Zurich Takaful Archives - hijrahtakaful.com https://hijrahtakaful.com/tag/zurich-takaful/ Takaful & Kehidupan Fri, 16 Aug 2024 08:19:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.5.5 https://hijrahtakaful.com/wp-content/uploads/2020/05/cropped-Logo-1-32x32.jpg Zurich Takaful Archives - hijrahtakaful.com https://hijrahtakaful.com/tag/zurich-takaful/ 32 32 176772263 8.5 Juta Rakyat Malaysia Berisiko Sakit Jantung, Strok https://hijrahtakaful.com/2024/07/07/8-5-juta-rakyat-malaysia-berisiko-sakit-jantung-strok/ Sun, 07 Jul 2024 15:00:09 +0000 https://hijrahtakaful.com/?p=865 Satu berita yang agak mengejutkan di mana satu laporan akhbar yang menyiarkan satu keputusan tinjauan seramai 8.5 juta atau 35.9% dari keseluruhan rakyat negara ini berisiko untuk mengalami sakit jantung dan strok sekiranya tidak segera dirawat setelah dikesan sindrom metabolik. Apakah yang dimaksudkan sindrom metabolik ini? Sindrom metabolik merupakan sekumpulan keadaan yang merangkumi peningkatan tekanan darah, […]

The post 8.5 Juta Rakyat Malaysia Berisiko Sakit Jantung, Strok appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Satu berita yang agak mengejutkan di mana satu laporan akhbar yang menyiarkan satu keputusan tinjauan seramai 8.5 juta atau 35.9% dari keseluruhan rakyat negara ini berisiko untuk mengalami sakit jantung dan strok sekiranya tidak segera dirawat setelah dikesan sindrom metabolik. Apakah yang dimaksudkan sindrom metabolik ini?

Sindrom metabolik merupakan sekumpulan keadaan yang merangkumi peningkatan tekanan darah, peningkatan gula dalam, lemak badan berlebihan di pinggang, dan kadar kolesterol atau trigliserida yang tidak normal. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, strok dan diabetes jenis 2.

Menurut laporan, semua peringkat golongan ekonomi berisiko mendapat penyakit seperti itu menunjukkan betapa seriusnya ancaman penyakit ini kepada masyarakat. Kos rawatannya bukan murah malah boleh mencecah belasan hingga puluhan ribu ringgit mengikut keadaan.

Kadang-kadang surat khabar ada keluarkan artikel macam ni biasanya untuk pembaca berfikir.

Pertama: Pentingnya untuk kita untuk membuat pencegahan dan juga cakna tentang penyakit tersebut;

Kedua: Tahu risiko kepada kehidupan jika berlaku penyakit tersebut.

Saya tak nak sentuh berkenaan dengan pencegahan penyakit kerana kita sudah banyak diberikan maklumat oleh pihak berwajib khasnya KKM melalui fasiliti mereka juga di media.

Saya nak sentuh tentang perkara kedua biasanya sangat jarang dicakna. Apa yang berlaku bila menghidap penyakit kritikal ini adalah HILANG UPAYA BEKERJA yang menyebabkan hilang pendapatan. Bila hilang pendapatan, urusan menjadi susah dan perlu meminta-minta. Dalam dunia serba mahal sekarang berapa ramai yang sanggup membantu?

Sebab itu adanya takaful hibah atau ganti pendapatan bagi menyelesaikan masalah kewangan bila berlaku perkara yang tidak diingini seperti ini? Mahal ke buat hibah takaful? Serendah RM50 sebulan namun masih lagi nak berkira-kira.

Kalau dulu takaful ni hanya untuk orang sihat, sekarang dah ada plan untuk orang yang sudah berpenyakit juga seperti takaful Al Shams untuk ambil pelan ganti pendapatan. Nak atau tak nak sahaja.

Rujuk perincian berkenaan takaful al shams di sini;

Rujuk mereka yang mahir untuk khidmat nasihat takaful sebagai sebahagian perancangan kewangan anda. Klik [SINI] untuk terus ke aplikasi whatsapp jika anda mempunyai pertanyaan lanjut.

Zul Pakar Takaful

The post 8.5 Juta Rakyat Malaysia Berisiko Sakit Jantung, Strok appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
865
Hanya 3 Syarikat Takaful Sahaja Yang Memberikan Polisi Secure? https://hijrahtakaful.com/2024/06/27/hanya-3-syarikat-takafulsahaja-yang-memberikan-polisi-secure/ Thu, 27 Jun 2024 15:45:50 +0000 https://hijrahtakaful.com/?p=856 Telah Viral di laman sosial berkenaan kenyataan seorang pengguna laman sosial (dipercayai agen) di mana hanya terdapat 3 syarikat takaful sahaja yang memberikan polisi yang secure kepada pelanggan mereka. Beliau berkata 3 syarikat itu mempunyai foundation atau asas yang kuat? Apakah maksud beliau berkenaan secure dan foundation itu? Adakah modal syarikat takaful itu atau susah […]

The post Hanya 3 Syarikat Takaful Sahaja Yang Memberikan Polisi Secure? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Telah Viral di laman sosial berkenaan kenyataan seorang pengguna laman sosial (dipercayai agen) di mana hanya terdapat 3 syarikat takaful sahaja yang memberikan polisi yang secure kepada pelanggan mereka. Beliau berkata 3 syarikat itu mempunyai foundation atau asas yang kuat? Apakah maksud beliau berkenaan secure dan foundation itu? Adakah modal syarikat takaful itu atau susah senang untuk buat tuntutan ataupun macamana?

Bagi saya ini adalah satu kenyataan yang kurang tepat kerana jika modal syarikat dijadikan sebab foundation syarikat itu kukuh, untuk pengetahuan semua, salah satu syarat dari Bank Negara adalah semua syarikat pengendali takaful perlu mempunyai modal yang secukupnya bagi membolehkan tuntutan pelanggan boleh dibayar tanpa masalah. Pada tahun 2017, bank negara telah menyarankan penggabungan 11 syarikat takaful bagi membolehkan mereka memberikan perkhidmatan lebih baik dari segi modal. Jadi tidak timbul isu modal di sini. Bagi Zurich takaful, Zurich Insurance, salah satu syarikat insuran terbesar di dunia, telah mengambil alih syarikat MAA Takaful bagi memulakan bisnes takaful mereka.

Adakah disebabkan mudah membuat tuntutan atau claim? Tuntutan atau claim perlu menurut proses yang telah ditetapkan bagi semua syarikat takaful. Tidak timbul istilah syarikat itu mudah claim atau sebagainya kerana jika claim itu memenuhi syarat maka ianya akan dibayar. Lihat sejarah claim klien-klien saya di Zurich Takaful dengan klik link di bawah:

https://hijrahtakaful.com/category/testimoni/

Juga bagi mereka yang ingin mempunyai perniagaan sendiri tanpa perlu modal yang besar, kedai dan simpan stok tapi dengan potensi pendapatan tanpa had, boleh cuba klik link di bawah ini:

https://hijrahtakaful.com/2021/08/29/adakah-berbaloi-menjadi-ejen-takaful-samada-full-time-atau-part-time/

The post Hanya 3 Syarikat Takaful Sahaja Yang Memberikan Polisi Secure? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
856
Bahaya Pelan Hibah “Kosong” https://hijrahtakaful.com/2023/12/22/bahaya-pelan-hibah-kosong/ Fri, 22 Dec 2023 15:54:54 +0000 https://hijrahtakaful.com/2023/12/22/bahaya-pelan-hibah-kosong/ Bahaya Pelan Hibah “Kosong” Nampak seperti sudah menjadi trend ejen-ejen yang mempromosikan pelan hibah “kosong” kepada pelanggan takaful. Walaupun pampasan kematian dan keilatan/lumpuh kekal tinggi, namun adalah sangat merugikan pelanggan. Mengapa begitu? Apa yang dimaksudkan dengan pelan hibah “kosong”? Kosong di sini bermaksud pelan hibah yang hanya ada pampasan asas untuk kematian dan keilatan/lumpuh kekal […]

The post Bahaya Pelan Hibah “Kosong” appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Bahaya Pelan Hibah “Kosong”

Nampak seperti sudah menjadi trend ejen-ejen yang mempromosikan pelan hibah “kosong” kepada pelanggan takaful. Walaupun pampasan kematian dan keilatan/lumpuh kekal tinggi, namun adalah sangat merugikan pelanggan. Mengapa begitu?

Apa yang dimaksudkan dengan pelan hibah “kosong”? Kosong di sini bermaksud pelan hibah yang hanya ada pampasan asas untuk kematian dan keilatan/lumpuh kekal sahaja. Ejen biasa mempromosikan pampasan yang tinggi untuk kedua manfaat ini tanpa memberikan manfaat penting yang lain.

Memang pampasan asas akan tinggi kerana sebahagian besar caruman diletakkan dalam tabung yang sama.

Tapi jika pelan hibah anda adalah pelan kosong, bayaran pampasan asas akan dibayar hanya jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal sahaja. Jika anda hanya menghidap sakit kritikal seperti buah pinggang, jantung, kanser dan sebagainya yang menyebabkan anda tidak mampu bekerja, tiada pampasan akan dibayar kepada anda maka bermulalah masalah kewangan kerana anda tidak lagi mampu bekerja.

>>Kisah rumah besar tapi masih mahu mohon zakat klik sini<<

Sebaiknya pelan hibah ada disertakan dengan pampasan penyakit kritikal. Pampasan penyakit kritikal ini membolehkan anda mendapatkan tunai bagi menggantikan income anda setelah tidak lagi mampu bekerja. Sebaiknya perlindungan sakit kritikal adalah minima 2 tahun gaji semasa anda.

Contoh. Jika gaji anda RM3 ribu sebulan, pampasan sakit kritikal adalah RM72 ribu.

Dengan wang inilah anda boleh meneruskan kehidupan seperti biasa tanpa bersusah payah dan meminta-minta waktu anda di uji dengan penyakit kritikal.

Anda dinasihatkan untuk semak pelan hibah anda samada ada atau tidak manfaat sakit kritikal ini atau hubungi saya terus ke aplikasi whatsapp di [sini] untuk khidmat nasihat pantas dan percuma. Kongsikan hantaran ini jika bermanfaat.

Zul Pakar Takaful

WA: http://0192757055.wasap.my

The post Bahaya Pelan Hibah “Kosong” appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
813
Kisah Rumah Besar Tapi Masih Nak Minta Zakat https://hijrahtakaful.com/2023/12/03/kisah-rumah-besar-tapi-masih-nak-minta-zakat/ Sun, 03 Dec 2023 14:54:51 +0000 http://hijrahtakaful.com/2023/12/03/kisah-rumah-besar-tapi-masih-nak-minta-zakat/ Kisah ini dikongsikan oleh Lembaga Zakat Selangor yang menceritakan perasaan terkejut mereka bila pihak asnaf menduduki rumah yang begitu besar tetapi masih meminta zakat. Baca kisah itu di FB LZS di [sini]. Bila admin baca kisah mereka, memang amat menyedihkan dan betapa berat ujian yang menimpa mereka dan betapa sabar dan tabahnya mereka menghadapi ujian […]

The post Kisah Rumah Besar Tapi Masih Nak Minta Zakat appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Kisah ini dikongsikan oleh Lembaga Zakat Selangor yang menceritakan perasaan terkejut mereka bila pihak asnaf menduduki rumah yang begitu besar tetapi masih meminta zakat. Baca kisah itu di FB LZS di [sini]. Bila admin baca kisah mereka, memang amat menyedihkan dan betapa berat ujian yang menimpa mereka dan betapa sabar dan tabahnya mereka menghadapi ujian hidup.

Ceritanya berkenaan suami isteri dengan 3 orang anak yang masih belajar di pusat pengajian tinggi. Suami menghidap kanser tahap 4 dan tidak lagi bekerja. Mereka tinggal sementara sahaja di rumah besar itu yang dimiliki oleh kakak beliau.

Semua wang simpanan dan kwsp telah habis digunakan untuk tujuan rawatan kemoterapi di hospital swasta hingga terpaksa keluar rumah sewa kerana tidak lagi mampu membayarnya.

Daripada cerita ini, orang ramai diseru berzakat dengan lembaga zakat agar wang zakat dapat disasarkan kepada golongan yang amat memerlukan sokongan kewangan. Hukum membayar zakat adalah wajib dan merupakan sebahagian dari rukun Islam yang 5.

Selain itu, sewaktu kita masih sihat, ikhtiar lah untuk mencarum dalam plan takaful hibah yang ada manfaat bayaran sakit kritikal yang tinggi bukannya seperti trend ejen-ejen sekarang yang memberikan perlindungan sehingga berjuta untuk manfaat kematian dan keilatan kekal tanpa manfaat sakit kritikal.

Sayugia peranan takaful itu sendiri adalah persediaan kewangan ketika musibah maka perlu untuk meniliti manfaat-manfaat yang diberikan ketika memohon dan bukan sekadar melihat pada nombor sahaja. Jika anda inginkan khidmat nasihat takaful percuma boleh terus klik [SINI] untuk terus ke aplikasi whatsapp saya. Kongsikan post ini jika bermanfaat.

Zul Perunding Takaful

The post Kisah Rumah Besar Tapi Masih Nak Minta Zakat appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
801
Apakah Yang Dimaksudkan Nilai Pelaburan Dalam Takaful? https://hijrahtakaful.com/2023/09/30/apakah-yang-dimaksudkan-nilai-pelaburan-dalam-takaful/ Sat, 30 Sep 2023 03:41:06 +0000 https://hijrahtakaful.com/?p=756 Dalam takaful, terdapat pelan yang mempunyai pelaburan semula dan yang tidak ada pelaburan. Pelan yang mempunyai fungsi pelaburan semula membolehkan sesuatu sijil takaful itu mempunyai nilai tunai dalam jumlah tertentu mengikut hasil pelaburan yang disertai. Pelan yang tidak disertakan dengan pelaburan tidak mempunyai nilai tunai dan biasanya dengan bayaran bulanan yang lebih rendah. Walaubagaimanapun, pelaburan […]

The post Apakah Yang Dimaksudkan Nilai Pelaburan Dalam Takaful? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Dalam takaful, terdapat pelan yang mempunyai pelaburan semula dan yang tidak ada pelaburan. Pelan yang mempunyai fungsi pelaburan semula membolehkan sesuatu sijil takaful itu mempunyai nilai tunai dalam jumlah tertentu mengikut hasil pelaburan yang disertai. Pelan yang tidak disertakan dengan pelaburan tidak mempunyai nilai tunai dan biasanya dengan bayaran bulanan yang lebih rendah.

Walaubagaimanapun, pelaburan adalah bukan tujuan utama untuk mereka yang mengambil takaful kerana tujuan takaful itu sendiri adalah untuk perlindungan kepada sesuatu musibah yang kita tidak rancang. Contohnya kemalangan, penyakit kritikal dan lain-lain lagi. Jadi adalah satu kesalahan BESAR bila menganggap takaful itu adalah satu instrument pelaburan.

Pelaburan dalam takaful dilakukan dengan cara sebahagian daripada caruman yang dibayar dimasukkan ke tabung pelaburan peserta atau participant investment account (PIA) dan dividen yang diperolehi akan di masukkan kedalam akaun tersebut.

Gambar di atas adalah contoh nilai tunai untuk satu polisi Zurich Takaful. Nilai tunai terkumpul untuk sijil ini adalah RM8,811.44. Sijil ini. Sijil ini mempunyai manfaat hibah RM300 ribu, lumpuh kekal RM300 ribu, pampasan tunai sakit kritikal RM150 ribu dan elaun hospital sebanyak RM150/hari dan lain-lain manfaat yang memberikan bayaran tunai kepada peserta jika berlaku musibah.

Nilai tunai sijil takaful boleh menjadi lebih tinggi jika sesuatu sijil itu berkuatkuasa lebih lama contohnya dalam jangkamasa 30 tahun. Terdapat juga produk yang memaksimakan pelaburan di Zurich Takaful seperti pelan Executive 20 dan juga ProInvest.

Dengan adanya nilai pelaburan ini, tidaklah caruman bulanan anda hangus seperti anda membayar takaful atau insuran untuk kenderaan yang mana tidak dapat tidak anda terpaksa juga membayar untuk membolehkan kenderaan anda dilindungi jika berlaku kemalangan.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang takaful dengan pelaburan, klik [sini] untuk terus ke aplikasi WhatsApp admin untuk penerangan lebih lanjut.

The post Apakah Yang Dimaksudkan Nilai Pelaburan Dalam Takaful? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
756
Siapa Tanggung Kos Perubatan Selepas Bersara, Berhenti Kerja? https://hijrahtakaful.com/2023/08/06/siapa-tanggung-kos-perubatan-selepas-bersara-berhenti-kerja/ Sun, 06 Aug 2023 05:26:29 +0000 https://hijrahtakaful.com/?p=732 Kos rawatan perubatan merupakan salah satu dari perbelanjaan terbesar dalam kehidupan jika ianya diperlukan. Umum mengetahui pihak majikan memang ada menyediakan manfaat perubatan kepada para pekerja mereka. Baik kerajaan mahu pun swasta. Bagi pegawai kerajaan, mereka selalunya mempunyai guarantee letter atau lebih dikenali sebagai GL bagi mendapatkan rawatan di hospital. Manakala bagi pekerja swasta pula, […]

The post Siapa Tanggung Kos Perubatan Selepas Bersara, Berhenti Kerja? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Kos rawatan perubatan merupakan salah satu dari perbelanjaan terbesar dalam kehidupan jika ianya diperlukan. Umum mengetahui pihak majikan memang ada menyediakan manfaat perubatan kepada para pekerja mereka. Baik kerajaan mahu pun swasta. Bagi pegawai kerajaan, mereka selalunya mempunyai guarantee letter atau lebih dikenali sebagai GL bagi mendapatkan rawatan di hospital. Manakala bagi pekerja swasta pula, majikan ada menyediakan insuran perubatan membolehkan para staf mereka mendapatkan rawatan yang cepat di klinik atau hospital swasta. Namun begitu pernahkah anda terfikir bilamana anda sudah berhenti bekerja atas sebab-sebab terpaksa atau selepas bersara? Siapakah yang akan menanggung kos perubatan anda?

Kos perubatan yang tinggi menjadi beban

Apabila seseorang itu jatuh sakit, perkara pertama yang difikirkan adalah bagaimana rawatan boleh dibuat dengan cepat. Namun, terutamanya di hospital kerajaan, berlaku giliran yang sangat panjang disebabkan orang terlalu ramai, wad yang terlalu padat. Sakit yang amat sangat menyebabkan kita menjadi hilang sabar. Sanggup menghabiskan wang simpanan dan meminjam agar rawatn dapat dibuat dengan cepat.

Bagi yang mempunyai medical card, rawatan boleh dibuat di hospital swasta dengan kadar yang segera tanpa perlu menunggu dalam waktu yang lama. Bila GL sudah diluluskan, rawatan boleh terus dijalankan. Insuran atau takaful ini beri banyak manfaat yang ramai sudah tahu namun masih ramai yang belum memohon menyebabkan mereka berisiko mengalami masalah kewangan bila terpaksa diwadkan.

Seorang yang bijak adalah mereka yang mengambil perlindungan medical card ini dengan anggapan sebagai pelaburan. Bila kita sebut pelaburan, keuntungan dia adalah pada masa hadapan. Bila anda berhadapan dengan bil yang beribu-ribu untuk kos rawatan, anda tidak perlu mengeluarkan wang sendiri untuk menyelesaikannya. Jadikan penyediaan medical card sebagai satu pelabugan selepas persaraan.

Saya ejen Zul bersedia untuk memberi khidmat nasihat percuma kepada anda. Klik [sini] untuk terus ke aplikasi whatsapp untuk perbincangan lanjut.

The post Siapa Tanggung Kos Perubatan Selepas Bersara, Berhenti Kerja? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
732
Cara Ambil MRTT/MLTT Bagi Yang Sudah Mempunyai Penyakit Sedia Ada, Golongan Risiko Tinggi https://hijrahtakaful.com/2023/06/07/cara-ambil-mrtt-mltt-bagi-yang-sudah-mempunyai-penyakit-sedia-ada-golongan-risiko-tinggi/ Wed, 07 Jun 2023 14:48:28 +0000 http://hijrahtakaful.com/?p=720 Bagi mereka yang sudah mempunyai penyakit sedia ada, kebarangkalian untuk takaful anda diluluskan adalah tipis kerana anda sudah kehilangan kebolehlindungan takaful. Ada juga MRTT yang tuntutan ditolak disebabkan penyakit sedia ada ini. Jadi, apakah memang tiada peluang langsung untuk golongan ini mengambil perlindungan seperti MRTT ini? Ada kaedah lain yang boleh digunakan bagi menggantikan polisi […]

The post Cara Ambil MRTT/MLTT Bagi Yang Sudah Mempunyai Penyakit Sedia Ada, Golongan Risiko Tinggi appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Bagi mereka yang sudah mempunyai penyakit sedia ada, kebarangkalian untuk takaful anda diluluskan adalah tipis kerana anda sudah kehilangan kebolehlindungan takaful. Ada juga MRTT yang tuntutan ditolak disebabkan penyakit sedia ada ini. Jadi, apakah memang tiada peluang langsung untuk golongan ini mengambil perlindungan seperti MRTT ini?

Ada kaedah lain yang boleh digunakan bagi menggantikan polisi MRTT dan fungsinya sama juga dengan MRTT iaitu melindungi hutang pinjaman rumah. Di Zurich takaful, kita mempunyai produk Al-Shams, di mana penerimaan adalah terjamin walaupun sudah mempunyai penyakit sedia ada.

Contoh situasi: Ali adalah seorang guru berusia 38 tahun. Namun, nasib tidak menyebelahi beliau kerana sudah menghidap penyakit kencing manis. Permohonan untuk MRTT rumah yang beliau cd hendak beli berharga RM500K tidak lulus disebab penyakit sedia ada.

Dengan Zurich takaful Al-Shams, beliau memohon untuk perlindungan sebanyak RM300K + RM200K menjadikan jumlah keseluruhan RM500K, cukup untuk melindungi pinjaman perumahan yang dibuat. Ini membolehkan apabila berlaku kematian ataupun hilang upaya kekal disebabkan penyakit yang dihidapi mengakibatkan tidak lagi mampu bekerja, hutang hartanah tersebut dapat diselesaikan dengan wang pampasan daripada pelan takaful Al-Shams. Untuk info lanjut berkenaan takaful Al-Shams, klik [SINI] untuk terus ke aplikasi Whatsapp admin. Sharekan artikel ini jika bermanfaat.

The post Cara Ambil MRTT/MLTT Bagi Yang Sudah Mempunyai Penyakit Sedia Ada, Golongan Risiko Tinggi appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
720
Apa Yang Menyebabkan Tuntutan MRTT Tak Diluluskan? https://hijrahtakaful.com/2023/06/05/apa-yang-menyebabkan-tuntutan-mrtt-tak-diluluskan/ Mon, 05 Jun 2023 10:17:23 +0000 https://hijrahtakaful.com/?p=715 Jika anda adalah seorang pembeli rumah, sila ambil perhatian berkenaan hantaran ini. Baru-baru ini telah menjadi viral di media sosial di mana tuntutan MRTT RM600,000 tidak diluluskan menyebabkan masalah kewangan kepada seorang balu untuk meneruskan bayaran rumah yang di beli bersama suami beliau. Menurut info, tuntutan bayaran pampasan MRTT tidak diluluskan kerana setelah disiasat, suami […]

The post Apa Yang Menyebabkan Tuntutan MRTT Tak Diluluskan? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Jika anda adalah seorang pembeli rumah, sila ambil perhatian berkenaan hantaran ini. Baru-baru ini telah menjadi viral di media sosial di mana tuntutan MRTT RM600,000 tidak diluluskan menyebabkan masalah kewangan kepada seorang balu untuk meneruskan bayaran rumah yang di beli bersama suami beliau.

Menurut info, tuntutan bayaran pampasan MRTT tidak diluluskan kerana setelah disiasat, suami beliau telah mempunyai penyakit sedia ada semasa mengambil polisi MRTT dan mengikut prosedur takaful, segala penyakit yang sedia ada adalah tidak termasuk dalam syarat perlindungan. Jadi mengapa ini boleh terjadi?

Berkemungkinan sewaktu perjanjian polisi MRTT ditandatangani, beliau tidak memaklumkan kepada pihak syarikat takaful akan keadaan kesihatan beliau atau terlepas pandang dari kedua-dua pihak. Bila berlaku perkara begini, tuntutan akan menjadi rumit kerana banyak perkara yang perlu diperjelaskan untuk membuat rayuan termasuklah pergi ke klinik atau hospital untuk mencari rekod malah ada yang terpaksa turun naik mahkamah. Jadi untuk mengelakkan perkara ini berlaku;

1. Laporkan dengan lengkap keadaan kesihatan semasa anda sewaktu menandatangani polisi takaful.

2. Pastikan anda membaca dengan terperinci dan bertanya jika tidak pasti sebelum menandatangani sesuatu perjanjian.

3. Jangan terlalu berasa selesa dengan mempunyai takaful atau insurance rumah. Ada kes jumlah tahun perlindungan kurang dari tahun yang diperlukan untuk bayaran balik.

4. Sediakan dana atau aset untuk waktu kecemasan seperti tabungan tunai 6 bulan gaji.

5. Pastikan anda faham akan prosedur untuk MRTT atau MLTT pagi perlindungan pinjaman perumahan.

6. Proses kelulusan MRTT atau MLTT berkemungkinan ambil masa yang lama minimum 6 bulan. Pastikan anda, sebagai pencari nafkah, juga mempunyai takaful hibah sebagai backup kepada keluarga anda.

Bagi mereka yang sudah mempunyai penyakit sedia ada, bukanlah anda tidak boleh membeli rumah disebabkan sudah tidak layak untuk ambil MRTT atau MLTT, kini syarikat takaful mempunyai solusi dengan plan gerenti lulus Al-Shams dari Zurich Takaful. Klik link di bawah untuk maklumat terperinci berkenaan Al-Shams.

Takaful Al-Shams dengan caruman serendah RM50 sebulan memberikan anda kedamaian minda dengan melindungi hartanah anda jika berlaku kematian ataupun hilang upaya kekal akibat musibah. Klik [sini] untuk khidmat nasihat percuma.

The post Apa Yang Menyebabkan Tuntutan MRTT Tak Diluluskan? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
715
Anak Masuk Wad, Ibu Bapa Dapat Tunai RM700 https://hijrahtakaful.com/2023/05/13/anak-masuk-wad-ibu-bapa-dapat-tunai-rm700/ Sat, 13 May 2023 09:34:56 +0000 http://hijrahtakaful.com/2023/05/13/anak-masuk-wad-ibu-bapa-dapat-tunai-rm700/ Apabila anak masuk wad, pastinya ibu bapa turut berasa susah sebabnya perlu ambil cuti dan juga pekerjaan terganggu. Kalau yang sudah habis cuti akan jadi unpaid leave dan gaji akan berkurang. Lagi-lagi bagi mereka yang bekerja sendiri contohnya berniaga atau buat ehailing. Ini akan menjejaskan aliran tunai bulanan dan seterusnya menggangu belanja bulanan anda. Jika […]

The post Anak Masuk Wad, Ibu Bapa Dapat Tunai RM700 appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Apabila anak masuk wad, pastinya ibu bapa turut berasa susah sebabnya perlu ambil cuti dan juga pekerjaan terganggu. Kalau yang sudah habis cuti akan jadi unpaid leave dan gaji akan berkurang. Lagi-lagi bagi mereka yang bekerja sendiri contohnya berniaga atau buat ehailing. Ini akan menjejaskan aliran tunai bulanan dan seterusnya menggangu belanja bulanan anda.

Jika anak anda mempunyai polisi takaful yang ada manfaat elaun penghospitalan, anda akan mendapat bayaran tunai mengikut jumlah hari dan juga nilai bayaran per hari. Contoh seorang client saya di atas, polisi anak beliau mempunyai elaun penghospitalan sebanyak RM100 sehari. Disebabkan kemalangan kecil jatuh basikal, terpaksa diwadkan selama 7 hari. Jadi elaun tunai yang terhasil adala RM100 x 7hari = Rm700. Jadi disini walaupun Ibu Bapa kehilangan atau pendapatan terjejas disebabkan menjaga anak mereka, wang RM700 ini dapat menggantikannya.

The post Anak Masuk Wad, Ibu Bapa Dapat Tunai RM700 appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
669
Tarikh Akhir efiling LHDN 15 Mei 2023, Pelepasan Takaful Sehingga RM10K! https://hijrahtakaful.com/2023/05/13/tarikh-akhir-efiling-lhdn-15-mei-2023-pelepasan-takaful-sehingga-rm10k/ Sat, 13 May 2023 02:10:11 +0000 https://hijrahtakaful.com/?p=654 Peringatan untuk mereka yang belum lagi mengisikan borang maklumat percukaian untuk yang tiada sumber perniagaan, tarikh akhir anda boleh berbuat demikian adalah pada 15 Mei 2023. Anda boleh layari laman sesawang LHDN di [sini] untuk mengisi borang efiling anda. Kegagalan anda mengisi borang berkenaan boleh dikenakan denda oleh pihak LHDN. Bagi mereka yang mempunyai polisi […]

The post Tarikh Akhir efiling LHDN 15 Mei 2023, Pelepasan Takaful Sehingga RM10K! appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Peringatan untuk mereka yang belum lagi mengisikan borang maklumat percukaian untuk yang tiada sumber perniagaan, tarikh akhir anda boleh berbuat demikian adalah pada 15 Mei 2023. Anda boleh layari laman sesawang LHDN di [sini] untuk mengisi borang efiling anda. Kegagalan anda mengisi borang berkenaan boleh dikenakan denda oleh pihak LHDN.

Bagi mereka yang mempunyai polisi takaful, anda boleh mendapatkan pelepasan cukai sehingga RM10 ribu. Pelepasan yang tinggi ini adalah sejajar dengan matlamat kerajaan yang mahukan rakyat mempunyai perlindungan takaful bagi mengurangkan beban kewangan jika berlaku musibah.

Bagi kategori penjawat awam yang tidak mempunyai caruman kwsp, bagi polisi takaful hayat atau insuran nyawa, sehingga RM7 ribu pelepasan diberikan. Bagi kategori lain, pelepasan adalah RM3 ribu dan selebihnya adalah untuk pelepasan caruman kwsp.

Bagi kategori insuran pendidikan dan perubatan pula atau medical card, pelepasan sebanyak RM3 ribu diberikan untuk semua. Ini menjadikan pelepasan sehingga RM10 ribu jika anda seorang penjawat awam dan mempunyai polisi takaful yang banyak.

Yang belum mempunyai polisi takaful boleh klik [sini] untuk bantuan khidmat nasihat percuma. Dapatkan perlindungan damai minda sambil mengembalikan cukai yang dibayar kepada kerajaan.

The post Tarikh Akhir efiling LHDN 15 Mei 2023, Pelepasan Takaful Sehingga RM10K! appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
654