MediPro Archives - hijrahtakaful.com https://hijrahtakaful.com/tag/medipro/ Takaful & Kehidupan Wed, 14 Aug 2024 12:18:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.5.5 https://hijrahtakaful.com/wp-content/uploads/2020/05/cropped-Logo-1-32x32.jpg MediPro Archives - hijrahtakaful.com https://hijrahtakaful.com/tag/medipro/ 32 32 176772263 8.5 Juta Rakyat Malaysia Berisiko Sakit Jantung, Strok https://hijrahtakaful.com/2024/07/07/8-5-juta-rakyat-malaysia-berisiko-sakit-jantung-strok/ Sun, 07 Jul 2024 15:00:09 +0000 https://hijrahtakaful.com/?p=865 Satu berita yang agak mengejutkan di mana satu laporan akhbar yang menyiarkan satu keputusan tinjauan seramai 8.5 juta atau 35.9% dari keseluruhan rakyat negara ini berisiko untuk mengalami sakit jantung dan strok sekiranya tidak segera dirawat setelah dikesan sindrom metabolik. Apakah yang dimaksudkan sindrom metabolik ini? Sindrom metabolik merupakan sekumpulan keadaan yang merangkumi peningkatan tekanan darah, […]

The post 8.5 Juta Rakyat Malaysia Berisiko Sakit Jantung, Strok appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Satu berita yang agak mengejutkan di mana satu laporan akhbar yang menyiarkan satu keputusan tinjauan seramai 8.5 juta atau 35.9% dari keseluruhan rakyat negara ini berisiko untuk mengalami sakit jantung dan strok sekiranya tidak segera dirawat setelah dikesan sindrom metabolik. Apakah yang dimaksudkan sindrom metabolik ini?

Sindrom metabolik merupakan sekumpulan keadaan yang merangkumi peningkatan tekanan darah, peningkatan gula dalam, lemak badan berlebihan di pinggang, dan kadar kolesterol atau trigliserida yang tidak normal. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, strok dan diabetes jenis 2.

Menurut laporan, semua peringkat golongan ekonomi berisiko mendapat penyakit seperti itu menunjukkan betapa seriusnya ancaman penyakit ini kepada masyarakat. Kos rawatannya bukan murah malah boleh mencecah belasan hingga puluhan ribu ringgit mengikut keadaan.

Kadang-kadang surat khabar ada keluarkan artikel macam ni biasanya untuk pembaca berfikir.

Pertama: Pentingnya untuk kita untuk membuat pencegahan dan juga cakna tentang penyakit tersebut;

Kedua: Tahu risiko kepada kehidupan jika berlaku penyakit tersebut.

Saya tak nak sentuh berkenaan dengan pencegahan penyakit kerana kita sudah banyak diberikan maklumat oleh pihak berwajib khasnya KKM melalui fasiliti mereka juga di media.

Saya nak sentuh tentang perkara kedua biasanya sangat jarang dicakna. Apa yang berlaku bila menghidap penyakit kritikal ini adalah HILANG UPAYA BEKERJA yang menyebabkan hilang pendapatan. Bila hilang pendapatan, urusan menjadi susah dan perlu meminta-minta. Dalam dunia serba mahal sekarang berapa ramai yang sanggup membantu?

Sebab itu adanya takaful hibah atau ganti pendapatan bagi menyelesaikan masalah kewangan bila berlaku perkara yang tidak diingini seperti ini? Mahal ke buat hibah takaful? Serendah RM50 sebulan namun masih lagi nak berkira-kira.

Kalau dulu takaful ni hanya untuk orang sihat, sekarang dah ada plan untuk orang yang sudah berpenyakit juga seperti takaful Al Shams untuk ambil pelan ganti pendapatan. Nak atau tak nak sahaja.

Rujuk perincian berkenaan takaful al shams di sini;

Rujuk mereka yang mahir untuk khidmat nasihat takaful sebagai sebahagian perancangan kewangan anda. Klik [SINI] untuk terus ke aplikasi whatsapp jika anda mempunyai pertanyaan lanjut.

Zul Pakar Takaful

The post 8.5 Juta Rakyat Malaysia Berisiko Sakit Jantung, Strok appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
865
Apa Perlu Dilakukan Jika Had Kad Perubatan Anda Sangat Rendah? https://hijrahtakaful.com/2023/10/01/apa-perlu-dilakukan-jika-had-kad-perubatan-anda-sangat-rendah/ Sun, 01 Oct 2023 12:17:53 +0000 https://hijrahtakaful.com/?p=769 Baru-baru saya bersembang dengan seorang prospek beliau memberitahu yang seorang rakannya terpaksa mengeluarkan belanja sendiri kerana had coverage insurannya sudah habis. Saya berfikir mungkin had coverage rakan dia tu rendah sehingga tidak mencukupi untuk menampung kos pembedahan yang tinggi. Seperti gambar di atas, had tahunan bagi medical card itu adalah RM62,500 yang mana ianya sudah […]

The post Apa Perlu Dilakukan Jika Had Kad Perubatan Anda Sangat Rendah? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Baru-baru saya bersembang dengan seorang prospek beliau memberitahu yang seorang rakannya terpaksa mengeluarkan belanja sendiri kerana had coverage insurannya sudah habis. Saya berfikir mungkin had coverage rakan dia tu rendah sehingga tidak mencukupi untuk menampung kos pembedahan yang tinggi. Seperti gambar di atas, had tahunan bagi medical card itu adalah RM62,500 yang mana ianya sudah tidak relevan lagi pada zaman ini kerana kos yang sudah meningkat naik. Apa sebab kos perubatan meningkat naik boleh baca di

[Mengapa kos perubatan meningkat?]

Jadi bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini? Jika anda masih sihat dan belum mempunyai penyakit, terdapat 2 cara untuk menambah had tahunan medical card anda

1. Ambil polisi medical card tambahan dengan had coverage yang lebih baik

2. Jika bajet menjadi isu, mohon “takeover kepada syarikat lain

Pilihan 1 adalah yang paling mudah dengan hanya memohon polisi baru yang lebih baik untuk meningkat had medical coverage. Di Zurich Takaful ada medical card yang mempunyai coverage dari RM1juta hingga RM2 juta iaitu [Medipro] dan juga kad [MediAfya] yang menawarkan had rawatan pesakit luar berasingan dari had coverage keseluruhan.

Bagi pilihan no. 2 pula, anda boleh memindahkan medical card anda kepada syarikat pengendali baru dengan kaedah “takeover” polisi tanpa perlu waktu menunggu semula. Baca apa yang dimaksudkan dengan takeover di link bawah:

[Apa yang dimaksudkan “takeover polisi”]

Syarat paling penting untuk menambah had perlindungan medical card samada pilihan 1 atau 2 mestilah anda masih lagi dalam keadaan sihat sesuai dengan fungsi takaful itu yang melindungi sesuatu musibah belum berlaku.

The post Apa Perlu Dilakukan Jika Had Kad Perubatan Anda Sangat Rendah? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
769
Siapa Tanggung Kos Perubatan Selepas Bersara, Berhenti Kerja? https://hijrahtakaful.com/2023/08/06/siapa-tanggung-kos-perubatan-selepas-bersara-berhenti-kerja/ Sun, 06 Aug 2023 05:26:29 +0000 https://hijrahtakaful.com/?p=732 Kos rawatan perubatan merupakan salah satu dari perbelanjaan terbesar dalam kehidupan jika ianya diperlukan. Umum mengetahui pihak majikan memang ada menyediakan manfaat perubatan kepada para pekerja mereka. Baik kerajaan mahu pun swasta. Bagi pegawai kerajaan, mereka selalunya mempunyai guarantee letter atau lebih dikenali sebagai GL bagi mendapatkan rawatan di hospital. Manakala bagi pekerja swasta pula, […]

The post Siapa Tanggung Kos Perubatan Selepas Bersara, Berhenti Kerja? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Kos rawatan perubatan merupakan salah satu dari perbelanjaan terbesar dalam kehidupan jika ianya diperlukan. Umum mengetahui pihak majikan memang ada menyediakan manfaat perubatan kepada para pekerja mereka. Baik kerajaan mahu pun swasta. Bagi pegawai kerajaan, mereka selalunya mempunyai guarantee letter atau lebih dikenali sebagai GL bagi mendapatkan rawatan di hospital. Manakala bagi pekerja swasta pula, majikan ada menyediakan insuran perubatan membolehkan para staf mereka mendapatkan rawatan yang cepat di klinik atau hospital swasta. Namun begitu pernahkah anda terfikir bilamana anda sudah berhenti bekerja atas sebab-sebab terpaksa atau selepas bersara? Siapakah yang akan menanggung kos perubatan anda?

Kos perubatan yang tinggi menjadi beban

Apabila seseorang itu jatuh sakit, perkara pertama yang difikirkan adalah bagaimana rawatan boleh dibuat dengan cepat. Namun, terutamanya di hospital kerajaan, berlaku giliran yang sangat panjang disebabkan orang terlalu ramai, wad yang terlalu padat. Sakit yang amat sangat menyebabkan kita menjadi hilang sabar. Sanggup menghabiskan wang simpanan dan meminjam agar rawatn dapat dibuat dengan cepat.

Bagi yang mempunyai medical card, rawatan boleh dibuat di hospital swasta dengan kadar yang segera tanpa perlu menunggu dalam waktu yang lama. Bila GL sudah diluluskan, rawatan boleh terus dijalankan. Insuran atau takaful ini beri banyak manfaat yang ramai sudah tahu namun masih ramai yang belum memohon menyebabkan mereka berisiko mengalami masalah kewangan bila terpaksa diwadkan.

Seorang yang bijak adalah mereka yang mengambil perlindungan medical card ini dengan anggapan sebagai pelaburan. Bila kita sebut pelaburan, keuntungan dia adalah pada masa hadapan. Bila anda berhadapan dengan bil yang beribu-ribu untuk kos rawatan, anda tidak perlu mengeluarkan wang sendiri untuk menyelesaikannya. Jadikan penyediaan medical card sebagai satu pelabugan selepas persaraan.

Saya ejen Zul bersedia untuk memberi khidmat nasihat percuma kepada anda. Klik [sini] untuk terus ke aplikasi whatsapp untuk perbincangan lanjut.

The post Siapa Tanggung Kos Perubatan Selepas Bersara, Berhenti Kerja? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
732
Client Buat Tuntutan Pertama Setelah Mencarum Hampir 3 Tahun https://hijrahtakaful.com/2022/02/13/client-buat-tuntutan-pertama-setelah-mencarum-hampir-3-tahun/ Sun, 13 Feb 2022 07:58:27 +0000 https://hijrahtakaful.com/2022/02/13/client-buat-tuntutan-pertama-setelah-mencarum-hampir-3-tahun/ Setelah hampir 3 tahun mencarum dalam medical card, Client ini pertama kali buat tuntutan setelah tangan rasa sakit yang berpanjangan. Alhamdulillah pemeriksaan dan rawatan dapat dilakukan. Semua bilnya sebanyak RM6053.22 semuanya dibayar oleh Zurich Takaful. Kalau ikutkan caruman yang dibayar pun belum mencapai sebanyak itu. Maka pelaburan beliau selama ni sangatlah berbaloi. Medical card melindungi […]

The post Client Buat Tuntutan Pertama Setelah Mencarum Hampir 3 Tahun appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Setelah hampir 3 tahun mencarum dalam medical card, Client ini pertama kali buat tuntutan setelah tangan rasa sakit yang berpanjangan. Alhamdulillah pemeriksaan dan rawatan dapat dilakukan. Semua bilnya sebanyak RM6053.22 semuanya dibayar oleh Zurich Takaful. Kalau ikutkan caruman yang dibayar pun belum mencapai sebanyak itu. Maka pelaburan beliau selama ni sangatlah berbaloi.

Medical card melindungi wang simpanan kita bila berhadapan dengan kos rawatan yang tinggi. Sejajar dengan tujuan takaful itu melindungi anda dari kerugian akibat musibah.

Medical card bukan seperti bertukar-tukar baju kerana ia tertakluk kepada waktu menunggu tertentu sebelum anda boleh membuat tuntutan. Mohonlah segera selagi anda masih layak.

Lihat testimoni medical card zurich takaful yang lain di [sini]

The post Client Buat Tuntutan Pertama Setelah Mencarum Hampir 3 Tahun appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
473
Medical Card Adalah Pelaburan Jangka Panjang https://hijrahtakaful.com/2022/01/01/medical-card-adalah-pelaburan-jangka-panjang/ Sat, 01 Jan 2022 23:20:18 +0000 http://hijrahtakaful.com/2022/01/01/medical-card-adalah-pelaburan-jangka-panjang/ Beberapa hari lepas dapat info dari client yang tiba-tiba mengalami sakit batu karang. Sakit yang amat sangat dan perlukan pembedahan segera. Seperti biasa saya nasihatkan ke hospital dan buat urusan GL dengan takaful. Setelah selesai beliau admit dan rawatan dimulakan. Setelah selesai, kos rawatan berjumlah RM16,666.21 kesemuanya dibayarkan oleh medical card Zurich Takaful beliau. Kos […]

The post Medical Card Adalah Pelaburan Jangka Panjang appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Beberapa hari lepas dapat info dari client yang tiba-tiba mengalami sakit batu karang. Sakit yang amat sangat dan perlukan pembedahan segera. Seperti biasa saya nasihatkan ke hospital dan buat urusan GL dengan takaful. Setelah selesai beliau admit dan rawatan dimulakan. Setelah selesai, kos rawatan berjumlah RM16,666.21 kesemuanya dibayarkan oleh medical card Zurich Takaful beliau.

Kos sebanyak itu mungkin tidak mampu dibayar dengan wang simpanan sendiri dan untuk pembedahan seperti ini perlu menunggu giliran yang panjang di hospital kerajaan.

Medical card memang harganya mahal dan selalu mengalami kenaikan harga disebabkan inflasi kos rawatan yang tinggi. Berkenaan kos ini, banyak kali saya dah terangkan dalam post sebelum-sebelum ini. Mamak pun naik harga apatah lagi harga ubat-ubatan.

Anggap bila memiliki medical card ini adalah satu pelaburan jangka masa panjang. Seperti client ini, jumlah tuntutan tahun 2021 sahaja mencecah RM40 ribu. Bayangkan jika tanpa medical card, perlu mencari sendiri wang sebanyak itu untuk membuat rawatan.

Berbaloi atau tidak pelaburan yang client ini telah lakukan? Janganlah fikir bila tak guna medical card itu rasa rugi, bahkan sepatutnya kita bersyukur sebab dapat bantu sesama client lain untuk perlindungan bersama. Alhamdulillah apa yang penting dapat kembali sihat seperti sediakala.

The post Medical Card Adalah Pelaburan Jangka Panjang appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
462
Zurich Takaful MediPro: Kad Perubatan Dengan Had Tahunan Sehingga RM2 Juta https://hijrahtakaful.com/2021/08/18/zurich-takaful-medipro-kad-perubatan-dengan-had-tahunan-sehingga-rm2-juta/ Wed, 18 Aug 2021 21:13:40 +0000 http://hijrahtakaful.com/?p=195 Kos rawatan di Malaysia dijangka akan terus meningkat jika mengambil kira kadar inflasi kos rawatan yang saban tahun mencecah 2 angka. Menurut apa yang dipaparkan di atas, sebagai contoh rawatan untuk penyakit serangan jantung jika pada tahun 2015 adalah dari RM10 ribu hingga RM30 ribu, ianya bakal menjadi dari RM67 ribu hingga RM202 ribu. Kenaikan […]

The post Zurich Takaful MediPro: Kad Perubatan Dengan Had Tahunan Sehingga RM2 Juta appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Kos rawatan di Malaysia dijangka akan terus meningkat jika mengambil kira kadar inflasi kos rawatan yang saban tahun mencecah 2 angka. Menurut apa yang dipaparkan di atas, sebagai contoh rawatan untuk penyakit serangan jantung jika pada tahun 2015 adalah dari RM10 ribu hingga RM30 ribu, ianya bakal menjadi dari RM67 ribu hingga RM202 ribu.

Kenaikan kos rawatan saban tahun ini disebabkan banyak faktor. Antara yang menjadi faktor terbesar adalah kos pembangunan dan penyelidikan ubat-ubatan yang mahal, penggunaan peralatan yang berteknologi tinggi, penurunan nilai ringgit dan juga kenaikan kos pengangkutan berikutan isu pandemik. Jika berterusan, berkemungkinan had perlindungan kad perubatan sedia ada di pasaran tidak lagi mencukupi menyebabkan pesakit terpaksa menambah sendiri bayaran jika bil hospital melebihi had perlindungan kad perubatan mereka. Perkara ini telah disedari oleh Zurich Takaful Malaysia dan satu solusi kepada permasalahan ini telah dikeluarkan dengan pelancaran produk medical card terbaru Zurich Takaful iaitu MediPro!

Selain memberikan memberikan had tahunan tertinggi di pasaran sehingga RM2juta dengan harga yang amat berpatutan, MediPro juga tidak mempunyai had sepanjang tempoh polisi atau dengan kata lain unlimited lifetime coverage. Juga dengan 3 manfaat tambahan yang pertama di pasaran iaitu manfaat perlindungan penyakit mental, manfaat bebas kanser, manfaat penyakit berjangkit bukan pandemik dan juga manfaat rawatan kanta mata inokular.

Rajah di atas menunjukkan perincian berkenaan kad perubatan Zurich Takaful MediPro mengikut pelan. Terdapat 4 plan yang boleh dipilih mengikut perbezaan jumlah had tahunan dan harga bilik. Kad perubatan MediPro tidak mengenakan apa-apa co-payment jika pelanggan ingin menaik taraf bilik sewaktu diwadkan. Hanya perlu bayar beza harga bilik sahaja.

Selain had tahunan yang cukup tinggi, manfaat, penambahbaikan kepada manfaat sedia ada seperi rawatan susulan setelah discaj ditambah dari 90hari kepada 180hari. Ini bermakna, jika orang yang dilindungi mendapat penyakit kanser, perbekalan ubat-ubat kanser yanv berharga RM8 ribu hingga RM16 ribu dibayar oleh Zurich Takaful selama 6bulan! Juga penyakit lain seperti pulmonary hipertension yang juga memerlukan ubat yang mahal juga ditanggung oleh kad perubatan ini. 180hari ni akan reset semula bila anda diwadkan semula.

Harga ubat kanser yang sangat mahal

Jadi jika waktu sihat anda tidak mampu, mampukah anda ketika anda sakit? Jadi kad perubatan MediPro adalah penyelesaian jangka panjang kepada risiko kos rawatan kesihatan anda.

Kad perubatan MediPro ini juga mempunyai manfaat-manfaat baharu yang pertama di pasaran seperi manfaat kesihatan mental, manfaat demam denggi pesakit luar dan juga manfaat penggantian kanta mata. Semua manfaat-manfaat ini memberikan solusi kepada keperluan kesihatan anda dan kelegaan minda kepada kos rawatan yang senantiasa meningkat pada harga yang sangat mampu milik.

>>Testimoni medical card Zurich Takaful klik sini<<

Pelan medical card ni adalah pelan rider dan bukan standalone. Ianya hanya boleh dimiliki dengan memohon pelan Zurich Takaful ProEssential sebagai pelan induk. Dengan manfaat bersama pelan Zurich Takaful ProEssential seperti hibah, pampasan penyakit kritikal, elaun kemasukan hospital, elaun hilang keupayaan dan banyak manfaat lain membolehkan anda mendapatkan perlindungan menyeluruh di bawah satu pelan sahaja.

Dengan tambahan rider medical card untuk pelan takaful ProEssential ini lengkaplah ianya sebagai satu pelan yang merangkumi keseluruhan penyelesaian kepada keperluan perlindungan anda bagi menghadapi perkara-perkara di luar jangka seperti sakit kritikal, kemalangan juga bagi waris jika dijemput kematian lebih awal.

Dengan kos rawatan yang begitu tinggi, mampukah kita untuk berhadapan dengan sakit atau penyakit? Dengan pelan ProEssential beserta dengan rider medical card inilah solusi atau penyelesaiaan kepada permasalahan ini. Untuk khidmat nasihat atau sebarang pertanyaan berkenaan produk ProEssential ini klik [sini] untuk terus ke Aplikasi whatsapp saya.

>Baca testimoni medical card Zurich Takaful di [SINI]<

The post Zurich Takaful MediPro: Kad Perubatan Dengan Had Tahunan Sehingga RM2 Juta appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
195