Pengurusan kewangan Archives - hijrahtakaful.com https://hijrahtakaful.com/category/pengurusan-kewangan/ Takaful & Kehidupan Sun, 21 Jul 2024 14:24:32 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.5.5 https://hijrahtakaful.com/wp-content/uploads/2020/05/cropped-Logo-1-32x32.jpg Pengurusan kewangan Archives - hijrahtakaful.com https://hijrahtakaful.com/category/pengurusan-kewangan/ 32 32 176772263 Apakah Yang Dimaksudkan Nilai Pelaburan Dalam Takaful? https://hijrahtakaful.com/2023/09/30/apakah-yang-dimaksudkan-nilai-pelaburan-dalam-takaful/ Sat, 30 Sep 2023 03:41:06 +0000 https://hijrahtakaful.com/?p=756 Dalam takaful, terdapat pelan yang mempunyai pelaburan semula dan yang tidak ada pelaburan. Pelan yang mempunyai fungsi pelaburan semula membolehkan sesuatu sijil takaful itu mempunyai nilai tunai dalam jumlah tertentu mengikut hasil pelaburan yang disertai. Pelan yang tidak disertakan dengan pelaburan tidak mempunyai nilai tunai dan biasanya dengan bayaran bulanan yang lebih rendah. Walaubagaimanapun, pelaburan […]

The post Apakah Yang Dimaksudkan Nilai Pelaburan Dalam Takaful? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Dalam takaful, terdapat pelan yang mempunyai pelaburan semula dan yang tidak ada pelaburan. Pelan yang mempunyai fungsi pelaburan semula membolehkan sesuatu sijil takaful itu mempunyai nilai tunai dalam jumlah tertentu mengikut hasil pelaburan yang disertai. Pelan yang tidak disertakan dengan pelaburan tidak mempunyai nilai tunai dan biasanya dengan bayaran bulanan yang lebih rendah.

Walaubagaimanapun, pelaburan adalah bukan tujuan utama untuk mereka yang mengambil takaful kerana tujuan takaful itu sendiri adalah untuk perlindungan kepada sesuatu musibah yang kita tidak rancang. Contohnya kemalangan, penyakit kritikal dan lain-lain lagi. Jadi adalah satu kesalahan BESAR bila menganggap takaful itu adalah satu instrument pelaburan.

Pelaburan dalam takaful dilakukan dengan cara sebahagian daripada caruman yang dibayar dimasukkan ke tabung pelaburan peserta atau participant investment account (PIA) dan dividen yang diperolehi akan di masukkan kedalam akaun tersebut.

Gambar di atas adalah contoh nilai tunai untuk satu polisi Zurich Takaful. Nilai tunai terkumpul untuk sijil ini adalah RM8,811.44. Sijil ini. Sijil ini mempunyai manfaat hibah RM300 ribu, lumpuh kekal RM300 ribu, pampasan tunai sakit kritikal RM150 ribu dan elaun hospital sebanyak RM150/hari dan lain-lain manfaat yang memberikan bayaran tunai kepada peserta jika berlaku musibah.

Nilai tunai sijil takaful boleh menjadi lebih tinggi jika sesuatu sijil itu berkuatkuasa lebih lama contohnya dalam jangkamasa 30 tahun. Terdapat juga produk yang memaksimakan pelaburan di Zurich Takaful seperti pelan Executive 20 dan juga ProInvest.

Dengan adanya nilai pelaburan ini, tidaklah caruman bulanan anda hangus seperti anda membayar takaful atau insuran untuk kenderaan yang mana tidak dapat tidak anda terpaksa juga membayar untuk membolehkan kenderaan anda dilindungi jika berlaku kemalangan.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang takaful dengan pelaburan, klik [sini] untuk terus ke aplikasi WhatsApp admin untuk penerangan lebih lanjut.

The post Apakah Yang Dimaksudkan Nilai Pelaburan Dalam Takaful? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
756
Langkah-Langkah Untuk Menjadi Seorang Ejen Takaful https://hijrahtakaful.com/2023/02/09/langkah-langkah-untuk-menjadi-seorang-ejen-takaful/ Thu, 09 Feb 2023 14:20:41 +0000 http://hijrahtakaful.com/?p=591 Ramai di kalangan kita yang ingin menjadi ejen takaful tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk bermula. Sebenarnya, untuk menjadi seorang ejen takaful bukanlah sesukar yang disangka. Jika tahu cara-caranya dan tips-tips yang diperlukan, percayalah memang sangat-sangat mudah untuk anda. Di hantaran blog kali ini saya akan kongsikan langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk menjadi seorang […]

The post Langkah-Langkah Untuk Menjadi Seorang Ejen Takaful appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Ramai di kalangan kita yang ingin menjadi ejen takaful tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk bermula. Sebenarnya, untuk menjadi seorang ejen takaful bukanlah sesukar yang disangka. Jika tahu cara-caranya dan tips-tips yang diperlukan, percayalah memang sangat-sangat mudah untuk anda. Di hantaran blog kali ini saya akan kongsikan langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk menjadi seorang ejen takaful.

1) Lulus Peperiksaan Takaful Basic Examination (TBE)

Setiap mereka yang ingin menjadi ejen takaful mesti perlu untuk menduduki peperiksaan Takaful Basic Examination (TBE). Bagi tujuan ini, calon-calon perlulah mendaftar terlebih dahulu di www.takafuleexam.com. Bagi mereka yang ingin menjadi ejen untuk takaful keluarga (life dan family) perlu untuk ambil part A dan C.

Kos untuk exam TBE ini adalah RM80 dan untuk bayaran ini biasanya akan dibayar semula oleh syarikat takaful yang anda ingin sertai. Umpamanya modal untuk exam TBE ini adalah percuma kerana ia akan dibayar balik kepada anda jika lulus. Jadi, bagi mudah lulus exam TBE ini, anda perlu untuk bersedia lebih awal dengan membaca nota-nota dan juga buat latih tubi berdasarkan contoh-contoh soalan. Anda boleh dapatkan semua nota-nota dan contoh-contoh soalan dari introducer anda. Exam ni tidak susah untuk lulus jika mengikut tips-tips yang disebutkan tadi.

>>Lihat bagaimana potensi income seorang ejen takaful di sini —>

Potensi income ejen takaful

2. Daftar dengan syarikat takaful yang anda ingin sertai

Setelah lulus exam TBE, langkah seterusnya adalah membuat pendaftaran sebagai ejen di syarikat yang akan anda sertai. Pendaftaran ini amat mudah kerana ia dilakukan secara online oleh introduser anda. Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah 1. Salinan kad pengenalan 2. Salinan sijil TBE 3. Sijil SPM atau Ijazah, 4. Gambar bersaiz passport dan 5. Butiran seperti alamat, maklumat pasangan dan juga maklumat akaun bank (untuk kemasukan bayaran komisen). Setelah pendaftaran selesai, dalam masa 1 hingga 2 hari anda akan diberikan kod ejen dan secara rasminya anda telah menjadi seorang ejen takaful yang akan membantu masyarakat mendapatkan perlindungan kewangan akibat musibah atau bencana.

3. Mengikuti latihan asas bagi etika dan kaedah penjualan

Kaedah Pantas Usahawan Takaful

Selepas mendapat kod ejen, anda memang sudah boleh mula menjual takaful namun sebagai ejen baru, satu program latihan wajib perlu anda hadir di mana anda akan diberikan penerangan berkenaan dengan tatacara sebagai seorang ejen dan juga proses kitaran jualan takaful. Jika anda gagal menghadiri kursus wajib ini, walaupun anda membuat hantaran kes yang banyak namun anda akan tidak mendapat komisyen anda kerana telah disekat sebagai tindakan anda gagal untuk menghadiri latihan wajib tersebut.

>>Lihat bagaimana potensi income seorang ejen takaful di sini —>

Tiada ruginya untuk anda mencuba menjadi ejen takaful kerana platform ini telah terbukti melahirkan usahawan yang berjaya dan paling penting dengan modal yang sangat minima tanpa perlu menyewa premis dan juga menyimpan stok barangan. Jika anda tidak mahu fikir banyak, ini adalah solusinya. Admin sedia membantu anda untuk merealisasikan impian anda. Klik [SINI] untuk terus ke whatsapp admin. Harap hantaran ini memberi manfaat dan juga sharekan dengan rakan-rakan yang lain.

The post Langkah-Langkah Untuk Menjadi Seorang Ejen Takaful appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
591
Hibah Takaful: Salah Satu Kaedah Pewarisan Harta https://hijrahtakaful.com/2023/01/01/hibah-takaful-salah-satu-kaedah-pewarisan-harta/ Sun, 01 Jan 2023 08:34:32 +0000 http://hijrahtakaful.com/2023/01/01/hibah-takaful-salah-satu-kaedah-pewarisan-harta/ Apabila seseorang Islam meninggal dunia tanpa membuat wasiat, maka hartanya akan dibahagikan mengikut kaedah faraid. Harta yang dibahagikan adalah harta setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dan lain-lain) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak. Kisah perebutan harta faraid bukan lagi kisah asing sehingga berlaku tohmah mentohmah, saman menyaman antara ahli keluarga. […]

The post Hibah Takaful: Salah Satu Kaedah Pewarisan Harta appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Apabila seseorang Islam meninggal dunia tanpa membuat wasiat, maka hartanya akan dibahagikan mengikut kaedah faraid. Harta yang dibahagikan adalah harta setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dan lain-lain) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak.

Kisah perebutan harta faraid bukan lagi kisah asing sehingga berlaku tohmah mentohmah, saman menyaman antara ahli keluarga. Kisah pelawak yang di saman RM60 ribu baru-baru ini juga perlu kita jadikan teladan supaya kita lebih cakna dalam pengurusan harta terutamanya berkenaan dengan wasiat.

Sekarang perkara wasiat lebih mudah dengan terdapatnya syarikat pengurusan wasiat di mana mereka menguruskan wasiat kita secara sah supaya tidak timbul perkara berbangkit di kemudian hari.

Selain dari itu, hibah takaful juga boleh dijadikan sebagai salah satu kaedah pewarisan harta, di mana sejumlah wang ringgit dalam bentuk pampasan dihadiahkan terus kepada waris pilihan anda. Harta hibah tidak termasuk dalam pembahagian faraid dan penama hibah adalah pewaris mutlak. Ia juga mampu mengelak perselisihan keluarga yang mungkin akan timbul dalam proses pembahagian harta. Dengan wang hibah itu, dapatlah waris meneruskan hidup seperti sediakala tanpa masalah kewangan meruncing.

Permohonan hibah sekarang lebih mudah malah ada plan yang mana permohonan adalah dijamin lulus walaupun sudah mempunyai penyakit kronik. Jika anda ingin tahu tentang hibah lebih lanjut, boleh hubungi admin atau klik [SINI] untuk terus ke aplikasi whatsapp.

The post Hibah Takaful: Salah Satu Kaedah Pewarisan Harta appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
544
Permasalahan Kos Akibat Musibah dan Penyelesaiannya https://hijrahtakaful.com/2021/09/16/permasalahan-kos-akibat-musibah-dan-penyelesaiannya/ Thu, 16 Sep 2021 12:43:31 +0000 http://hijrahtakaful.com/2021/09/16/permasalahan-kos-akibat-musibah-dan-penyelesaiannya/ Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jalan penyelesaian adalah bergantung kepada jenis masalah. Seperti juga masalah berkenaan kos gantirugi sewaktu dilanda musibah. Jika terpaksa mengeluarkan belanja yang besar bagi memperbaiki kenderaan atau untuk kos rawatan pasti akan mengkibatkan masalah kewangan yang dahsyat. Mungkin hingga terpaksa meminjam dengan orang lain. Ini kerana kos pembaikan atau rawatan […]

The post Permasalahan Kos Akibat Musibah dan Penyelesaiannya appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
Kos pembaikan kemalangan yang mahal

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jalan penyelesaian adalah bergantung kepada jenis masalah. Seperti juga masalah berkenaan kos gantirugi sewaktu dilanda musibah. Jika terpaksa mengeluarkan belanja yang besar bagi memperbaiki kenderaan atau untuk kos rawatan pasti akan mengkibatkan masalah kewangan yang dahsyat. Mungkin hingga terpaksa meminjam dengan orang lain. Ini kerana kos pembaikan atau rawatan selalunya melebihi dari simpanan tunai kita.

Kos rawatan meningkat saban tahun

Penyelesaian kepada masalah ini adalah mencarum sedikit dalam takaful. Takaful merupakan tabung jaminan bersama di mana dana dari semua pencarum dikumpul menjadi satu dana yang besar. Jika salah satu pencarum mengalami musibah dan perlukan belanja kewangan maka pihak pengendali takaful akan menguruskan bayaran untuk beliau.

Tidak ramai mempunyai dana kecemasan

Hakikat sekarang rakyat Malaysia mempunyai simpanan tunai yang amat sedikit kerana serba serbi menjadi mahal menyebabkan gaji amat sukar disimpan. Oleh itu anda disarankan dengan kadar segera untuk mencarum dalam takaful bagi penyelesaian kepada masalah begini.

The post Permasalahan Kos Akibat Musibah dan Penyelesaiannya appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
364