investment linked Archives - hijrahtakaful.com https://hijrahtakaful.com/tag/investment-linked/ Takaful & Kehidupan Sun, 21 Jul 2024 14:04:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.5.5 https://hijrahtakaful.com/wp-content/uploads/2020/05/cropped-Logo-1-32x32.jpg investment linked Archives - hijrahtakaful.com https://hijrahtakaful.com/tag/investment-linked/ 32 32 176772263 8.5 Juta Rakyat Malaysia Berisiko Sakit Jantung, Strok https://hijrahtakaful.com/2024/07/07/8-5-juta-rakyat-malaysia-berisiko-sakit-jantung-strok/ Sun, 07 Jul 2024 15:00:09 +0000 https://hijrahtakaful.com/?p=865 Satu berita yang agak mengejutkan di mana satu laporan akhbar yang menyiarkan satu keputusan tinjauan seramai 8.5 juta atau 35.9% dari keseluruhan rakyat negara ini berisiko untuk mengalami sakit jantung dan strok sekiranya tidak segera dirawat setelah dikesan sindrom metabolik. Apakah yang dimaksudkan sindrom metabolik ini? Sindrom metabolik merupakan sekumpulan keadaan yang merangkumi peningkatan tekanan darah, […]

The post 8.5 Juta Rakyat Malaysia Berisiko Sakit Jantung, Strok appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Satu berita yang agak mengejutkan di mana satu laporan akhbar yang menyiarkan satu keputusan tinjauan seramai 8.5 juta atau 35.9% dari keseluruhan rakyat negara ini berisiko untuk mengalami sakit jantung dan strok sekiranya tidak segera dirawat setelah dikesan sindrom metabolik. Apakah yang dimaksudkan sindrom metabolik ini?

Sindrom metabolik merupakan sekumpulan keadaan yang merangkumi peningkatan tekanan darah, peningkatan gula dalam, lemak badan berlebihan di pinggang, dan kadar kolesterol atau trigliserida yang tidak normal. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, strok dan diabetes jenis 2.

Menurut laporan, semua peringkat golongan ekonomi berisiko mendapat penyakit seperti itu menunjukkan betapa seriusnya ancaman penyakit ini kepada masyarakat. Kos rawatannya bukan murah malah boleh mencecah belasan hingga puluhan ribu ringgit mengikut keadaan.

Kadang-kadang surat khabar ada keluarkan artikel macam ni biasanya untuk pembaca berfikir.

Pertama: Pentingnya untuk kita untuk membuat pencegahan dan juga cakna tentang penyakit tersebut;

Kedua: Tahu risiko kepada kehidupan jika berlaku penyakit tersebut.

Saya tak nak sentuh berkenaan dengan pencegahan penyakit kerana kita sudah banyak diberikan maklumat oleh pihak berwajib khasnya KKM melalui fasiliti mereka juga di media.

Saya nak sentuh tentang perkara kedua biasanya sangat jarang dicakna. Apa yang berlaku bila menghidap penyakit kritikal ini adalah HILANG UPAYA BEKERJA yang menyebabkan hilang pendapatan. Bila hilang pendapatan, urusan menjadi susah dan perlu meminta-minta. Dalam dunia serba mahal sekarang berapa ramai yang sanggup membantu?

Sebab itu adanya takaful hibah atau ganti pendapatan bagi menyelesaikan masalah kewangan bila berlaku perkara yang tidak diingini seperti ini? Mahal ke buat hibah takaful? Serendah RM50 sebulan namun masih lagi nak berkira-kira.

Kalau dulu takaful ni hanya untuk orang sihat, sekarang dah ada plan untuk orang yang sudah berpenyakit juga seperti takaful Al Shams untuk ambil pelan ganti pendapatan. Nak atau tak nak sahaja.

Rujuk perincian berkenaan takaful al shams di sini;

Rujuk mereka yang mahir untuk khidmat nasihat takaful sebagai sebahagian perancangan kewangan anda. Klik [SINI] untuk terus ke aplikasi whatsapp jika anda mempunyai pertanyaan lanjut.

Zul Pakar Takaful

The post 8.5 Juta Rakyat Malaysia Berisiko Sakit Jantung, Strok appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
865
Apakah Yang Dimaksudkan Nilai Pelaburan Dalam Takaful? https://hijrahtakaful.com/2023/09/30/apakah-yang-dimaksudkan-nilai-pelaburan-dalam-takaful/ Sat, 30 Sep 2023 03:41:06 +0000 https://hijrahtakaful.com/?p=756 Dalam takaful, terdapat pelan yang mempunyai pelaburan semula dan yang tidak ada pelaburan. Pelan yang mempunyai fungsi pelaburan semula membolehkan sesuatu sijil takaful itu mempunyai nilai tunai dalam jumlah tertentu mengikut hasil pelaburan yang disertai. Pelan yang tidak disertakan dengan pelaburan tidak mempunyai nilai tunai dan biasanya dengan bayaran bulanan yang lebih rendah. Walaubagaimanapun, pelaburan […]

The post Apakah Yang Dimaksudkan Nilai Pelaburan Dalam Takaful? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Dalam takaful, terdapat pelan yang mempunyai pelaburan semula dan yang tidak ada pelaburan. Pelan yang mempunyai fungsi pelaburan semula membolehkan sesuatu sijil takaful itu mempunyai nilai tunai dalam jumlah tertentu mengikut hasil pelaburan yang disertai. Pelan yang tidak disertakan dengan pelaburan tidak mempunyai nilai tunai dan biasanya dengan bayaran bulanan yang lebih rendah.

Walaubagaimanapun, pelaburan adalah bukan tujuan utama untuk mereka yang mengambil takaful kerana tujuan takaful itu sendiri adalah untuk perlindungan kepada sesuatu musibah yang kita tidak rancang. Contohnya kemalangan, penyakit kritikal dan lain-lain lagi. Jadi adalah satu kesalahan BESAR bila menganggap takaful itu adalah satu instrument pelaburan.

Pelaburan dalam takaful dilakukan dengan cara sebahagian daripada caruman yang dibayar dimasukkan ke tabung pelaburan peserta atau participant investment account (PIA) dan dividen yang diperolehi akan di masukkan kedalam akaun tersebut.

Gambar di atas adalah contoh nilai tunai untuk satu polisi Zurich Takaful. Nilai tunai terkumpul untuk sijil ini adalah RM8,811.44. Sijil ini. Sijil ini mempunyai manfaat hibah RM300 ribu, lumpuh kekal RM300 ribu, pampasan tunai sakit kritikal RM150 ribu dan elaun hospital sebanyak RM150/hari dan lain-lain manfaat yang memberikan bayaran tunai kepada peserta jika berlaku musibah.

Nilai tunai sijil takaful boleh menjadi lebih tinggi jika sesuatu sijil itu berkuatkuasa lebih lama contohnya dalam jangkamasa 30 tahun. Terdapat juga produk yang memaksimakan pelaburan di Zurich Takaful seperti pelan Executive 20 dan juga ProInvest.

Dengan adanya nilai pelaburan ini, tidaklah caruman bulanan anda hangus seperti anda membayar takaful atau insuran untuk kenderaan yang mana tidak dapat tidak anda terpaksa juga membayar untuk membolehkan kenderaan anda dilindungi jika berlaku kemalangan.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang takaful dengan pelaburan, klik [sini] untuk terus ke aplikasi WhatsApp admin untuk penerangan lebih lanjut.

The post Apakah Yang Dimaksudkan Nilai Pelaburan Dalam Takaful? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
756
Testimoni: Mohon Ejen Terminate Tapi Akhirnya Apa Yang Berlaku Selepas Itu Menyebabkan Client Hampir Menyesal https://hijrahtakaful.com/2020/04/21/testimoni-mohon-ejen-terminate-tapi-akhirnya-apa-yang-berlaku-selepas-itu-menyebabkan-client-hampir-menyesal/ Tue, 21 Apr 2020 07:54:41 +0000 http://hijrahtakaful.com/?p=50 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar semua? Diharapkan semua dalam keadaan sihat selalu. Pada entri kali ini ejen ingin memaparkan satu kisah benar yang sangat tragik yang terjadi kepada pelanggan ejen sendiri. Kisahnya begini, sewaktu semua syarikat takaful membuat pelarasan harga untuk pelan medical card, ramai yang tidak berfikir panjang dengan mengatakan syarikat takaful zalim […]

The post Testimoni: Mohon Ejen Terminate Tapi Akhirnya Apa Yang Berlaku Selepas Itu Menyebabkan Client Hampir Menyesal appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar semua? Diharapkan semua dalam keadaan sihat selalu. Pada entri kali ini ejen ingin memaparkan satu kisah benar yang sangat tragik yang terjadi kepada pelanggan ejen sendiri. Kisahnya begini, sewaktu semua syarikat takaful membuat pelarasan harga untuk pelan medical card, ramai yang tidak berfikir panjang dengan mengatakan syarikat takaful zalim kerana menaikkan harga caruman. Pelanggan saya ini mencarum dalam pelan medical card standalone medica2015 dan ianya sememangnya murah ketika itu. Dengan bayaran bawah RM60 sebulan setelah ditolak diskaun tiada tuntutan 20%, beliau mendapat perlindungan perubatan yang komprehensif. Namun begitu, disebabkan kos rawatan yang kian meningkat, pelan medical card standalone telah mengalami kerugian dan untuk syarikat dapat membayar tuntutan tanpa gagal, setelah dipersetujui oleh pihak Bank Negara Malaysia, maka kenaikan harga tidak dapat dielakkan. Untuk info, medical card mempunyai 2 pelan yang boleh dipilih iaitu standalone dan invesment linked sebagai rider. Baca [sini] untuk ketahui perbezaan pelan standalone dan investment linked. Walaubagaimanapun, pihak Zurich Takaful menawarkan penukaran pelan daripada standalone kepada investment linked yang lebih stabil dari segi dana kepada mereka. Berbalik kepada pelanggan ini, beliau tidak bersetuju dengan kenaikan atau penukaran pelan kerana akan menyebabkan komitken kewangannya terganggu.

Sebenarnya, semasa tawaran dibuat oleh pihak Zurich Takaful, jumlah had perlindungan pun dinaikkan sebanyak 100% iaitu dari 50K kepada 100K TANPA PERLU BUAT MEDICAL CHECKUP. Kenapa saya besarkan tulisan itu adalah, dalam takaful, jika pelanggan sedia ada memohon untuk tambah had perlindungan bagi apa jua pelan pun, disyaratkan untuk membuat medical checkup terlebih dahulu kerana ditakuti pelanggan menyembunyikan fakta. Ini sama bagi semua syarikat takaful bukan terhad kepada Zurich Sahaja. Ok berbalik kepada cerita client ini, walaupun puas dipujuk, masih tetap pendiriannya yang enggan meneruskan pelan medical card setelah berbincang dengan isterinya. Saya sebagai ejen hanya boleh beri pendapat kepada client tentang pentingnya medical card kerana ia mempunyai tempoh menunggu tertentu untuk setiap penyakit dan tempoh kebolehcabaran atau soal selidik selama 2 tahun, dalam kata lain, walaupun dia boleh ambil pada waktu lain, jika ketika itu sudah mempunyai penyakit kebarangkalian permohonannya tidak akan berjaya sebab itu ejen bersungguh-sungguh menasihati supaya jangan berhenti. Jika memang sudah tidak mahu, saya tidak boleh paksa. Namun apa yang berlaku selang beberapa hari selepas itu amatlah mengejutkan saya. Teruskan bacaan untuk ketahui lebih lanjut.

Oh ya untuk info, beliau bekerja di satu syarikat yang agak baik dan syarikat tersebut menyediakan kemudahan kemasukan wad di hospital swasta dengan had yang ditetapkan untuk setiap tahun. Jadi bagi beliau, tiada keperluan untuk memilik takaful perubatan lagi dan ianya dianggap lebih kepada pembaziran. Lihat artikel “Perlukah takaful sendiri jika sudah ada perlindungan syarikat?” di [sini].

Hari pun berlalu pergi, selang 5 hari selepas client menyuruh untuk tamatkan medical cardnya, saya dapat call dari client. Saya pun terkejut sebab masa tu jam menunjukkan 830 malam waktu cuti raya cina.

Client: Hello, Assalamualaikum Zul.

Saya: Waalaikumussalam, ye ada apa encik XXX call malam-malam ni?

Client: Just nak tanya, awak sudah terminate takaful saya ke?

Saya: Hari tu memang encik ada suruhkan tapi saya tak terminate lagi. Kenapa ya encik?

Client: Begini, saya sekarang di hospital KPJ. Saya kena batu karang sekarang sakit teramat sangat. Doktor beritahu pembedahan mungkin melebihi RM25 ribu sebab ada 2-3 tempat batu itu.

Saya: OK..encik boleh pakai kan GL daripada syarikat encik?

Client: GL syarikat cuma RM15 ribu sahaja dan jika lebih saya perlu bayar dengan duit sendiri. Saya tak cukup duit untuk bayar sendiri bil sebanyak itu.

Saya: Baik. Disebabkan kad masih lagi inforced, encik tunjuk terus ke kaunter dan request mereka untuk mintak takaful keluarkan Guarantee Letter (GL) untuk encik,

Client: Baik syukur kad saya masih lagi aktif. Terima kasih Zul.

Kebetulan rumah saya berdekatan dengan hospital jadi saya pun beritahu client yang saya akan bergerak ke hospital untuk membantu dia. Dalam perjalanan ke hospital, client wasap saya yang kata GL telah pun diluluskan. Wah cepatnya GL lulus. 830 malam call saya, pukul 900 malam GL dah keluar. Setelah tiba di hospital terus saya bergegas ke lobi kecemasan dan berjumpa beliau di sana yang sedang menahan sakit. Katanya dah makan ubat penahan sakit paling tinggi dosnya pun masih lagi sakit yang amat sangat. Saya kata syukurlah medical card masih boleh digunakan di saat genting dan cemas seperti ini, Ye lah selain guna kad kredit yang menambahkan beban hutang dengan interest yang tinggi, mana ada duit sebanyak RM2500 cash dalam simpanan. Disitulah baru kita faham yang sakit tidak dapat ditukar dengan wang ringgit. Asal kita mahu berjimat sedikit tetapi bila berlaku musibah habis semua wang simpanan yang disimpan bertahun-tahun,

Lepas 3 hari berada di wad, client hantar wasap yang mengatakan beliau sudah dibenarkan keluar dari hospital. Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana dapat lagi menolong seorang hambanya yang berada disaat genting. Bil rawatan penyakit batu karang sebanyak RM15215.65 telah dibayar sepenuhnya oleh Zurich Takaful dan wang deposit kemasukan wad telah pun dikembalikan semula. Masalah batu karang beliau telah selesai dan sakitnya pun sudah tiada. Beliau diminta datang untuk follow up semula selepas 3 minggu dan saya beritahunya bahawa kos follow up itu pun akan dibayar oleh Zurich Takaful. Beliau juga bersetuju untuk menerima pelan pertukaran medical card dari standalone kepada rider dalam investment linked dan penukaran itupun telah diluluskan. Sekarang anda cuba bayangkan jika anda perlu rawatan untuk penyakit yang lebih serius seperti jantung mahupun kemalangan. Walaupun anda mempunyai perlindungan perubatan dari syarikat, berapakah had yang syarikat anda beri? Bagaimana jika anda sakit dan berhenti kerja?

Bagi mereka yang ingin memohon kad perubatan beserta pelaburan Zurich Takaful, anda boleh hubungi saya, En. Zul, di nombor 0192757055 atau terus ke aplikasi dengan klik di [sini]. Ataupun jika anda mahukan sebutharga berkenaan takaful, sila isikan borang online dengan klik di [sini]. Saya percaya anda tidak akan rugi. Sila like dan kongsikan hantaran ini jika bermanfaat. Terima kasih.

The post Testimoni: Mohon Ejen Terminate Tapi Akhirnya Apa Yang Berlaku Selepas Itu Menyebabkan Client Hampir Menyesal appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
50