Testimoni Archives - hijrahtakaful.com https://hijrahtakaful.com/category/testimoni/ Takaful & Kehidupan Wed, 14 Aug 2024 12:19:04 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.5.5 https://hijrahtakaful.com/wp-content/uploads/2020/05/cropped-Logo-1-32x32.jpg Testimoni Archives - hijrahtakaful.com https://hijrahtakaful.com/category/testimoni/ 32 32 176772263 Anak Masuk Wad, Ibu Bapa Dapat Tunai RM700 https://hijrahtakaful.com/2023/05/13/anak-masuk-wad-ibu-bapa-dapat-tunai-rm700/ Sat, 13 May 2023 09:34:56 +0000 http://hijrahtakaful.com/2023/05/13/anak-masuk-wad-ibu-bapa-dapat-tunai-rm700/ Apabila anak masuk wad, pastinya ibu bapa turut berasa susah sebabnya perlu ambil cuti dan juga pekerjaan terganggu. Kalau yang sudah habis cuti akan jadi unpaid leave dan gaji akan berkurang. Lagi-lagi bagi mereka yang bekerja sendiri contohnya berniaga atau buat ehailing. Ini akan menjejaskan aliran tunai bulanan dan seterusnya menggangu belanja bulanan anda. Jika […]

The post Anak Masuk Wad, Ibu Bapa Dapat Tunai RM700 appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Apabila anak masuk wad, pastinya ibu bapa turut berasa susah sebabnya perlu ambil cuti dan juga pekerjaan terganggu. Kalau yang sudah habis cuti akan jadi unpaid leave dan gaji akan berkurang. Lagi-lagi bagi mereka yang bekerja sendiri contohnya berniaga atau buat ehailing. Ini akan menjejaskan aliran tunai bulanan dan seterusnya menggangu belanja bulanan anda.

Jika anak anda mempunyai polisi takaful yang ada manfaat elaun penghospitalan, anda akan mendapat bayaran tunai mengikut jumlah hari dan juga nilai bayaran per hari. Contoh seorang client saya di atas, polisi anak beliau mempunyai elaun penghospitalan sebanyak RM100 sehari. Disebabkan kemalangan kecil jatuh basikal, terpaksa diwadkan selama 7 hari. Jadi elaun tunai yang terhasil adala RM100 x 7hari = Rm700. Jadi disini walaupun Ibu Bapa kehilangan atau pendapatan terjejas disebabkan menjaga anak mereka, wang RM700 ini dapat menggantikannya.

The post Anak Masuk Wad, Ibu Bapa Dapat Tunai RM700 appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
669
Client Buat Tuntutan Pertama Setelah Mencarum Hampir 3 Tahun https://hijrahtakaful.com/2022/02/13/client-buat-tuntutan-pertama-setelah-mencarum-hampir-3-tahun/ Sun, 13 Feb 2022 07:58:27 +0000 https://hijrahtakaful.com/2022/02/13/client-buat-tuntutan-pertama-setelah-mencarum-hampir-3-tahun/ Setelah hampir 3 tahun mencarum dalam medical card, Client ini pertama kali buat tuntutan setelah tangan rasa sakit yang berpanjangan. Alhamdulillah pemeriksaan dan rawatan dapat dilakukan. Semua bilnya sebanyak RM6053.22 semuanya dibayar oleh Zurich Takaful. Kalau ikutkan caruman yang dibayar pun belum mencapai sebanyak itu. Maka pelaburan beliau selama ni sangatlah berbaloi. Medical card melindungi […]

The post Client Buat Tuntutan Pertama Setelah Mencarum Hampir 3 Tahun appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Setelah hampir 3 tahun mencarum dalam medical card, Client ini pertama kali buat tuntutan setelah tangan rasa sakit yang berpanjangan. Alhamdulillah pemeriksaan dan rawatan dapat dilakukan. Semua bilnya sebanyak RM6053.22 semuanya dibayar oleh Zurich Takaful. Kalau ikutkan caruman yang dibayar pun belum mencapai sebanyak itu. Maka pelaburan beliau selama ni sangatlah berbaloi.

Medical card melindungi wang simpanan kita bila berhadapan dengan kos rawatan yang tinggi. Sejajar dengan tujuan takaful itu melindungi anda dari kerugian akibat musibah.

Medical card bukan seperti bertukar-tukar baju kerana ia tertakluk kepada waktu menunggu tertentu sebelum anda boleh membuat tuntutan. Mohonlah segera selagi anda masih layak.

Lihat testimoni medical card zurich takaful yang lain di [sini]

The post Client Buat Tuntutan Pertama Setelah Mencarum Hampir 3 Tahun appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
473
Saluran Pernafasan Jadi Sempit, Kos Rawatan Berjumlah RM22,584.04 Dibayar Medical Card https://hijrahtakaful.com/2021/10/18/saluran-pernafasan-jadi-sempit-kos-rawatan-berjumlah-rm22584-04-dibayar-medical-card/ Mon, 18 Oct 2021 02:07:21 +0000 http://hijrahtakaful.com/?p=412 Sebagai seorang ejen, tiada yang lebih menggembirakan apabila client dapat kembali sihat dengan semua kos rawatan dibayar oleh medical card Zurich Takaful yang beliau carum 4 tahun lepas. Ternyata keputusan beliau untuk mencarum dalam takaful medical card adalah tepat dan dapat menyelamatkan wang simpanan beliau. Sebelum doktor menasihatkan untuk membuat pembedahan, beliau sudah sekali diwadkan […]

The post Saluran Pernafasan Jadi Sempit, Kos Rawatan Berjumlah RM22,584.04 Dibayar Medical Card appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Sebagai seorang ejen, tiada yang lebih menggembirakan apabila client dapat kembali sihat dengan semua kos rawatan dibayar oleh medical card Zurich Takaful yang beliau carum 4 tahun lepas. Ternyata keputusan beliau untuk mencarum dalam takaful medical card adalah tepat dan dapat menyelamatkan wang simpanan beliau.

Sebelum doktor menasihatkan untuk membuat pembedahan, beliau sudah sekali diwadkan atas masalah yang sama. Bil ketika kali pertama diwadkan berjumlah RM4513.94 juga dibayar sepenuhnya oleh Zurich Takaful. Namun setelah diperiksa lebih lanjut, doktor menyarankan supaya dijalankan pembedahan bagi mengatasi masalah yang client hadapi. Setelah berurusan dengan pihak takaful, maka pembedahan beliau telah diluluskan.

Ketika kali pertama diwadkan di hospital Columbia Puchong, beliau telah dihantar untuk pemeriksaan lebih lanjut di hospital Sunway kerana peralatan di sana lebih baik. Alhamdulillah pemeriksaan lanjut dapat dijalankan dan akhirnya beliau disarankan untuk membuat pembedahan.

Masa berlalu pantas, tiba-tiba saya dapat whatsapp mengatakan beliau akan keluar wad. Saya pun tak perasan bila dia masuk wad :). Alhamdulillah semua urusannya dimudahkan dan semua kos rawatannya sebanyak RM18034.1 telah dibayar sepenuhnya oleh Zurich Takaful. Apa yang penting client dapat kembali sihat seperti biasa.

Medical card bukanlah satu kemestian tetapi jika anda mempunyai medical card, rawatan dapat dibuat dengan cepat dan anda tidak perlu mengeluarkan wang sendiri untuk membayar kos rawatan. Adalah bijak untuk mengalihkan kos-kos yang tidak dirancang seperti ini kepada pihak Takaful.

Zurich Takaful telah melancarkan medical card komprehensif terbaru dengan had tahunan minima RM1juta sehingga RM2juta iaitu Zurich Takaful MediPro. Mohonlah sekarang semasa kita masih layak. Klik sini [MediPro] untuk maklumat lanjut berkenaan medical card Zurich Takaful MediPro.

The post Saluran Pernafasan Jadi Sempit, Kos Rawatan Berjumlah RM22,584.04 Dibayar Medical Card appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
412
Menangis Berhari-Hari, Rupanya Anak Menghidap Sinusitis & Bil Rawatan RM11 ribu Dibayar Medical Card https://hijrahtakaful.com/2021/09/19/menangis-berhari-hari-rupanya-anak-menghidap-sinusitis-bil-rawatan-rm11-ribu-dibayar-medical-card/ Sun, 19 Sep 2021 11:23:40 +0000 http://hijrahtakaful.com/?p=373 Kali ini saya ingin berkongsi kisah seorang client yang menelefon dan menyatakan keadaan anaknya yang sering sakit kepala dan menangis. Beliau ingin mendapatkan rawatan doktor pakar. Untuk info, beliau telah mencarum takaful medical card untuk anak beliau sejak dari tahun 2018 lagi. Saya pun menyuruh beliau pergi ke KPJ Selangor untuk tujuan rawatan. Oleh kerana […]

The post Menangis Berhari-Hari, Rupanya Anak Menghidap Sinusitis & Bil Rawatan RM11 ribu Dibayar Medical Card appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Kali ini saya ingin berkongsi kisah seorang client yang menelefon dan menyatakan keadaan anaknya yang sering sakit kepala dan menangis. Beliau ingin mendapatkan rawatan doktor pakar. Untuk info, beliau telah mencarum takaful medical card untuk anak beliau sejak dari tahun 2018 lagi. Saya pun menyuruh beliau pergi ke KPJ Selangor untuk tujuan rawatan.

Guarantee Letter Diluluskan pihak Takaful

Oleh kerana kali pertama beliau mahu menggunakan medical card, beliau masih agak kurang faham. Dapat SMS makluman guarantee letter telah diluluskan sebanyak RM2500. Ianya adalah jaminan yang dikeluarkan oleh pihak takaful untuk hospital memulakan prosedur rawatan.

Setelah dilakukan process scanning dan ujian klinikal makmal, anaknya menghidap penyakit sinusitis. Apakah sebenarnya penyakit Sinusitis? Ia merupakan penyakit keradangan dan pembengkakak sel-sel yang menyelaputi rongga muka. Usah risau jika anda alami penyakit ini kerana rata-rata masyarakat di Malaysia kerap alami masalah kesihatan ini. Rongga muka berfunsi untuk mengurangkan berat tengkorak kepala dan menghasilkan bunyi yang elok sewaktu bercakap. Rongga muka yang sihat diisi udara dan tidak dipenuhi cecair. Namun, jika ia mengalami keradangan, ia akan diisi cecair dan jika jangkitan kuman berlaku, cecair tersebut boleh berubah menjadi warna hijau dan menimbulkan gejala lain seperti demam dan sebagainya. Sumber: DoctorOnCall

Setelah semua prosedur rawatan selesai, doktor terus monitor untuk beberap hari supaya penyakit benar-benar telah sembuh. Alhamdulillah anak beliau tidak lagi mengalami gejala sakit kepala seperti sebelum ini. Jumlah kos rawatan sebanyak RM11087.10 kesemuanya telah dibayar oleh pihak Zurich Takaful. Ternyata keputusan beliau untuk mencarum dalam takaful adalah tepat dan dapat mengelakkan daripada mengeluarkan wang simpanan sendiri untuk perbelanjaan kos rawatan.

The post Menangis Berhari-Hari, Rupanya Anak Menghidap Sinusitis & Bil Rawatan RM11 ribu Dibayar Medical Card appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
373
Anak Masuk Hospital Selang Sehari, Rawatan Cepat Dibayar Medical Card https://hijrahtakaful.com/2021/09/04/anak-masuk-hospital-selang-sehari-rawatan-cepat-dibayar-medical-card/ Sat, 04 Sep 2021 08:10:10 +0000 https://hijrahtakaful.com/2021/09/04/anak-masuk-hospital-selang-sehari-rawatan-cepat-dibayar-medical-card/ Saya bertanya kepada client sebab dapat 2 notifikasi yang anaknya masuk wad tu hari. Memang tiada keperluan beritahu ejen jika perlu diwadkan namun ejen juga dapat notifikasi seperti kelulusan GL jadi secara tak langsung ejen juga dapat tahu. Rupa-rupanya anak beliau ada terserdak serai dan jatuh bilik air. Alhamdulillah rawatan segera dapat dibuat dan bil […]

The post Anak Masuk Hospital Selang Sehari, Rawatan Cepat Dibayar Medical Card appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Saya bertanya kepada client sebab dapat 2 notifikasi yang anaknya masuk wad tu hari. Memang tiada keperluan beritahu ejen jika perlu diwadkan namun ejen juga dapat notifikasi seperti kelulusan GL jadi secara tak langsung ejen juga dapat tahu. Rupa-rupanya anak beliau ada terserdak serai dan jatuh bilik air. Alhamdulillah rawatan segera dapat dibuat dan bil sebanyak RM2870.95 dan RM6668.45 dibayar oleh Zurich Takaful. Apa yang penting anak beliau dapat rawatan yang cepat diwaktu kecemasan dan genting itu.

Medical card sememangnya diperlukan jika berlaku kecemasan kemalangan seperti yang berlaku pada client tadi. Namun, kos perubatan yang melambung kerana inflasi yang tinggi setiap tahun menyebabkan pengendali takaful perlu membuat semakan harga bagi memastikan pembayaran tuntutan dapat dibuat tanpa masalah. Setiap pengendali takaful mungkin berbeza strategi bagi memastikan kesinambungan dalam dana tabarru’ mereka. Terpulang kepada pemilik medical card untuk menimbang tara namun penamatan polisi bukan jalan terbaik kerana waktu menunggu akan bermula semula dan tuntutan yang pernah dibuat berkemungkinan tidak akan dicover dalam polisi yang baru.

The post Anak Masuk Hospital Selang Sehari, Rawatan Cepat Dibayar Medical Card appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
354
Sampai Berguling-guling Kerana Sakit Batu Hempedu, Syukur Rawatan Cepat Dibayar Medical Card https://hijrahtakaful.com/2021/09/04/sampai-berguling-guling-kerana-sakit-batu-hempedu-syukur-rawatan-cepat-dibayar-medical-card/ Sat, 04 Sep 2021 05:47:11 +0000 http://hijrahtakaful.com/?p=339 Bertemu lagi kali ini dalam hantaran blog mengenai kisah client membuat tuntutan kad perubatan ketika saat mencemaskan. Alhamdulillah rawatan cepat dapat dilakukan di hospital swasta dan semua bil rawatan dibayar oleh kad perubatan yang dicarumnya. Ternyata keputusan beliau untuk mencarum dalam takaful kad perubatan ternyata tepat kerana disaat genting dan kecemasan, dapat membantu dalam memberi […]

The post Sampai Berguling-guling Kerana Sakit Batu Hempedu, Syukur Rawatan Cepat Dibayar Medical Card appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Bertemu lagi kali ini dalam hantaran blog mengenai kisah client membuat tuntutan kad perubatan ketika saat mencemaskan. Alhamdulillah rawatan cepat dapat dilakukan di hospital swasta dan semua bil rawatan dibayar oleh kad perubatan yang dicarumnya. Ternyata keputusan beliau untuk mencarum dalam takaful kad perubatan ternyata tepat kerana disaat genting dan kecemasan, dapat membantu dalam memberi rawatan yang cepat.

Semua bermula pada satu malam beliau terjaga dari tidur disebabkan sakit belakang bahagian belikat kanan. Ingatkan salah posisi tidur tapi sakitnya merebak sehingga ke rusuk kanan sampai berguling-guling menahan sakit. Beliau yang sudah tidak tahan tidak menunggu lama terpaksa memandu sendiri ke hospital swasta berdekatan kerana isterinya mempunyai bayi kecil.

Penyakit batu hempedu merupakan sebuah penyakit yang dikenali sebagai ‘gallstone’. Ia adalah suatu keadaan yang boleh disebabkan oleh pengumpulan bahan-bahan semulajadi seperti kolesterol, kalsium, garam bilirubin, dan juga bendasing seperti jangkitan-jangkitan parasit ataupun bakteria di dalam hempedu. Bahan-bahan ini akan membentuk ketulan-ketulan yang kelihatan seperti batu-batu pelbagai saiz.

Ia merupakan sebuah kondisi yang tidak jarang berlaku terutamanya kepada populasi barat. Di negara Amerika Syarikat, keadaan ini dialami oleh seramai 6% daripada kalangan lelaki dan 9% daripada kalangan wanita. Di negara Itali pula sebuah kajian telah mendapati bahawa seramai 18% daripada kalangan wanita dan 9.5% daripada kalangan lelaki mengalami batu hempedu. Faktor-faktor etnik juga turut mempengaruhi kekerapan insiden-insiden penyakit yang berlaku.

Di dalam kebanyakan kes, jika batu hempedu ini tidak diuruskan dengan baik, kejadian yang dikenali sebagai ‘acute cholecystitis’ di mana pesakit akan mengalami kesakitan yang berlaku secara mendadak pada bahagian ulu hati dan kadang kala kesakitan yang dikenali sebagai referred pain dapat dirasai pada bahagian bahu kanan. ‘Acute cholecystitis’merupakan keadaan yang berlaku apabila dinding hempedu mengalami keradangan.

Seramai 20% daripada kalangan pesakit-pesakit yang mempunyai batu hempedu akan menunjukkan simptom-simptom. Manakala selebihnya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ataupun simptom.

Sumber: doctoroncall

Alhamdulilah GL kemasukan hospital telah diluluskan dan terus doktor membuat proses scan. Keputusan scan ternyata adalah batu dalam kantung hempedu. Doktor juga memberikan cara bagaimana untuk merawat sakit batu hempedue tersebut.

Alhamdulillah semua urusan pembedahan telah berjalan dengan baik tanpa apa-apa masalah besar. Bil rawatan berjumlah RM18,484.95 semua dibayar oleh pihak Zurich Takaful kepada hospital. Duit simpanan beliau dapat diselamatkan kerana awal-awal sudah mencarum dalam takaful medical card. Apa yang penting semua dapat sihat kembali dan menjalankan kehidupan seperti biasa.

Mencarum dalam takaful kad perubatan atau medical card bukanlah satu perkara yang sia-sia. Walaupun ada yang beranggapan ianya satu pembaziran. Ingatlah semakin usia kita meningkat, semakin tinggi kos rawatan yang diperlukan. Jadi bersedialah lebih awal dengan bijak.

The post Sampai Berguling-guling Kerana Sakit Batu Hempedu, Syukur Rawatan Cepat Dibayar Medical Card appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
339
Testimoni: Satu Keluarga Manfaat Perlindungan Takaful https://hijrahtakaful.com/2020/04/22/testimoni-satu-keluarga-manfaat-perlindungan-takaful/ Wed, 22 Apr 2020 04:47:41 +0000 http://hijrahtakaful.com/?p=85 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi dalam entri kali ini untuk saya kongsikan kisah dari client saya sendiri berkenaan banyaknya manfaat mempunyai caruman takaful. Bagi client ini, kesedaran timbul setelah beliau terpaksa membayar sebanyak RM5 ribu lebih di hospital swasta. Beliau terpaksa ke hospital swasta kerana kecemasan disebabkan anaknya demam panas yang terlalu tinggi. Jadi […]

The post Testimoni: Satu Keluarga Manfaat Perlindungan Takaful appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi dalam entri kali ini untuk saya kongsikan kisah dari client saya sendiri berkenaan banyaknya manfaat mempunyai caruman takaful. Bagi client ini, kesedaran timbul setelah beliau terpaksa membayar sebanyak RM5 ribu lebih di hospital swasta. Beliau terpaksa ke hospital swasta kerana kecemasan disebabkan anaknya demam panas yang terlalu tinggi. Jadi beliau pun menghubungi saya setelah membuat pelbagai perbandingan berkenaan pelan takaful. Beliau sendiri mempunyai pelan takaful tapi bukan dengan Zurich Takaful. Saya sangat bersyukur kerana produk Zurich Takaful antara yang terbaik di pasaran. Beliau pun mengambil pelan investment linked beserta dengan medical card rider untuk 2 orang anaknya. Dan tidak lama selepas itu, beliau juga ambilkan pelan yang sama untuk isterinya. Selang 2-3 bulan beliau menelefon saya yang anaknya nak masuk wad. Saya pun seperti biasa memberitahunya untuk mendapatkan GL terlebih dahulu.

Alhamdulillah GL cepat diluluskan cuma apa yang saya terkejut ialah dia forward kepada saya 2 notifikasi GL. Saya pun tanya, kedua-kedua anak ke masuk wad? Beliau jawab ya kerana kedua-duanya jatuh sakit pada waktu yang sama. Syukur kerana kedua-dua anaknya mempunyai medical card dan kebetulan warded pada masa yang sama. Saya pun mengucapkan semoga anaknya cepat diberi kesembuhan seperti sedia kala. Wang adalah perkara kedua yang penting adalah kesihatan.

Alhamdulillah setelah lebih kurang 5 hari di hospital, anak beliau dibenarkan untuk discaj. Bil rawatan untuk kedua anak beliau adalah masing-masing sebanyak RM6390.55 dan RM5992.75 dengan jumlah keseluruhan melebihi RM12 ribu. Alhamdulillah bil sebanyak itu semuanya telah dibayar oleh Zurich Takaful. Bayangkan jika anda perlu mengeluarkan wang simpanan sebanyak itu untuk bil rawatan ? Simpanan yang anda simpan bertahun lamanya boleh habis dengan sekelip mata sahaja. Dalam pelan yang beliau ambilkan untuk anak beliau mempunyai manfaat elaun hospital sebanyak RM90 semalam. Jadi beliau layak memohon untuk bayaran elaun hospital lebih kurang RM450 semalam untuk seorang anak. Jadi kiraan kasar adalah RM900 untuk 2 orang. (Amaun sebenar mungkin berbeza kerana ia akan dikira berdasarkan net hours dan faktor juvenil lien umur anak). Alhamdulillah duit tunai ini boleh dijadikan gantian pendapatan kepada ibu bapa jika terpaksa ambil cuti tanpa gaji untuk menjaga anak di hospital. Ataupun jika boleh bawa anak-anak berjalan selepas sihat atau simpan sahaja di dalam ASB sebagai pelaburan.

Alhamdulillah amaun tersebut telah dimasukkan ke akaun beliau oleh Zurich Takaful setelah urusan tuntutan selesai dan diluluskan. Beliau berasa sangat berpuas hati dan gembira akan khidmat yang diberikan oleh Zurich Takaful kepada beliau. Selang beberapa ketika selepas peristiwa anaknya warded serentak, isteri beliau pula diwadkan kerana mempunyai gejala demam denggi. Demam denggi sangat merbahaya jika tidak dirawat secepat mungkin kerana bila sudah tahap menjadi denggi berdarah, harapan untuk pulih adalah sukar. Alhamdulillah GL telah dikeluarkan kepada isteri beliau dan dapat rawatan yang cepat. Isteri beliau juga mencarum dalam pelan investment linked beserta manfaat tambahan medical card. Alhamdulillah bil berjumlah RM5939.50 telah dibayarkan keseluruhannya oleh Zurich Takaful dan tuntutan untuk bayaran elaun hospital pun telah dihantar.

Jika kita ingat, negara kita sekali digemparkan dengan penularan wabak influenza yang menyebabkan beberapa sekolah terpaksa ditutup. Satu hari beliau menghantar mesej melalui wasap yang anak beliau terpaksa warded kerana influenza dan beliau sendiri juga mengalami gejala seperti influenza dan perlu diwadkan juga. Saya memberitahu dia untuk buat urusan seperti biasa dan mendoakan agar beliau dan anaknya agar lepas sembuh.

Beliau dan anaknya warded bersama di hospital yang sama kerana menghidap demam influenza. Setelah berada lebih kurang 5 hari di hospital, beliau dan anaknya dibenarkan pulang oleh doktor. Kos rawatan sebanyak RM5023.25 telah dibayar semuanya oleh Zurich Takaful dan juga semua tuntutan untuk elaun kemasukan hospital sebanyak RM450 dan bayaran balik follow up sebanyak RM120 telah saya hantarkan.

Alhamdulillah semua bayaran claim telah dibayar oleh Zurich Takaful. Jumlah keseluruhan kos rawatan dan claim tunai yang dibayar kepada keluarga beliau mencecah hampir RM24 ribu. Bagi kita rakyat Malaysia, bekerja selama 20 tahun pun belum tentu ada simpanan tunai sebanyak itu. Tuan-tuan inilah keistimewaan kita mencarum dalam takaful. Wang kita carum setiap bulan akan membantu sesama peserta jika berlaku musibah yang tidak dijangka. Jika anda belum membuat tuntutan, perlu lebih lagi bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik dan bukannya anda rugi membayar caruman takaful. Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat berkenaan produk Zurich Takaful, klik [sini] untuk terus ke aplikasi WhatsApp saya dengan segera ataupun klik [sini] untuk isi borang online. Terima kasih.

The post Testimoni: Satu Keluarga Manfaat Perlindungan Takaful appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
85
Testimoni: Hampir Tidak Dapat GL Kerana Bayaran Tertunggak Hampir 2 Bulan https://hijrahtakaful.com/2020/04/21/testimoni-hampir-tidak-dapat-gl-kerana-bayaran-tertunggak-2-bulan/ Tue, 21 Apr 2020 15:35:17 +0000 http://hijrahtakaful.com/?p=75 Hai bertemu lagi kita dalam testimoni dan kisah tragik sepanjang pengalaman saya menjadi ejen takaful. Sebagaimana yang telah diberitahu sejak dari peringkat permohonan takaful, bayaran perlu dibuat dengan disiplin kerana tanpa bayaran, kad anda tidak aktif dan anda tidak dapat gunakan kita keadaan cemas dan genting. Sebab itu jika tidak mahu pening tentang bayaran takaful, […]

The post Testimoni: Hampir Tidak Dapat GL Kerana Bayaran Tertunggak Hampir 2 Bulan appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Hai bertemu lagi kita dalam testimoni dan kisah tragik sepanjang pengalaman saya menjadi ejen takaful. Sebagaimana yang telah diberitahu sejak dari peringkat permohonan takaful, bayaran perlu dibuat dengan disiplin kerana tanpa bayaran, kad anda tidak aktif dan anda tidak dapat gunakan kita keadaan cemas dan genting. Sebab itu jika tidak mahu pening tentang bayaran takaful, digalakkan untuk membuat bayaran secara tahunan atau jika bayaran dengan mod bulanan, buat pemotongan dari akaun gaji. (Namun pastikan baki cukup dalam akaun). Kali ini saya akan kongsikan pengalaman menguruskan client yang hampir-hampir tidak mendapat GL disebabkan bayaran tidak dibuat pada waktu “grace period’ atau tempoh penangguhan.

Saya sentiasa monitor bayaran-bayaran client saya melalui sistem yang diberikan oleh Zurich Takaful dan jika berlaku kelewatan saya akan mengingatkan client tentang keperluan untuk buat bayaran segera. Namun kadang-kadang client buat endah dan tak endah sahaja. Perlu diingat tanggungjawab pembayaran caruman adalah terletak pada pemilik sijil sendiri dan bukan pada ejen. Dan semestinya jika berlaku kelewatan bayaran, mereka akan dihantar SMS peringatan daripada sistem. Tugas ejen juga adalah mengingatkan pada client dan setakat itu sahaja. Sebab apa, bila musibah akan berlaku kepada client kita tak tahu dan yang akan dapat manfaat juga adalah client itu sendiri. OK berbalik pada kes ini, bayaran tidak dibuat untuk 2 bulan dan mujur masih lagi belum lapsed atau luput. Dan permintaan client untuk warded telah ditolak kerana tiada bayaran dibuat. (Rujuk gambar pertama). Yang peliknya tahu pula bayaran tak dibuat tapi masih lagi hendak ke hospital swasta. Pada waktu itu, client ini mencarum dalam plan medical card standalone dengan caruman hanya RM67 sebulan setelah ditolak 20% diskaun tiada tuntutan.

Dengan tergesa-gesa saya dahulukan wang untuk bayaran melalui sistem. Bayaran melalui sistem dengan FPX akan cepat masuk ke dalam sistem Zurich Takaful berbanding dengan bayaran online banking yang memerlukan 1-2 untuk clearance. Client berjanji akan bayar balik wang yang telah saya gunakan. Hari semakin petang dan saya terus menerus menelefon pihak pengantara Mediexpress bertanyakan sudahkah bayaran yang dibuat masuk dalam sistem agar GL dapat dikeluarkan untuk client ini. Akhirnya berjaya juga GL dikeluarkan dan saya cukup berterima kasih kepada pihak pengantara kerana sangat membantu dalam hal tersebut. Untuk pengetahuan. pihak pengantara atau Managed Care Operation (MCO) adalah beroperasi 24 jam. Nah, datang dengan yakin pukul 10pagi macam tiada apa-apa masalah tetapi GL hanya lulus pukul 5 petang. Inilah akibat tidak cakna dengan bayaran untuk kad perubatan, Walau apa pun saya bersyukur client dapat warded dan berdoa agar sakitnya cepat pulih seperti sedia kala.

Setiap hari saya akan tanya keadaan client adakah sudah sembuh dan dibenarkan discaj dari hospital atau tidak. Beliau mempunyai pelan dengan bilik single namun pada waktu dia mula-mula masuk wad, tiada bilik single yang kosong dan beliau diletakkan dalam bilik double buat sementara waktu sebelum dipindahkan ke bilik single.

Alhamdulillah setelah 4 hari berada di hospital, client telah dibenarkan pulang ke rumah dan bil sebanyak RM4996.50 telah dibayarkan oleh pihak Zurich Takaful. Adakah di antara kita mampu mengeluarkan wang simpaan sebanyak itu untuk bil rawatan? Saya ingatkan kembali bahawa client sendiri perlu ambil berat tentang bayaran takaful sendiri agar perkara-perkara begini dapat dielakkan. Sepatutnya proses penghospital boleh berlaku dengan mudah tetapi kita sendiri yang mencari jalan yang payah. Di harap ini menajdi iktibar kepada rakan-rakan lain.

The post Testimoni: Hampir Tidak Dapat GL Kerana Bayaran Tertunggak Hampir 2 Bulan appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
75
Testimoni: Mohon Ejen Terminate Tapi Akhirnya Apa Yang Berlaku Selepas Itu Menyebabkan Client Hampir Menyesal https://hijrahtakaful.com/2020/04/21/testimoni-mohon-ejen-terminate-tapi-akhirnya-apa-yang-berlaku-selepas-itu-menyebabkan-client-hampir-menyesal/ Tue, 21 Apr 2020 07:54:41 +0000 http://hijrahtakaful.com/?p=50 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar semua? Diharapkan semua dalam keadaan sihat selalu. Pada entri kali ini ejen ingin memaparkan satu kisah benar yang sangat tragik yang terjadi kepada pelanggan ejen sendiri. Kisahnya begini, sewaktu semua syarikat takaful membuat pelarasan harga untuk pelan medical card, ramai yang tidak berfikir panjang dengan mengatakan syarikat takaful zalim […]

The post Testimoni: Mohon Ejen Terminate Tapi Akhirnya Apa Yang Berlaku Selepas Itu Menyebabkan Client Hampir Menyesal appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar semua? Diharapkan semua dalam keadaan sihat selalu. Pada entri kali ini ejen ingin memaparkan satu kisah benar yang sangat tragik yang terjadi kepada pelanggan ejen sendiri. Kisahnya begini, sewaktu semua syarikat takaful membuat pelarasan harga untuk pelan medical card, ramai yang tidak berfikir panjang dengan mengatakan syarikat takaful zalim kerana menaikkan harga caruman. Pelanggan saya ini mencarum dalam pelan medical card standalone medica2015 dan ianya sememangnya murah ketika itu. Dengan bayaran bawah RM60 sebulan setelah ditolak diskaun tiada tuntutan 20%, beliau mendapat perlindungan perubatan yang komprehensif. Namun begitu, disebabkan kos rawatan yang kian meningkat, pelan medical card standalone telah mengalami kerugian dan untuk syarikat dapat membayar tuntutan tanpa gagal, setelah dipersetujui oleh pihak Bank Negara Malaysia, maka kenaikan harga tidak dapat dielakkan. Untuk info, medical card mempunyai 2 pelan yang boleh dipilih iaitu standalone dan invesment linked sebagai rider. Baca [sini] untuk ketahui perbezaan pelan standalone dan investment linked. Walaubagaimanapun, pihak Zurich Takaful menawarkan penukaran pelan daripada standalone kepada investment linked yang lebih stabil dari segi dana kepada mereka. Berbalik kepada pelanggan ini, beliau tidak bersetuju dengan kenaikan atau penukaran pelan kerana akan menyebabkan komitken kewangannya terganggu.

Sebenarnya, semasa tawaran dibuat oleh pihak Zurich Takaful, jumlah had perlindungan pun dinaikkan sebanyak 100% iaitu dari 50K kepada 100K TANPA PERLU BUAT MEDICAL CHECKUP. Kenapa saya besarkan tulisan itu adalah, dalam takaful, jika pelanggan sedia ada memohon untuk tambah had perlindungan bagi apa jua pelan pun, disyaratkan untuk membuat medical checkup terlebih dahulu kerana ditakuti pelanggan menyembunyikan fakta. Ini sama bagi semua syarikat takaful bukan terhad kepada Zurich Sahaja. Ok berbalik kepada cerita client ini, walaupun puas dipujuk, masih tetap pendiriannya yang enggan meneruskan pelan medical card setelah berbincang dengan isterinya. Saya sebagai ejen hanya boleh beri pendapat kepada client tentang pentingnya medical card kerana ia mempunyai tempoh menunggu tertentu untuk setiap penyakit dan tempoh kebolehcabaran atau soal selidik selama 2 tahun, dalam kata lain, walaupun dia boleh ambil pada waktu lain, jika ketika itu sudah mempunyai penyakit kebarangkalian permohonannya tidak akan berjaya sebab itu ejen bersungguh-sungguh menasihati supaya jangan berhenti. Jika memang sudah tidak mahu, saya tidak boleh paksa. Namun apa yang berlaku selang beberapa hari selepas itu amatlah mengejutkan saya. Teruskan bacaan untuk ketahui lebih lanjut.

Oh ya untuk info, beliau bekerja di satu syarikat yang agak baik dan syarikat tersebut menyediakan kemudahan kemasukan wad di hospital swasta dengan had yang ditetapkan untuk setiap tahun. Jadi bagi beliau, tiada keperluan untuk memilik takaful perubatan lagi dan ianya dianggap lebih kepada pembaziran. Lihat artikel “Perlukah takaful sendiri jika sudah ada perlindungan syarikat?” di [sini].

Hari pun berlalu pergi, selang 5 hari selepas client menyuruh untuk tamatkan medical cardnya, saya dapat call dari client. Saya pun terkejut sebab masa tu jam menunjukkan 830 malam waktu cuti raya cina.

Client: Hello, Assalamualaikum Zul.

Saya: Waalaikumussalam, ye ada apa encik XXX call malam-malam ni?

Client: Just nak tanya, awak sudah terminate takaful saya ke?

Saya: Hari tu memang encik ada suruhkan tapi saya tak terminate lagi. Kenapa ya encik?

Client: Begini, saya sekarang di hospital KPJ. Saya kena batu karang sekarang sakit teramat sangat. Doktor beritahu pembedahan mungkin melebihi RM25 ribu sebab ada 2-3 tempat batu itu.

Saya: OK..encik boleh pakai kan GL daripada syarikat encik?

Client: GL syarikat cuma RM15 ribu sahaja dan jika lebih saya perlu bayar dengan duit sendiri. Saya tak cukup duit untuk bayar sendiri bil sebanyak itu.

Saya: Baik. Disebabkan kad masih lagi inforced, encik tunjuk terus ke kaunter dan request mereka untuk mintak takaful keluarkan Guarantee Letter (GL) untuk encik,

Client: Baik syukur kad saya masih lagi aktif. Terima kasih Zul.

Kebetulan rumah saya berdekatan dengan hospital jadi saya pun beritahu client yang saya akan bergerak ke hospital untuk membantu dia. Dalam perjalanan ke hospital, client wasap saya yang kata GL telah pun diluluskan. Wah cepatnya GL lulus. 830 malam call saya, pukul 900 malam GL dah keluar. Setelah tiba di hospital terus saya bergegas ke lobi kecemasan dan berjumpa beliau di sana yang sedang menahan sakit. Katanya dah makan ubat penahan sakit paling tinggi dosnya pun masih lagi sakit yang amat sangat. Saya kata syukurlah medical card masih boleh digunakan di saat genting dan cemas seperti ini, Ye lah selain guna kad kredit yang menambahkan beban hutang dengan interest yang tinggi, mana ada duit sebanyak RM2500 cash dalam simpanan. Disitulah baru kita faham yang sakit tidak dapat ditukar dengan wang ringgit. Asal kita mahu berjimat sedikit tetapi bila berlaku musibah habis semua wang simpanan yang disimpan bertahun-tahun,

Lepas 3 hari berada di wad, client hantar wasap yang mengatakan beliau sudah dibenarkan keluar dari hospital. Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana dapat lagi menolong seorang hambanya yang berada disaat genting. Bil rawatan penyakit batu karang sebanyak RM15215.65 telah dibayar sepenuhnya oleh Zurich Takaful dan wang deposit kemasukan wad telah pun dikembalikan semula. Masalah batu karang beliau telah selesai dan sakitnya pun sudah tiada. Beliau diminta datang untuk follow up semula selepas 3 minggu dan saya beritahunya bahawa kos follow up itu pun akan dibayar oleh Zurich Takaful. Beliau juga bersetuju untuk menerima pelan pertukaran medical card dari standalone kepada rider dalam investment linked dan penukaran itupun telah diluluskan. Sekarang anda cuba bayangkan jika anda perlu rawatan untuk penyakit yang lebih serius seperti jantung mahupun kemalangan. Walaupun anda mempunyai perlindungan perubatan dari syarikat, berapakah had yang syarikat anda beri? Bagaimana jika anda sakit dan berhenti kerja?

Bagi mereka yang ingin memohon kad perubatan beserta pelaburan Zurich Takaful, anda boleh hubungi saya, En. Zul, di nombor 0192757055 atau terus ke aplikasi dengan klik di [sini]. Ataupun jika anda mahukan sebutharga berkenaan takaful, sila isikan borang online dengan klik di [sini]. Saya percaya anda tidak akan rugi. Sila like dan kongsikan hantaran ini jika bermanfaat. Terima kasih.

The post Testimoni: Mohon Ejen Terminate Tapi Akhirnya Apa Yang Berlaku Selepas Itu Menyebabkan Client Hampir Menyesal appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
50