testimoni Archives - hijrahtakaful.com https://hijrahtakaful.com/tag/testimoni/ Takaful & Kehidupan Tue, 20 Aug 2024 06:44:07 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.5.5 https://hijrahtakaful.com/wp-content/uploads/2020/05/cropped-Logo-1-32x32.jpg testimoni Archives - hijrahtakaful.com https://hijrahtakaful.com/tag/testimoni/ 32 32 176772263 Anak Masuk Wad, Ibu Bapa Dapat Tunai RM700 https://hijrahtakaful.com/2023/05/13/anak-masuk-wad-ibu-bapa-dapat-tunai-rm700/ Sat, 13 May 2023 09:34:56 +0000 http://hijrahtakaful.com/2023/05/13/anak-masuk-wad-ibu-bapa-dapat-tunai-rm700/ Apabila anak masuk wad, pastinya ibu bapa turut berasa susah sebabnya perlu ambil cuti dan juga pekerjaan terganggu. Kalau yang sudah habis cuti akan jadi unpaid leave dan gaji akan berkurang. Lagi-lagi bagi mereka yang bekerja sendiri contohnya berniaga atau buat ehailing. Ini akan menjejaskan aliran tunai bulanan dan seterusnya menggangu belanja bulanan anda. Jika […]

The post Anak Masuk Wad, Ibu Bapa Dapat Tunai RM700 appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Apabila anak masuk wad, pastinya ibu bapa turut berasa susah sebabnya perlu ambil cuti dan juga pekerjaan terganggu. Kalau yang sudah habis cuti akan jadi unpaid leave dan gaji akan berkurang. Lagi-lagi bagi mereka yang bekerja sendiri contohnya berniaga atau buat ehailing. Ini akan menjejaskan aliran tunai bulanan dan seterusnya menggangu belanja bulanan anda.

Jika anak anda mempunyai polisi takaful yang ada manfaat elaun penghospitalan, anda akan mendapat bayaran tunai mengikut jumlah hari dan juga nilai bayaran per hari. Contoh seorang client saya di atas, polisi anak beliau mempunyai elaun penghospitalan sebanyak RM100 sehari. Disebabkan kemalangan kecil jatuh basikal, terpaksa diwadkan selama 7 hari. Jadi elaun tunai yang terhasil adala RM100 x 7hari = Rm700. Jadi disini walaupun Ibu Bapa kehilangan atau pendapatan terjejas disebabkan menjaga anak mereka, wang RM700 ini dapat menggantikannya.

The post Anak Masuk Wad, Ibu Bapa Dapat Tunai RM700 appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
669
Takaful Perlindungan Pembiayaan Rumah MRTA/T vs MLTA/T https://hijrahtakaful.com/2021/10/05/takaful-perlindungan-pembiayaan-rumah-mrta-t-vs-mlta-t/ Tue, 05 Oct 2021 14:43:05 +0000 http://hijrahtakaful.com/?p=385 APA ITU MRTA/MRTT?Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) / Insurans Jangka Pengurangan Gadai Janji Ia adalah insurans konvensional yang paling popular untuk peminjam perumahan dan produk ini biasanya ditawarkan semasa memohon pinjaman atau pembiayaan daripada bank. Mortgage Reduce Term Takaful (MRTT) adalah versi Islamik serta patuh Shariah. Ia adalah insurans hayat kumpulan premium tunggal yang membayar […]

The post Takaful Perlindungan Pembiayaan Rumah MRTA/T vs MLTA/T appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

APA ITU MRTA/MRTT?
Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) / Insurans Jangka Pengurangan Gadai Janji Ia adalah insurans konvensional yang paling popular untuk peminjam perumahan dan produk ini biasanya ditawarkan semasa memohon pinjaman atau pembiayaan daripada bank.

Mortgage Reduce Term Takaful (MRTT) adalah versi Islamik serta patuh Shariah. Ia adalah insurans hayat kumpulan premium tunggal yang membayar pinjaman rumah yang tertunggak anda sekiranya anda meninggal dunia atau ditimpa musibah kecacatan kekal (Total Permanent Disability/TPD)

Pembayaran MRTA/T pula dibuat sekaligus dan biasanya sudah ditotalkan sekali dalam pinjaman perumahan. Apabila berlaku kematian atau kehilangan upaya sehingga individu tidak lagi dapat bekerja seperti biasa, MRTA/T akan membayar baki jumlah pinjaman perumahan terus kepada institusi kewangan yang memberikan pinjaman.

APA ITU MLTA/MLTT ( Mortgage Level Term TAKAFUL (MLTT) / Takaful Jangka Tahap Gadai Janji )

Level Term ’ bermaksud, jumlah yang dilindungi oleh takaful akan kekal sepanjang tempoh plan diambil. Apabila berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal sehingga tidak lagi mampu bekerja, MLTT akan membayar baki pinjaman perumahan yang ada terus kepada bank, tetapi yang istimewanya, baki daripada jumlah yang dah dibayar untuk insurans pula akan diberi terus kepada penerima manfaat (beneficiary). MLTT ni bukan saja bertindak melindungi nilai pinjaman perumahan, tetapi turut menyediakan sumber kewangan tambahan pada keluarga yang ditinggalkan. Bayaran untuk MLTT tidak dikira sekali semasa anda menandatangani dokumen pinjaman perumahan, sebaliknya ia dibuat secara bulanan sepanjang tempoh pinjaman perumahan.

PERBEZAAN DAN KELEBIHAN

KENAPA MLTT berbanding MRTA/T?

1. Faktor usia – Semakin berusia MRTA/T pun semakin mahal. Jika kita membeli rumah pada usia tertentu adakah dapat perlindungan penuh?

2. Ada rumah tidak ditawarkan MRTA/T – Bukan semua rumah ditawarkan MRTA/T kerana ia tidak wajib. Banyak rumah lama-lama tiada MRTA/T.

3. Sakit kritikal tidak dilindungi – Jika menghidap penyakit kritikal, caruman bulanan masih perlu dibayar

4. Nilai tunai – Nilai tunai dalam MLTT dapat membantu dana kewangan untuk menyelesaikan pinjaman lebih awal.

5. MRTA ada keuntungan terakru – Caj keuntungan dimasukkan dalam pembiayaan.

Anda dinasihatkan untuk segera lihat kembali perjanjian pembiayaan perumahan anda samada MRTA/T diambil atau tidak. Ini kerana MRTA/T adalah tidak wajib. Ataupun jika anda ada ambil, tempoh perlindungan tidak sehingga akhir pembiayaan. Jika ya, dapat khidmat nasihat daripada wakil takaful yang pakar atau klik [sini] untuk terus ke aplikasi WhatsApp admin jika ingin admin bantu. Kongsikan hantaran ini kepada rakan-rakan atau kumpulan-kumpulan WhatsApp anda yang lain jika bermanfaat. Sekian, terima kasih.

The post Takaful Perlindungan Pembiayaan Rumah MRTA/T vs MLTA/T appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
385
Testimoni: Hampir Tidak Dapat GL Kerana Bayaran Tertunggak Hampir 2 Bulan https://hijrahtakaful.com/2020/04/21/testimoni-hampir-tidak-dapat-gl-kerana-bayaran-tertunggak-2-bulan/ Tue, 21 Apr 2020 15:35:17 +0000 http://hijrahtakaful.com/?p=75 Hai bertemu lagi kita dalam testimoni dan kisah tragik sepanjang pengalaman saya menjadi ejen takaful. Sebagaimana yang telah diberitahu sejak dari peringkat permohonan takaful, bayaran perlu dibuat dengan disiplin kerana tanpa bayaran, kad anda tidak aktif dan anda tidak dapat gunakan kita keadaan cemas dan genting. Sebab itu jika tidak mahu pening tentang bayaran takaful, […]

The post Testimoni: Hampir Tidak Dapat GL Kerana Bayaran Tertunggak Hampir 2 Bulan appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Hai bertemu lagi kita dalam testimoni dan kisah tragik sepanjang pengalaman saya menjadi ejen takaful. Sebagaimana yang telah diberitahu sejak dari peringkat permohonan takaful, bayaran perlu dibuat dengan disiplin kerana tanpa bayaran, kad anda tidak aktif dan anda tidak dapat gunakan kita keadaan cemas dan genting. Sebab itu jika tidak mahu pening tentang bayaran takaful, digalakkan untuk membuat bayaran secara tahunan atau jika bayaran dengan mod bulanan, buat pemotongan dari akaun gaji. (Namun pastikan baki cukup dalam akaun). Kali ini saya akan kongsikan pengalaman menguruskan client yang hampir-hampir tidak mendapat GL disebabkan bayaran tidak dibuat pada waktu “grace period’ atau tempoh penangguhan.

Saya sentiasa monitor bayaran-bayaran client saya melalui sistem yang diberikan oleh Zurich Takaful dan jika berlaku kelewatan saya akan mengingatkan client tentang keperluan untuk buat bayaran segera. Namun kadang-kadang client buat endah dan tak endah sahaja. Perlu diingat tanggungjawab pembayaran caruman adalah terletak pada pemilik sijil sendiri dan bukan pada ejen. Dan semestinya jika berlaku kelewatan bayaran, mereka akan dihantar SMS peringatan daripada sistem. Tugas ejen juga adalah mengingatkan pada client dan setakat itu sahaja. Sebab apa, bila musibah akan berlaku kepada client kita tak tahu dan yang akan dapat manfaat juga adalah client itu sendiri. OK berbalik pada kes ini, bayaran tidak dibuat untuk 2 bulan dan mujur masih lagi belum lapsed atau luput. Dan permintaan client untuk warded telah ditolak kerana tiada bayaran dibuat. (Rujuk gambar pertama). Yang peliknya tahu pula bayaran tak dibuat tapi masih lagi hendak ke hospital swasta. Pada waktu itu, client ini mencarum dalam plan medical card standalone dengan caruman hanya RM67 sebulan setelah ditolak 20% diskaun tiada tuntutan.

Dengan tergesa-gesa saya dahulukan wang untuk bayaran melalui sistem. Bayaran melalui sistem dengan FPX akan cepat masuk ke dalam sistem Zurich Takaful berbanding dengan bayaran online banking yang memerlukan 1-2 untuk clearance. Client berjanji akan bayar balik wang yang telah saya gunakan. Hari semakin petang dan saya terus menerus menelefon pihak pengantara Mediexpress bertanyakan sudahkah bayaran yang dibuat masuk dalam sistem agar GL dapat dikeluarkan untuk client ini. Akhirnya berjaya juga GL dikeluarkan dan saya cukup berterima kasih kepada pihak pengantara kerana sangat membantu dalam hal tersebut. Untuk pengetahuan. pihak pengantara atau Managed Care Operation (MCO) adalah beroperasi 24 jam. Nah, datang dengan yakin pukul 10pagi macam tiada apa-apa masalah tetapi GL hanya lulus pukul 5 petang. Inilah akibat tidak cakna dengan bayaran untuk kad perubatan, Walau apa pun saya bersyukur client dapat warded dan berdoa agar sakitnya cepat pulih seperti sedia kala.

Setiap hari saya akan tanya keadaan client adakah sudah sembuh dan dibenarkan discaj dari hospital atau tidak. Beliau mempunyai pelan dengan bilik single namun pada waktu dia mula-mula masuk wad, tiada bilik single yang kosong dan beliau diletakkan dalam bilik double buat sementara waktu sebelum dipindahkan ke bilik single.

Alhamdulillah setelah 4 hari berada di hospital, client telah dibenarkan pulang ke rumah dan bil sebanyak RM4996.50 telah dibayarkan oleh pihak Zurich Takaful. Adakah di antara kita mampu mengeluarkan wang simpaan sebanyak itu untuk bil rawatan? Saya ingatkan kembali bahawa client sendiri perlu ambil berat tentang bayaran takaful sendiri agar perkara-perkara begini dapat dielakkan. Sepatutnya proses penghospital boleh berlaku dengan mudah tetapi kita sendiri yang mencari jalan yang payah. Di harap ini menajdi iktibar kepada rakan-rakan lain.

The post Testimoni: Hampir Tidak Dapat GL Kerana Bayaran Tertunggak Hampir 2 Bulan appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
75
Testimoni: Mohon Ejen Terminate Tapi Akhirnya Apa Yang Berlaku Selepas Itu Menyebabkan Client Hampir Menyesal https://hijrahtakaful.com/2020/04/21/testimoni-mohon-ejen-terminate-tapi-akhirnya-apa-yang-berlaku-selepas-itu-menyebabkan-client-hampir-menyesal/ Tue, 21 Apr 2020 07:54:41 +0000 http://hijrahtakaful.com/?p=50 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar semua? Diharapkan semua dalam keadaan sihat selalu. Pada entri kali ini ejen ingin memaparkan satu kisah benar yang sangat tragik yang terjadi kepada pelanggan ejen sendiri. Kisahnya begini, sewaktu semua syarikat takaful membuat pelarasan harga untuk pelan medical card, ramai yang tidak berfikir panjang dengan mengatakan syarikat takaful zalim […]

The post Testimoni: Mohon Ejen Terminate Tapi Akhirnya Apa Yang Berlaku Selepas Itu Menyebabkan Client Hampir Menyesal appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar semua? Diharapkan semua dalam keadaan sihat selalu. Pada entri kali ini ejen ingin memaparkan satu kisah benar yang sangat tragik yang terjadi kepada pelanggan ejen sendiri. Kisahnya begini, sewaktu semua syarikat takaful membuat pelarasan harga untuk pelan medical card, ramai yang tidak berfikir panjang dengan mengatakan syarikat takaful zalim kerana menaikkan harga caruman. Pelanggan saya ini mencarum dalam pelan medical card standalone medica2015 dan ianya sememangnya murah ketika itu. Dengan bayaran bawah RM60 sebulan setelah ditolak diskaun tiada tuntutan 20%, beliau mendapat perlindungan perubatan yang komprehensif. Namun begitu, disebabkan kos rawatan yang kian meningkat, pelan medical card standalone telah mengalami kerugian dan untuk syarikat dapat membayar tuntutan tanpa gagal, setelah dipersetujui oleh pihak Bank Negara Malaysia, maka kenaikan harga tidak dapat dielakkan. Untuk info, medical card mempunyai 2 pelan yang boleh dipilih iaitu standalone dan invesment linked sebagai rider. Baca [sini] untuk ketahui perbezaan pelan standalone dan investment linked. Walaubagaimanapun, pihak Zurich Takaful menawarkan penukaran pelan daripada standalone kepada investment linked yang lebih stabil dari segi dana kepada mereka. Berbalik kepada pelanggan ini, beliau tidak bersetuju dengan kenaikan atau penukaran pelan kerana akan menyebabkan komitken kewangannya terganggu.

Sebenarnya, semasa tawaran dibuat oleh pihak Zurich Takaful, jumlah had perlindungan pun dinaikkan sebanyak 100% iaitu dari 50K kepada 100K TANPA PERLU BUAT MEDICAL CHECKUP. Kenapa saya besarkan tulisan itu adalah, dalam takaful, jika pelanggan sedia ada memohon untuk tambah had perlindungan bagi apa jua pelan pun, disyaratkan untuk membuat medical checkup terlebih dahulu kerana ditakuti pelanggan menyembunyikan fakta. Ini sama bagi semua syarikat takaful bukan terhad kepada Zurich Sahaja. Ok berbalik kepada cerita client ini, walaupun puas dipujuk, masih tetap pendiriannya yang enggan meneruskan pelan medical card setelah berbincang dengan isterinya. Saya sebagai ejen hanya boleh beri pendapat kepada client tentang pentingnya medical card kerana ia mempunyai tempoh menunggu tertentu untuk setiap penyakit dan tempoh kebolehcabaran atau soal selidik selama 2 tahun, dalam kata lain, walaupun dia boleh ambil pada waktu lain, jika ketika itu sudah mempunyai penyakit kebarangkalian permohonannya tidak akan berjaya sebab itu ejen bersungguh-sungguh menasihati supaya jangan berhenti. Jika memang sudah tidak mahu, saya tidak boleh paksa. Namun apa yang berlaku selang beberapa hari selepas itu amatlah mengejutkan saya. Teruskan bacaan untuk ketahui lebih lanjut.

Oh ya untuk info, beliau bekerja di satu syarikat yang agak baik dan syarikat tersebut menyediakan kemudahan kemasukan wad di hospital swasta dengan had yang ditetapkan untuk setiap tahun. Jadi bagi beliau, tiada keperluan untuk memilik takaful perubatan lagi dan ianya dianggap lebih kepada pembaziran. Lihat artikel “Perlukah takaful sendiri jika sudah ada perlindungan syarikat?” di [sini].

Hari pun berlalu pergi, selang 5 hari selepas client menyuruh untuk tamatkan medical cardnya, saya dapat call dari client. Saya pun terkejut sebab masa tu jam menunjukkan 830 malam waktu cuti raya cina.

Client: Hello, Assalamualaikum Zul.

Saya: Waalaikumussalam, ye ada apa encik XXX call malam-malam ni?

Client: Just nak tanya, awak sudah terminate takaful saya ke?

Saya: Hari tu memang encik ada suruhkan tapi saya tak terminate lagi. Kenapa ya encik?

Client: Begini, saya sekarang di hospital KPJ. Saya kena batu karang sekarang sakit teramat sangat. Doktor beritahu pembedahan mungkin melebihi RM25 ribu sebab ada 2-3 tempat batu itu.

Saya: OK..encik boleh pakai kan GL daripada syarikat encik?

Client: GL syarikat cuma RM15 ribu sahaja dan jika lebih saya perlu bayar dengan duit sendiri. Saya tak cukup duit untuk bayar sendiri bil sebanyak itu.

Saya: Baik. Disebabkan kad masih lagi inforced, encik tunjuk terus ke kaunter dan request mereka untuk mintak takaful keluarkan Guarantee Letter (GL) untuk encik,

Client: Baik syukur kad saya masih lagi aktif. Terima kasih Zul.

Kebetulan rumah saya berdekatan dengan hospital jadi saya pun beritahu client yang saya akan bergerak ke hospital untuk membantu dia. Dalam perjalanan ke hospital, client wasap saya yang kata GL telah pun diluluskan. Wah cepatnya GL lulus. 830 malam call saya, pukul 900 malam GL dah keluar. Setelah tiba di hospital terus saya bergegas ke lobi kecemasan dan berjumpa beliau di sana yang sedang menahan sakit. Katanya dah makan ubat penahan sakit paling tinggi dosnya pun masih lagi sakit yang amat sangat. Saya kata syukurlah medical card masih boleh digunakan di saat genting dan cemas seperti ini, Ye lah selain guna kad kredit yang menambahkan beban hutang dengan interest yang tinggi, mana ada duit sebanyak RM2500 cash dalam simpanan. Disitulah baru kita faham yang sakit tidak dapat ditukar dengan wang ringgit. Asal kita mahu berjimat sedikit tetapi bila berlaku musibah habis semua wang simpanan yang disimpan bertahun-tahun,

Lepas 3 hari berada di wad, client hantar wasap yang mengatakan beliau sudah dibenarkan keluar dari hospital. Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana dapat lagi menolong seorang hambanya yang berada disaat genting. Bil rawatan penyakit batu karang sebanyak RM15215.65 telah dibayar sepenuhnya oleh Zurich Takaful dan wang deposit kemasukan wad telah pun dikembalikan semula. Masalah batu karang beliau telah selesai dan sakitnya pun sudah tiada. Beliau diminta datang untuk follow up semula selepas 3 minggu dan saya beritahunya bahawa kos follow up itu pun akan dibayar oleh Zurich Takaful. Beliau juga bersetuju untuk menerima pelan pertukaran medical card dari standalone kepada rider dalam investment linked dan penukaran itupun telah diluluskan. Sekarang anda cuba bayangkan jika anda perlu rawatan untuk penyakit yang lebih serius seperti jantung mahupun kemalangan. Walaupun anda mempunyai perlindungan perubatan dari syarikat, berapakah had yang syarikat anda beri? Bagaimana jika anda sakit dan berhenti kerja?

Bagi mereka yang ingin memohon kad perubatan beserta pelaburan Zurich Takaful, anda boleh hubungi saya, En. Zul, di nombor 0192757055 atau terus ke aplikasi dengan klik di [sini]. Ataupun jika anda mahukan sebutharga berkenaan takaful, sila isikan borang online dengan klik di [sini]. Saya percaya anda tidak akan rugi. Sila like dan kongsikan hantaran ini jika bermanfaat. Terima kasih.

The post Testimoni: Mohon Ejen Terminate Tapi Akhirnya Apa Yang Berlaku Selepas Itu Menyebabkan Client Hampir Menyesal appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
50