Produk Zurich Takaful Archives - hijrahtakaful.com https://hijrahtakaful.com/category/produk/ Takaful & Kehidupan Sun, 21 Jul 2024 14:24:32 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.5.5 https://hijrahtakaful.com/wp-content/uploads/2020/05/cropped-Logo-1-32x32.jpg Produk Zurich Takaful Archives - hijrahtakaful.com https://hijrahtakaful.com/category/produk/ 32 32 176772263 Rebat Tunai 1 Bulan Untuk Produk Zurich Takaful Dari 15 Mac hingga 28 April 2023 https://hijrahtakaful.com/2023/03/25/rebat-tunai-1-bulan-untuk-produk-zurich-takaful-dari-15-mac-hingga-28-april-2023/ Sat, 25 Mar 2023 05:00:46 +0000 https://hijrahtakaful.com/2023/03/25/rebat-tunai-1-bulan-untuk-produk-zurich-takaful-dari-15-mac-hingga-28-april-2023/ Bulan Ramadhan sudah tiba dan sudah pasti 1 Syawal bakal menjelang. Kebiasaannya, pada bulan puasa akan ada pertambahan pergerakan kenderaan di Jalanraya apetah lagi bila tibanya hari raya aidilfitri. Ini menambahkan lagi risiko kemalangan yang kemungkinan dihadapai oleh pengguna jalan raya. Justeru itu, perlindungan takaful menjadi lebih penting lagi pada masa-masa seperti ini. Memahami situasi […]

The post Rebat Tunai 1 Bulan Untuk Produk Zurich Takaful Dari 15 Mac hingga 28 April 2023 appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Bulan Ramadhan sudah tiba dan sudah pasti 1 Syawal bakal menjelang. Kebiasaannya, pada bulan puasa akan ada pertambahan pergerakan kenderaan di Jalanraya apetah lagi bila tibanya hari raya aidilfitri. Ini menambahkan lagi risiko kemalangan yang kemungkinan dihadapai oleh pengguna jalan raya. Justeru itu, perlindungan takaful menjadi lebih penting lagi pada masa-masa seperti ini.

Memahami situasi ini, Zurich Takaful menawarkan kempen memiliki polisi takaful dengan rebat tunai 1 bulan bagi produk mereka. Sepertinya yang dinyatakan, kempen ini adalah dari 15 Mac hingga 28 April sahaja. Cepat hubungi ejen Zurich Takaful anda untuk tidak lepaskan peluang ini.

Untuk info lanjut berkenaan produk Zurich Takaful, anda boleh rujuk pautan berikut;

1. Takaful ProEssential (Takaful hayat & Medical Card MediPro) https://hijrahtakaful.com/2021/08/18/zurich-takaful-medipro-kad-perubatan-dengan-had-tahunan-sehingga-rm2-juta/

2. Takaful Term80 (Takaful hayat & Medical Card Mediafya) https://hijrahtakaful.com/2023/01/30/mediafya-medical-card-mampu-milik-dengan-had-perlindungan-tahunan-tinggi/

3. Takaful untuk orang yang berpenyakit (Takaful Al Shams) https://hijrahtakaful.com/2022/11/07/al-shams-perlindungan-takaful-untuk-semua-kelulusan-dan-penerimaan-terjamin/

4. Takaful Family Hero serendah RM50 sebulan https://hijrahtakaful.com/2020/04/20/takaful-hero-tawarkan-perlindungan-menyeluruh-beserta-bayaran-pampasan-tahunan-tambahan/

https://hijrahtakaful.com/category/produk/

atau terus klik link di bawah untuk terus ke aplikasi whatsapp admin untuk khidmat nasihat berkenaan dengan takaful

http://0192757055.wasap.my

The post Rebat Tunai 1 Bulan Untuk Produk Zurich Takaful Dari 15 Mac hingga 28 April 2023 appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
603
Langkah-Langkah Untuk Menjadi Seorang Ejen Takaful https://hijrahtakaful.com/2023/02/09/langkah-langkah-untuk-menjadi-seorang-ejen-takaful/ Thu, 09 Feb 2023 14:20:41 +0000 http://hijrahtakaful.com/?p=591 Ramai di kalangan kita yang ingin menjadi ejen takaful tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk bermula. Sebenarnya, untuk menjadi seorang ejen takaful bukanlah sesukar yang disangka. Jika tahu cara-caranya dan tips-tips yang diperlukan, percayalah memang sangat-sangat mudah untuk anda. Di hantaran blog kali ini saya akan kongsikan langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk menjadi seorang […]

The post Langkah-Langkah Untuk Menjadi Seorang Ejen Takaful appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Ramai di kalangan kita yang ingin menjadi ejen takaful tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk bermula. Sebenarnya, untuk menjadi seorang ejen takaful bukanlah sesukar yang disangka. Jika tahu cara-caranya dan tips-tips yang diperlukan, percayalah memang sangat-sangat mudah untuk anda. Di hantaran blog kali ini saya akan kongsikan langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk menjadi seorang ejen takaful.

1) Lulus Peperiksaan Takaful Basic Examination (TBE)

Setiap mereka yang ingin menjadi ejen takaful mesti perlu untuk menduduki peperiksaan Takaful Basic Examination (TBE). Bagi tujuan ini, calon-calon perlulah mendaftar terlebih dahulu di www.takafuleexam.com. Bagi mereka yang ingin menjadi ejen untuk takaful keluarga (life dan family) perlu untuk ambil part A dan C.

Kos untuk exam TBE ini adalah RM80 dan untuk bayaran ini biasanya akan dibayar semula oleh syarikat takaful yang anda ingin sertai. Umpamanya modal untuk exam TBE ini adalah percuma kerana ia akan dibayar balik kepada anda jika lulus. Jadi, bagi mudah lulus exam TBE ini, anda perlu untuk bersedia lebih awal dengan membaca nota-nota dan juga buat latih tubi berdasarkan contoh-contoh soalan. Anda boleh dapatkan semua nota-nota dan contoh-contoh soalan dari introducer anda. Exam ni tidak susah untuk lulus jika mengikut tips-tips yang disebutkan tadi.

>>Lihat bagaimana potensi income seorang ejen takaful di sini —>

Potensi income ejen takaful

2. Daftar dengan syarikat takaful yang anda ingin sertai

Setelah lulus exam TBE, langkah seterusnya adalah membuat pendaftaran sebagai ejen di syarikat yang akan anda sertai. Pendaftaran ini amat mudah kerana ia dilakukan secara online oleh introduser anda. Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah 1. Salinan kad pengenalan 2. Salinan sijil TBE 3. Sijil SPM atau Ijazah, 4. Gambar bersaiz passport dan 5. Butiran seperti alamat, maklumat pasangan dan juga maklumat akaun bank (untuk kemasukan bayaran komisen). Setelah pendaftaran selesai, dalam masa 1 hingga 2 hari anda akan diberikan kod ejen dan secara rasminya anda telah menjadi seorang ejen takaful yang akan membantu masyarakat mendapatkan perlindungan kewangan akibat musibah atau bencana.

3. Mengikuti latihan asas bagi etika dan kaedah penjualan

Kaedah Pantas Usahawan Takaful

Selepas mendapat kod ejen, anda memang sudah boleh mula menjual takaful namun sebagai ejen baru, satu program latihan wajib perlu anda hadir di mana anda akan diberikan penerangan berkenaan dengan tatacara sebagai seorang ejen dan juga proses kitaran jualan takaful. Jika anda gagal menghadiri kursus wajib ini, walaupun anda membuat hantaran kes yang banyak namun anda akan tidak mendapat komisyen anda kerana telah disekat sebagai tindakan anda gagal untuk menghadiri latihan wajib tersebut.

>>Lihat bagaimana potensi income seorang ejen takaful di sini —>

Tiada ruginya untuk anda mencuba menjadi ejen takaful kerana platform ini telah terbukti melahirkan usahawan yang berjaya dan paling penting dengan modal yang sangat minima tanpa perlu menyewa premis dan juga menyimpan stok barangan. Jika anda tidak mahu fikir banyak, ini adalah solusinya. Admin sedia membantu anda untuk merealisasikan impian anda. Klik [SINI] untuk terus ke whatsapp admin. Harap hantaran ini memberi manfaat dan juga sharekan dengan rakan-rakan yang lain.

The post Langkah-Langkah Untuk Menjadi Seorang Ejen Takaful appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
591
MediAfya: Medical Card Mampu Milik Dengan Had Perlindungan Tahunan Tinggi https://hijrahtakaful.com/2023/01/30/mediafya-medical-card-mampu-milik-dengan-had-perlindungan-tahunan-tinggi/ Mon, 30 Jan 2023 15:38:51 +0000 http://hijrahtakaful.com/?p=555 Kesihatan merupakan satu nikmat yang tiada tolok bandingnya. Kesihatan adalah harta yang sebenar. Ini kerana jika anda sakit, apa pun aktiviti anda seperti bekerja, mengurus diri dan lain-lain lagi menjadi sukar. Kos rawatan juga sangat tinggi dan pada kes-kes tertentu memerlukan belanja yang besar seperti kos pembedahan, pembelian implan, ubat-ubatan, kos penghospitalan dan banyak lagi. […]

The post MediAfya: Medical Card Mampu Milik Dengan Had Perlindungan Tahunan Tinggi appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Kesihatan merupakan satu nikmat yang tiada tolok bandingnya. Kesihatan adalah harta yang sebenar. Ini kerana jika anda sakit, apa pun aktiviti anda seperti bekerja, mengurus diri dan lain-lain lagi menjadi sukar. Kos rawatan juga sangat tinggi dan pada kes-kes tertentu memerlukan belanja yang besar seperti kos pembedahan, pembelian implan, ubat-ubatan, kos penghospitalan dan banyak lagi.

Apabila sakit, satu perkara sahaja yang difikirkan iaitu bagaimana untuk dapatkan rawatan sesegera mungkin. Semua sedia maklum yang mana hospital kerajaan biasanya sesak dan perlu mengambil giliran yang panjang. Jadi, pilihan yang lain adalah hospital swasta. Namun kos perubatan hospital swasta adalah tinggi dan kebanyakan rakyat Malaysia tidak mampu untuk membayar kos sebanyak itu. Jadi apakah solusi kepada masalah ini?

Perlindungan takaful perubatan merupakan solusi kepada kos perubatan yang tinggi pada zaman sekarang. Banyak produk-produk takaful perubatan di pasaran namun tidak semua yang memberikan had perlindungan yang ideal dan mencukupi dan juga manfaat-manfaat lain yang boleh dikatakan ketinggalan. Atas sebab inilah Zurich Takaful memperkenalkan pelan takaful kesihatan MediAfya yang mampu milik dengan dengan beberapa ciri menarik yang ada padanya dan tiada pada medical card lain adalah;

1. Had kemasukan wad tiada had hari berbanding 180-240 hari untuk syarikat lain

2. Elaun tunai harian tinggi jika warded di hospital kerajaan (Elaun sama dengan harga bilik RM180-RM250/hari)

3. Had rawatan dialisis dan kanser pesakit luar yang tinggi

4. Rawatan kanta introkular sehingga RM5000

5. Had tahunan yang munasabah dengan kadar inflasi semasa dan akan datang.

Plan MediAfya ini adalah produk rider atau manfaat tambahan kepada plan induk Takaful Term 80, yang merupakan pelan pelaburan tunggal yang memberikan nilai tunai ke dalam sijil takaful. Dengan adanya pelan induk Term 80 ini membolehkan para pencarum mendapat perlindungan menyeluruh dari untuk kematian, hilang upaya kekal dan juga sakit kritikal yang menyebabkan kehilangan keupayaan bekerja.

>>lihat testimoni medical card Zurich Takaful di [sini]<<

Untuk makluman, pelan MediAfya ini mempunyai Ko Takaful sebanyak 10% atau maksimum Rm1,000 untuk bayaran jumlah bil hospital. Ko takaful ini bertujuan salah satu darinya adalah supaya pencarum membayar sebahagian kecil bil bagi mengekalkan caruman bulanan yang kompetitif. Contohnya, jika Ali masuk hospital pada bulan Januari 2023 dan dikenakan bayaran RM20,000 untuk bil hospital, maka ko takaful yang dikenakan adalah RM1,000. Jika pada bulan April Ali masuk hospital sekali lagi dengan bil RM19,000, maka jumlah ko takaful yang perlu dibayar adalah RM0. Ini kerana Ali sudah membayar maksimum ko takaful pada tahun semasa tersebut.

Bayaran ko takaful dikecualikan jika kemasukan wad adalah dari sebab kemalangan. Semua bil rawatan akan dibayar sepenuhnya oleh pihak Zurich Takaful. Ini adalah salah satu dari kelebihan produk MediAfya ini.

Sempena dengan pelancaran plan MediAfya ini, pihak Zurich Takaful memberikan rebate kepada peserta terawal dan tawaran ini sah sehingga 28 Februari 2023 rebutlag peluang ini segera.

MediAfya harga bermula dari serendah RM143/bulan untuk anda mendapatkan perlindungan nyawa dan hilang upaya kekal dan juga untuk kemasukan hospital tanpa tunai dengan medical card. Untuk maklumat lanjut, boleh terus klik [SINI] untuk terus ke aplikasi Whatsapp saya.

The post MediAfya: Medical Card Mampu Milik Dengan Had Perlindungan Tahunan Tinggi appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
555
Al-Shams: Perlindungan Takaful Untuk Semua, Kelulusan Dan Penerimaan Terjamin https://hijrahtakaful.com/2022/11/07/al-shams-perlindungan-takaful-untuk-semua-kelulusan-dan-penerimaan-terjamin/ Mon, 07 Nov 2022 21:00:12 +0000 https://hijrahtakaful.com/2022/11/07/al-shams-perlindungan-takaful-untuk-semua-kelulusan-dan-penerimaan-terjamin/ Bagi mereka yang pernah ditolak permohonan takaful mereka disebabkan penyakit ataupun dari golongan berumur yang berpenyakit seperti mak dan ayah kita, jangan berasa bimbang kerana kini Zurich Takaful membawakan satu produk iaitu Al-Shams. Al-Shams membolehkan golongan yang ditolak permohonan mereka untuk mempunyai hibah sebagai warisan kepada waris dan juga perlindungan hilang upaya kekal (HUKK) bagi […]

The post Al-Shams: Perlindungan Takaful Untuk Semua, Kelulusan Dan Penerimaan Terjamin appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Bagi mereka yang pernah ditolak permohonan takaful mereka disebabkan penyakit ataupun dari golongan berumur yang berpenyakit seperti mak dan ayah kita, jangan berasa bimbang kerana kini Zurich Takaful membawakan satu produk iaitu Al-Shams. Al-Shams membolehkan golongan yang ditolak permohonan mereka untuk mempunyai hibah sebagai warisan kepada waris dan juga perlindungan hilang upaya kekal (HUKK) bagi diri mereka sendiri.

Apa yang menarik bagi takaful Al-Shams ini ialah penerimaannya dan kelulusan yang terjamin membolehkan sesiapa sahaja boleh ambil perlindungan takaful dengan harga yang berpatutan. Satu lagi ciri yang menarik adalah jika orang yang dilindungi meninggal dunia dalam masa 2 tahun dari tarikh sijil berkuatkuasa, semua caruman yang telah dibayar akan dipulangkan semula. Contoh: Ali mencarumkan ibunya yang sudah menpunyai penyakit sebanyak RM50 sebulan. Setelah 12 bulan mencarum, ibunya pula meninggal dunia. Caruman sebanyak RM50x12bulan-=RM600 yang telah dibayar akan dipulangkan semula kepada Ali . Jadi tiada apa-apakerugian di situ.

Manfaat Al-Shams

Gambar di atas adalah penerangan tentang apa yang anda bakal perolehi dengan takaful Al-Shams. Berbeza dengan produk takaful untuk orang berpenyakit sebelum ini seperti seniorgold (sudah ditamatkan) dan surecover adalah perlindungan untuk hilang upaya kekal keseluruhan (HUKK) dan Hilang upaya warga emas (HUWE). Takaful Al-Shams ini boleh juga diambil untuk kanak-kanak istimewa seperti down syndrome, autisme dan juga golongan berisiko tinggi seperti tentera dan polis dan sebagainya.

Jika kemalangan yang menyebabkan kematian di luar negara berlaku, maka waris akan mendapat pampasan 400% daripada jumlah yang dilindungi. Contoh: Jika Jumlah dilindungi RM200 ribu maka jika berlaku kes seperti ini pampasan akan digandakan 4 iaitu RM 800 ribu dan juga bayaran wang Ihsan RM2ribu.

Juga terdapat manfaat-manfaat lain seperti manfaat pemulihan tahunan hukk iaitu bayaran 5% dari jumlah perlindungan asas selama 5 tahun berturut-turut, lanjutan perlindungan untuk ahli keluarga dan hak istimewa penjagaan keluarga (Rujuk gambar di atas untuk perincian).

Jadual caruman Al-Shams

Jadual di atas menunjukkan caruman untuk takaful Al-Shams mengikut jumlah perlindungan dan julat umur. Caruman akan meningkat mengikut julat umur kerana peningkatan risiko kepada orang yang dilindungi menyebabkan kekerapan tuntutan yang lebih tinggi.

Kepada saudara-saudara yang membaca artikel berkenaan takaful Al-Shams ini, ambillah jika anda belum lagi mempunyai perlindungan takaful. Juga boleh juga ambilkan untuk ibu bapa kita atau anak-anak istimewa anda bagi melindungi mereka dari kemalangan yang tidak boleh dijangka. Atau kongsikan artikel ini kepada mereka yang anda rasa memerlukan. Boleh klik [sini] untuk ke aplikasi WhatsApp saya untuk pertanyaan lanjut berkenaan Al-Shams.

The post Al-Shams: Perlindungan Takaful Untuk Semua, Kelulusan Dan Penerimaan Terjamin appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
515
Cara-cara Log Masuk Ke Portal Zurich Myaccount https://hijrahtakaful.com/2021/12/31/cara-cara-log-masuk-ke-portal-zurich-myaccount/ Fri, 31 Dec 2021 00:31:22 +0000 http://hijrahtakaful.com/2021/12/31/cara-cara-log-masuk-ke-portal-zurich-myaccount/ Kepada pelanggan-pelanggan Zurich Takaful, anda boleh menyemak status terkini berkenaan sijil takaful anda melalui portal sehenti Myaccount. Di sini juga anda boleh mendapatkan info, penyata berkenaan bayaran balik cukai dan juga lain-lain notis berkenaan sijil anda. Anda boleh mengakses portal tersebut di pautan berikut; https://myaccount.zurich.com.my/Login.aspx Anda perlu melakukan pendaftaran terlebih dahulu. Jika sudah pernah mendaftar […]

The post Cara-cara Log Masuk Ke Portal Zurich Myaccount appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Kepada pelanggan-pelanggan Zurich Takaful, anda boleh menyemak status terkini berkenaan sijil takaful anda melalui portal sehenti Myaccount. Di sini juga anda boleh mendapatkan info, penyata berkenaan bayaran balik cukai dan juga lain-lain notis berkenaan sijil anda. Anda boleh mengakses portal tersebut di pautan berikut;

https://myaccount.zurich.com.my/Login.aspx

Anda perlu melakukan pendaftaran terlebih dahulu. Jika sudah pernah mendaftar dan terlupa kata laluan, sila ke butang forgot password dan masukkan ID anda. ID adalah nombor kad pengenalan anda dengan meletakkan sengkang pada kod negeri seperti xxxxxx-10-xxxx. Selepas itu OTP akan dihantar ke nombor telefon yang berdaftar dengan portal sebagai untuk anda reset semula kata laluan.

Setelah anda log masuk, semua polisi yang anda ambil akan terpapar. Seleps itu, untuk mengakses pelbagai info berkenaan polisi anda, klik pada icon document. Selepas itu anda akan dibawa ke paparan seterusnya.

Bagi yang mempunyai polisi medical card dan ingin mengetahui tentang pengkadaran semula harga, anda boleh klik pada bahagian E-NOTICES. Selepas itu anda akan dibawa ke paparan seterusnya.

Seterusnya anda pergi ke bahagian document type dan klik pada perkataan select. Seterus paparan pop out akan dipaparkan.

Pada paparan pop out, anda pilih kepada pilihan “revision of medical contribution / tabarru charge”. Selepas itu anda akan dibawa ke paparan seterusnya.

Selepas itu anda tekan pada anak panah panda tanda “download” dan dokumen akan dipaparkan. Jika anda masih menghadapi masalah, hubungi wakil takaful anda.

The post Cara-cara Log Masuk Ke Portal Zurich Myaccount appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
459
Mengapa Harga Ubat Penyakit Kanser Sangat Mahal? https://hijrahtakaful.com/2021/08/31/mengapa-harga-ubat-penyakit-kanser-sangat-mahal/ Tue, 31 Aug 2021 05:40:06 +0000 http://hijrahtakaful.com/?p=280 Kanser merupakan satu penyakit yang mengerikan kerana rawatannya bukan sahaja sukar malah memerlukan kos yang cukup tinggi. Menurut fakta, di Malaysia 82 orang lelaki menghidap kanser pada setiap 100ribu orang, dan 102 orang perempuan menghidapi kanser setiap 100ribu orang. Perempuan lebih cenderung berbanding lelaki untuk mendapat kanser. Bagi lelaki, kanser yang paling kerap berlaku adalah […]

The post Mengapa Harga Ubat Penyakit Kanser Sangat Mahal? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Kanser merupakan satu penyakit yang mengerikan kerana rawatannya bukan sahaja sukar malah memerlukan kos yang cukup tinggi. Menurut fakta, di Malaysia 82 orang lelaki menghidap kanser pada setiap 100ribu orang, dan 102 orang perempuan menghidapi kanser setiap 100ribu orang. Perempuan lebih cenderung berbanding lelaki untuk mendapat kanser.

Kes kanser di Malaysia. Sumber: TheStar

Bagi lelaki, kanser yang paling kerap berlaku adalah kanser usus, diikuti dengan paru-paru dan prostat. Manakala bagi wanita pula adalah kanser payudara, usus dan servix. Di kalangan kanak-kanak bawah 14 tahun pula adalah leukimia dan kanser limfoma di kalangan umur 15 hingga 24 tahun. Kanser merupakan penyebab punca kematian kedua tertinggi di Malaysia dan juga di dunia.

Rawatan untuk kanser pula memerlukan kos yang amat tinggi. Selain perlu menjalankan rawatan kemoterapi, radioterapi dan juga pembedahan membuang sel kanser, kos untuk ubat bagi mencegah sel kanser dari merebak juga cukup mahal. Kenapa ubat untuk kanser begitu mahal?

Iphone 12

Seperti peranti telefon pintar yang boleh terjual beratus juta unit, kos penyelidikan dan pembangunan dapat dibahagikan dengan unjuran unit jualan yang menyebabkan telefon boleh dijual dengan harga lebih rendah. Walaupun begitu, harga sebuah iPhone masih juga agak mahal.

Berbeza dengan ubat untuk kanser, kerana penyakit ini sangat rumit maka kos penyelidikan dan pembangunan untuk ubatnya juga sangat tinggi. Dikatakan dalam satu tahun kos R&D menelan belanja sehingga 2.6 bilion dolar Amerika. Oleh kerana unjuran jualan tidak seperti telefon pintar dan kos penyelidikan yang cukup tinggi maka sebab itu ubat untuk kanser menjadi sangat mahal. Mari kita lihat harga ubat kanser di pasaran ketika ini.

Memang menggerunkan melihat harga ubat kanser namun inilah yang perlu dibayar jika kita menghidap penyakit merbahaya ini. Persoalannya, bagaimana kita mampu menyediakan wang sebanyak ini bila diarahkan doktor untuk membeli ubat-ubat seperti ini?

Salah satu caranya adalah dengan mencarum dalam medical card seawal mungkin dan pastikan medical card mempunyai had tahunan yang tinggi dan relevan dengan kenaikan kos rawatan bagi jangkamasa panjang. Sebagi contoh medical card MediPro dari Zurich Takaful menawarkan pembayaran kos rawatan susulan selama 180hari, 90 hari lebih lama berbanding dengan medical card lain di pasaran. Ini membolehkan pesakit kanser membayar perbekalan ubat kanser walaupun tidak diwadkan.

Zurich Takaful MediPro Medical Card

MediPro mempunyai had tahunan yang tinggi bermula dari RM1 juta hingga RM2juta tanpa had seumur hidup dengan pelbagai ciri-ciri perlindungan baru yang pertama di pasaran membolehkan ianya menjadi medical card yang terlengkap dan komprehensif. Baca info lanjut berkenaan Zurich Takaful MediPro di [sini] atau klik [sini] bagi pertanyaan melalui aplikasi whatsapp.

The post Mengapa Harga Ubat Penyakit Kanser Sangat Mahal? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
280
Zurich Takaful MediPro: Kad Perubatan Dengan Had Tahunan Sehingga RM2 Juta https://hijrahtakaful.com/2021/08/18/zurich-takaful-medipro-kad-perubatan-dengan-had-tahunan-sehingga-rm2-juta/ Wed, 18 Aug 2021 21:13:40 +0000 http://hijrahtakaful.com/?p=195 Kos rawatan di Malaysia dijangka akan terus meningkat jika mengambil kira kadar inflasi kos rawatan yang saban tahun mencecah 2 angka. Menurut apa yang dipaparkan di atas, sebagai contoh rawatan untuk penyakit serangan jantung jika pada tahun 2015 adalah dari RM10 ribu hingga RM30 ribu, ianya bakal menjadi dari RM67 ribu hingga RM202 ribu. Kenaikan […]

The post Zurich Takaful MediPro: Kad Perubatan Dengan Had Tahunan Sehingga RM2 Juta appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Kos rawatan di Malaysia dijangka akan terus meningkat jika mengambil kira kadar inflasi kos rawatan yang saban tahun mencecah 2 angka. Menurut apa yang dipaparkan di atas, sebagai contoh rawatan untuk penyakit serangan jantung jika pada tahun 2015 adalah dari RM10 ribu hingga RM30 ribu, ianya bakal menjadi dari RM67 ribu hingga RM202 ribu.

Kenaikan kos rawatan saban tahun ini disebabkan banyak faktor. Antara yang menjadi faktor terbesar adalah kos pembangunan dan penyelidikan ubat-ubatan yang mahal, penggunaan peralatan yang berteknologi tinggi, penurunan nilai ringgit dan juga kenaikan kos pengangkutan berikutan isu pandemik. Jika berterusan, berkemungkinan had perlindungan kad perubatan sedia ada di pasaran tidak lagi mencukupi menyebabkan pesakit terpaksa menambah sendiri bayaran jika bil hospital melebihi had perlindungan kad perubatan mereka. Perkara ini telah disedari oleh Zurich Takaful Malaysia dan satu solusi kepada permasalahan ini telah dikeluarkan dengan pelancaran produk medical card terbaru Zurich Takaful iaitu MediPro!

Selain memberikan memberikan had tahunan tertinggi di pasaran sehingga RM2juta dengan harga yang amat berpatutan, MediPro juga tidak mempunyai had sepanjang tempoh polisi atau dengan kata lain unlimited lifetime coverage. Juga dengan 3 manfaat tambahan yang pertama di pasaran iaitu manfaat perlindungan penyakit mental, manfaat bebas kanser, manfaat penyakit berjangkit bukan pandemik dan juga manfaat rawatan kanta mata inokular.

Rajah di atas menunjukkan perincian berkenaan kad perubatan Zurich Takaful MediPro mengikut pelan. Terdapat 4 plan yang boleh dipilih mengikut perbezaan jumlah had tahunan dan harga bilik. Kad perubatan MediPro tidak mengenakan apa-apa co-payment jika pelanggan ingin menaik taraf bilik sewaktu diwadkan. Hanya perlu bayar beza harga bilik sahaja.

Selain had tahunan yang cukup tinggi, manfaat, penambahbaikan kepada manfaat sedia ada seperi rawatan susulan setelah discaj ditambah dari 90hari kepada 180hari. Ini bermakna, jika orang yang dilindungi mendapat penyakit kanser, perbekalan ubat-ubat kanser yanv berharga RM8 ribu hingga RM16 ribu dibayar oleh Zurich Takaful selama 6bulan! Juga penyakit lain seperti pulmonary hipertension yang juga memerlukan ubat yang mahal juga ditanggung oleh kad perubatan ini. 180hari ni akan reset semula bila anda diwadkan semula.

Harga ubat kanser yang sangat mahal

Jadi jika waktu sihat anda tidak mampu, mampukah anda ketika anda sakit? Jadi kad perubatan MediPro adalah penyelesaian jangka panjang kepada risiko kos rawatan kesihatan anda.

Kad perubatan MediPro ini juga mempunyai manfaat-manfaat baharu yang pertama di pasaran seperi manfaat kesihatan mental, manfaat demam denggi pesakit luar dan juga manfaat penggantian kanta mata. Semua manfaat-manfaat ini memberikan solusi kepada keperluan kesihatan anda dan kelegaan minda kepada kos rawatan yang senantiasa meningkat pada harga yang sangat mampu milik.

>>Testimoni medical card Zurich Takaful klik sini<<

Pelan medical card ni adalah pelan rider dan bukan standalone. Ianya hanya boleh dimiliki dengan memohon pelan Zurich Takaful ProEssential sebagai pelan induk. Dengan manfaat bersama pelan Zurich Takaful ProEssential seperti hibah, pampasan penyakit kritikal, elaun kemasukan hospital, elaun hilang keupayaan dan banyak manfaat lain membolehkan anda mendapatkan perlindungan menyeluruh di bawah satu pelan sahaja.

Dengan tambahan rider medical card untuk pelan takaful ProEssential ini lengkaplah ianya sebagai satu pelan yang merangkumi keseluruhan penyelesaian kepada keperluan perlindungan anda bagi menghadapi perkara-perkara di luar jangka seperti sakit kritikal, kemalangan juga bagi waris jika dijemput kematian lebih awal.

Dengan kos rawatan yang begitu tinggi, mampukah kita untuk berhadapan dengan sakit atau penyakit? Dengan pelan ProEssential beserta dengan rider medical card inilah solusi atau penyelesaiaan kepada permasalahan ini. Untuk khidmat nasihat atau sebarang pertanyaan berkenaan produk ProEssential ini klik [sini] untuk terus ke Aplikasi whatsapp saya.

>Baca testimoni medical card Zurich Takaful di [SINI]<

The post Zurich Takaful MediPro: Kad Perubatan Dengan Had Tahunan Sehingga RM2 Juta appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
195
Hibah Takaful Untuk Ibu Bapa Anda https://hijrahtakaful.com/2020/05/02/hibah-takaful-untuk-ibu-bapa-anda/ Sat, 02 May 2020 06:41:50 +0000 http://hijrahtakaful.com/?p=105 Apabila melihat ibu bapa kita yang telah tua, hati kita pasti terdetik untuk berkata apa lagi yang perlu di buat untuk mereka di waktu emas begini. Lumrah kehidupan di dunia, walau siapapun kita, apa jua keadaan kita, pasti suatu hari nanti kita akan pergi jua. Adakala kita terfikir untuk berbuat kebajikan kepada mereka selagi ada […]

The post Hibah Takaful Untuk Ibu Bapa Anda appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Apabila melihat ibu bapa kita yang telah tua, hati kita pasti terdetik untuk berkata apa lagi yang perlu di buat untuk mereka di waktu emas begini. Lumrah kehidupan di dunia, walau siapapun kita, apa jua keadaan kita, pasti suatu hari nanti kita akan pergi jua. Adakala kita terfikir untuk berbuat kebajikan kepada mereka selagi ada hayat mereka. Jika anda ingin membantu dari segi pengurusan kewangan selepas mereka tiada, Zurich Takaful melalui pelan takaful Senior Gold dapat membantu anda untuk memudahkan urusan anda dengan caruman hanya serendah RM50 sebulan.

Kewajipan membayar hutang

Antara yang menjadi satu masalah selepas pemergian seseorang adalah hutangnya. Mungkin ibu bapa kita mempunyai hutang yang kita tidak ketahui dan ada pihak yang tampil menuntut selepas pemergiannya. Hutang adalah wajib di bayar walaupun sedikit apetah lagi jumlah yang banyak. Sebagai anak yang baik, adalah menjadi tanggungjawab untuk melunaskan hutang bagi pihak ibu bapa kita. Justeru, sejumlah wang diperlukan untuk itu. Jika salah seorang dari mereka masih ada, wang pampasan itu boleh digunakan untuk kelangsungan hidup pasangan mereka samada untuk digunakan sebagai wang belanja persendirian, perubatan dan sebagainya. Hari ini jika kita sendiri atau bersama adik beradik sepakat untuk mencarumkan ibu bapa dalam pelan Takaful Senior Gold, urusan itu akan menjadi lebih mudah.

Pampasan digunakan untuk sedekah jariah

Jika memang tiada apa yang perlu dibayar selepas pemergian mereka, wang pampasan yang diterima boleh disumbangkan kepada badan agama atau pusat kebajikan, tahfiz-tahfiz sebagai sumbangan sedekah jariah untuk mereka walaupun mereka sudah tiada. Sangat besar manfaat sedekah lebih-lebih lagi digunakan untuk tujuan agama.

Biaya upah haji

Wang pampasan juga sebahagiannya boleh digunakan untuk membiayai upah haji jika kedua-dua ibu bapa belum sempat menunaikan ibadah fardhu haji. Urusan badal haji telah dimudahkan untuk anda dan adik beradik. Jadi bagaimananya caranya untuk kita mencarum Takaful Senior Gold untuk ibu bapa kita?

Rajah 1: Takaful Senior Gold

Takaful Senior Gold ini layak dipohon oleh mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan carumannya serendah RM50 sebulan untuk 1 unit. Manakala orang yang dilindungi mestilah berumur 50 tahun hingga ke 80 tahun. Senior Gold adalah takaful yang DIJAMIN LULUS dan tiada pemeriksaan kesihatan diperlukan. Ia memberikan perlindungan 24jam di seluruh dunia dan carumannya tidak meningkat mengikut usia. Jika meninggal di luar negara, bayaran penghantaran pulang sehingga RM3000 disediakan dan pampasan kematian akibat kemalangan digandakan sehingga 500% .

Rajah 2: Manfaat, unit caruman dan nilai perlindungan

Caruman Takaful Senior Gold ini diwakili oleh unit dan caruman seunit dalam Rm50. Maksimum 10 unit boleh diambil atau RM500 sebulan. Jumlah yang dilindungi mengikut unit berubah mengikut umur kemasukan dan ia tidak akan berubah sehinggalah sijil matang. Kita ambil contoh Ali atau keluarga Ali hendak mencarum untuk ayahnya yang berumur 58 tahun sebanyak 3 unit atau RM150 sebulan. Berikut adalah manfaat yang diperolehi.

Jadual bayaran pampasan, anggaran nilai tunai & serahan

Jika satu unit pada umur 58 tahun mempunyai nilai perlindungan sebanyak RM10,170, 3 unit yang dicarum oleh Ali akan memberikan perlndungan sebanyak RM30,510 untuk kematian biasa. Untuk kematian akibat kemalangan pula, jumlah ini akan digandakan mengikut julat umur iaitu 500% untuk julat umur dari 50 hingga 65 tahun, 300% dari umur 66 hingga 80 tahun, dan 200% dari umur 80 tahun ke atas. Pampasan sehingga RM158, 261 jika kematian berlaku akibat kemalangan. Untuk info, caruman ini juga akan dilaburkan dalam unit amanah di mana ia akan mempunyai nilai tunai yang akan di bayar bersama pampasan kematian. Jika kematian akibat sebab biasa berlaku dalam tempoh 2 tahun selepas sijil berkuatkuasa, SEMUA CARUMAN AKAN DIPULANGKAN SEMULA + NILAI PELABURAN kepada pencarum dan tiada bayaran pampasan kematian akan dibayar. Namun jika berlaku kematian akibat kemalangan, bayaran pampasan kematian akan dibayar beserta dengan nilai tunai sjili. Jadi, ANDA TIDAK RUGI 100% MENCARUM DALAM TAKAFUL SENIOR GOLD KERANA SEMUA CARUMAN AKAN DIPULANGKAN SEMULA BERSAMA NILAI TUNAI JIKA KEMATIAN BERLAKU DALAM JANGKAMASA 2 TAHUN.

Andaikan ini merupakan satu jalan untuk anda berbakti kepada ibu bapa anda, teruskan niat baik anda. Kami sentiasa sedia membantu untuk memberi khidmat nasihat, menguruskan caruman dan perlindungan untuk anda. Jika anda berminat, anda boleh terus klik [SINI] untuk terus ke aplikasi WhatsApp saya. InsyaAllah pengorbanan anda yang sedikit ini akan memberikan makna yang sangat besar kepada mereka.

MAKLUMAN PENTING: Takaful Senior Gold telah ditamatkan dan digantikan dengan Produk Takaful Surecover dengan manfaat yang hampir sama dan umur kemasukan yang lebih awal.

The post Hibah Takaful Untuk Ibu Bapa Anda appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
105
Takaful Family Hero: Tawarkan Perlindungan Menyeluruh Beserta Bayaran Pampasan Tahunan Tambahan https://hijrahtakaful.com/2020/04/20/takaful-hero-tawarkan-perlindungan-menyeluruh-beserta-bayaran-pampasan-tahunan-tambahan/ Mon, 20 Apr 2020 14:57:14 +0000 http://hijrahtakaful.com/?p=23 Zurich Takaful Malaysia Bhd telah melancarkan pelan Takaful Family Hero, di mana ia satu pelan yang pertama di negara ini yang menawarkan perlindungan dengan caruman serendah RM50 sebulan dan manfaat bayaran pampasan tambahan 5% daripada jumlah nilai perlindungan asas untuk jangkamasa 10 tahun jika berlaku hilang upaya kekal kepada pencarum. Ini bermakna selain menerima pampasan […]

The post Takaful Family Hero: Tawarkan Perlindungan Menyeluruh Beserta Bayaran Pampasan Tahunan Tambahan appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
Takaful Family Hero Zurich Takaful

Zurich Takaful Malaysia Bhd telah melancarkan pelan Takaful Family Hero, di mana ia satu pelan yang pertama di negara ini yang menawarkan perlindungan dengan caruman serendah RM50 sebulan dan manfaat bayaran pampasan tambahan 5% daripada jumlah nilai perlindungan asas untuk jangkamasa 10 tahun jika berlaku hilang upaya kekal kepada pencarum. Ini bermakna selain menerima pampasan 100% daripada jumlah pampasan, tambahan 50% lagi akan diberikan secara tahunan selama 10 tahun menjadikan jumlah pampasan sebanyak 150% dari nilai perlindungan sebenar.

Dalam kehidupan masakini, demi untuk memberikan keselesaan kepada keluarga, banyak komitmen kewangan yang dibuat terutamanya oleh ketua keluarga baik lelaki atau wanita dan mereka ini adalah “HERO” kepada keluarga mereka sebagai pencari nafkah keluarga. Beban kewangan seperti pinjaman perumahan dan pinjaman kereta merupakan satu komitmen jangka panjang yang sudah menjadi satu keperluan asas pada masakini. Umumnya bila kita sudah tidak mampu bekerja disebabkan sakit, ataupun kita pergi lebih awal, beban kewangan ini akan ditanggung oleh waris kita. Mengikut statistik, purata hutang rakyat Malaysia adalah sebanyak RM56,000 yang merupakan hampir 10 kali ganda daripada jumlah pendapatan bulanan. Oleh itu, bagi mengelakkan perkara begini dari berlaku, Zurich Takaful melalui pelan Takaful Family Hero yang direka untuk melindungi waris dari bebanan hutang telah diadakan agar mereka boleh meneruskan kehidupan seperti sedia kala. Gambar seterusnya menunjukkan perincian takaful HERO Zurich Takaful.

Inilah masanya untuk anda melindungi masa depan insan tersayang apabila anda sudah tiada lagi. Tinggalkan mereka dengan kenangan terindah dan bukannya beban hutang yang menimbun. Jika anda berminat untuk menyertai pelan Takaful Family Hero ini, bolehlah anda menghubungi saya di 0192757055 atau terus ke aplikasi WhatsApp saya di [sini]. Keputusan anda hari ini amat penting untuk masa hadapan keluarga anda.

The post Takaful Family Hero: Tawarkan Perlindungan Menyeluruh Beserta Bayaran Pampasan Tahunan Tambahan appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
23
Takaful SureCover: Takaful Untuk Orang Yang Sudah Berpenyakit https://hijrahtakaful.com/2020/04/20/takaful-surecover-takaful-untuk-orang-yang-sudah-berpenyakit/ Mon, 20 Apr 2020 03:02:07 +0000 http://hijrahtakaful.com/?p=8 Selama ini kita sering dengar takaful adalah untuk yang mereka yang belum punyai penyakit sahaja. Ini amatlah merugikan untuk mereka yang telah mempunyai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan lain-lain penyakit kronik kerana mereka hilang kelayakan untuk menyertai takaful seterusnya tidak berupaya memberikan hibah kepada ahli keluarganya mahupun melindungi bebanan kewangan/hutang jika pergi […]

The post Takaful SureCover: Takaful Untuk Orang Yang Sudah Berpenyakit appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Selama ini kita sering dengar takaful adalah untuk yang mereka yang belum punyai penyakit sahaja. Ini amatlah merugikan untuk mereka yang telah mempunyai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan lain-lain penyakit kronik kerana mereka hilang kelayakan untuk menyertai takaful seterusnya tidak berupaya memberikan hibah kepada ahli keluarganya mahupun melindungi bebanan kewangan/hutang jika pergi lebih awal. Kini mereka yang sudah mempunyai tidak kira apa jua penyakit boleh mendapatkan perlindungan takaful dengan kelulusan yang DIJAMIN. Takaful SureCover dari Zurich Takaful adalah satu-satunya pelan takaful yang memberikan kelebihan ini. Ia merupakan pelan hibah dan bukannya perubatan.

Manfaat-Manfaat Takaful SureCover Zurich Takaful

Umur kemasukan bermula dari 35 tahun hingga 80 tahun dan manfaat perlindungan sehingga 90 tahun. Gambar di atas menunjukkan manfaat sepintas lalu takaful SureCover dengan caruman serendah RM75 sebulan dan bayaran caruman ini kekal tidak berubah sehingga sijil matang. Jika berlaku kematian akibat kemalangan, bayaran hibah akan digandakan sehingga 500% dari jumlah perlindungan asas. Ini dapat membantu kepada ahli waris yang ditinggalkan untuk meneruskan hidup dari segi kewangan yang telah kita persiapkan lebih awal.

Manfaat

Apa kelebihan menyertai takaful SureCover ini adalah, jika kematian berlaku dalam masa 2 tahun dari tarikh permulaan sijil, semua caruman akan dikembalikan. Contohnya RM75x18bulan=RM1350 akan dikembalikan kepada peserta. BERMAKNA, anda tidak rugi satu sen pun atau tiada caruman yang hangus. Sebab itu tiada sebab untuk anda tidak menyertai untuk menyiapkan perlindungan untuk keluarga anda. Jika berlaku selepas 2 tahun dari tarikh permulaan sijil, jumlah perlindungan asas akan dibayar bersama dengan nilai semasa Akaun Pelaburan Peserta.

Manfaat dan jadual caruman

Jika tiada berlaku kematian dan sijil berkuatkuasa sehingga tarikh matang, Peserta akan memperoleh bayaran dari jumlah nilai dalam Akaun Pelaburan Peserta. Jika kematian berlaku di luar negara, terdapat manfaat pembayaran untuk kos penghantaran pulang sehingga RM3000. Ini dapat mengurangkan beban kos penghantaran pulang yang boleh membebankan waris.

Jumlah perlindungan untuk se-unit mengikut umur kemasukan

Jadual di atas menunjukkan jumlah perlindungan asas berdasarkan 1 unit takaful SureCover (RM75/bulan) mengikut umur kemasukan. Jika peserta menyertai dengan lebih dari satu, contohnya pada umur 35 tahun, dengan penyertaan sebanyak 2 unit, layak menerima perlindungan sehingga RM66,000. Gambar berikutnya menunjukkan simulasi nilai perlindungan untuk seorang yang berusia 44 tahun.

Mengapa anda perlu mengambil peluang untuk sertai Zurich Takaful SureCover ini?

1. Cipta hibah untuk keluarga/waris agar tidak berlaku implikasi kewangan yang serius jika berlaku kematian

2. Sebagai amal jariah jika diniatkan untuk infak (untuk ibu bapa).

3. Sebagai jaminan dana pendidikan kepada anak-anak.

4. Menyediakan ganti perbelanjaan kepada kos perbelanjaan perubatan (yang dikeluarkan terlebih dahulu) – Contoh belanja perubatan untuk ibu bapa

5. Tidak perlu pemeriksaan kesihatan untuk sertai

6. Kelulusan permohonan yang dijamin

Jika anda berminat atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi, boleh sms, call 0192757055 atau terus ke aplikasi whatsapp saya di http://hijrahtakaful.wasap.my

The post Takaful SureCover: Takaful Untuk Orang Yang Sudah Berpenyakit appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
8