000 sebulan dan RM9,000 sebulan jika anda mencapai sasaran RM25,000 ACE.

ACE adalah singkatan kepada Annualised Contribution Equivalent di mana jumlah bayaran yang dibayar oleh pencarum digandakan dengan 12 bulan. Jika caruman peserta A RM100 sebulan, maka ACE beliau dapat adalah RM100*12= RM1,200. Lebih besar bayaran bulanan yang anda terima, lebih mudah untuk anda capai sasaran ACE yang telah ditetapkan.

>>Berbaloikah anda menjadi penasihat/ejen takaful? Klik sini untuk maklumat lanjut<<

Adakah sukar untuk anda mencapai sasaran yang diberikan? Kami akan memberikan tunjuk ajar kepada anda dan juga sokongan yang diperlukan samada dari segi teknikal dan juga moral. Apa yang penting anda mempunyai minat untuk mempelajari bidang industri takaful termasuklah menghadiri latihan yang diberikan oleh pihak agensi.

Di Zurich Takaful, setiap orang yang mencapai target akan diraikan dan untuk tahun 2023 adalah percutian ke Istanbul, Turki. Ini tidak mustahil jika anda mempunyai keinginan dan srategi yang berkesan dalam melakukan pemasaran.

Jika anda merupakan calon sesuai untuk program ini, daftarlah segera atau hubungi saya terus di aplikasi whatsapp di [sini] untuk saya memberikan keterangan lanjut tentang kerjaya yang hebat ini.

The post Peluang Kerjaya Bersama Zurich Takaful: Insentif Sehingga RM9,000 Sebulan! appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
575
Adakah Berbaloi Menjadi Ejen Takaful Samada Full Time atau Part Time? https://hijrahtakaful.com/2021/08/29/adakah-berbaloi-menjadi-ejen-takaful-samada-full-time-atau-part-time/ Sun, 29 Aug 2021 10:40:54 +0000 https://hijrahtakaful.com/?p=253 Pasti ramai yang terfikir adakah berbaloi untuk menjadi ejen jualan takaful samada part time atau full time? Ya sudah tentu kerana mereka hanya melihat secara umum dan tidak membuat penyelidikan secara terperinci. Yang pasti ada satu tanggapan yang ejen-ejen ni mengacau hidup orang kerana mungkin perlu jumpa prospek untuk menerangkan berkenaan kepentingan takaful dalam kehidupan […]

The post Adakah Berbaloi Menjadi Ejen Takaful Samada Full Time atau Part Time? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
Kerjaya sebagai ejen takaful

Pasti ramai yang terfikir adakah berbaloi untuk menjadi ejen jualan takaful samada part time atau full time? Ya sudah tentu kerana mereka hanya melihat secara umum dan tidak membuat penyelidikan secara terperinci. Yang pasti ada satu tanggapan yang ejen-ejen ni mengacau hidup orang kerana mungkin perlu jumpa prospek untuk menerangkan berkenaan kepentingan takaful dalam kehidupan seharian. Jadi tanggapan umum bahawa kerja ejen ini adalah leceh dan busy body. Namun, mengapa industri takaful sentiasa berkembang dan semakin ramai orang menyertai untuk menjadi ejen? Mari kita lihat perubahan yang berlaku dimasa ini.

Kehidupan sekarang berbanding dahulu

Jika zaman dahulu datuk nenek kita bekerja sebagai petani dan mempunyai tanah mereka sendiri. Walaupun pendidikan hanya peringkat SPM, semua barang dibeli dengan cash. Bila meninggal dunia, tanah dibahagikan kepada waris dan digunakan untuk mendapatkan pendapatan.

Berbeza hari ni bila manusia terlalu ramai, revolusi perindustrian telah pun bermula dengan ramai bekerja makan gaji dengan lumayan. Cukup bulan terima gaji. Tiada tanah tiada apa. Cuma bila meninggal dunia atau hilang upaya bekerja, gajinya dibawa sekali atau hilang. Timbul masalah bagaimana nak teruskan kehidupan bila berhadapan dengan masalah ni. Kompeni takkan teruskan bayar gaji bulan2 kepada anak isteri. Jangankata bekalan, tapi beban hutang pula ditinggalkan.

Kewujudan life insurance adalah untuk mengatasi masalah begini di mana syarikat insurance akan bayar pampasan kepada waris untuk gantikan income yang hilang. Umat Islam juga perlukan pelan kewangan sebegini dan wujudlah pelan *takaful keluarga* yang patuh syarak. Sebabnya, waris anak, isteri orang Islam juga perlu makan dan keperluan2 lain.

Alhamdulillah dengan kesedaran masyarakat yang semakin baik tentang perlunya takaful bagi penyelesaian kewangan akibat musibah, pasaran takaful telah terbuka luas. Lebih banyak peluang terbuka bagi mereka yang nampak dalam bidang takaful. Sebab itu kita lihat semakin ramai orang mendaftar menjadi ejen jualan takaful kerana potensi pendapatan yang bakal diperoleh mereka.

Jadi bagaimanakah potensi income yang bakal diperolehi oleh seorang ejen takaful samada part time atau full time? Mari kita lihat satu perbandingan mudah antara perniagaan takaful berbanding runcit biasa.

Gambar di atas adalah perbandingan income antara jualan runcit dan takaful. Untung jualan runcit adalah bergantung kepada jumlah jualan pada bulan tersebut. Jika tidak menjual, tiada income. Jumlah keuntungan jualan runcit adalah RM1075 setahun. Manakala takaful, oleh kerana ia menggunakan sistem komisyen, income berterusan dapat dijana walaupun ada bulan yang tiada sales. Dengan cara ini, ejen ini akan mendapat gaji bulanan sebanyak RM1075 dan jumlah komisen RM6150 dalam tahun tersebut.

Pada tahun kedua pula mereka yang membuat jualan runcit kekal dengan income yang sama manakala mereka yang membuat perniagaan takaful menerima “gaji” bulanan sebanyak RM2025 sebulan dan jumlah komisen setahun sebanyak RM17800. Jadi jumlah komisen untuk untuk tahun pertama dan kedua adalah sebanyak RM23950 jauh lebih banyak dari keuntungan dari jualan runcit. Dalam perniagaan takaful, walaupun anda tidak dapat buat sales dalam bulan-bulan tertentu komisyen masih lagi dibayar. Jika dilihat, mereka yang berada dalam industri takaful seperti menerima kenaikan gaji (dari komisyen) setiap bulan. Jadi adakah ini boleh dicapai? Nampak dari segi teori memang mudah. Mari kita lihat pendapatan sebenar seorang ejen bermula dia menceburi bidang takaful secara part time.

2016

Gambar di atas adalah income statement seorang ejen. Bermula dia dalam bidang takaful pada 2016. Lihat komisyen nye meningkat dari bulan ke bulan. Pada 2016, dia menerima jumlah komisyen sebanyak RM1754. Sedikit? Ya sedikit ini kerana tahun pertama adalah tahun yang amat penting kerana perlu banyak join training untuk melengkapkan ilmu jualan. Tidak usah pandang sangat komisyen jika buat secara part time. Tumpukan kepada latihan teknikal.

2017

Pada tahun 2017, komisyen bulanan semakin meningkat dan jumlah komisyen tahunan adalah sebanyak RM7,593.00 iaitu peningkatan sebanyak 332%.

2018

Tahun 2018 merekodkan pendapatan meningkat dari RM7,984 kepada RM11,426 iaitu peningkatan sebanyak 43% dari tahun 2017. Purata “gaji” bulanan dalam RM952. Alhamdulillah pendapatan tambahan kepada gaji sedia ada.

2019

Tahun 2019 pula meningkat dengan lebih banyak lagi dari RM11,426 ke RM22,074, peningkatan sebanyak 93%. Alhamdulillah waktu ini “gaji” bulanan dalam perniagaan sudah hampir mencecah RM2 ribu sebulan.

Berdasarkan bukti pendapatan ini, ternyata teori perniagaan runcit vs takaful yang kita bincangkan sebelum ini memang menjadi. Bayangkan income meningkat setiap bulan dan ianya TIADA HAD. Berbanding kerja makan gaji yang kenaikan hanya sekali setiap tahun itupun jika ada. Di sini bukan kita hendak kata kerja makan gaji itu tidak bagus, ya itu pun cukup bagus cuma di takaful peluang anda lebih terbuka luas.

>>Klik sini untuk cara pantas menjadi usahawan takaful<<

Dalam perniagaan takaful, bukan menjanjikan hari ini sertai esok terus kaya. Tuan-tuan, tidak ada pekerjaan yang mudah dalam dunia ini. Semuanya memerlukan latihan dan pengorbanan untuk berjaya. Tapi di takaful, ianya lebih berbaloi kerana dalam masa yang singkat anda dapat mencapai pendapatan yang tinggi jika anda istiqomah dan lakukan dengan kaedah yang betul. Semua latihan dan sokongan akan diberikan selepas anda diterima menjadi ejen. Jika anda berminat ingin menceburi perniagaan takaful, boleh terus ke aplikasi whatsapp saya di [sini].

Zul Pakar Takaful

Whatsapp: http://0192757055.wasap.my

The post Adakah Berbaloi Menjadi Ejen Takaful Samada Full Time atau Part Time? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
253