Takaful hayat Archives - hijrahtakaful.com https://hijrahtakaful.com/category/takaful-hayat/ Takaful & Kehidupan Tue, 20 Aug 2024 06:44:07 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.5.5 https://hijrahtakaful.com/wp-content/uploads/2020/05/cropped-Logo-1-32x32.jpg Takaful hayat Archives - hijrahtakaful.com https://hijrahtakaful.com/category/takaful-hayat/ 32 32 176772263 Apa Yang Menyebabkan Tuntutan MRTT Tak Diluluskan? https://hijrahtakaful.com/2023/06/05/apa-yang-menyebabkan-tuntutan-mrtt-tak-diluluskan/ Mon, 05 Jun 2023 10:17:23 +0000 https://hijrahtakaful.com/?p=715 Jika anda adalah seorang pembeli rumah, sila ambil perhatian berkenaan hantaran ini. Baru-baru ini telah menjadi viral di media sosial di mana tuntutan MRTT RM600,000 tidak diluluskan menyebabkan masalah kewangan kepada seorang balu untuk meneruskan bayaran rumah yang di beli bersama suami beliau. Menurut info, tuntutan bayaran pampasan MRTT tidak diluluskan kerana setelah disiasat, suami […]

The post Apa Yang Menyebabkan Tuntutan MRTT Tak Diluluskan? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Jika anda adalah seorang pembeli rumah, sila ambil perhatian berkenaan hantaran ini. Baru-baru ini telah menjadi viral di media sosial di mana tuntutan MRTT RM600,000 tidak diluluskan menyebabkan masalah kewangan kepada seorang balu untuk meneruskan bayaran rumah yang di beli bersama suami beliau.

Menurut info, tuntutan bayaran pampasan MRTT tidak diluluskan kerana setelah disiasat, suami beliau telah mempunyai penyakit sedia ada semasa mengambil polisi MRTT dan mengikut prosedur takaful, segala penyakit yang sedia ada adalah tidak termasuk dalam syarat perlindungan. Jadi mengapa ini boleh terjadi?

Berkemungkinan sewaktu perjanjian polisi MRTT ditandatangani, beliau tidak memaklumkan kepada pihak syarikat takaful akan keadaan kesihatan beliau atau terlepas pandang dari kedua-dua pihak. Bila berlaku perkara begini, tuntutan akan menjadi rumit kerana banyak perkara yang perlu diperjelaskan untuk membuat rayuan termasuklah pergi ke klinik atau hospital untuk mencari rekod malah ada yang terpaksa turun naik mahkamah. Jadi untuk mengelakkan perkara ini berlaku;

1. Laporkan dengan lengkap keadaan kesihatan semasa anda sewaktu menandatangani polisi takaful.

2. Pastikan anda membaca dengan terperinci dan bertanya jika tidak pasti sebelum menandatangani sesuatu perjanjian.

3. Jangan terlalu berasa selesa dengan mempunyai takaful atau insurance rumah. Ada kes jumlah tahun perlindungan kurang dari tahun yang diperlukan untuk bayaran balik.

4. Sediakan dana atau aset untuk waktu kecemasan seperti tabungan tunai 6 bulan gaji.

5. Pastikan anda faham akan prosedur untuk MRTT atau MLTT pagi perlindungan pinjaman perumahan.

6. Proses kelulusan MRTT atau MLTT berkemungkinan ambil masa yang lama minimum 6 bulan. Pastikan anda, sebagai pencari nafkah, juga mempunyai takaful hibah sebagai backup kepada keluarga anda.

Bagi mereka yang sudah mempunyai penyakit sedia ada, bukanlah anda tidak boleh membeli rumah disebabkan sudah tidak layak untuk ambil MRTT atau MLTT, kini syarikat takaful mempunyai solusi dengan plan gerenti lulus Al-Shams dari Zurich Takaful. Klik link di bawah untuk maklumat terperinci berkenaan Al-Shams.

Takaful Al-Shams dengan caruman serendah RM50 sebulan memberikan anda kedamaian minda dengan melindungi hartanah anda jika berlaku kematian ataupun hilang upaya kekal akibat musibah. Klik [sini] untuk khidmat nasihat percuma.

The post Apa Yang Menyebabkan Tuntutan MRTT Tak Diluluskan? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
715
Adakah Boleh Buat Insuran Sendiri Dengan Beli Emas? https://hijrahtakaful.com/2023/05/20/adakah-boleh-buat-insuran-sendiri-dengan-beli-emas/ Sat, 20 May 2023 06:20:03 +0000 https://hijrahtakaful.com/?p=680 Ada satu perkongsian di media sosial yang mana beliau membuat insuran sendiri dengan cara menyimpan RM5 sehari dan bila cukup 2 bulan beliau akan membeli goldbar 24K 1 gram. Bila keadaan terdesak berlaku, beliau akan jual gold bar tersebut untuk mendapatkan tunai segera. Adakah tindakan ini bagus atau bagaimana? Walaupun ianya tidak salah atau betul, […]

The post Adakah Boleh Buat Insuran Sendiri Dengan Beli Emas? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Ada satu perkongsian di media sosial yang mana beliau membuat insuran sendiri dengan cara menyimpan RM5 sehari dan bila cukup 2 bulan beliau akan membeli goldbar 24K 1 gram. Bila keadaan terdesak berlaku, beliau akan jual gold bar tersebut untuk mendapatkan tunai segera. Adakah tindakan ini bagus atau bagaimana?

Walaupun ianya tidak salah atau betul, mari kita lihat pro dan kontra berkenaan konsep yang digunakan beliau. adakah ianya mampu menangani keperluan insuran sebenar dirinya? Mari kita bincangkan.

1. Jika berlaku kematian, walaupun mempunyai simpanan emas yang banyak, harta itu perlu melalui faraid. Ianya sukar untuk diagihkan dan sekiranya waris anda memerlukn perbelanjaan perlu melalui proses yang lama. Berbanding hibah takaful yang terus dibayar kepada penama sijil.

Gambar rajah daripada http://www.faraid.gov.my/Faraid/index.do

2. Berapa lama perlu diambil untuk menjadikan simpanan sekurang-kurangnya RM100 ribu? Jika menabung sebanyak RM5 sehari, bermaksud sebulan ada RM150. Jadi jumlah RM100 ribu memerlukan 55 tahun untuk dikumpulkan! Berbanding dengan bayaran hibah RM150 sebulan anda sudah mempunyai dana sehingga RM400 ribu. Sekarang mana yang lebih mudah?

3. Ketika terdesak, mencairkan emas dalam keadaan rugi. Ini kerana anda tidak akan dapat nilai emas setara dengan nilai belian anda lebih-lebih lagi waktu harga pasaran emas menjunam jatuh. Bagi takaful pula, bayaran jumlah perlindungan asas adalah dijamin.

Harga emas ada turun naik

4. Dan juga jika simpanan emas sudah cukup haul, maka perlu keluarkan wang zakat untuk emas -emas tersebut. Terpaksa pula kena keluar duit untuk bayar benda yang menjadi “takaful sendiri”.

Jadi kesimpulannya di sini, jika anda mahukan perlindungan takaful jika berlaku apa-apa musibah pada anda, saya nasihatkan ambil sahaja pelan takaful yang terbukti memberi jaminan kewangan kepada anda tanpa melalui proses yang sukar seperti yang tertulis di atas. Hubungi penasihat takaful anda di [sini] untuk khidmat nasihat percuma.

The post Adakah Boleh Buat Insuran Sendiri Dengan Beli Emas? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
680
Anak Masuk Wad, Ibu Bapa Dapat Tunai RM700 https://hijrahtakaful.com/2023/05/13/anak-masuk-wad-ibu-bapa-dapat-tunai-rm700/ Sat, 13 May 2023 09:34:56 +0000 http://hijrahtakaful.com/2023/05/13/anak-masuk-wad-ibu-bapa-dapat-tunai-rm700/ Apabila anak masuk wad, pastinya ibu bapa turut berasa susah sebabnya perlu ambil cuti dan juga pekerjaan terganggu. Kalau yang sudah habis cuti akan jadi unpaid leave dan gaji akan berkurang. Lagi-lagi bagi mereka yang bekerja sendiri contohnya berniaga atau buat ehailing. Ini akan menjejaskan aliran tunai bulanan dan seterusnya menggangu belanja bulanan anda. Jika […]

The post Anak Masuk Wad, Ibu Bapa Dapat Tunai RM700 appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Apabila anak masuk wad, pastinya ibu bapa turut berasa susah sebabnya perlu ambil cuti dan juga pekerjaan terganggu. Kalau yang sudah habis cuti akan jadi unpaid leave dan gaji akan berkurang. Lagi-lagi bagi mereka yang bekerja sendiri contohnya berniaga atau buat ehailing. Ini akan menjejaskan aliran tunai bulanan dan seterusnya menggangu belanja bulanan anda.

Jika anak anda mempunyai polisi takaful yang ada manfaat elaun penghospitalan, anda akan mendapat bayaran tunai mengikut jumlah hari dan juga nilai bayaran per hari. Contoh seorang client saya di atas, polisi anak beliau mempunyai elaun penghospitalan sebanyak RM100 sehari. Disebabkan kemalangan kecil jatuh basikal, terpaksa diwadkan selama 7 hari. Jadi elaun tunai yang terhasil adala RM100 x 7hari = Rm700. Jadi disini walaupun Ibu Bapa kehilangan atau pendapatan terjejas disebabkan menjaga anak mereka, wang RM700 ini dapat menggantikannya.

The post Anak Masuk Wad, Ibu Bapa Dapat Tunai RM700 appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
669
Apa Isteri Perlu Buat Jika Suami Tak Mahu Buat Hibah? https://hijrahtakaful.com/2022/12/17/apa-isteri-perlu-buat-jika-suami-tak-mahu-buat-hibah/ Sat, 17 Dec 2022 12:33:18 +0000 http://hijrahtakaful.com/?p=527 Setiap isteri harus memastikan mereka mempunyai perlindungan hibah daripada suami mereka jika sesuatu perkara diluar jangkaan seperti kematian awal, kemalangan dan juga sakit kritikal berlaku pada suami mereka. Mengapa hibah ini sangat penting kerana bila suami tiada atau hilang keupayaan bekerja, maka segala perbelanjaan harian akan menjadi sulit dan sukar. Banyak contoh dimana keadaan isteri […]

The post Apa Isteri Perlu Buat Jika Suami Tak Mahu Buat Hibah? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Setiap isteri harus memastikan mereka mempunyai perlindungan hibah daripada suami mereka jika sesuatu perkara diluar jangkaan seperti kematian awal, kemalangan dan juga sakit kritikal berlaku pada suami mereka. Mengapa hibah ini sangat penting kerana bila suami tiada atau hilang keupayaan bekerja, maka segala perbelanjaan harian akan menjadi sulit dan sukar. Banyak contoh dimana keadaan isteri yang sukar bersama anak-anak setelah kehilangan suami mereka.

Beruntunglah jika suami yang mempunyai kesedaran awal dengan mengambil perlindungan takaful dan dihibahkan kepada isteri mereka. Namun bukan semua suami begitu, kerana mereka fikir takaful ini membazir dan tiada manfaat. Hatta RM50 pun mereka tak sanggup keluarkan untuk takaful yang banyak manfaat untuk keluarga mereka.

Jika suami anda tidak mahu ambilkan hibah untuk anda, sebagai isteri anda boleh mohonkan melalui nama anda dengan meletakkan suami anda sebagai orang yang dilindungi. Jika berlaku sesuatu pada suami anda seperti kematian awal, wang hibah akan dibayar terus kepada anda. Dengan hibah dapatlah anda meneruskan kehidupan pada hari mendatang tanpa kesukaran dari segi kewangan.

Hari ini, permohonan hibah dimudahkan termasuklah bagi mereka yang sudah berpenyakit. Maksudnya, sesiapa yang sudah mempunyai sakit kronik pun boleh diambilkan hibah bagi mewariskan harta segera kepada waris mereka dan juga manfaat kepada mereka jika berlaku keadaan hilang upaya. Ini boleh dipohon melalui pelan [TAKAFUL AL SHAMS] dari Zurich Takaful.

Hibah begitu penting pada zaman sekarang kerana kos hidup yang sangat tinggi dan segalanya memerlukan belanja kewangan yang banyak. Ambillah hibah sekadar yang mampu dan itu lebih baik dari tidak ambil langsung. Saya sedia membantu anda untuk dapatkan hibah mengikut kesesuaian bajet anda. Klik [sini] untuk terus ke aplikasi whatsapp saya. Jika hantaran ini membantu anda, kongsikan juga dengan rakan-rakan yang lain.

The post Apa Isteri Perlu Buat Jika Suami Tak Mahu Buat Hibah? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
527
Beza fungsi perlindungan sakit kritikal dan medical card https://hijrahtakaful.com/2022/11/06/beza-fungsi-perlindungan-sakit-kritikal-dan-medical-card/ Sun, 06 Nov 2022 03:40:31 +0000 http://hijrahtakaful.com/2022/11/06/beza-fungsi-perlindungan-sakit-kritikal-dan-medical-card/ Masih ada lagi yang belum jelas tentang beza antara manfaat sakit kritikal dan medical card. Saya jelaskan di sini, medical card akan membayar semua bil rawatan sahaja. Contoh bila anda sakit kritikal contoh kegagalan buah pinggang, rawatan dialisis akan dibayar oleh medical card. Walaupun had tahunan anda 1 juta sekalipun, anda tidak akan dapat apa-apa […]

The post Beza fungsi perlindungan sakit kritikal dan medical card appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Masih ada lagi yang belum jelas tentang beza antara manfaat sakit kritikal dan medical card. Saya jelaskan di sini, medical card akan membayar semua bil rawatan sahaja. Contoh bila anda sakit kritikal contoh kegagalan buah pinggang, rawatan dialisis akan dibayar oleh medical card. Walaupun had tahunan anda 1 juta sekalipun, anda tidak akan dapat apa-apa tunai dari situ.

Bila anda mengalami sakit kritikal, pastinya kemampuan anda bekerja akan menurun, banyak mc atau berehat. Pendapatan anda pun berkurang kerana banyak rehat malah ada yang terus tidak boleh bekerja menyebabkan masalah kewangan yang teruk. Bil2 masih perlu dibayar, belanja makan pakai sekolah dan sebagainya masih perlu dijelaskan. Bantuan diterima pula tidak seberapa. Di kala ini jika anda mengambil manfaat perlindungan sakit kritikal contoh 100K, maka anda akan menerima bayaran 100K untuk anda menampung perbelanjaan sedia ada.

Jadi faham tak beza antara kedua perkara ini? Itu sebabnya manfaat sakit kritikal perlu didahulukan sebelum medical card.

The post Beza fungsi perlindungan sakit kritikal dan medical card appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
510
Takaful Untuk Anak-Anak Istimewa https://hijrahtakaful.com/2022/10/25/takaful-untuk-anak-anak-istimewa/ Tue, 25 Oct 2022 10:48:47 +0000 http://hijrahtakaful.com/?p=493 Bertemu lagi pada hantaran blog pada kali ini. Hantaran kali ini berkenaan pelan takaful untuk kanak-kanak istimewa. Sesiapapun sebenarnya tidak meninginkan sesuatu perkara yang tidak sempurna namun adakalanya perancangan tuhan itu lebih baik untuk diri manusia. Semoga syurga balasan buat mereka yang diuji dan menjalankan ujian dariNya dengan sebaik-baiknya. Kanak-kanak istimewa seperti down syndrome, autisme […]

The post Takaful Untuk Anak-Anak Istimewa appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Bertemu lagi pada hantaran blog pada kali ini. Hantaran kali ini berkenaan pelan takaful untuk kanak-kanak istimewa. Sesiapapun sebenarnya tidak meninginkan sesuatu perkara yang tidak sempurna namun adakalanya perancangan tuhan itu lebih baik untuk diri manusia. Semoga syurga balasan buat mereka yang diuji dan menjalankan ujian dariNya dengan sebaik-baiknya.

Kanak-kanak istimewa seperti down syndrome, autisme ataupun dengan penyakit bawaan lahir yang kronik adalah diluar kebolehlindungan takaful kerana keadaan mereka sukar dijangkakan disebabkan penyakit sedia ada tersebut. Jadi amatlah kasihan untuk mereka jika berlaku kemalangan yang melibatkan hilang upaya sudah tentu waris pun mengalami kesukaran yang sama.

Kini anda tidak perlu bimbang lagi di mana Zurich Takaful membawakan satu pelan baru yang membolehkan kanak-kanak istimewa ini juga boleh mendapatkan perlindungan takaful seperti anak-anak lain. Pelan itu ialah pelan perlindungan Al Shams. Permohonan pelan ini adalah dijamin lulus, tidak perlu untuk medical checkup dan umur pihak yang dilindungi bermula dari umur 1 hingga 80 tahun.

Apa faedah saya dapat melalui takaful Al Shams?

Jika anak berlaku hilang keupayaan kekal, anda akan terima pampasan sekaligus dan elaun tahunan selama 5 tahun. Ini akan bantu anda uruskan perbelanjaannya.

Dan jika anak kesayangan meninggal secara mengejut, anda mungkin akan terasa kehilangannya atau mengalami tekanan dan terasa hilang semangat untuk teruskan hidup. Namun begitu, wang bayaran hibah dari pelan ini boleh digunakan untuk menampung belanja diwaktu kesedihan.

Kini anda boleh mendapatkan perlindungan untuk anak istimewa anda dengan bayaran serendah RM21.25 sebulan jika anda memohon takaful Al Shams sehingga 14 November 2022 ini. Klik [sini] untuk maklumat lanjut.

The post Takaful Untuk Anak-Anak Istimewa appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
493
Bagaimana Bayaran Elaun Penghospitalan Menggantikan Pendapatan Anda? https://hijrahtakaful.com/2022/09/24/bagaimana-bayaran-elaun-penghospitalan-menggantikan-pendapatan-anda/ Sat, 24 Sep 2022 08:49:07 +0000 https://hijrahtakaful.com/?p=476 Pernahkah anda terfikir jika suatu hari nanti ada terpaksa diwadkan? Sudah tentu bila anda diwadkan, segala kerja terhenti dah pendapat anda akan terganggu. Jika pendapatan anda terganggu atau hilang, sudah pasti akan ada bayaran-bayaran yang akan tertunggak seperti hutang perumahaan atau bayaran sewa, bil-bil utiliti, makan pakai dan lain-lain lagi. Oleh sebab itu, di Zurich […]

The post Bagaimana Bayaran Elaun Penghospitalan Menggantikan Pendapatan Anda? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Pernahkah anda terfikir jika suatu hari nanti ada terpaksa diwadkan? Sudah tentu bila anda diwadkan, segala kerja terhenti dah pendapat anda akan terganggu. Jika pendapatan anda terganggu atau hilang, sudah pasti akan ada bayaran-bayaran yang akan tertunggak seperti hutang perumahaan atau bayaran sewa, bil-bil utiliti, makan pakai dan lain-lain lagi. Oleh sebab itu, di Zurich Takaful, elaun kemasukan wad atau penghospitalan masih lagi dikekalkan dalam produk mereka. Para pemain takaful lain dikatakan sudah memansuhkan manfaat tuntutan ini, disebabkan kenaikan kos. Jadi bagaimana elaun penghospitalan ini menggantikan pendapatan harian anda yang hilang?

Contoh tuntutan elaun kemasukan wad

Gambar di atas merupakan tuntutan client saya sendiri untuk bahagian elaun kemasukan wad atau penghospitalan. Beliau dimasukkan ke dalam wad kerana penyakit di bahagian perut dan diwadkan selama 3 1/2 hari. Oleh kerana beliau mencarum dalam takaful hayat dan manfaat sebanyak RM100/malam, jumlah tuntutan yang diberi adalam RM350. Bolehlah untuk menampung belanja anak-anak selepas discaj dari hospital lama. Jika lebih lama contohnya sebulan dalam wad, jumlah sebanyak RM3,000 akan dibayar.

Gambar kedua juga tuntutan yang telah diluluskan bagi client saya. Beliau juga telah diwadkan akibat jatuh dalam bilik air menyebabkan kecederaan yang agak serius pada bahagian lutut. Ini adalah antara contoh-contoh bagaimana anda masih mempunyai income walaupun anda cuti dari kerja dengan manfaat elaun hospital Zurich Takaful.

Bagi yang masih lagi belum mempunyai polisi takaful, kerana kekangan bajet ambillah pelan perlindungan hayat berserta dengan manfaat penghospitalan ini. Pasti suatu hari nanti anda akan merasai manfaatnya juga. Jika anda berminat berkenaan manfaat takaful penghospitalan ini, sila klik [sini] untuk maklumat lanjut.

The post Bagaimana Bayaran Elaun Penghospitalan Menggantikan Pendapatan Anda? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
476
Cipta Legasi dan Harta Warisan Dengan Hibah Takaful https://hijrahtakaful.com/2021/11/28/cipta-legasi-dan-harta-warisan-dengan-hibah-takaful/ Sun, 28 Nov 2021 03:22:27 +0000 https://hijrahtakaful.com/?p=441 Jika sebelum ini datuk nenek kita mempunyai tanah sendiri dan kebanyakan bekerja atas tanah sendiri. Mereka adalah pemilik dan sekiranya berlaku apa-apa, tanah boleh disewakan untuk mendapatkan hasil. Selepas meninggal dunia, tanah akan diwariskan kepada anak-anak dan mereka dapat manfaat untuk meneruskan kehidupan. Berbeza hari ni bila manusia terlalu ramai, revolusi perindustrian telah pun bermula […]

The post Cipta Legasi dan Harta Warisan Dengan Hibah Takaful appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Jika sebelum ini datuk nenek kita mempunyai tanah sendiri dan kebanyakan bekerja atas tanah sendiri. Mereka adalah pemilik dan sekiranya berlaku apa-apa, tanah boleh disewakan untuk mendapatkan hasil. Selepas meninggal dunia, tanah akan diwariskan kepada anak-anak dan mereka dapat manfaat untuk meneruskan kehidupan.

Berbeza hari ni bila manusia terlalu ramai, revolusi perindustrian telah pun bermula dengan ramai bekerja makan gaji dengan lumayan. Cukup bulan terima gaji. Tiada tanah tiada apa. Cuma bila meninggal dunia atau hilang upaya bekerja, gajinya dibawa sekali atau hilang. Timbul masalah bagaimana nak teruskan kehidupan bila berhadapan dengan masalah ni. Kompeni takkan teruskan bayar gaji bulan2 kepada anak isteri. Jangankata bekalan, tapi beban hutang pula ditinggalkan.

Kewujudan life insurance adalah untuk mengatasi masalah begini di mana syarikat insurance akan bayar pampasan kepada waris untuk gantikan income yang hilang. Umat Islam juga perlukan pelan kewangan sebegini dan wujudlah pelan *takaful keluarga* yang patuh syarak. Sebabnya, waris anak, isteri orang Islam juga perlu makan dan keperluan2 lain.

Maka polisi hibah adalah solusi untuk masalah kewangan selepas musibah. Hari ini jika anda asingkan sebahagian pendapatan anda 5-8% untuk takaful, kemungkinan besar masalah ini dapat diatasi.

Uruslah dan susun kewangan anda dengan baik dan bahagikan sebahagian kecil gaji untuk mencarum dalam takaful. Untuk bantuan dan khidmat nasihat, hubungi ejen yang pakar sekarang InsyaAllah. Klik [sini] untuk terus ke aplikasi WhatSapp saya bagi khidmat nasihat berkenaan hibah.

The post Cipta Legasi dan Harta Warisan Dengan Hibah Takaful appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
441
Takaful Perlindungan Pembiayaan Rumah MRTA/T vs MLTA/T https://hijrahtakaful.com/2021/10/05/takaful-perlindungan-pembiayaan-rumah-mrta-t-vs-mlta-t/ Tue, 05 Oct 2021 14:43:05 +0000 http://hijrahtakaful.com/?p=385 APA ITU MRTA/MRTT?Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) / Insurans Jangka Pengurangan Gadai Janji Ia adalah insurans konvensional yang paling popular untuk peminjam perumahan dan produk ini biasanya ditawarkan semasa memohon pinjaman atau pembiayaan daripada bank. Mortgage Reduce Term Takaful (MRTT) adalah versi Islamik serta patuh Shariah. Ia adalah insurans hayat kumpulan premium tunggal yang membayar […]

The post Takaful Perlindungan Pembiayaan Rumah MRTA/T vs MLTA/T appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

APA ITU MRTA/MRTT?
Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) / Insurans Jangka Pengurangan Gadai Janji Ia adalah insurans konvensional yang paling popular untuk peminjam perumahan dan produk ini biasanya ditawarkan semasa memohon pinjaman atau pembiayaan daripada bank.

Mortgage Reduce Term Takaful (MRTT) adalah versi Islamik serta patuh Shariah. Ia adalah insurans hayat kumpulan premium tunggal yang membayar pinjaman rumah yang tertunggak anda sekiranya anda meninggal dunia atau ditimpa musibah kecacatan kekal (Total Permanent Disability/TPD)

Pembayaran MRTA/T pula dibuat sekaligus dan biasanya sudah ditotalkan sekali dalam pinjaman perumahan. Apabila berlaku kematian atau kehilangan upaya sehingga individu tidak lagi dapat bekerja seperti biasa, MRTA/T akan membayar baki jumlah pinjaman perumahan terus kepada institusi kewangan yang memberikan pinjaman.

APA ITU MLTA/MLTT ( Mortgage Level Term TAKAFUL (MLTT) / Takaful Jangka Tahap Gadai Janji )

Level Term ’ bermaksud, jumlah yang dilindungi oleh takaful akan kekal sepanjang tempoh plan diambil. Apabila berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal sehingga tidak lagi mampu bekerja, MLTT akan membayar baki pinjaman perumahan yang ada terus kepada bank, tetapi yang istimewanya, baki daripada jumlah yang dah dibayar untuk insurans pula akan diberi terus kepada penerima manfaat (beneficiary). MLTT ni bukan saja bertindak melindungi nilai pinjaman perumahan, tetapi turut menyediakan sumber kewangan tambahan pada keluarga yang ditinggalkan. Bayaran untuk MLTT tidak dikira sekali semasa anda menandatangani dokumen pinjaman perumahan, sebaliknya ia dibuat secara bulanan sepanjang tempoh pinjaman perumahan.

PERBEZAAN DAN KELEBIHAN

KENAPA MLTT berbanding MRTA/T?

1. Faktor usia – Semakin berusia MRTA/T pun semakin mahal. Jika kita membeli rumah pada usia tertentu adakah dapat perlindungan penuh?

2. Ada rumah tidak ditawarkan MRTA/T – Bukan semua rumah ditawarkan MRTA/T kerana ia tidak wajib. Banyak rumah lama-lama tiada MRTA/T.

3. Sakit kritikal tidak dilindungi – Jika menghidap penyakit kritikal, caruman bulanan masih perlu dibayar

4. Nilai tunai – Nilai tunai dalam MLTT dapat membantu dana kewangan untuk menyelesaikan pinjaman lebih awal.

5. MRTA ada keuntungan terakru – Caj keuntungan dimasukkan dalam pembiayaan.

Anda dinasihatkan untuk segera lihat kembali perjanjian pembiayaan perumahan anda samada MRTA/T diambil atau tidak. Ini kerana MRTA/T adalah tidak wajib. Ataupun jika anda ada ambil, tempoh perlindungan tidak sehingga akhir pembiayaan. Jika ya, dapat khidmat nasihat daripada wakil takaful yang pakar atau klik [sini] untuk terus ke aplikasi WhatsApp admin jika ingin admin bantu. Kongsikan hantaran ini kepada rakan-rakan atau kumpulan-kumpulan WhatsApp anda yang lain jika bermanfaat. Sekian, terima kasih.

The post Takaful Perlindungan Pembiayaan Rumah MRTA/T vs MLTA/T appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
385
Zurich Takaful ProEssential: Perlindungan Menyeluruh Dalam Satu Pelan Takaful https://hijrahtakaful.com/2021/08/28/zurich-takaful-proessential-perlindungan-menyeluruh-dalam-satu-pelan-takaful/ Sat, 28 Aug 2021 23:54:30 +0000 http://hijrahtakaful.com/?p=227 Dalam memilih pelan takaful, memang jarang ada syarikat yang begitu banyak menggabungkan banyak manfaat dalam satu pelan. Tujuannya adalah untuk memudahkan para peserta takaful untuk mendapatkan perlindungan yang komprehensif merangkumi semua aspek keperluan takaful pada zaman ini. Atas sebab ini Zurich Takaful telah melancarkan pelan Takaful ProEssential, yang mana pelbagai manfaat takaful seperti penggantian pendapatan, […]

The post Zurich Takaful ProEssential: Perlindungan Menyeluruh Dalam Satu Pelan Takaful appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Dalam memilih pelan takaful, memang jarang ada syarikat yang begitu banyak menggabungkan banyak manfaat dalam satu pelan. Tujuannya adalah untuk memudahkan para peserta takaful untuk mendapatkan perlindungan yang komprehensif merangkumi semua aspek keperluan takaful pada zaman ini. Atas sebab ini Zurich Takaful telah melancarkan pelan Takaful ProEssential, yang mana pelbagai manfaat takaful seperti penggantian pendapatan, perlindungan sakit kritikal, perlindungan kemalangan dan bayaran kos rawatan diletakkan dalam satu pelan.

1. Perlindungan penyakit kritikal

Dengan perlindungan penyakit kritikal sehingga 51 jenis penyakit berbanding dengan 36 jenis penyakit yang biasa ditawarkan di pasaran, pelan ProEssential ini adalah lebih lengkap. Pentingnya perlindungan penyakit kritikal ini adalah kebanyakan orang pada hari ini apabila menghidap penyakit kritikal, biasanya akan hilang kemampuan bekerja dan akhirnya terpaksa berhenti baik atas diri sendiri ataupun arahan majikan yang pentingkan produktiviti. Dengan pampasan penyakit kritikal inilah tunai dibayar kepada orang yang dilindungi dan sedikit sebanyak dapat menampung belanja ketika gaji sudah tiada lagi

2. Perlindungan kemalangan

Manfaat tambahan jika berlakunya kemalangan. Manfaat bayaran semula bayaran rawatan akibat kemalangan yang dikeluarkan sendiri terlebih dahulu termasuklah bayaran ambulan membolehkan rawatan segera dapat dilakukan. Ini kerana apabila berlaku kemalangan yang memerlukan pembedahan, barangan seperti besi, implan dan lain-lain perlu dibeli terlebih dahulu dari vendor. Ini memerlukan tunai yang banyak kerana harga barangan ini tidak murah. Anda mahu atau tidak mahu mesti membayar dengan wang sendiri terlebih dahulu menyebabkan simpanan wang anda mungkin habis digunakan. Jadi dengan manfaat ini, wang anda sendiri yang digunakan terlebih dahulu itu akan dikembalikan semula selepas tuntutan diluluskan.

3. Penggantian pendapatan

Ini merupakan perkara terpenting yang perlu difikirkan sewaktu anda ingin memohon perlindungan takaful. Kenapa ianya penting? Sebabnya bukan diri anda sahaja, seluruh keluarga anda bergantung kepada pendapatan atau gaji anda. Jik berlaku sesuatu musibah seperti kematian atau hilang upaya kekal (lumpuh) pastinya anda tidak mampu bekerja lagi dan pendapatan juga hilang. Begitu juga bila berlaku kematian, apakah waris anda mampu meneruskan kehidupan dari segi kewangan?. Sudahlah tiada pendapatan, wang simpanan pun sudah habis tapi masih lagi perlu membayar pelbagai bil-bil, hutang-hutang dan yang lebih sukar bila keluarga tiada wang tunai untuk dibelanjakan.

Apabila diwadkan akibat penyakit dalam jangkamasa yang lama contohnya 3-4 bulan, anda tidak keluar bekerja dan pendapatan juga tiada namun masih perlukan wang tunai bagi perbelanjaan harian, hospital income adalah penyelesaiannya. Contohnya jika anda mempunyai hospital income RM150 sehari, jika anda diwadkan sebulan, anda boleh tuntut RM150 x 30hari = RM4500 tunai bagi menggantikan pendapatan yang hilang sewaktu diwadkan.

4. Pembayaran bil rawatan penghospitalan

Pelan takaful ProEssential juga mempunyai rider atau manfaat tambahan kad perubatan dengan had tahunan bermula dari RM1juta sehingga RM2juta bagi memberikan anda kelegaan jika berhadapan dengan bil rawatan yang tinggi dari hospital. Ini kerana, berlaku inflasi yang tinggi untuk kos rawatan saban tahun menyebabkan kad perubatan yang mempynyai had tahunan yang rendah sebagai contoh RM60 ribu tidak akan lagi dapat membayar semua tuntutan dari pihak hospital. Juga dana perubatan dari syarikat yang biasanya lebih rendah dari kad perubatan di pasaran dan ini berpotensi untuk menjadi masalah kepada pesakit.

Jangkaan kenaikan kos rawatan di Malaysia. Bersediakah anda?

Selain had tahunan yang cukup tinggi, manfaat, penambahbaikan kepada manfaat sedia ada seperi rawatan susulan setelah discaj ditambah dari 90hari kepada 180hari. Ini bermakna, jika orang yang dilindungi mendapat penyakit kanser, perbekalan ubat-ubat kanser yanv berharga RM8 ribu hingga RM16 ribu dibayar oleh Zurich Takaful selama 6bulan! Juga penyakit lain seperti pulmonary hipertension yang juga memerlukan ubat yang mahal juga ditanggung oleh kad perubatan ini. 180hari ni akan reset semula bila anda diwadkan semula.

Harga ubat kanser yang sangat mahal

Jadi jika waktu sihat anda tidak mampu, mampukah anda ketika anda sakit? Jadi kad perubatan MediPro adalah penyelesaian jangka panjang kepada risiko kos rawatan kesihatan anda.

Kad perubatan MediPro ini juga mempunyai manfaat-manfaat baharu yang pertama di pasaran seperi manfaat kesihatan mental, manfaat demam denggi pesakit luar dan juga manfaat penggantian kanta mata. Semua manfaat-manfaat ini memberikan solusi kepada keperluan kesihatan anda dan kelegaan minda kepada kos rawatan yang senantiasa meningkat pada harga yang sangat mampu milik.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk memilik pelan takaful ProEssential yang sangat komprehensif ini. Hubungi saya melalui aplkasi whatsapp di [sini] untuk info lanjut.

The post Zurich Takaful ProEssential: Perlindungan Menyeluruh Dalam Satu Pelan Takaful appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
227