Kesihatan Archives - hijrahtakaful.com https://hijrahtakaful.com/category/kesihatan/ Takaful & Kehidupan Sun, 19 Sep 2021 04:33:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.5.5 https://hijrahtakaful.com/wp-content/uploads/2020/05/cropped-Logo-1-32x32.jpg Kesihatan Archives - hijrahtakaful.com https://hijrahtakaful.com/category/kesihatan/ 32 32 176772263 Umur Baru 30 Tahun Sudah Menghidap Sakit Jantung Kronik Kerana Merokok https://hijrahtakaful.com/2021/09/19/umur-baru-30-tahun-sudah-menghidap-sakit-jantung-kronik-kerana-merokok/ Sun, 19 Sep 2021 04:33:21 +0000 https://hijrahtakaful.com/2021/09/19/umur-baru-30-tahun-sudah-menghidap-sakit-jantung-kronik-kerana-merokok/ Usia muda, pemakanan sihat dan aktif dalam aktiviti fizikal bukan jaminan untuk pencegahan serangan jantung jika anda terus merokok. Ini adalah satu kes pesakit berumur 30 tahun kuat merokok yang telah dirujuk ke jabatan sakit dada teruk. Berdasarkan keputusan pemeriksaan, jantungnya mempunyai masalah yang kronik. Keputusan selepas prosedur angiogram menunjukkan salur darah yang tersumbat pada […]

The post Umur Baru 30 Tahun Sudah Menghidap Sakit Jantung Kronik Kerana Merokok appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
Keputusan ECG Pesakit

Usia muda, pemakanan sihat dan aktif dalam aktiviti fizikal bukan jaminan untuk pencegahan serangan jantung jika anda terus merokok. Ini adalah satu kes pesakit berumur 30 tahun kuat merokok yang telah dirujuk ke jabatan sakit dada teruk. Berdasarkan keputusan pemeriksaan, jantungnya mempunyai masalah yang kronik.

Keputusan selepas prosedur angiogram menunjukkan salur darah yang tersumbat pada jantung pesakit. Pesakit memerlukan rawatan stent dalam keadaan segera. Prosedur ini mengembangkan saluran darah yang tersumbat atau sempit untuk memperbaiki aliran darah ke otot jantung. Pesakit yang mempunyai penyakit arteri koronari memerlukan prosedur ini. Penyakit arteri koronari berlaku apabila plak kolesterol menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan keras. Penyakit ini boleh mengurangkan bekalan darah kepada otot jantung dan menyebabkan kematian otot jantung sekiranya keadaan ini berlanjutan. Sumber: Doctoroncall

Selepas prosedur stent pengaliran darah menjadi lebih baik. Mujur pesakit ini dapat diselamatkan dengan memasukkan stent pada salur darah jantungnya. Kos rawatan stent di hospital kerajaan adalah sekita RM15ribu hingga RM25 ribu manakala di hospital swasta ianya boleh mencecah dari RM30ribu hingga RM50 ribu mengikut kadar kesusahan prosedur.

Adalah lebih baik untuk mencegah daripada merawat. Berhenti merokok adalah jalan terbaik. Ini kerana nikotin dalam rokok menaikkan tekanan darah menyebabkan jantung berdenyut lebih laju. Juga tar dari rokok meliputi sel-sel paru-paru menyebabkan serapan oksigen makin berkurang dan jantung tidak dapat menerima kadar oksigen yang sepatutnya.

Persediaan dari segi kos rawatan juga amat perlu supaya rawatan segera dapat dilakukan. Mencarum dalam takaful perubatan merupakan salah satu cara terbaik untuk membiayai kos rawatan jantung yang mahal. Berjumpalah dengan wakil takaful yang pakar bagi mendapatkan pelan perubatan yang terbaik.

P/S: Zurich Takaful menawarkan pelan takaful perubatan dengan had tahunan sehingga RM2juta. Sila klik [Zurich Takaful MediPro] untuk maklumat lanjut.

The post Umur Baru 30 Tahun Sudah Menghidap Sakit Jantung Kronik Kerana Merokok appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
370