medical card Archives - hijrahtakaful.com https://hijrahtakaful.com/tag/medical-card/ Takaful & Kehidupan Wed, 14 Aug 2024 12:09:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.5.5 https://hijrahtakaful.com/wp-content/uploads/2020/05/cropped-Logo-1-32x32.jpg medical card Archives - hijrahtakaful.com https://hijrahtakaful.com/tag/medical-card/ 32 32 176772263 Apa Perlu Dilakukan Jika Had Kad Perubatan Anda Sangat Rendah? https://hijrahtakaful.com/2023/10/01/apa-perlu-dilakukan-jika-had-kad-perubatan-anda-sangat-rendah/ Sun, 01 Oct 2023 12:17:53 +0000 https://hijrahtakaful.com/?p=769 Baru-baru saya bersembang dengan seorang prospek beliau memberitahu yang seorang rakannya terpaksa mengeluarkan belanja sendiri kerana had coverage insurannya sudah habis. Saya berfikir mungkin had coverage rakan dia tu rendah sehingga tidak mencukupi untuk menampung kos pembedahan yang tinggi. Seperti gambar di atas, had tahunan bagi medical card itu adalah RM62,500 yang mana ianya sudah […]

The post Apa Perlu Dilakukan Jika Had Kad Perubatan Anda Sangat Rendah? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Baru-baru saya bersembang dengan seorang prospek beliau memberitahu yang seorang rakannya terpaksa mengeluarkan belanja sendiri kerana had coverage insurannya sudah habis. Saya berfikir mungkin had coverage rakan dia tu rendah sehingga tidak mencukupi untuk menampung kos pembedahan yang tinggi. Seperti gambar di atas, had tahunan bagi medical card itu adalah RM62,500 yang mana ianya sudah tidak relevan lagi pada zaman ini kerana kos yang sudah meningkat naik. Apa sebab kos perubatan meningkat naik boleh baca di

[Mengapa kos perubatan meningkat?]

Jadi bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini? Jika anda masih sihat dan belum mempunyai penyakit, terdapat 2 cara untuk menambah had tahunan medical card anda

1. Ambil polisi medical card tambahan dengan had coverage yang lebih baik

2. Jika bajet menjadi isu, mohon “takeover kepada syarikat lain

Pilihan 1 adalah yang paling mudah dengan hanya memohon polisi baru yang lebih baik untuk meningkat had medical coverage. Di Zurich Takaful ada medical card yang mempunyai coverage dari RM1juta hingga RM2 juta iaitu [Medipro] dan juga kad [MediAfya] yang menawarkan had rawatan pesakit luar berasingan dari had coverage keseluruhan.

Bagi pilihan no. 2 pula, anda boleh memindahkan medical card anda kepada syarikat pengendali baru dengan kaedah “takeover” polisi tanpa perlu waktu menunggu semula. Baca apa yang dimaksudkan dengan takeover di link bawah:

[Apa yang dimaksudkan “takeover polisi”]

Syarat paling penting untuk menambah had perlindungan medical card samada pilihan 1 atau 2 mestilah anda masih lagi dalam keadaan sihat sesuai dengan fungsi takaful itu yang melindungi sesuatu musibah belum berlaku.

The post Apa Perlu Dilakukan Jika Had Kad Perubatan Anda Sangat Rendah? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
769
Tarikh Akhir efiling LHDN 15 Mei 2023, Pelepasan Takaful Sehingga RM10K! https://hijrahtakaful.com/2023/05/13/tarikh-akhir-efiling-lhdn-15-mei-2023-pelepasan-takaful-sehingga-rm10k/ Sat, 13 May 2023 02:10:11 +0000 https://hijrahtakaful.com/?p=654 Peringatan untuk mereka yang belum lagi mengisikan borang maklumat percukaian untuk yang tiada sumber perniagaan, tarikh akhir anda boleh berbuat demikian adalah pada 15 Mei 2023. Anda boleh layari laman sesawang LHDN di [sini] untuk mengisi borang efiling anda. Kegagalan anda mengisi borang berkenaan boleh dikenakan denda oleh pihak LHDN. Bagi mereka yang mempunyai polisi […]

The post Tarikh Akhir efiling LHDN 15 Mei 2023, Pelepasan Takaful Sehingga RM10K! appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Peringatan untuk mereka yang belum lagi mengisikan borang maklumat percukaian untuk yang tiada sumber perniagaan, tarikh akhir anda boleh berbuat demikian adalah pada 15 Mei 2023. Anda boleh layari laman sesawang LHDN di [sini] untuk mengisi borang efiling anda. Kegagalan anda mengisi borang berkenaan boleh dikenakan denda oleh pihak LHDN.

Bagi mereka yang mempunyai polisi takaful, anda boleh mendapatkan pelepasan cukai sehingga RM10 ribu. Pelepasan yang tinggi ini adalah sejajar dengan matlamat kerajaan yang mahukan rakyat mempunyai perlindungan takaful bagi mengurangkan beban kewangan jika berlaku musibah.

Bagi kategori penjawat awam yang tidak mempunyai caruman kwsp, bagi polisi takaful hayat atau insuran nyawa, sehingga RM7 ribu pelepasan diberikan. Bagi kategori lain, pelepasan adalah RM3 ribu dan selebihnya adalah untuk pelepasan caruman kwsp.

Bagi kategori insuran pendidikan dan perubatan pula atau medical card, pelepasan sebanyak RM3 ribu diberikan untuk semua. Ini menjadikan pelepasan sehingga RM10 ribu jika anda seorang penjawat awam dan mempunyai polisi takaful yang banyak.

Yang belum mempunyai polisi takaful boleh klik [sini] untuk bantuan khidmat nasihat percuma. Dapatkan perlindungan damai minda sambil mengembalikan cukai yang dibayar kepada kerajaan.

The post Tarikh Akhir efiling LHDN 15 Mei 2023, Pelepasan Takaful Sehingga RM10K! appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
654
Rawatan Dialisis Tidak Boleh Diteruskan Kerana Had Tahunan Terlalu Rendah? https://hijrahtakaful.com/2023/04/08/rawatan-dialisis-tidak-boleh-diteruskan-kerana-had-tahunan-terlalu-rendah/ Sat, 08 Apr 2023 08:45:39 +0000 https://hijrahtakaful.com/?p=623 Seperti yang saya kongsikan dalam hantaran blog sebelum ini, kos rawatan dialisis adalah sangat mahal dan seseorang amat perlu sokongan kewangan yang kukuh bagi menjamin kebolehterusan rawatan dibuat. Amatlah mendukacitakan jika had tahunan yang diberikan syarikat takaful atau insuran anda terlalu rendah. Merujuk gambar di atas, had dialisis/kanser cuma RM2,000 setahun sedangkan kos sebenar adalah […]

The post Rawatan Dialisis Tidak Boleh Diteruskan Kerana Had Tahunan Terlalu Rendah? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Seperti yang saya kongsikan dalam hantaran blog sebelum ini, kos rawatan dialisis adalah sangat mahal dan seseorang amat perlu sokongan kewangan yang kukuh bagi menjamin kebolehterusan rawatan dibuat. Amatlah mendukacitakan jika had tahunan yang diberikan syarikat takaful atau insuran anda terlalu rendah. Merujuk gambar di atas, had dialisis/kanser cuma RM2,000 setahun sedangkan kos sebenar adalah dari 3 hingga 4 ribu sebulan! Jadi amat penting untuk anda mengetahui had yang dilindungi medical card anda. Jika had terlalu rendah, adalah disarankan untuk anda mencari medical card yang lebih baik had tahunannya agar jika anda menghidap sesuatu penyakit, rawatan berterusan boleh dijalankan tanpa memikirkan kos yang tinggi.

Sebagai ganti, anda boleh memilih medical card MediAfya dari Zurich Takaful yang menawarkan had perlindungan sehingga RM250ribu untuk rawatan pesakit luar (dialisis, kemoterapi dan lain-lain lagi) dan ianya adalah tambahan kepada had perlindungan sedia ada maksudnya, ia tidak mengurangkan had perlindungan untuk penyakit-penyakit lain. Rujuk [pautan ini]di bawah untuk maklumat lanjut tentang MediAfya.

Anda disarankan untuk secepat mungkin memohon medical card kerana syarat utama penerimaan adalah anda mesti masih sihat. Jika anda sudah mempunyai penyakit, berkemungkinan besar permohonan akan ditolak. Sila klik [sini] untuk terus ke aplikasi wasap untuk maklumat lanjutan. Cepat sebelum terlambat.

The post Rawatan Dialisis Tidak Boleh Diteruskan Kerana Had Tahunan Terlalu Rendah? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
623
Mengapakah Kos Dialisis Sangat Mahal dan Apakah Penyelesaianya? https://hijrahtakaful.com/2023/04/06/mengapakah-kos-dialisis-sangat-mahal-dan-apakah-penyelesainnya/ Thu, 06 Apr 2023 08:24:18 +0000 https://hijrahtakaful.com/2023/04/06/mengapakah-kos-dialisis-sangat-mahal-dan-apakah-penyelesainnya/ Dialisis merupakan sejenis rawatan yang dijalankan untuk mereka yang menghidap penyakit buah pinggang ekoran kegagalan atau gangguan fungsinya. Ia akan menapis dan mencuci darah dari kotoran menggunakan mesin khas bagi memastikan cecair dan elektrolit dalam buah pinggang kekal stabil. Kotoran ini jika tidak dibuang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang boleh membawa maut. Persoalannya, mengapa […]

The post Mengapakah Kos Dialisis Sangat Mahal dan Apakah Penyelesaianya? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Dialisis merupakan sejenis rawatan yang dijalankan untuk mereka yang menghidap penyakit buah pinggang ekoran kegagalan atau gangguan fungsinya. Ia akan menapis dan mencuci darah dari kotoran menggunakan mesin khas bagi memastikan cecair dan elektrolit dalam buah pinggang kekal stabil. Kotoran ini jika tidak dibuang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang boleh membawa maut. Persoalannya, mengapa kos dialisis sangat mahal?

Proses dialisis merupakan proses yang rumit namun tidak dapat tidak sangat diperlukan bagi pesakit buah pinggang. Sebelum memulakan dialisis, pesakit perlu dipasang tapak bagi dipanggil pembedahan AV Fistula. Kos pembedahan ini sahaja dalam RM2.2K hingga ke 4RM3.5K mengikut hospital. Boleh rujuk video di youtube berkenaan pembedahan AV fistula.

Selepas itu, pesakit perlu menjalani rawatan hemodialisis sebannyak 3 kali seminggu dengan kos anggaran sebanyak RM200 per sesi atau RM600 seminggu atau RM2,400 sebulan. Ini belum lagi termasuk kos kenderaan dan perjalanan dan lebih parah lagi bila terpaksa menggunakan perkhidmatan ambulan untuk ke pusat dialisis. Jika pesakit perlu mengeluarkan belanja RM3,500 sebulan untuk rawatan dialisis sahaja, setahun sudah menjadi RM42,000 ribu. Ini belum lagi belanja untuk perkara-perkara lain seperti bil-bil utiliti, makan pakai dan sebagainya. Jadi untuk mengelakkan perkara ini berlaku, anda memerlukan satu solusi yang boleh menyelesaikan masalah ini.

Untuk pengetahuan semua, Zurich Takaful menawarkan medical card yang membayar kos rawatan dialisis tanpa mengurangkan had perlindungan untuk penyakit lain. Kebanyakan kad lain, ianya akan mengurangkan had tahunan namun untuk MediAfya, ianya adalah tambahan kepada had tahunan. Ini merupakan satu kelebihan kepada mereka yang mencarum dalam mediAfya.

Gambar di atas merupakan salah satu kad perubatan yang memberikan had rawatan dialisis terlalu rendah. sekali pergi sudah habis had penggunaan. Maka rawatan seterusnya akan bermasalah. Berbeza dengan MediAfya yang mempunyai had yang tinggi.

Klik sini untuk maklumat berkenaan Zurich Takaful MediAfya https://hijrahtakaful.com/2023/01/30/mediafya-medical-card-mampu-milik-dengan-had-perlindungan-tahunan-tinggi/

Untuk mereka yang berminat, Zurich Takaful menawarkan rebat tunai 1 bulan bayaran untuk mereka yang memohon dan permohonan diluluskan dalam tarikh 15 Mac 2023 hinggan 30 April 2023 bersempena dengan bulana Ramadan. Silik klik [sini] untuk ke aplikasi wasap untuk dapatkan maklumat lanjut.

The post Mengapakah Kos Dialisis Sangat Mahal dan Apakah Penyelesaianya? appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
615
MediAfya: Medical Card Mampu Milik Dengan Had Perlindungan Tahunan Tinggi https://hijrahtakaful.com/2023/01/30/mediafya-medical-card-mampu-milik-dengan-had-perlindungan-tahunan-tinggi/ Mon, 30 Jan 2023 15:38:51 +0000 http://hijrahtakaful.com/?p=555 Kesihatan merupakan satu nikmat yang tiada tolok bandingnya. Kesihatan adalah harta yang sebenar. Ini kerana jika anda sakit, apa pun aktiviti anda seperti bekerja, mengurus diri dan lain-lain lagi menjadi sukar. Kos rawatan juga sangat tinggi dan pada kes-kes tertentu memerlukan belanja yang besar seperti kos pembedahan, pembelian implan, ubat-ubatan, kos penghospitalan dan banyak lagi. […]

The post MediAfya: Medical Card Mampu Milik Dengan Had Perlindungan Tahunan Tinggi appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Kesihatan merupakan satu nikmat yang tiada tolok bandingnya. Kesihatan adalah harta yang sebenar. Ini kerana jika anda sakit, apa pun aktiviti anda seperti bekerja, mengurus diri dan lain-lain lagi menjadi sukar. Kos rawatan juga sangat tinggi dan pada kes-kes tertentu memerlukan belanja yang besar seperti kos pembedahan, pembelian implan, ubat-ubatan, kos penghospitalan dan banyak lagi.

Apabila sakit, satu perkara sahaja yang difikirkan iaitu bagaimana untuk dapatkan rawatan sesegera mungkin. Semua sedia maklum yang mana hospital kerajaan biasanya sesak dan perlu mengambil giliran yang panjang. Jadi, pilihan yang lain adalah hospital swasta. Namun kos perubatan hospital swasta adalah tinggi dan kebanyakan rakyat Malaysia tidak mampu untuk membayar kos sebanyak itu. Jadi apakah solusi kepada masalah ini?

Perlindungan takaful perubatan merupakan solusi kepada kos perubatan yang tinggi pada zaman sekarang. Banyak produk-produk takaful perubatan di pasaran namun tidak semua yang memberikan had perlindungan yang ideal dan mencukupi dan juga manfaat-manfaat lain yang boleh dikatakan ketinggalan. Atas sebab inilah Zurich Takaful memperkenalkan pelan takaful kesihatan MediAfya yang mampu milik dengan dengan beberapa ciri menarik yang ada padanya dan tiada pada medical card lain adalah;

1. Had kemasukan wad tiada had hari berbanding 180-240 hari untuk syarikat lain

2. Elaun tunai harian tinggi jika warded di hospital kerajaan (Elaun sama dengan harga bilik RM180-RM250/hari)

3. Had rawatan dialisis dan kanser pesakit luar yang tinggi

4. Rawatan kanta introkular sehingga RM5000

5. Had tahunan yang munasabah dengan kadar inflasi semasa dan akan datang.

Plan MediAfya ini adalah produk rider atau manfaat tambahan kepada plan induk Takaful Term 80, yang merupakan pelan pelaburan tunggal yang memberikan nilai tunai ke dalam sijil takaful. Dengan adanya pelan induk Term 80 ini membolehkan para pencarum mendapat perlindungan menyeluruh dari untuk kematian, hilang upaya kekal dan juga sakit kritikal yang menyebabkan kehilangan keupayaan bekerja.

>>lihat testimoni medical card Zurich Takaful di [sini]<<

Untuk makluman, pelan MediAfya ini mempunyai Ko Takaful sebanyak 10% atau maksimum Rm1,000 untuk bayaran jumlah bil hospital. Ko takaful ini bertujuan salah satu darinya adalah supaya pencarum membayar sebahagian kecil bil bagi mengekalkan caruman bulanan yang kompetitif. Contohnya, jika Ali masuk hospital pada bulan Januari 2023 dan dikenakan bayaran RM20,000 untuk bil hospital, maka ko takaful yang dikenakan adalah RM1,000. Jika pada bulan April Ali masuk hospital sekali lagi dengan bil RM19,000, maka jumlah ko takaful yang perlu dibayar adalah RM0. Ini kerana Ali sudah membayar maksimum ko takaful pada tahun semasa tersebut.

Bayaran ko takaful dikecualikan jika kemasukan wad adalah dari sebab kemalangan. Semua bil rawatan akan dibayar sepenuhnya oleh pihak Zurich Takaful. Ini adalah salah satu dari kelebihan produk MediAfya ini.

Sempena dengan pelancaran plan MediAfya ini, pihak Zurich Takaful memberikan rebate kepada peserta terawal dan tawaran ini sah sehingga 28 Februari 2023 rebutlag peluang ini segera.

MediAfya harga bermula dari serendah RM143/bulan untuk anda mendapatkan perlindungan nyawa dan hilang upaya kekal dan juga untuk kemasukan hospital tanpa tunai dengan medical card. Untuk maklumat lanjut, boleh terus klik [SINI] untuk terus ke aplikasi Whatsapp saya.

The post MediAfya: Medical Card Mampu Milik Dengan Had Perlindungan Tahunan Tinggi appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
555
VSS dan Kos Perubatan https://hijrahtakaful.com/2022/10/10/vss-dan-kos-perubatan/ Mon, 10 Oct 2022 14:42:08 +0000 https://hijrahtakaful.com/2022/10/10/vss-dan-kos-perubatan/ Pernahkah anda dengar VSS? VSS adalah Voluntarily Seperation Scheme iaitu terma yang digunapakai untuk sesebuah syarikat dalam menyusun semula tenaga kos tenaga kerja supaya menjadi lebih produktif. Biasanya pekerja peringkat umur 50 tahun ke atas akan menjadi tumpuan kerana beberapa sebab. Lebih-lebih lagi pekerja yang mempunyai penyakit kerana tidak lagi produktif kerana banyak cuti sakit […]

The post VSS dan Kos Perubatan appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Pernahkah anda dengar VSS? VSS adalah Voluntarily Seperation Scheme iaitu terma yang digunapakai untuk sesebuah syarikat dalam menyusun semula tenaga kos tenaga kerja supaya menjadi lebih produktif. Biasanya pekerja peringkat umur 50 tahun ke atas akan menjadi tumpuan kerana beberapa sebab. Lebih-lebih lagi pekerja yang mempunyai penyakit kerana tidak lagi produktif kerana banyak cuti sakit dan pada masa yang sama syarikat membayar gaji dan kos perubatan yang tinggi untuk golongan ini.

Oleh kerana pemilihan ini adalah secara sukarela, pekerja yang terlibat perlu memberi jawapan samada menerima atau tidak tawaran yang diberikan oleh syarikat. Amat mengejutkan kerana banyak yang tidak mahu ambil kerana alasan selepas pemberhentian, siapa yang membayar KOS PERUBATAN setelah berhenti kerja nanti?

Ini berlaku kerana mereka tidak mengambil inisiatif untuk mencarum dalam takaful medical card sewaktu masih sihat/layak. Akhirnya, bila sudah mempunyai pelbagai penyakit maka hilanglah kelayakan untuk mencarum dalam takaful kad perubatan.

>>Perkongsian pengalaman tuntutan kad perubatan Zurich Takaful klik sini<<

Seperti juga syarikat yang mewajibkan pemeriksaan kesihatan sebelum anda diterima bekerja dengan mereka, takaful juga menggunapakai kaedah yang sama dengan memeriksa rekod-rekod lampau bagi mengelakkan kesalahan dalam membuat kelulusan. Proses ini dipanggil penguderaitan. Jika sudah mempunyai penyakit maka kebarangkalian untuk tidak layak adalah tinggi.

Sebaiknya sewaktu anda masih sihat, bersegera untuk mencarum dalam takaful medical card jika anda sudah berniat. Kelewatan dalam berbuat demikian mungkin akan menyebabkan permohonan anda ditolak.

Di Zurich Takaful, kami mempunyai medical card dengan coverage sehingga RM2juta setahun. Klik [SINI] untuk maklumat lanjut.

The post VSS dan Kos Perubatan appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
491
Client Buat Tuntutan Pertama Setelah Mencarum Hampir 3 Tahun https://hijrahtakaful.com/2022/02/13/client-buat-tuntutan-pertama-setelah-mencarum-hampir-3-tahun/ Sun, 13 Feb 2022 07:58:27 +0000 https://hijrahtakaful.com/2022/02/13/client-buat-tuntutan-pertama-setelah-mencarum-hampir-3-tahun/ Setelah hampir 3 tahun mencarum dalam medical card, Client ini pertama kali buat tuntutan setelah tangan rasa sakit yang berpanjangan. Alhamdulillah pemeriksaan dan rawatan dapat dilakukan. Semua bilnya sebanyak RM6053.22 semuanya dibayar oleh Zurich Takaful. Kalau ikutkan caruman yang dibayar pun belum mencapai sebanyak itu. Maka pelaburan beliau selama ni sangatlah berbaloi. Medical card melindungi […]

The post Client Buat Tuntutan Pertama Setelah Mencarum Hampir 3 Tahun appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Setelah hampir 3 tahun mencarum dalam medical card, Client ini pertama kali buat tuntutan setelah tangan rasa sakit yang berpanjangan. Alhamdulillah pemeriksaan dan rawatan dapat dilakukan. Semua bilnya sebanyak RM6053.22 semuanya dibayar oleh Zurich Takaful. Kalau ikutkan caruman yang dibayar pun belum mencapai sebanyak itu. Maka pelaburan beliau selama ni sangatlah berbaloi.

Medical card melindungi wang simpanan kita bila berhadapan dengan kos rawatan yang tinggi. Sejajar dengan tujuan takaful itu melindungi anda dari kerugian akibat musibah.

Medical card bukan seperti bertukar-tukar baju kerana ia tertakluk kepada waktu menunggu tertentu sebelum anda boleh membuat tuntutan. Mohonlah segera selagi anda masih layak.

Lihat testimoni medical card zurich takaful yang lain di [sini]

The post Client Buat Tuntutan Pertama Setelah Mencarum Hampir 3 Tahun appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
473
Zurich Takaful MediPro: Kad Perubatan Dengan Had Tahunan Sehingga RM2 Juta https://hijrahtakaful.com/2021/08/18/zurich-takaful-medipro-kad-perubatan-dengan-had-tahunan-sehingga-rm2-juta/ Wed, 18 Aug 2021 21:13:40 +0000 http://hijrahtakaful.com/?p=195 Kos rawatan di Malaysia dijangka akan terus meningkat jika mengambil kira kadar inflasi kos rawatan yang saban tahun mencecah 2 angka. Menurut apa yang dipaparkan di atas, sebagai contoh rawatan untuk penyakit serangan jantung jika pada tahun 2015 adalah dari RM10 ribu hingga RM30 ribu, ianya bakal menjadi dari RM67 ribu hingga RM202 ribu. Kenaikan […]

The post Zurich Takaful MediPro: Kad Perubatan Dengan Had Tahunan Sehingga RM2 Juta appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Kos rawatan di Malaysia dijangka akan terus meningkat jika mengambil kira kadar inflasi kos rawatan yang saban tahun mencecah 2 angka. Menurut apa yang dipaparkan di atas, sebagai contoh rawatan untuk penyakit serangan jantung jika pada tahun 2015 adalah dari RM10 ribu hingga RM30 ribu, ianya bakal menjadi dari RM67 ribu hingga RM202 ribu.

Kenaikan kos rawatan saban tahun ini disebabkan banyak faktor. Antara yang menjadi faktor terbesar adalah kos pembangunan dan penyelidikan ubat-ubatan yang mahal, penggunaan peralatan yang berteknologi tinggi, penurunan nilai ringgit dan juga kenaikan kos pengangkutan berikutan isu pandemik. Jika berterusan, berkemungkinan had perlindungan kad perubatan sedia ada di pasaran tidak lagi mencukupi menyebabkan pesakit terpaksa menambah sendiri bayaran jika bil hospital melebihi had perlindungan kad perubatan mereka. Perkara ini telah disedari oleh Zurich Takaful Malaysia dan satu solusi kepada permasalahan ini telah dikeluarkan dengan pelancaran produk medical card terbaru Zurich Takaful iaitu MediPro!

Selain memberikan memberikan had tahunan tertinggi di pasaran sehingga RM2juta dengan harga yang amat berpatutan, MediPro juga tidak mempunyai had sepanjang tempoh polisi atau dengan kata lain unlimited lifetime coverage. Juga dengan 3 manfaat tambahan yang pertama di pasaran iaitu manfaat perlindungan penyakit mental, manfaat bebas kanser, manfaat penyakit berjangkit bukan pandemik dan juga manfaat rawatan kanta mata inokular.

Rajah di atas menunjukkan perincian berkenaan kad perubatan Zurich Takaful MediPro mengikut pelan. Terdapat 4 plan yang boleh dipilih mengikut perbezaan jumlah had tahunan dan harga bilik. Kad perubatan MediPro tidak mengenakan apa-apa co-payment jika pelanggan ingin menaik taraf bilik sewaktu diwadkan. Hanya perlu bayar beza harga bilik sahaja.

Selain had tahunan yang cukup tinggi, manfaat, penambahbaikan kepada manfaat sedia ada seperi rawatan susulan setelah discaj ditambah dari 90hari kepada 180hari. Ini bermakna, jika orang yang dilindungi mendapat penyakit kanser, perbekalan ubat-ubat kanser yanv berharga RM8 ribu hingga RM16 ribu dibayar oleh Zurich Takaful selama 6bulan! Juga penyakit lain seperti pulmonary hipertension yang juga memerlukan ubat yang mahal juga ditanggung oleh kad perubatan ini. 180hari ni akan reset semula bila anda diwadkan semula.

Harga ubat kanser yang sangat mahal

Jadi jika waktu sihat anda tidak mampu, mampukah anda ketika anda sakit? Jadi kad perubatan MediPro adalah penyelesaian jangka panjang kepada risiko kos rawatan kesihatan anda.

Kad perubatan MediPro ini juga mempunyai manfaat-manfaat baharu yang pertama di pasaran seperi manfaat kesihatan mental, manfaat demam denggi pesakit luar dan juga manfaat penggantian kanta mata. Semua manfaat-manfaat ini memberikan solusi kepada keperluan kesihatan anda dan kelegaan minda kepada kos rawatan yang senantiasa meningkat pada harga yang sangat mampu milik.

>>Testimoni medical card Zurich Takaful klik sini<<

Pelan medical card ni adalah pelan rider dan bukan standalone. Ianya hanya boleh dimiliki dengan memohon pelan Zurich Takaful ProEssential sebagai pelan induk. Dengan manfaat bersama pelan Zurich Takaful ProEssential seperti hibah, pampasan penyakit kritikal, elaun kemasukan hospital, elaun hilang keupayaan dan banyak manfaat lain membolehkan anda mendapatkan perlindungan menyeluruh di bawah satu pelan sahaja.

Dengan tambahan rider medical card untuk pelan takaful ProEssential ini lengkaplah ianya sebagai satu pelan yang merangkumi keseluruhan penyelesaian kepada keperluan perlindungan anda bagi menghadapi perkara-perkara di luar jangka seperti sakit kritikal, kemalangan juga bagi waris jika dijemput kematian lebih awal.

Dengan kos rawatan yang begitu tinggi, mampukah kita untuk berhadapan dengan sakit atau penyakit? Dengan pelan ProEssential beserta dengan rider medical card inilah solusi atau penyelesaiaan kepada permasalahan ini. Untuk khidmat nasihat atau sebarang pertanyaan berkenaan produk ProEssential ini klik [sini] untuk terus ke Aplikasi whatsapp saya.

>Baca testimoni medical card Zurich Takaful di [SINI]<

The post Zurich Takaful MediPro: Kad Perubatan Dengan Had Tahunan Sehingga RM2 Juta appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
195
Testimoni: Satu Keluarga Manfaat Perlindungan Takaful https://hijrahtakaful.com/2020/04/22/testimoni-satu-keluarga-manfaat-perlindungan-takaful/ Wed, 22 Apr 2020 04:47:41 +0000 http://hijrahtakaful.com/?p=85 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi dalam entri kali ini untuk saya kongsikan kisah dari client saya sendiri berkenaan banyaknya manfaat mempunyai caruman takaful. Bagi client ini, kesedaran timbul setelah beliau terpaksa membayar sebanyak RM5 ribu lebih di hospital swasta. Beliau terpaksa ke hospital swasta kerana kecemasan disebabkan anaknya demam panas yang terlalu tinggi. Jadi […]

The post Testimoni: Satu Keluarga Manfaat Perlindungan Takaful appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi dalam entri kali ini untuk saya kongsikan kisah dari client saya sendiri berkenaan banyaknya manfaat mempunyai caruman takaful. Bagi client ini, kesedaran timbul setelah beliau terpaksa membayar sebanyak RM5 ribu lebih di hospital swasta. Beliau terpaksa ke hospital swasta kerana kecemasan disebabkan anaknya demam panas yang terlalu tinggi. Jadi beliau pun menghubungi saya setelah membuat pelbagai perbandingan berkenaan pelan takaful. Beliau sendiri mempunyai pelan takaful tapi bukan dengan Zurich Takaful. Saya sangat bersyukur kerana produk Zurich Takaful antara yang terbaik di pasaran. Beliau pun mengambil pelan investment linked beserta dengan medical card rider untuk 2 orang anaknya. Dan tidak lama selepas itu, beliau juga ambilkan pelan yang sama untuk isterinya. Selang 2-3 bulan beliau menelefon saya yang anaknya nak masuk wad. Saya pun seperti biasa memberitahunya untuk mendapatkan GL terlebih dahulu.

Alhamdulillah GL cepat diluluskan cuma apa yang saya terkejut ialah dia forward kepada saya 2 notifikasi GL. Saya pun tanya, kedua-kedua anak ke masuk wad? Beliau jawab ya kerana kedua-duanya jatuh sakit pada waktu yang sama. Syukur kerana kedua-dua anaknya mempunyai medical card dan kebetulan warded pada masa yang sama. Saya pun mengucapkan semoga anaknya cepat diberi kesembuhan seperti sedia kala. Wang adalah perkara kedua yang penting adalah kesihatan.

Alhamdulillah setelah lebih kurang 5 hari di hospital, anak beliau dibenarkan untuk discaj. Bil rawatan untuk kedua anak beliau adalah masing-masing sebanyak RM6390.55 dan RM5992.75 dengan jumlah keseluruhan melebihi RM12 ribu. Alhamdulillah bil sebanyak itu semuanya telah dibayar oleh Zurich Takaful. Bayangkan jika anda perlu mengeluarkan wang simpanan sebanyak itu untuk bil rawatan ? Simpanan yang anda simpan bertahun lamanya boleh habis dengan sekelip mata sahaja. Dalam pelan yang beliau ambilkan untuk anak beliau mempunyai manfaat elaun hospital sebanyak RM90 semalam. Jadi beliau layak memohon untuk bayaran elaun hospital lebih kurang RM450 semalam untuk seorang anak. Jadi kiraan kasar adalah RM900 untuk 2 orang. (Amaun sebenar mungkin berbeza kerana ia akan dikira berdasarkan net hours dan faktor juvenil lien umur anak). Alhamdulillah duit tunai ini boleh dijadikan gantian pendapatan kepada ibu bapa jika terpaksa ambil cuti tanpa gaji untuk menjaga anak di hospital. Ataupun jika boleh bawa anak-anak berjalan selepas sihat atau simpan sahaja di dalam ASB sebagai pelaburan.

Alhamdulillah amaun tersebut telah dimasukkan ke akaun beliau oleh Zurich Takaful setelah urusan tuntutan selesai dan diluluskan. Beliau berasa sangat berpuas hati dan gembira akan khidmat yang diberikan oleh Zurich Takaful kepada beliau. Selang beberapa ketika selepas peristiwa anaknya warded serentak, isteri beliau pula diwadkan kerana mempunyai gejala demam denggi. Demam denggi sangat merbahaya jika tidak dirawat secepat mungkin kerana bila sudah tahap menjadi denggi berdarah, harapan untuk pulih adalah sukar. Alhamdulillah GL telah dikeluarkan kepada isteri beliau dan dapat rawatan yang cepat. Isteri beliau juga mencarum dalam pelan investment linked beserta manfaat tambahan medical card. Alhamdulillah bil berjumlah RM5939.50 telah dibayarkan keseluruhannya oleh Zurich Takaful dan tuntutan untuk bayaran elaun hospital pun telah dihantar.

Jika kita ingat, negara kita sekali digemparkan dengan penularan wabak influenza yang menyebabkan beberapa sekolah terpaksa ditutup. Satu hari beliau menghantar mesej melalui wasap yang anak beliau terpaksa warded kerana influenza dan beliau sendiri juga mengalami gejala seperti influenza dan perlu diwadkan juga. Saya memberitahu dia untuk buat urusan seperti biasa dan mendoakan agar beliau dan anaknya agar lepas sembuh.

Beliau dan anaknya warded bersama di hospital yang sama kerana menghidap demam influenza. Setelah berada lebih kurang 5 hari di hospital, beliau dan anaknya dibenarkan pulang oleh doktor. Kos rawatan sebanyak RM5023.25 telah dibayar semuanya oleh Zurich Takaful dan juga semua tuntutan untuk elaun kemasukan hospital sebanyak RM450 dan bayaran balik follow up sebanyak RM120 telah saya hantarkan.

Alhamdulillah semua bayaran claim telah dibayar oleh Zurich Takaful. Jumlah keseluruhan kos rawatan dan claim tunai yang dibayar kepada keluarga beliau mencecah hampir RM24 ribu. Bagi kita rakyat Malaysia, bekerja selama 20 tahun pun belum tentu ada simpanan tunai sebanyak itu. Tuan-tuan inilah keistimewaan kita mencarum dalam takaful. Wang kita carum setiap bulan akan membantu sesama peserta jika berlaku musibah yang tidak dijangka. Jika anda belum membuat tuntutan, perlu lebih lagi bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik dan bukannya anda rugi membayar caruman takaful. Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat berkenaan produk Zurich Takaful, klik [sini] untuk terus ke aplikasi WhatsApp saya dengan segera ataupun klik [sini] untuk isi borang online. Terima kasih.

The post Testimoni: Satu Keluarga Manfaat Perlindungan Takaful appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
85
Testimoni: Hampir Tidak Dapat GL Kerana Bayaran Tertunggak Hampir 2 Bulan https://hijrahtakaful.com/2020/04/21/testimoni-hampir-tidak-dapat-gl-kerana-bayaran-tertunggak-2-bulan/ Tue, 21 Apr 2020 15:35:17 +0000 http://hijrahtakaful.com/?p=75 Hai bertemu lagi kita dalam testimoni dan kisah tragik sepanjang pengalaman saya menjadi ejen takaful. Sebagaimana yang telah diberitahu sejak dari peringkat permohonan takaful, bayaran perlu dibuat dengan disiplin kerana tanpa bayaran, kad anda tidak aktif dan anda tidak dapat gunakan kita keadaan cemas dan genting. Sebab itu jika tidak mahu pening tentang bayaran takaful, […]

The post Testimoni: Hampir Tidak Dapat GL Kerana Bayaran Tertunggak Hampir 2 Bulan appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>

Hai bertemu lagi kita dalam testimoni dan kisah tragik sepanjang pengalaman saya menjadi ejen takaful. Sebagaimana yang telah diberitahu sejak dari peringkat permohonan takaful, bayaran perlu dibuat dengan disiplin kerana tanpa bayaran, kad anda tidak aktif dan anda tidak dapat gunakan kita keadaan cemas dan genting. Sebab itu jika tidak mahu pening tentang bayaran takaful, digalakkan untuk membuat bayaran secara tahunan atau jika bayaran dengan mod bulanan, buat pemotongan dari akaun gaji. (Namun pastikan baki cukup dalam akaun). Kali ini saya akan kongsikan pengalaman menguruskan client yang hampir-hampir tidak mendapat GL disebabkan bayaran tidak dibuat pada waktu “grace period’ atau tempoh penangguhan.

Saya sentiasa monitor bayaran-bayaran client saya melalui sistem yang diberikan oleh Zurich Takaful dan jika berlaku kelewatan saya akan mengingatkan client tentang keperluan untuk buat bayaran segera. Namun kadang-kadang client buat endah dan tak endah sahaja. Perlu diingat tanggungjawab pembayaran caruman adalah terletak pada pemilik sijil sendiri dan bukan pada ejen. Dan semestinya jika berlaku kelewatan bayaran, mereka akan dihantar SMS peringatan daripada sistem. Tugas ejen juga adalah mengingatkan pada client dan setakat itu sahaja. Sebab apa, bila musibah akan berlaku kepada client kita tak tahu dan yang akan dapat manfaat juga adalah client itu sendiri. OK berbalik pada kes ini, bayaran tidak dibuat untuk 2 bulan dan mujur masih lagi belum lapsed atau luput. Dan permintaan client untuk warded telah ditolak kerana tiada bayaran dibuat. (Rujuk gambar pertama). Yang peliknya tahu pula bayaran tak dibuat tapi masih lagi hendak ke hospital swasta. Pada waktu itu, client ini mencarum dalam plan medical card standalone dengan caruman hanya RM67 sebulan setelah ditolak 20% diskaun tiada tuntutan.

Dengan tergesa-gesa saya dahulukan wang untuk bayaran melalui sistem. Bayaran melalui sistem dengan FPX akan cepat masuk ke dalam sistem Zurich Takaful berbanding dengan bayaran online banking yang memerlukan 1-2 untuk clearance. Client berjanji akan bayar balik wang yang telah saya gunakan. Hari semakin petang dan saya terus menerus menelefon pihak pengantara Mediexpress bertanyakan sudahkah bayaran yang dibuat masuk dalam sistem agar GL dapat dikeluarkan untuk client ini. Akhirnya berjaya juga GL dikeluarkan dan saya cukup berterima kasih kepada pihak pengantara kerana sangat membantu dalam hal tersebut. Untuk pengetahuan. pihak pengantara atau Managed Care Operation (MCO) adalah beroperasi 24 jam. Nah, datang dengan yakin pukul 10pagi macam tiada apa-apa masalah tetapi GL hanya lulus pukul 5 petang. Inilah akibat tidak cakna dengan bayaran untuk kad perubatan, Walau apa pun saya bersyukur client dapat warded dan berdoa agar sakitnya cepat pulih seperti sedia kala.

Setiap hari saya akan tanya keadaan client adakah sudah sembuh dan dibenarkan discaj dari hospital atau tidak. Beliau mempunyai pelan dengan bilik single namun pada waktu dia mula-mula masuk wad, tiada bilik single yang kosong dan beliau diletakkan dalam bilik double buat sementara waktu sebelum dipindahkan ke bilik single.

Alhamdulillah setelah 4 hari berada di hospital, client telah dibenarkan pulang ke rumah dan bil sebanyak RM4996.50 telah dibayarkan oleh pihak Zurich Takaful. Adakah di antara kita mampu mengeluarkan wang simpaan sebanyak itu untuk bil rawatan? Saya ingatkan kembali bahawa client sendiri perlu ambil berat tentang bayaran takaful sendiri agar perkara-perkara begini dapat dielakkan. Sepatutnya proses penghospital boleh berlaku dengan mudah tetapi kita sendiri yang mencari jalan yang payah. Di harap ini menajdi iktibar kepada rakan-rakan lain.

The post Testimoni: Hampir Tidak Dapat GL Kerana Bayaran Tertunggak Hampir 2 Bulan appeared first on hijrahtakaful.com.

]]>
75